MOROCCO: Bakal Destinasi Pelajar Melayu

MOROCCO: Bakal Destinasi Pelajar Melayu

Satu perubahan dan keputusan mengejut telah berlaku antara pihak AlAzhar dan Kerajaan Malaysia. Bermula Tahun akan datang pemilik diploma dari Malaysia (Jurusan Agama) tidak dibenarkan menyambung pengajian mereka di AlAzhar. Kita sedia maklum bahawa pemilik diploma ini menyambung pengajian mereka di AlAzhar secara muadalah. Iaitu, sama ada masuk tahun 4 atau tahun 3 universiti.

Persoalannya, Kemanakah halatuju dan nasib pelajar2 yang sedang menuntut di kolej2 seperti, KUIS, KIAST, dan pelbagai lagi…?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Morocco akan menjadi destinasi baru bagi pemegang diploma untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah (B.A). Kelebihannya adalah universiti2 di Morocco diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat lebih kurang 10 universiti yang diiktiraf. Berbanding dengan negara lain, seperti Syiria yang dikatakan hanya Universiti Damshik sahaja yang diiktiraf, begitu juga dengan Yaman, tiada universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Lalu, Morocco besar kemungkinan akan menjadi pilihan kolej2 berkenaan unutk menjalinkan usahasama pendidikan. Ia dapat dibuktikan apabila, ura2 menyatakan bermula minggu hadapan terdapat rombongan daripada rektor2 yang mewakili kolej2 tertentu akan cuba untuk membuat perundingan dua hala bagi membolehkan pelajar2 mereka meneruskan pengajian dibumi Morocco ini. Pada akhir tahun 2007, KUIS telah menghantar sekumpulan pelajarnya ke Rabat, Morocco untuk mengikuti kursus bahasa selama 2 hingga 3 bulan. Ia dianggap sebagai umpan untuk terus bertapak dibumi Morocco.

Berita yang sama juga diperolehi daripada seorang sahabat di Mesir, Dr Johari Mat Pengarah KIAST, Kelantan juga ada menyebut tentang kemungkinan penghantaran pelajarnya ke Morocco. Kini pengajian di Morocco menjadi buah mulut ramai. Hal ini diutarakan oleh beliau semasa sesi penerangan yang diadakan di Rumah Kelantan Baru di Hayyi Sabi3, Kaherah, minggu lepas.

Kalau dahulu, jarang kedengaran tentang pelajar yang akan menyambung pengajian ke Morocco. Semasa saya datang ke bumi Moroco pada tahun 2004, jumlah pelajar Malaysia di sini hanya berjumlah 37 Orang. Bilangan yang begitu sedikit. Pada tahun tersebut hanya, 13 orang datang sebagai pelajar baru, 1 dari Sabah, 3 dari Yayasan Pahang dan kami seramai 9 Orang daripada Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Darul Anuar, Kelantan. Ia adalah tahun terakhir permohonan kemasukan ke Morocco dipohon terus melalui Kedutaan Beasr Malaysia Di Morocco.

Tetapi selepas tahun 2004, semakain ramai yang datang ke Morocco, JAIS, YIK, MAINS mula menghantar pelajarnya ke Morocco.

Kini jumlah pelajar Melayu di Morocco seramai seratus lebih. Tahun yang akan datang pasti akan bertambah lagi. Apabila kolej2 ini berjaya dalam mementerai MOU. Cumanya apa yang sedikit menimbulkan kebimbangan, ada khabar angin bahawa pemilik diploma ini akan terus menyambung pengajian mereka bermula semester 5. Ia bermakna setahun sahaja di Universiti. Peringkat Ijazah di Morocco hanya 3 Tahun @ 6 Sem.

Sekiranya ini yang berlaku, pada pandangan penulis, ia adalah satu cabaran yang berat kepada mereka, terutama dalam konteks Bahasa Arab. Walaupun mereka disajikan dengan pengajian bahasa Arab di Malaysia, namun begitu, ia masih lagi belum mencukupi untuk berlayar di Bumi Morocco ini. Tambahan pula sistem dan silibus pelajaran yang berlainan.

Satu fenomena baru pasti akan berlaku sekiranya MOU ini berjaya, kebanjiran pelajar2 Melayu di sini akan menyebabkan penguasaan Bahasa Arab semakin kurang bermutu. Sikap suka bergaul sesama Melayu secara berterusan merupakan virus penghalang untuk menguasai Bahasa Arab.

4 responses to this post.

  1. Assalam..wbt

    Ana student dari KUIS baru graduate di bidang Pengajian Islam. Insyllh pergi bulan 9 atau 10 ni . Nak tanya berapa yek sara hidup disana sebulan? Sewa rumah berapa ya sebulan? camner makan minum agak2 brape sebulan?Tambang kapal terbang berapa ya…

    Sorilah byk tanya sbb saudara mesti byk pengelaman kat sana citerlah sikit pengelaman kat sana .

  2. Posted by shariff on September 17, 2008 at 4:58 am

    salam..
    hmm..tul tu..
    kat morocco nnt akan jd rmi pelajar mesia..
    salah sorgnyer sy..
    (^_^)

  3. Posted by norhanisah on March 17, 2009 at 6:34 am

    SALAM
    sy lepasan spm2008
    sy jgak ex stdnt skolah agame pahang.dan sgt2 berminat continue study kt morocco dalam bidang agame.
    insyaALLAH dalam taon nie hrp dpt gi bwh yayasan pahang..n mahu info yg lbih lg tntg morocco..dr segi sewa hidup disana..syukran.

  4. Posted by zulhairi on May 7, 2009 at 4:49 pm

    salam. bagi orang yang tak ada asas bahasa arab, camana nak gi belajar kat morocco. saya cuma ada diploma dari uitm je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: