Forum Remaja: Pengorbanan & Kejayaan

Forum Remaja: Pengorbanan & Kejayaan

Setelah selesai peperiksaan, dan Alhamdulillah berjaya mendapatkan sekeping Ijazah. Dalam tempoh menunggu masa dan ketika untuk meninggalkan bumi Morocco, teringat akan kisah2 lama, suka dan duka semasa di MML, Kelantan. Salah satu acara yang disertai ialah Pertandingan Forum Remaja. Pertandingan ini adalah untuk meggalakkan percakapan bahasa melayu baku seterusnya menjaga bahasa tersebut.

Bermula bulan februari 2003, sesi pemilihan diadakan, betapa sengit dan ramai pelajar yang berminat untuk menyertai barisan ahli panel untuk menyertai pertandingan itu. Semua asperk diambil kira daridapa kepetahan bertutur dalam bahasa melayu baku, memek muka dan gerakan badan semasa bercakap.

Selepas sesi pemilihan, kami terus melakukan latihan forum bagi mencari keserasian antara kami. Antara yang terpilih ialah, Abdul Malik sebagai Pengerusi Forum, Husni sebagai Ahli Panel 1, Shakir sebagai Ahli Panel 2, Ammar Arafat sebagai Ahli Panel 3 dan Firdaus sebagai Simpanan. 2 orang daripada kami adalah bekas naib Johan Forum Remaja Kebangsaan 2002.

Dibawah bimbingan Cikgu Shafie yang mengatur strategi dan taktik berforum diajar. Cikgu Shafie sungguh dihormati didalam MML, selaku SU sekolah dan seorang pendidik yang begitu komited terhadap pendidikan anak bangsa. Kami berlima menjadi begitu rapat dengan beliau, setiap hari pasti, akan ada maklumat dan berita yang kami akan kongsi bersama. Cara beliau menjalankan tugas dan cara beliau befikir sedikit sebanyak mempengaruhi kami berlima. Terima Kasih Cikgu…

Pada tahun 2002 dan 2003, wabak SARS (Sistem Pernafasan Akut Yang Teruk) telah melanda beberapa negara Asia terutama China dan Hong Kong. Oleh yang demikian dibawah bimbingan Cikgu Shafie, kami diberi amanah untuk berforum dibawah skop Sains Dan Teknologi, dan bertajuk Wabak Sars Pembunuh Abad Ini.

Pemilihan tajuk merupakan foktor penting untuk mana2 pasukan forum yang ingin menjulang Piala Kejuaraan di peringkat Nasional. Kebanyakan pasukan membicarakan topik berkaitan remaja, dan pendidikan dalam skop nasional. Jarang sekali mereka membicarakan mengenai topik yang bersifat global.

Pusingan pertama, peringkat Zon. Kami dari MML terpaksa berentap dengan 4 buah sekolah yang mewakili sekolah masing2. Salah satu daripada sekolah tersebut ialah MRSM Kota Bharu. MRSM Kota Bharu merupakan MRSM yang `top` di Malaysia, mana tidaknya, keseluruhan pelajarnya adalah terdiri daripada mereka yang full `A` dalam PMR. Daripada pusingan pertama lagi, kami terpaksa berentap dgn lawan yang cukup hebat. Baki lagi, sekolah2 sekitar Kota Bharu, Kami tidak berasa gusar dan tertekan dengan mereka disebabkan kegagalan mereka bertutur dalam bahasa melayu baku.

Di Kelantan, memang sukar untuk menjumpai individu dan pelajar yang boleh berbahasa melayu baku. Ini disebabkan keadaan budaya dan corak kehidupan harian mereka yang bertutur dalam bahasa melayu dailek kelantan @ loghat kelantan. Dalam masa yang sama, keadaan tidak membantu mereka, contohnya apabila ada seorang pelajar bertutur dalam bahasa melayu baku, pasti akan ada rakan dikalanganya yang menyampuk seraya mengatakan bahawa `oooo…pade2…. bau budu weh` tak cukup dengan itu ada juga yang mengatakan` berkocok kile budu`(kilang budu bergegar). Itulah keadaan dan fenomena bahasa dan budu di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Pasukan kami yang terdiri daripada 5 orang ini, bukan semuanya menetap di Kelantan, 3 menetap di Selangor, 1 Terenggau dan 1 Kelantan. Oleh yang demikian Bahasa Melayu Baku bukan penghalang utama bagi kami.

Alhamdulillah, Kami menjadi juara pada pusingan pertama ini.

Latihan diperhebatkan untuk menghadapi peringkat seterusnya. Pertandingan pada peringkat ini adalah untuk mencari juara Daerah Kota Bharu seterusnya mewakili Daerah tersebut ke peringkat Negeri yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Machang. Alhamdulillah kami berjaya mempersembahkan gaya dan penampilan forum yang menarik sehingga kami sekali lagi bergelar juara.

Sejurus selepas itu, Latihan diperhebatkan ketahap maksima yang mungkin. Waktu petang selepas sesi persekolahan, kami berlatih untuk memperbaiki mutu forum kami. Begitu juga diwaktu malam. Selepas solat Isyak, kami mempersembahkan forum kami kepada adik2 junior di dewan Asrama MML. Hampir setiap hari, inilah ruitn kami.

Berlaku Perkara Yang Tidak Diduga.

Sebelum pertandingan peringkat negeri. Kami dihidangkan dengan cuti persekolan sempena hari Yayasan Islam Kelantan selama 2 3 hari kalau tak silap. Pada ketika ini,aku memohon pengecualian dari berlatih kerana saya terpaksa ke Kuala Lumpur bersama Tokey Kantin Asrama. Hubungan aku dengan dia sungguh rapat. Tujuan ke Kuala Lumpur adalah sebagai teman kepadanya, kerana beliau akan menjalani kursus mengenai Tender Asrama secara Online berdekatan MID VELLY.

Disebabkan keputusan aku ini, untuk ke Kuala Lumpur, maka Ammar Arafat pula mengambil keputusan untuk pulang ke Gombak Selangor. Akan tetapi kami berjanji untuk bertemu dan berlatih bersama pada malam sebelum pertandingan.

Malam tidak berbau. Malam pertandingan, kami (Shakir, Husni dan Malik) ke Airport Pengkalan Chepa untuk mengambil Ammar yang tiba dari KLIA. Kami kesana dengan 2 buah motor. Sambil menuggu beliau keluar dari balai ketibaan, hujan turun secara tiba2. Ammar menyerahkan begnya pada kami dan dia pula menuju ketandas. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke MML dengan husni dengan kadar segera, takut hutan semakin lebat. Abdul Malik menanti Ammar dengan penuh tekun. Aku menaiki motosikal dengan keadaan yang hujan, keadaan kami yang berserban dan tidak bertopi keledar sedikit sebanyak menghalang penglihatan ketika bermotosikal.

Alhamdulillah aku dan husni berjaya sampai di MML. Sambil menunggu ketibaan Ammar dan Abdul Malik, kami berborak dengan Abdul Muin. Abdul Muin merupakan salah seorang tok guru kami dalam syarahan dan forum. Kehebatanya terserlah apabila berjaya memenangi banyak pertandingan syarahan di negeri Kelantan.

Tungu2 punya tunggu, mereka berdua tidak juga tiba. Sehinggan jam 12 Malam masih lagi tidak tiba. Ini bermakna lebih kurang 2 jam kami menunggu, sedangkan jarak airport dan MML hanya 7 @ 8 Km sahaja.

Hampa dengan mereka berdua yang tidak sampai. Kami besurai dan aku menaiki tanggan menuju dorm dan bersedia untuk tidur. Masalahnya kami tidak berlatih sedangkan pertandingan pada pagi esok. Jam 1.30 pagi aku dikejutkan Husni, kalau tak silap. Shakir2 Ammar dan Abdul Malik kat hospital, mereka kemalangan. OHHH…aku terun bagun dan mencapai kunci motor dan terus ke hospital.

Tiba di hospital, kami main masuk sahaja ke wad. walaupun waktu sekitar jam 2 pagi. Waktu dilarang Melawat. Astaghfirullah halll azimmm….Ammar Dan Abdul Malik terlantar di katil pesakit. Abdul Malik patah kaki kiri, dan tidak boleh bergerak dan berjalan. Ammar pula mengalami cedera di tangan dan muka.

Kami tidak tahu untuk berbuat apa. Pertandingan esok pagi, berlatih tidak, bahkan dua daripda kami telah cedera akibat kemalangan. Kami (Shakir, Husni, dan Firdaus) pulang keasrama. Waktu itu sekitar jam 2.30 pagi. Semangat untuk bertanding dan berentap telah pudar. Namun begitu, Firdaus mengambil langkah bijaksana mengahafal teks pengerusi forum (Abdul Malik) untuk persediaan esok hari.

ESOK HARI

Cikgu Shafie dimaklumkan mengenai kemalangan itu. Secara Langsung, dia mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan kami pada hari itu. Seawal pagi dia ke hospital untuk menziarahi Ammar dan Abdul Malik.

Sungguh tidak disanggka, Ammar bertanyakan tentang pertandingan dan mendesak Cikgu Shafie untuk terus menyertai pertandingan. Walaupun keadaanya yang cedera, nyata semangatnya tidak tercedera. Alangkah bertuahnya kami disebabkan penyelia wad itu ialah DR Othman dan dia memang rapat dengan kami. Dia memberi keizinan untuk keluar wad dalam keadaan pesakitnya masih memerlukan rawatan.

Pagi itu wajah ustaz2 dan guru MML sedih mengenangkan nasib kami berlima. Sebelum ini, sebelum pertandingan semuanya ceria dan mengucapkan selamat berforum kepada kami. Tetapi pagi itu, keadaan benar2 berubah.

Kami menaiki kereta Cikgu Shafie ke Sek Men Sains Machang dengan perasaan sedih, dan fikiran yang tidak tenteram. Namun begitu masing2 berdoa supaya kami boleh mendaki pentas peringkat nasional.

Takdir Allah Taala, kami mendapat tempat terakhir dalam undian berforum. Ada…lah sedikit masa untuk kami buat persiapan demi kelancaran pengerusi kami. Bila tiba giliran, kami mula berforum secara biasa, aku sedikit terkejut dengan kebolehan Firdaus yang bisa menghafal dalam masa yang singkat teks pengerusi, dan boleh berlakon dan mempersembakan gaya pengerusi forum sebenar. Hebat sungguh pengerusi kami ini.

Pengadil mengumumkan juara pertandingan. Alangkah terkejutnya kami, apabila kami mendengar ` Juara Forum Peringkat Negeri Kelantan Jatuh Kepada Maahad Muhammdi Lelaki`. Terkejut, terkedu, tidak sanggka ini akan berlaku. Semuanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah Taala. Firdaus pula dinobatkan sebagai Pegerusi Forum terbaik Kelantan.

Peringkat Kebangsaan.

Satu perbincangan telah diadakan untuk mencari penganti bagi mencukupkan ahli forum kami kepada 5 org. Kami sebulat suara memilih Fathi sebagai ganti. Dia mendapat durian runtuh.

Lokasi pejuangan terakhir kami ialah Kuantan, Pahang dan Hotel Vistana sebagai tempat penginapan. Kami mendapat nasib yang agak kurang baik kerana bersama tuan rumah, Sek Men Agama Tengu Ampuan Hafzan (TAHAP) di dalam kumpulam A.

Pusingan pertama bagi kum A diadakan di Sek. Men. Abdul Rahman Talib. TAHAP merupakan pengahang utama kami, tuan rumah biasanya mendapat suntikan semangat yang padu daripada penyokongnya.

Semasa sek lain mempersembahkan forum kami, tidak dibenarkan menonton bahkan kami dikuarantinkan di perpustakaan sekolah.

Semasa kami di atas pentas ingin memulakan forum, aku muncuba microfone dengan perkataan `Cubaan Suara…….` lantas aku diketawa penonton…Suara yang agak kasar mungkin mengelakkan mereka..

Setelah selesai kesemua persembahan. Tiba giliran pengadil memberi komen dan mengumumkan juara kumpulan. Juara Kumpulan A jatuh kepada Sek. Men Agama MML, Kelantan…Alhamdullah…yeahhhh…kami jauara lagi.Tuan rumah Pahang (TAHAP) berjaya kami tamatkan riwayatnya.

Pusingan Akhir

Peringkat paling getir, kerana kami terpaksa berhadapan Juara 2 tahun berturut2 iaitu Sek Men Tawau, Sabah.Antara sekolah lain yang berjaya ialah Sek Men Dato Penggawa Barat mewakili negeri Johor, Sek Men Sains Kuala Lumpur dan kami Sek Men Maahad Muhammadi Lelaki mewakili Kelantan.

Pertandingan berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan berdekatan Rumah MB Pahang. Ia juga turut di sertai oleh MB Pahang Dato Adnan Yaacob sebagai tetamu kehormat.

Dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi kami, mempersembahkan forum didepan MB, Pegawai2 DBP dan kerajaan yang lain. Termasuk juga dihadapan ratusan pelajar sek men. Kami menpersembahkan forum seolah2 barisan forum yang dibarisi oleh pakar2 dalam bidang tertentu. Husni bertindak seolah2 seorang Saintis dan aku pula bertindak sebagai Pakar Ekonomi. Husni banyak menceritakan perkembangan virus SARS menurut pandangan Sains.

Kelebihan yang ada pada kami ialah, kesemua ahli panel dan pengerusi adalah lelaki, berbanding pasukan lain yang kesemuanya terdiri daripada barisan campuran lelaki dan perempuan. Dengan berkot hitam dan bertali leher, penampilan segak ini sedikit sebanyak mengerunkan lawan. Mana tidaknya, ada dikalangan peserta lain mengenakan kot berwarna biru laut dan hijau petronas. Ada juga yang mengenakan baju Melayu dan baju Kurung yang melambangkan tradisi melayu. Kami dari Kelantan membicarakan topik antarabangsa dan global, oleh yang demikian kami harus berpakaian melambangkan ciri2 global, dan baju melayu nyata tidak sesuai pada keadaan kami ini.

Diakhir acara, masa dan detik yang dinanti nantikan setiap individu didalam dewan tersebut, terutama pasukan yang bertanding. Hakim dengan tenagn mengumumkan, (kami sepasukan, pada waktu ini berdoa2 untuk menjadi johan) tempat keempat jatuh kepada Sek Men Tawau, dari Negeri Sabah. Alhamdulillah…kami mengurut dada…tanda bersyukur, Pasukan Sabah menaiki pentas untuk mengambil hadiah. Tempat ketiga jatuh kepada Sek Men Sains Kuala Lumpur daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami sekali lagi mengurut dada ..tanda bersyukur kerana…kami kini antara dua darjat ,sama ada johan atau naib johan.

Hakim meneruskan pengumuman selepas pasukan Kuala Lumpur selesai mengambil hadiah. Kami semakin berdebar2 …degupan jantung semakin kencang. Johan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2003 jatuh kepada Sek Men Agama Maahad Muhammadi Lelaki dari negeri Kelantan. Alhamdulillah x3….tepukan gemuruh penonton menggamatkan suasana dan ia sebagai tanda tahniah dan penghormatan kepada kami sepasukan. Kami berlima menaiki pentas dan disertai pembantu Cikgu Shafie iaitu Cikgu Sabiha. Cikgu Shafie pada waktu itu, sedikit pening, mungkinpening juara kot..hehehe….

Akhirnya, kami dijulang sebagi jura 2003. Semua pertandingan yg disertai tidak pernah kalah. Syukur pada-Mu Ya Allah…dengan kurniaan dan kejayaan-Mu ini, Sek Men Agama MML semakin disegani dan dihormati. Ini lah satu pengorbanan kami demi menaikan nama sek agama kelantan. Ini juga merupakan kali pertama Negeri Kelantan menjuarai Pertandingan Forum Remaja, seluruh pelajar dan guru2 MML bergembira, seluruh pegawai ppd juga tumpang gembira. Ibu Bapa kami (ahli forum), sudah layak untuk menarik senyuman menceriakan wajah.

Pengorbanan, yang begitu tinggi telah kami lakukan, sehingga seorang daripada kami patah kaki, terpaksa bertongkat buat seketika. Peperiksaan percubaan SPM pon kami tidak duduki sepenuhnya, disebabkan pertandingan peringkat kebangsaaan bertindan dgn peperiksaan percubaan spm.

Aku menulis artikel ini, hanya untuk mengenang kembali memori 5 tahun lampau. Semasa menulis artikel ini, bermacam2 ada, kadang2 aku senyum apabila menulis perkataan `juara`, berdebar apabila menulis perkataan `hakim mengumumkan keputusan`, sedih apabila menulis perkataan `kemalangan dan patah kaki`. Ia hanyalah sebagai kenangan dan pengalaman abadi untuk kami berlima.

Terima Kasih Cikgu Shafie,

Terima Kasih Cikgu Sabiha,

Terima Kasih Ustaz2 dan Guru MML,

Terima Kasih Dr Othman,

Terima Kasih Abg Muin,

Terima Kasih Rakan2 MML.

Terima Kasih Semua.

Sekian.

9 responses to this post.

  1. Posted by Malik on July 10, 2008 at 4:06 pm

    Masya Allah..terharu nila terkenangkn apa yg nta cerita ni.ana la ‘mangsa’ kemalangan malam tu. Rupanya pahit tu ada manisnya..Semoga Allah merahmati kita selalu.

  2. tiba2 terbaca pasal forum thn 2003.haha…maknanya kita pernah jumpa la kt kuantan dulu..amar arafat org gombak?oh…btw sy dr sains selangor (nama die masih selangor, bkn kl even sekolah ni kt kl)

  3. Posted by aidahassan on February 10, 2009 at 1:50 pm

    hmmm..pglmn yang sama cuma tahun yang berbeza..saya tahun 2008 kebangsaan.kalau menang memang pengalaman yang indah kan..

  4. Posted by shahrul niezzam on February 23, 2009 at 1:59 pm

    Assalamualaikum sahabatku Shakir..
    Saya wakil Pahang 2004 semasa di Labuan. Masa tu kita tinggal satu apartment di Beta Apartment. Ingat lagi kan? Sama-sama dengan Tunku Nashril dari Kedah? Sekarang saya sudah menjadi seorang guru dan melatih forum. Kalau boleh, minta saudara Shakir untuk kirimkan gambar dan video berkenaan dengan forum. Terima kasih. Wassalam.
    Cikgu Shah,
    ariezzal_nzm@yahoo.com.my

  5. Posted by bella on February 25, 2009 at 7:25 am

    aslmkum….
    bleh x nk mintak tolong skit….
    nk pnjm teks forum…
    saye n kwn2 perlu kn 1 teks forum…
    u assignment…
    lec kami kasi 3 hari je u prepare…
    so..can u help us…
    jz send the text to my email..
    thnks…
    jasamu pasti ku kenang selalu…

  6. Posted by nabilah on April 18, 2009 at 4:05 pm

    salam. boleh tak nak minta tips bagaimana untuk menjadi pengerusi majlis yang baik untuk forum. (teks).

  7. Posted by nabilah on April 18, 2009 at 4:06 pm

    salam. boleh tak nak minta tips bagaimana untuk menjadi pengerusi majlis yang baik untuk forum. (teks). boleh e mail x

  8. Posted by ernisa fadhilah on January 23, 2010 at 12:11 pm

    salam..bleh x bg tau bgaimana nak menjadi pengerusi yg baik..bgitu juga dgn ahli2 panel yg lain..

  9. Posted by jirafah on March 9, 2010 at 1:06 pm

    bleh x bagi teknik untuk menjadi pemforum yang baik?bleh bg teks ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: