Kewangan & Hutang

Kewangan atau Finance, merupakan satu ilmu pengetahuan yang amat sukar diperolehi di bangku sekolah dan universiti. Bahkan ia seakan2 tidak diajar ilmu ini kepada murid2 sekolah dan penuntt mahasiswa. Inilah hakikat yang kita alami semenjak sekian lama, visi dan misi pendidikan negara kita, hatta Amerika pun sama, ia kearah menjadikan manusia sebagai pekerja sepenuh masa.

Dalam masa yang sama, lebih menyedihkan lagi ibu bapa kita tidak mampu menterjemahkan realiti kewangan kepada anak2nya. Apa yang sering diperkatakan ialah” Berlajar elok2 supaya mendapat keputusan yang tinggi dan seterusnya akan memperolehi jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan” . Saya tidak menafikan bahawa, ini merupakan persepsi dan andaian bagi kebanyakan Bangsa Melayu. Persepsi ini sebenarnya merugikan bangsa dalam aspek ekonomi bangsa dan negara. Dalam masa yang sama saya tidak menolak akan kepentingan ilmu dan akademik dalam membina kehidupan bahkan ia merupakan elemen yang sangat penting disebabkan fenomena hari ini manusia diukur dengan neraca maklumat dan ilmu. Namun, tanpa pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan, mungkin seorang pemilik PhD da sewaktu dengannya terhumban dalam krisis kewangan. Kenapa ia berlaku sedangkan dia merupakan seorang ahli akademik dan berintelektual tinggi..? Ya..memang dia pakar dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi dia tidak mengetahui dan menguasai ilmu kewangan.

Disinilah bermulanya kesilapan, apabila seseorang gagal dalam menggenal pasti punca sebenar terhadap krisis kewangan yang dihadapi oleh mereka. Tidakkah seorang yang sedang sakit lebih malang apabila sumber dan punca penyakit tidak dikenal pasti.

Fenomena Hari ini.

Semenjak di bangku sekolah rendah kita diajar sebelum pergi sekolah, ayah atau ibu akan memberikan wang saku untuk perbelanjaan disekolah. Perkara ini berulang sehingga kita tamat sekolah rendah. Sepanjang 6 tahun disana, sedikit sebanyak ia telah membina persepsi didalam minda kita bahawa sumber wang adalah papa dan mama.

Dibangku sekolah menengah merupakan lebih mencabar bagi sesiapa yang tinggal dirumah asrama atau rumah sewa. Disebabkan keadaan di asrama membenarkan pelajar pulang sebulan sekali atau sebulan 2 kali, maka ibu bapa secara langsung akan memberikan duit poket lebih daripada sekolah rendah. Mungkin antara RM 50 – 100 adalah merupakan angka yang popular yang berikan kepada pelajar. Kita mula memiliki duit didalam saku dan duit ini perlu dibajet dengan secukupnya demi mengelakkan diri dari terjerumus dalam krisis ekonomi. Beginilah setiap bulan dan setiap tahun, perkara yang sama asyik berulang dan perlu diingat sumbernya adalah Ibu Bapa, namun ada juga yang beruntung diberi biasiswa oleh kerajaan dan sebagainya. Persepsi tentang sumber duit dari ibu bapa semakin mendapat tempat didalam minda disamping mendapat idea baru untuk mendapatkan duit iaitu daripada kerajaan.

Keadaan ini aku perhatikan dengan penuh minat ketika di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu Kelantan. Sekolah yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia, dan mempunyai pelajar di seluruh pelusuk tanah air hatta Sabah dan Sarawak. Disini juga tempat berhimpunya pelajar daripada keluarga kaya, sederhana dan miskin. Keluarga yang kaya majoritinya dari ibu negara dan mempunyai duit poket yang lebih dari pelajar yang lain. Nyata, mereka tidak terlepas daripada krisis kewangan..walaupun poket lebih tebal dari yang lain. Oleh yang demikian, hutang menguhutang menjadi tradisi.Seminggu dua berhutang sebelum awal bulan hadapan tiba.Kenapa ini berlaku..? Sebab mereka tidak celik kewangan.

Alam Universiti

Keadaan ini berubah hampir keseluruhanya, apabila memasuki alam universiti. Alam dimana pelajar dibebankan dengan hutang dan lebih perit lagi, hutang itu dirasakan madu ketika di universiti, dan dan ia dirasakan seperti hempedu setelah segulung ijazah berada ditangan.

Sebagai contoh, (tetapi ia adalah realiti). Apa yang berlaku di kalangan Mahasiswa Malaysia di Morocco, terutama mereka yang berpinjaman. Yang mendapat zakat 100% seperti Pelajar Selangor dikira beruntung kerana tiada bayaran balik, namun rakan mereka daripada negeri Pahang adalah sebaliknya. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan sekiranya ia kurang disenangi, tetapi realiti tiada bisa dinafikan.

Dengan bebekalkan pinjaman atau zakat 10,000 RM setahun adalah merupakan nilai yang lebih dari cukup untuk sara hidup seorang pelajar di Morocco. 10,000 RM bermakna lebih kurang 22,000-23,000 Dirham. Purata 1800 Dh sebulan sudah mampu mengeluarkan seorang pelajar daripada krisis kewangan di Morocco. Realiti yang berlaku, ada juga dikalangan mereka yang bermasalah sehingga terpaksa berhutang terlebih dahulu, dan akan dibayar setelah pinjaman atau zakat dibahagikan. Beginilah kitaranya bagi sesetengah pelajar sehingga tamat pengajian. Kurang pengetahuan dalam kewangan sekali lagi menyebabkan orang kaya tiba2 jadi miskin kemudian kaya balik, kemudian miskin balik.

Kembali kepada persepsi `sumber` tadi. Secara tidak sedar pelajar2 akan beranggapan bahawa kerajaan adalah sumber duit @ kewangan. Nak belajar, mesti pohon pinjaman kerajaan, nak sara hidup selepas belajar kena kerja dengan kerajaan. Saya cukup sedih sekiranya seorang pelajar berumur 18 tahun menandatangani pinjaman sebanyak RM 35,000 atau lebih. Sedangkan beliau tiada pengetahuan tentang menguruskan duit dan kewangan. Ilmu mengurus duit & kewangan dengan tepat tidak diajar di sekolah rendah dan menengah dan kini pelajar itu dibebankan dengan pinjaman sebanyak itu. Dalam waktu yang semuda ini, pelajar ini tidak mampu lagi membezakan antara aset dan liabiliti tidak juga mengetahui kesan negatif daripada pinjaman tersebut. Akhirnya berlakulah seperti yang saya ceritakan tadi..hutang menghutang.. Kalau orang yang tiada pinjaman dan bantuan berhutang, tak apa ..tapi kalau org kaya yang berhutang..itu yang pelik dan ajaib.

Selesai Belajar, Masuk Kerja

Saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang potongan yang akan diberikan setelah tamat belajar. Cuba kita andaikan bahawa pelajar yang telah tamat belajar dan baru bekerja terpaksa membayar balik pinjaman dengan jumlah sebanyak RM 50 – 100 sebulan. Katakan RM 100 sebulan. Maka seorang pelajar akan mengambil masa 350 bulan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM 35,000. Tidak kah begitu..? 350 Bulan bersamaan 29 Tahun 2 Bulan. Sekiranya mula bekerja pada umur 22 tahun, maka (22 tahun + 29 Tahun 2 Bulan), pada umur 51 Tahun 2 bulan barulah selesai proses pembayaran. Anda sudah tua, dan hampir nak bersara, mungkin dah dapat cucu, barulah hutang itu selesai. Oh…begini rupanya.

Inilah kitaran hidup dan fenomena hari ini, hari ini ia berlaku mungkin kepada kita, dan kita sepatutnya tidak lagi membiarkan krisis kewangan yang menimpa disebabkan kekurangan ilmu kewangan menimpa generasi selepas kita.

Mungkin selepas ini, artikel mengenai kewangan akan menyusul.

Leave a comment