Belajar Tanpa Tajaan

BELAJAR TANPA TAJAAN


Suasana dan senario dunia hari ini menyebabkan fokus utama ibu bapa dan anak-anak tertumpu kepada pendidikan. Dunia hari ini telah bertukar padang daripada ukuran fizikal dan kekuatan diri kepada ilmu pengetahuan. Akibat daripada kesedaran ini, dunia pendidikan telah mendapat tempat tertinggi dalam minda masyarakat negara maju terutamanya dan masyarakat dunia membangun.

Fenomena di Malaysia hari ini kurang mengalakkan pelajar untuk terjun ke Bidang Agama terutama selepas kegawatan ekonomi negara menyebabkan MARA dan badan tertentu mengantung pinjaman dan biasiswa kepada pelajar.

Setelah berada beberapa tahun di alam universiti, baru aku menyedari betapa pentingnya `Tajaan @ Pinjaman` kepada para pelajar demi melanjutkan pengajian terutama diperingkat BA, MA dan PhD. Semangat mahu belajar sahaja tidak cukup untuk belajar jika tiada sumber kewangan yang mencukupi bagi menyara kehidupan diperantauan terutama dinegara yang tinggi kos hidupnya.

Kerana tiada `Tajaan & Pinjaman` ramai pelajar terpaksa melambaikan tangan sahaja, tidak mampu meletakkan diri diperingkat MA, disebabkan ketiadaan wang. Keadaan bertambah rumit sekiranya kita membicarakan soal pengajian di Jordan, UK dan sebagainya.

Di Morocco Alhamdulillah, pengajian adalah percuma, pelajar hanya perlu menyara diri dan sedikit wang untuk membeli bahan rujukan. Langkah Yayasan Pahang memberi pinjaman adalah satu langkah terpuji bagi menggalakkan anak negeri Pahang mendalami ilmu agama sama ada di Morocco, Mesir, dan Jordan. Kalau tidak kerana pinjaman, aku pasti tidak ramai yang berani datang kesini dengan  status `tanpa tajaan`.

Aku mendapat gambaran yang lebih jelas lagi tentang kepentingan tajaan apabila berkunjung ke UK baru2 ini, yuran pengajian adalah berbeza berdasarkan kos yang diambil dan universiti.  Terdapat universiti yang mengenakan yuran sebanyak 8000 GBP (Pound) setahun, bersamaan +- 40,700 RM. Ada yang lebih daripada nilai ini, dan ada yang rendah sedikit. Contohnya Pengajian Islamic Banking, Finance & Management di Markfield Institute of Higher Education adalah sebanyak 6,200 GBP setahun, bersamaan 31,600 RM. Itu baru yuran sahaja, belum lagi sara hidup dan duit saku. Itu pun sudah murah berbanding sebelum ini semasa tukaran wang asing 1 GBP berbanding RM ialah 6 ringgit lebih. Krisis ekonomi global menguntungkan sedikit sebanyak tukaran wang RM kepada GBP.

Sara hidup di Leicester, mengikut pengalaman mereka disana ialah lebih kurang 400 – 500 GBP sebulan, bersamaan 2,500 RM. Angka ini lebih besar daripada gaji permulaan Guru lepasan Ijazah di Malaysia. Ia cukup tinggi… bukan..? Kalaulah ayah anda seorang Guru yang telah lama berkhidmat, mungkin gaji beliau bisa mencapai sekitar 5000-6000 RM, maknanyan hampir 1/2 daripada gaji bulanan beliau terpaksa di sedekahkan kepada seorang anaknya yang belajar di negara bernama UK. Itupun kalau anda tiada adik beradik, dan anda adalah anak tunggal kesayangan mama dan papa.

Kerana tidak ingin menyusahkan mama dan papa mungkin pelajar membiarkan cita2 untuk menyambung pelajaran di UK buat sementara waktu. Lalu beliau mengambil langkah berkhidmat dengan kerajaan terlebih dahulu. Dengan harapan kerajaan akan menyara perbelanjaan pengajiannya nanti. Inilah fenomena yang berlaku di Tanah Air sekarang ini. Itupun bagi mereka yang suka dan berminat berkhidmat dengan kerajaan.

Namun bagi mereka yang tidak ingin makan gaji dan ingin berkerja sendiri, sudah tentu dia tidak dihiraukan dan tidak dipandang walau sebelah mata oleh kerajaan.

Kerajaan Malaysia melalui JPA memberikan wang saku untuk pelajar dibawah tajaan mereka di London sebanyak 950 GBP sebulan, bersamaan +- 4,800 RM sebulan. Dari segi angka ia mengalahkan gaji Guru biasa, mengalahkan gaji Doktor yang baru berkhidmat. Itu baru kos sara hidup…tidak termasuk yuran pengajian.

Semasa di London, aku diberitahu, terdapat anak2 Cina Malaysia belajar disini tanpa pinjaman dan tajaan dari mana2 pihak. Disini mereka belajar dan gigih bekerja, bekerja demi menyara hidup di Kota London, bekerja demi meringankan sedikit kos yuran pengajian yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. Mereka terkenal dengan kerja keras dan usaha gigih yang tidak kenal erti penat.

Lantas aku teringat kata Prof Ungku Aziz mengenai sikap `Cina Kiasu` yang telah berjaya mengubah dan memartabatkan aspek pendidikan dan ekonomi masyarakat Cina di Malaysia. Sikap dan cara hidup Melayu secara keseluruhannya belum lagi boleh dianggap `Kiasu`.

Masyarakat Cina sedar bahawa pelaburan kearah pendidikan anak2 adalah pelaburan yang menguntungkan untuk jangka panjang, dan ia mengubah latar belakang keluarga dan keturunan. Untuk itu, generasi yang terlepas peluang untuk belajar tidak harus membiarkan generasi berikutnya berada ditahap yang sama terutama dalam aspek ilmu pengetahuan. Hatta dari aspek ekonomi hari ini, ia menuntut kepada ilmu dan idea untuk mengubah sosio-ekonomi keluarga bangsa dan negara.

Ustaz Muis yang aku temui di Leicester agak lain dari yang lain. Beliau terpaksa bekerja gigih untuk beberapa tahun, mengumpul wang demi menyara kehidupan dan pengajian di MIHE. Kehidupan dan pengajian beliau kini bebas daripada sokongan ibubapa. Walaupun kos hidup dan pengajian yang agak tinggi, namun dengan daya usaha, kerja keras dan kesabaran menggunung, beliau kini menunggu beberapa purnama sahaja lagi untuk menamatkan MA dalam Islamic Banking, Finance & Management.

Sebagai seorang pelajar yang bekerja di UK, seawal pukul 6 pagi beliau telah memulakan kerja. Maknanya lebih kurang pukul 5 pagi (sejam sebelum subuh-waktu skrg) beliau terpaksa bangkit dari tidur menuju ke medan mencari rezeki. Inilah nasib pelajar yang belajar tanpa tajaan dan pinjaman.

Untuk meneruskan pengajian di MIHE selama 14 bulan aku memerlukan lebih kurang 70,000 RM. Jumlah yang merangkumi yuran pembelajaran dan kos sara hidup. Nilai ini sukar dijumpai dan didapati didalam saku seorang pemuda berumur 23 tahun. Inilah masalah terbentang dihadapan, namun disebalik masalah aku beriman bahawa ia mesti ada jalan penyelesaianya.Kalu hari ini aku tidak menjumpainya, hari esok pasti akan ku perolehi.InsyaAllah

Pengajian bermula pada awal September 2009, masih lagi berbaki 8 bulan dihadapan. `Tarian silat` yang bagaimana harus dipersembahkan demi mencapai angka tersebut…? `Sihir` jenis apakah yang harus aku lakukan..? Tarian silat dan `sihir` yang sedang dipersembahkan kini memang tidak mampu mencapai jumlah tersebut, oleh yang demikian, hijrah daripada tempat bertapa sekarang ke gelanggan lain wajib disegerakan.

TAJAAN IBU BAPA

Secara teorinya, pada abad ke-21 ini, majoriti ibu bapa Melayu di Malaysia tidak mampu menghantar anak2 ke UK dan USA tanpa tajaan kerajaan. Kecuali ada segelintir yang berbuat sedemikian, mereka ini boleh dikategorikan golongan yang telah mencapai status `Financial Freedom`. Status golongan `Financial Freedom` berarti golongan yang telah berjaya keluar daripada perlumbaan kehidupan, ketika ini, wang bekerja untuk mereka dan bukan mereka bekerja untuk wang.

Aku dibesarkan didalam keluarga yang tidak mencapai status `Financial Freedom` dan dalam masa yang sama aku berkawan dengan mereka yang sedang menuju kearah `Financial Freedom` dan ada juga dikalangan mereka yang telah mencapai status itu. Kehidupan mereka jelas berbeza dengan orang ramai, semakin sedikit bekerja, semakin banyak keuntungan dan wang diperolehi. Kita tidak boleh menyalahkan kedua2 ibu bapa atas ketidak mampuan mereka berdua menyara pengajian kita yang mahal itu, tetapi kita harus menyalahkan diri kita sendiri sekiranya kita tidak mampu menyara kos pengajian anak2 kita terutama bagi peringkat Universiti (Di negara maju spt UK, USA). Sekiranya ini berlaku, kita mengulangi sejarah silam yang telah kita lalui dan alami. Kitalah yang bersalah dan bukanya orang lain.

Demi memastikan anak2 anda mendapat ilmu pengetahun terbaik duniawi dan ukhrawi, `bajet` perlu disediakan untuk mereka. `Bajet` itu tidak akan tersedia selagi anda berfikir seperti orang ramai, ia tidak akan tersedia selagi anda masih belum menyara diri anda secukupnya.

Itulah hakikat menuntut ilmu yang memerlukan wang dan ringgit, bukan untuk bermewah2, tetapi sekadar cukup2 makan semasa zaman menimba dan menadah. Benarlah kata2 Iman Shafie menerusi syairnya:

أخي لن تنال العلم إلا بستة

سأنبيك عن تفصيلها ببـيان

ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة

وصحبة أستاذ وطول زمان

Saudaraku!! Kamu pasti tidak akan mencapai ILMU kecuali dengan enam perkara,

Aku akan memberitahu kamu tentang perkara tersebut dengan keterangan ini.

Kecerdikan, Minat yang mendalam, Bersungguh-sungguh, Keperluan saraan hidup (Wang)

Berkawan dengan ustaz dan Masa yang panjang.

Gaharuemas,

Abou Temmam, Kenitra.

2 responses to this post.

  1. Posted by afiqammar on June 10, 2009 at 7:57 pm

    Assallamualaikum,
    Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh imam shafie itu benar. Bapa saudaraku yang telah ditarik balik biasiswanya pada tahun 1984 kerana menukar kursus pengajian di USA terpaksa bekerja selama 12 jam sehari sebagai penghantar pizza untuk menanggung yuran pengajian dan kos hidup. Selepas hampir 30 tahun barulah mendapat segumpal ijazah dengan kelulusan kelas pertama.

    Suatu nilai kehidupan yang begitu perit, 6 bulan tanpa kerja dan duit, hidup sekadar menumpang kawan dan syukurlah pada masa itu masih ramai pelajar malaysia di sana… Sekarang tak sampaipun 6 orang. Yang tinggal di sana kerana ada anak di luar negara (kahwin campur)

    Untuk berjaya memanglah perlu bersungguh2, kebijaksanaan yang sememangya anugerah tidak ternilai dari Allah, minat, kawan yang beragama,duit dan perlukan pengorbanan masa yang panjang. Sesungguhnya pada Allah saja tempat kita memohon pertolongan.

  2. Posted by abu ivy on September 3, 2009 at 5:12 pm

    Insyallah..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..nampaknya kita berada di tujuan yang sama saudara..saya juga mempunyai keinginan seperti saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: