WANITA & EMAS

Lelaki sememangnya mengetahui akan minat dan kehendak Wanita terhadap emas begitu tinggi menggunung. Tetapi sejauh manakah kecintaaan dan kegilaan Wanita terhadap emas sukar diukur dengan andaian dan tekaaan. Bagi golongan Lelaki Muslim, cukup bagi mereka sekadar melihat kilauan dan sinaran emas di tangan , leher dan kaki Wanita. Mereka dilarang sama sekali memakainya, tetapi tiada dosa dicatitkan sekiranya sekadar melihat perhisan emas itu. Mereka sekadar diberi kelonggaran untuk menyarung Perak, kayu kokka dan besi sahaja.

“Tidak cantik perempuan tanpa emas, kecantikan perempuan itu pada terletak pada emas”(lbh krg) begitulah ungkapan dan kata2 yang ditutur oleh seorang rakan.

Disebabkan mempercayai falsafah ini ramai Wanita berpusu-pusu menuju kedai2 emas, mencari tali tangan , leher dan cincin paling sesuai untuk mereka. Mereka mempercayai akan kecantikan dan keayuan akan bertambah setelah menyarung cincin atau tali tangan bentuk baru. Demi kecantikan dan keayuan diri, ribuan ringgit terpaksa dihabiskan, tiada sedikit pun penyesalan dilakarkan.

Sudah genap seminggu saya menjadi penjual emas di Kedai Emas Sri Ayu Sdn Bhd. Pasir Mas Kelantan. Pelbagai kerenah dan perangai wanita diperhatikan. Wanita Kelantan sememangnya terkenal dengan Emas, suka memakai emas dan suka membeli emas. Fenomena ini melambangkan Wanita Kelantan sedikit beduit berbanding negeri lain. Ya, fakta ini memang tepat sikiranya kita memerhatikan mak cik2 di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu memakai emas 20, 30, riyal berat. Ribuan harta berada di tangan dan leher mak cik2 ini. Di sebabkan sifat suka berniaga menjadikan mereka sedikit senang daripada orang lain.

“Orang Kelantan banyak pakai Emas, kaya kaya” ujar seorang mak cik dari Baling Kedah bertandang ke kedai. Lama juga saya berborak dengan mak cik ini, daripada perbualan kami, saya dapati dia kurang arif tentang emas, tidak seperti mak cik2 Kelantan yang cukup arif tentang emas. Kadang – kadang nak ambil untung pun susah disebabkan pembeli mengetahui selok belok emas yang cukup tinggi.

Jangan terkejut sekiranya emas yang dipakai oleh seorang wanita melebihi RM 10,000.00 atau 20, 000.00. Mereka bangga dan bahagia dengan perhiasan emas yang ada pada diri.

Kadang- Kadang kehendak perempuan terhadap emas melebihi kehendak lelaki yang  inginkan kereta mewah. Kalau lelaki berbangga dengan kereta mewah, perempuan juga berbangga dengan emas.

Dalam dunia ini, Orang Islam (Muslimat) merupakan kelompok tertinggi membeli emas berbanding orang lain. Jualan emas pasti meningkat ketika menjelangnya Syawal. Kedatangan Syawal disambut dengan pakaian baru dan emas baru oleh umat Islam. Fenomena yang sama juga berlaku di Malaysia.

Harga Emas sentiasa meningkat, semalam saya menjual dengan harga Rm 285 bagi satu riyal berat. Orang kelantan menggunakan istilah Riayal, Orang Terengganu akan mengunakan Istilah Amah dan Orang Kuala Lumpur Dan Selangor akan menggunakan istilah Gram dalam urusan penjualan dan pembelian emas.

Inilah sedikit sebanyak kisah yang dapat dicatatkan selama seminggu berada di gedung emas.

“Jangan lupa kawan-kawan, kalau hendak bertunang dan berkahwin, datang jumpa saya di Pasir Mas, potongan hebat menanti anda.”

3 responses to this post.

  1. asaalamualikum ustaz shakir,

    betol lah ustaz.

  2. assalamualaikum.
    abang syakir, dah jadi tokey emas?..
    tahniah.
    lama tak dengar kabar, ni datang menjengah setelah tengok ada tetamu datang ke rumah saya dari blog ni.

    salam dari tanah soviet.

  3. salam. singgah ke blog kedai
    emas kami ye. tq tuan blog, tumpang laluan k..

Leave a comment