
Markas PRK PAS Terengganu, Laloh, Manek Urai, Kel.
Tiba-tiba sahaja nama Manek Urai menjadi tumpuan pemerhati politik seluruh negara. Ia disebabkan Pilihan Raya Kecil ekoran kematian ADUN PAS, Pak Su Weil.
Saya tidak melepaskan peluang untuk menjenguk dan membantu PAS dalam berkempen sempena pilihanraya ini. Setelah tiba di Malaysia pada penghujung bulan 2 yang lalu, saya berulang alik dari Jerteh ke Bukit Gantang, Perak. Kali ini ia PRK berlaku lagi, tetapi lokasinya tidak begitu jauh dari Jerteh.
Majoriti penduduk Manek Urai adalah peneroka tanah dan berkebun adalah merupakan pekerjaaan harian mereka. Manek Uari dihuni oleh 99% Melayu. Oleh yang demikian PRK kali ini adalah pertarungan memenangi hati Melayu Luar bandar.
PRK ini bertambah sengit apabila musuh tradisi PAS dan UMNO bertarung di gelanggang Melayu luar bandar. PAS bertarung demi mempertahankan kerusi tersebut, dan dalam masa yang sama UMNO bertanding demi merampas kerusi daripada PAS dan untuk membuktikan UMNO masih relevan dikalangan Melayu.
Umno dan BN merasa keperitan setelah PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Penanti dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Kali ini Umno datang demi menebus maruah yang terluka dan tercalar. Mereka datang untuk mencari penawar kepada luka yang parah itu.
Dalam asyik mencari penawar tiba – tiba racun yang dicapai. Sungguh kasihan kepada nasib UMNO dan BN.
Pertandingan PAS dan UMNO adalah perlawanan antara AKAL dan NAFSU. Umno terus bertutur mengenai pembangunan yang menjadi idola bagi NAFSU setiap manusia. Dangan membiarkan NAFSU menguasai diri, sudah pasti lambang Keris dan Dacing menjadi pilihan. Bukan setakat pembangunan bahkan duit juga menjadi senjata utama dalam membeli pengundi. Habislah negara dan bangsa apabila duit menjadi penimbang tara dalam memilih nakhoda negara.
PAS terus menerus dengan pendekatan agama yang menjadi tulang belakang kepada Pendekaan Politik kepada umum. Kedatangan petugas2 PAS dari seluruh negara bukan dibawah tangungan parti akan tetapi duit poket perlu dikeluarkan demi membantu parti dan gerakan Islam ini. Ia sungguh berbeza sekali dengan UMNO. Sekiranya negara Malaysia muflis dan menghadapi kegawatan ekonomi yang amat sangat, sudah pasti UMNO dan BN sukar untuk bernafas. Pejuang2 UMNO dan BN bernafas dengan fulus dan wang ringgit. Apabila fulus dan wang ringgit dilanda kemarau sudah pasti pejuang2 menjadi lesu dan sukar bernafas.
DUNIA KEBENDAAN
Saya berkesempatan berkempen ke rumah penduduk Manek Urai. Rumah penduduk ‘atas pagar’ adalah menjadi sasaran kami. Kami berbual mesra dengan tuan rumah sambil menanyakan masalah diri dan keluarga yang sedang dihadapi beliau.
Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan Kewangan. Hampir pasti keseluruhan penduduk Melayu luar bandar menghadapai masalah ini. Hampir sukar kita mendengar masalah pendidikan agama anak yang semakin merosat dilontarkan oleh mereka. Masalah kewangan adalah menjadi pokok utama mereka walaupun pendidikan agama anak -anak lebih bermasalah daripada masalah kewangan.
Tapi, apakan daya, mata masyarakat sudah tidak melihat kekurangan pendidikan agama menjadi virus perosak utama kepada mayarakat. Apa yang dilihat semuanya berunsurkan kebendaan, maddiyyah.
Amat malang kepada golongan para pelajar kita terutama diluar negara, apabila terdapat kedatangan Menteri ke tempat mereka, masalah kewangan dan permintaan bajet menjadi sasaran dan fokus utama. Tidakkah situasi ini sama dengan situasi yang berlaku di kawasan pedalaman ataupun luar bandar.?
Setelah 50 tahun lebih negara merdeka, saya sungguh sedih melihat rakan sebangsa dengan saya tinggal dirumah sewa dengan kadar sewa kurang daripada 100 Rm sebulan. Kadang2 duit sewa rumah pun tidak mampu dibayar. Itulah luahan hati nurani mereka yang mengambarkan kesengsaraan yang dihadapi.
Kadang2 Melayu dengan senang menuduh dan meletakkan semua faktor kemunduran Melayu dibahu pemimpin. Tidak seinci pun diletakkan dibahu sendiri.
Kita hanya mampu bertutur Cina memang kaya, tetapi kita tidak pernak mencari rahsia kekayaan mereka. Kita tidak pernah meniru sikap tegas dan bersungguh2 dalam pekerjaan yang dilakukan oleh mereka.
Untuk merubah persepsi masyarakat Melayu, para ilmuan dan para pelajar Melayu perlu berusaha merubah corak pemikiran masyarakat kita. Tetapi adakah ia akan terjadi sekiranya persepsi para ilmuan dan para pelajar kita masih belum berubah.?
Posted by fauzi on July 17, 2009 at 7:07 pm
pakatan rakyat terlalu bongkak sekarang selepas kemenangan demi kemenangan diperolehi.ingatlah wahai penyokong pakatan janganlah kita terlalu bongkak dan sombong dengan kemenangan tersebut.kemenanganb tipis di MU adalah peringatan kepada anda semua supaya terus bekerja untuk rakyat.supaya rakyat dapat menilai kita.semoga anda semua dirahmati allah.apa pun tahniah atas kemenangan anda d MU.