Ust Asri & Rakan2 Morocco

 

Pada 27 Disember 2009 yang lalu, hampir semua bekas mahasiswa Morocco (2000-2008) yang berada di Malaysia diundang ke Majlis Perkahwinan Ustaz Asri Taharuddin. majlis yang berlangsung di rumah beliau di Bukit Gantang Taiping Perak diadakan selepas majlis perkahwinan Ustaz Faiz Mukmin (Podo) (25 Dec 2009) di rumah beliau Dungun Terengganu.

Ustaz Asri dan Ust Faiz tersenyum manis dihari bersejarah buat mereka berdua. Tambahan pula apabila majlis dihadiri sahabat yang pernah berkelana bersama dibumi Morocco. Kehadiran kami pada hari tersebut  menandakan, mereka (pengantin) telah `diraikan` oleh sahabat pada hari yang penuh makna bagi mereka (pengantin)

Majlis perkahwinan bukan sekadar meraikan hari bahagia buat  kedua2 pengantin, tetapi ia turut mempertemukan rakan2 seperjuangan di bumi Morocco tempoh hari. Di Morocco, kekerapan berjumpa antara rakan seperjuangan adalah lebih banyak berbanding setelah pulang ke Tanah Air. Masing2 dihimpit dengan kesibukan disebabkan kerjaya sendiri.

Kesempatan bertemu mata dengan rakan yang lain merupakan nikmat dan anugerah Allah Taala yang patut disyukuri. Pertemuan itu walaupun sekejap (beberapa jam shj) ia sudah cukup untuk beramah mesra dan bertanya khabar. Sudah pasti nostalgia lama ketika dibumi Morocco kembali segar dalam ingatan. Segala peristiwa dan memori lama ketika di Morocco menjadi pedoman dan pengajaran bagi mereka yang berakal.

Saya mula mengenali Ust Asri ketika tiba di Morocco pada 2004, kedatangan saya dan rakan2 dibumi Morocco disambut mesra oleh senior2 ketiaka itu termasuk Ust Asri. Ketika itu Ust  Asri menghuni di Long House, 27 Rue Jamaluddin Afghani, Kenitra. (Sebelah Rumah N9 / Sebelah Rumah Pak Cik Hussin). Ia dinamakan Long House disebabkan keadaan rumah yang panjang dan lebarnya yang sempit.

Namun disebabkan pengajian di Marrakech, sekali sekala ketika program persatuan, saya akan bertemu dengan Ust Asri. Tetapi setelah bertukar lokasi pengajian ke Kenitra pada 2005, saya memohon dengan Ust Asri & Ust Ijam untuk tinggal bersama di Long House. Permohonan saya diluluskan..Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas itu datang Ust Abdullah ( Pok Loh) menjadi warga baru di Long House.

Kami berempat inilah yang menjadi ” MasterMind” menghidupkan kembali Villa Abou Temmam pada 2006 setelah ia sepi tiada penghuni. Alhamdulillah…….. Abou Temmam kekal sehingga kini.

Ustaz Asri adalah salah seorang ‘ikon’ bola sepak Melayu di Morocco. Aksi beliau sentiasa dinantikan kawan dan juga lawan. Semasa berada di Morocco, Ust Asri adalah rakan karib Pak Cik Lattif. Pak Cik Lattif akan memilih rumah Asri untuk bermalam ketika lawatan rasmi beliau ke Kenitra. Begitulah jalinan keakraban mereka berdua.

Kini, Ustaz Asri sudah selamat diijabkabulkan pada bulan yang lalu. Kita doakan bahagia yang berkekalan buat mereka berdua

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما على خير

One response to this post.

  1. wah, meriah betul suasana dalam gambar2 ni..
    seronok dapat bertemu kembali, beramah mesra dan bertukar cerita pabila sekian lama tak bersua..
    pasti tak tergambar hakikat perasaan yang tertunas tatkala itu.

    lepas ni, kalau ada sesiapa yang nak buat majlis, jangan lupa ajak ‘semua’ ex-maroc ya! eheh..
    ajak je, datang tak pasti lagi..yang penting, usaha untuk datang, inchallah 🙂

Leave a comment