Tahun Pertama Di Morocco

Keputusan ke Morocco diketahui melalui faks yang dihantar oleh Pihak Kedutaan Malaysia Morocco kepada Ust Mat Hassan. Alhamdulilah…hasrat untuk keluar dari Malaysia hampir terlaksana. Lama sudah memasang niat nak keluar negara, akhirnya tercapai jua, kini Morocco menjadi destinasi.

Morocco, nama yang tidak begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama dalam aspek Pengajian Agama. Mereka hanya ingatkan Astora Jabat apabila dikaitkan dengan Morocco. Tidakkah ini satu persepsi negatif telah berputik dalam minda masyarakat kita. Apa tidaknya, takut2 terjadinya Astora Jabat kedua, nahas Malaysia dibuatnya.

Tawaran belajar yang diperolehi bertempat di Universiti Qurawiyyin, Fakulti Bahasa Arab, Marrakech. Apabila tiba di Morocco, ketika itu di akhir Ramadhan, senior menyatakan bahawa tiada seorang pon Pelajar Malaysia di universiti berkenaan, bahkan tiada seorang pon Pelajar Melayu di bandar tersebut. Maknanya..segalanya kena pandai2..disebabkan ketiadaan senior. Aku, Fathi, dan Bahruddin tiba di Marrakech. Malam pertama kami bermalam dirumah Dr Ibrahim Redho, salah seorang kenalan Dr Muhammad (Ayah Fathi dan Bahruddin).

Kali pertama makan di rumah Dr Ibahim Redho sungguh sukar bagi aku, tidak bisa bertutur dalam baasa arab, tidak pula memahami soalan yang dituju kepada aku. Nasib baik Fathi dan Bahruddin telah mampu bertutur sedikit sebanyak menceriakan majlis makan kami hari itu. Kami datang ke Morocco tanpa sebarang kursus bahasa dan tanpa tajaan mana2 pihak. Fathi dan Bahruddin mempunyai kredit yang lebih dari aku, mereka berdua telah 3 tahun di Morocco ketika sekolah rendah dahulu. Oleh yang demikian, Bahasa Arab dan loghat Morocco bukan suatu yang pelik bagi mereka berdua.

Proses pertama adalah mencari rumah sewa. Memang susah untuk menjumpai rumah sewa khususnya yang sepadan dengan keadaan ekonomi pelajar. Hampir seminggu kami berjalan kaki bersama Ust Harmie, Ust Azlan dan Ust Boy, pusing sana pusing sini, mencari rumah sewa. Memang letih dan membosankan, terutama dalam bulan ramadhan. Kadang2 bila malam sudah tiba, kami menumpang di Masjid Qaru Badi`, kebetulan kawan Ust Harmie merupakan imam disitu (Ust Ansari-dulu, skrg Dr Ansari). Menumpang semalam dua di bilik khas beliau dalam masjid tersebut. Inilah kesusahan kami dalam mencari rumah sewa, akan tetapi kesusahan ini tidak langsung kami mengeluh tetapi ia adalah asam garam kehidupan seorang pelajar di perantauan. Tidak seperti seglintir pelajar sekarang ini, kadang2 senior telah membantu mencari rumah sebelum kedatangan mereka. Sampai sini, terus boleh masuk rumah, tetapi malangnya, kritikan dijadikan balasanya.

Menikmati hidangan bersama Ust Ansari merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. “Shakir, zid, kul..kul.” ujar beliau (Shakir, tambah2, makan2) . “Ana Sya`ban” balas aku, (Aku Bulan Sya`ban)….Semua tergelak, termasuk Ust Ansari, Ust Harmie, Bahruddin, Fathi…terbahak2 lagi..oo… baru perasan aku tersilap cakap. Sebenarnya aku perlu katakan “Ana Syab`aan”,(Ana telah kenyang). Semua ketawakan aku ..malam itu. Begitulah proses pembelajaran, kesilapan menjadi batu loncatan untuk terus mara kehadapan.

Bilik Sewa

Bilik pertama yang kami sewa adalah sebanyak 800 DH. Bilik kerdil ini hanya cukup2 untuk 3 orang penghuni. Bilik yang terletak bertentangan dengan bilik kami dihuni oleh mahasiswa Morocco dan sedang belajar dalam bidang Ekonomi. Kami berkongsi dapur, tandas dan sebagainya.

Hayat kami dibilik itu tidak berapa lama, kemudian kami berpindah pula ke kawasan sekitannya dan tinggal serumah dengan Pelajar Pattani dan Morocco. Hidup dengan pelajar Morocco, serba sedikit boleh mempraktikkan dan memajukan bahasa arab. Dalam masa yang sama hidup dengan pelajar Pattani membawa sesuatu yang baru kepada kami, terdapat sedikit perbezaan antara bahasa melayu mereka dan kita. Kain Bulu merupakan nama bagi tuala, kereta Bomoh adalah ambulan.

Percubaaan Tahwil

Percubaan untul menukar fakulti telah menemui kegagalan, maka terpaksalah aku dan bahruddin menunggu tahun hadapan untuk mengemukakan proses tahwil ke Fakulti Pengajian Islam. Oleh yang demikian, kami kadang2 pergi mendengar kuliah di Uni Qadi Iad apabila ada ustaz yang power2 mengajar seperti Sheikh Kharsyi.

Aktiviti Harian.

Kehidupan di Marrakech sememangnya membawa kepada satu keperitan, terutama dalam aspek berkawan. Tiada rakan2 Malaysia disini. Tetapi, sebaliknya ia memberi peluang untuk mempraktikkan Bhs Arab. Kebetulan dihadapan rumah aku, merupakan tempat pakcik2 lepak selepas pulang bekerja. Mereka ini adalah org kampung dan sentiasa bermain dam ketika berkumpul. Tanpa segan dan silu, aku turut sama bermain dam dengan mereka.

Pernah juga sekali dua, berjaya mengalahkan pak cik2 ini. Bermain dam bukan niat untuk menjadi juara pon, tetapi sekadar bergaul dengan masyarakat sekitar dan mengetahui serba sedikit tentang corak kehidupan mereka.

Ada seorang kawan penjual Kurma berdekatang dengan kawasan rumah kami, disinilah tempat aku dan dia menghabiskan masa2 kosong di waktu petang. Waktu itu lidah masih keras lagi berbahasa Arab. Mahu atau tidak, aku mesti bercakap, biar salah sekalipon. Salah satu kesilapan pelajar Malaysia sekarang ini, ada yang beranggapan bahawa Bahasa Arab boleh dikuasai dengan hanya pergi ke Kuliah. Ini silap sebenarnya, kita sepatutnya mencari kawan2 arab diluar kuliah yang boleh menjadikan teman untuk kita mempraktikkan bahasa arab. Bahasa itu diperolehi dengan bergaul dan latihan yang tidak mengenal jemu.

Beginah kehidupan aku diluar waktu kuliah di Marrakech.

Internet

Waktu yang dihabiskan untuk melayari internet di cyber adalah sekitar 2-3 jam seminggu. Waktu itu tiada lagi internet dirumah, dan kami terpaksa membayar DH 5 untuk sejam. Mahu atau tidak 50 Dh sebulan terpaksa dihabiskan kerana Internet.

Sekarang ini , internet di rumah menjadi satu tradisi mahasiswa di sini. Banyak masa dihabiskan kerana internet, terutama pelajar baru yang baru mengenali dunia internet. Tahun pertama sepatutnya dijadikan tapak yang kukuh sebagai permulaan yang mantap dalam melayari kehidupan dengan masyarakat arab di sini. Akan tetapi kadang2, aku melihat internet berjaya memesongkan objektif kedatangan mereka di sini.

Kewangan & Hutang

Kewangan atau Finance, merupakan satu ilmu pengetahuan yang amat sukar diperolehi di bangku sekolah dan universiti. Bahkan ia seakan2 tidak diajar ilmu ini kepada murid2 sekolah dan penuntt mahasiswa. Inilah hakikat yang kita alami semenjak sekian lama, visi dan misi pendidikan negara kita, hatta Amerika pun sama, ia kearah menjadikan manusia sebagai pekerja sepenuh masa.

Dalam masa yang sama, lebih menyedihkan lagi ibu bapa kita tidak mampu menterjemahkan realiti kewangan kepada anak2nya. Apa yang sering diperkatakan ialah” Berlajar elok2 supaya mendapat keputusan yang tinggi dan seterusnya akan memperolehi jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan” . Saya tidak menafikan bahawa, ini merupakan persepsi dan andaian bagi kebanyakan Bangsa Melayu. Persepsi ini sebenarnya merugikan bangsa dalam aspek ekonomi bangsa dan negara. Dalam masa yang sama saya tidak menolak akan kepentingan ilmu dan akademik dalam membina kehidupan bahkan ia merupakan elemen yang sangat penting disebabkan fenomena hari ini manusia diukur dengan neraca maklumat dan ilmu. Namun, tanpa pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan, mungkin seorang pemilik PhD da sewaktu dengannya terhumban dalam krisis kewangan. Kenapa ia berlaku sedangkan dia merupakan seorang ahli akademik dan berintelektual tinggi..? Ya..memang dia pakar dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi dia tidak mengetahui dan menguasai ilmu kewangan.

Disinilah bermulanya kesilapan, apabila seseorang gagal dalam menggenal pasti punca sebenar terhadap krisis kewangan yang dihadapi oleh mereka. Tidakkah seorang yang sedang sakit lebih malang apabila sumber dan punca penyakit tidak dikenal pasti.

Fenomena Hari ini.

Semenjak di bangku sekolah rendah kita diajar sebelum pergi sekolah, ayah atau ibu akan memberikan wang saku untuk perbelanjaan disekolah. Perkara ini berulang sehingga kita tamat sekolah rendah. Sepanjang 6 tahun disana, sedikit sebanyak ia telah membina persepsi didalam minda kita bahawa sumber wang adalah papa dan mama.

Dibangku sekolah menengah merupakan lebih mencabar bagi sesiapa yang tinggal dirumah asrama atau rumah sewa. Disebabkan keadaan di asrama membenarkan pelajar pulang sebulan sekali atau sebulan 2 kali, maka ibu bapa secara langsung akan memberikan duit poket lebih daripada sekolah rendah. Mungkin antara RM 50 – 100 adalah merupakan angka yang popular yang berikan kepada pelajar. Kita mula memiliki duit didalam saku dan duit ini perlu dibajet dengan secukupnya demi mengelakkan diri dari terjerumus dalam krisis ekonomi. Beginilah setiap bulan dan setiap tahun, perkara yang sama asyik berulang dan perlu diingat sumbernya adalah Ibu Bapa, namun ada juga yang beruntung diberi biasiswa oleh kerajaan dan sebagainya. Persepsi tentang sumber duit dari ibu bapa semakin mendapat tempat didalam minda disamping mendapat idea baru untuk mendapatkan duit iaitu daripada kerajaan.

Keadaan ini aku perhatikan dengan penuh minat ketika di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu Kelantan. Sekolah yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia, dan mempunyai pelajar di seluruh pelusuk tanah air hatta Sabah dan Sarawak. Disini juga tempat berhimpunya pelajar daripada keluarga kaya, sederhana dan miskin. Keluarga yang kaya majoritinya dari ibu negara dan mempunyai duit poket yang lebih dari pelajar yang lain. Nyata, mereka tidak terlepas daripada krisis kewangan..walaupun poket lebih tebal dari yang lain. Oleh yang demikian, hutang menguhutang menjadi tradisi.Seminggu dua berhutang sebelum awal bulan hadapan tiba.Kenapa ini berlaku..? Sebab mereka tidak celik kewangan.

Alam Universiti

Keadaan ini berubah hampir keseluruhanya, apabila memasuki alam universiti. Alam dimana pelajar dibebankan dengan hutang dan lebih perit lagi, hutang itu dirasakan madu ketika di universiti, dan dan ia dirasakan seperti hempedu setelah segulung ijazah berada ditangan.

Sebagai contoh, (tetapi ia adalah realiti). Apa yang berlaku di kalangan Mahasiswa Malaysia di Morocco, terutama mereka yang berpinjaman. Yang mendapat zakat 100% seperti Pelajar Selangor dikira beruntung kerana tiada bayaran balik, namun rakan mereka daripada negeri Pahang adalah sebaliknya. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan sekiranya ia kurang disenangi, tetapi realiti tiada bisa dinafikan.

Dengan bebekalkan pinjaman atau zakat 10,000 RM setahun adalah merupakan nilai yang lebih dari cukup untuk sara hidup seorang pelajar di Morocco. 10,000 RM bermakna lebih kurang 22,000-23,000 Dirham. Purata 1800 Dh sebulan sudah mampu mengeluarkan seorang pelajar daripada krisis kewangan di Morocco. Realiti yang berlaku, ada juga dikalangan mereka yang bermasalah sehingga terpaksa berhutang terlebih dahulu, dan akan dibayar setelah pinjaman atau zakat dibahagikan. Beginilah kitaranya bagi sesetengah pelajar sehingga tamat pengajian. Kurang pengetahuan dalam kewangan sekali lagi menyebabkan orang kaya tiba2 jadi miskin kemudian kaya balik, kemudian miskin balik.

Kembali kepada persepsi `sumber` tadi. Secara tidak sedar pelajar2 akan beranggapan bahawa kerajaan adalah sumber duit @ kewangan. Nak belajar, mesti pohon pinjaman kerajaan, nak sara hidup selepas belajar kena kerja dengan kerajaan. Saya cukup sedih sekiranya seorang pelajar berumur 18 tahun menandatangani pinjaman sebanyak RM 35,000 atau lebih. Sedangkan beliau tiada pengetahuan tentang menguruskan duit dan kewangan. Ilmu mengurus duit & kewangan dengan tepat tidak diajar di sekolah rendah dan menengah dan kini pelajar itu dibebankan dengan pinjaman sebanyak itu. Dalam waktu yang semuda ini, pelajar ini tidak mampu lagi membezakan antara aset dan liabiliti tidak juga mengetahui kesan negatif daripada pinjaman tersebut. Akhirnya berlakulah seperti yang saya ceritakan tadi..hutang menghutang.. Kalau orang yang tiada pinjaman dan bantuan berhutang, tak apa ..tapi kalau org kaya yang berhutang..itu yang pelik dan ajaib.

Selesai Belajar, Masuk Kerja

Saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang potongan yang akan diberikan setelah tamat belajar. Cuba kita andaikan bahawa pelajar yang telah tamat belajar dan baru bekerja terpaksa membayar balik pinjaman dengan jumlah sebanyak RM 50 – 100 sebulan. Katakan RM 100 sebulan. Maka seorang pelajar akan mengambil masa 350 bulan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM 35,000. Tidak kah begitu..? 350 Bulan bersamaan 29 Tahun 2 Bulan. Sekiranya mula bekerja pada umur 22 tahun, maka (22 tahun + 29 Tahun 2 Bulan), pada umur 51 Tahun 2 bulan barulah selesai proses pembayaran. Anda sudah tua, dan hampir nak bersara, mungkin dah dapat cucu, barulah hutang itu selesai. Oh…begini rupanya.

Inilah kitaran hidup dan fenomena hari ini, hari ini ia berlaku mungkin kepada kita, dan kita sepatutnya tidak lagi membiarkan krisis kewangan yang menimpa disebabkan kekurangan ilmu kewangan menimpa generasi selepas kita.

Mungkin selepas ini, artikel mengenai kewangan akan menyusul.

Selamat Pengantin Baru

Seminggu sudah berlalau, Mohd Asyraf Bin Sulaiman Selamat Diijab Kabulkan dengan Siti Noraihan Binti Abdul Rahim. Agak terlewat sedikit bagi aku mencoretkan seba sedikit mengenai kawanku ini. Setelah kembali dari Bumi Morocco pada Ogos 2007, nyata …Asyraf tidak menunggu lama untuk bergelar suami, seterusnya menamatkan zaman bujang yang mungkin tidak akan berulang lagi. Asyraf mungkin boleh dikatakan bertuah, kepulangannya ke Tanah Air tidak seperti rakan2 lain, ada yang terpaksa menanam anggur, tetapi dalam masa yang singkat,kerusi Ketua Fakulti di salah sebuah kolej di tanah air telah beliau duduki..Tahniah…

Agaknya, disebabkan status sebagai Ketua Fakulti, temannya (kini Isterinya) melihat `sesuatu` perlu disegerakan, kalau tidak mungkin dia akan berputih mata. Sebagai tenaga pengajar di Kolej, tentu sekali ramai anak2 murid dikalangan kaum hawa yang menaruh simpati dan menunggu peluang mendapatkan Pensyarah mereka yang hensem ini sebagai teman hidup. Oleh yang demikian, langkah mesti diatur demi memastikan graduan lepasan Morocco ini menjadi miliknya. Akhirnya, perancangan yang diatur bersertakan taufik dari Allah Taala, kedua-dua mereka selamat bergelar suami dan isteri.

Persahabatan dengan Asyraf

Kami mula mengenali antara satu sama lain, apabila membuat urusan permohonan belajar di Morocco. Ketika itu aku di Tingkatan Enam di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, dan Asyraf di Tingkatan Enam di Maahad Darul Anwar Pulau Melaka. Kami datang ke Morocco di bawah nasuhat dan dorongan Ust Mat Hassan yang dikira memberi sedikit taklimat kepada kami. Disinilah persahabatan kami mula berputik.

Dalam kesusahan melakuakan permohonan ke Morocco, akhirnya kami diterima jua untuk mengecapi warna – warni alam universiti di bumi kelahiran Ibn Batuta. Beliau ditempatkan di Uni Ain Shok Casablanca dan aku di Uni Qurawiyyin Marrakech. Persahabatan kami semakin lama semakin erat atas dasar datang sekapal dan sama belajar di Kelantan.

Jumlah Kumpulan kami adalah seramai 9 org kesemuanya, Shakir, Fathi, Bahruddin, Azri, Asyraf, Hadi, Radhi, Faies dan Hafiz. Kini Alhamdulillah kesemua telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Bermulanya Perbezaan.

Tahun 2007, 6 dari kami telah berjaya menamatkan pengajian. 4 dari mereka pulang berbakti di Tanah Air. Tinggal lagi 5 yang masih menuntut di Tahun Akhir Ijazah dan Tahun pertama Master. Hadi, dengan pernuh bergaya dan semangat masuk meminang gadis Arab, kami semua menobatkan Hadi sebagai ketua dalam misi berumah Tangga. Seterusnya , Hadi terus melangkah kehadapan dan akhirnya gadis arab itu berada dalam denggamanya..Kini mereka bergelar suami isteri.

Langkah Hadi tidak berhenti disitu sahaja, Asyraf dengan penuh yakin dan berani menjejaki langkah Hadi. Mungkin, langkah Hadi berumah Tangga merangsangkan teman2 sekapal untuk turut sama kemanisan berumah tangga. Asyraf ..nyata tidak ..mampu bersabar lagi…dia terus mara kehadapan dan meninggalkan kami dibelakang, membiarkan kami melayari dunia ini secara solo.

Perkahwinan

Perkahwinan sememangya membawa seribu ketenangan untuk si Lelaki dan si Perempuan. Dalam masa yang sama ia ibarat serampang dua mata. Ia boleh membawa kepada kebaikan dan sebaliknya. Perkahwinan merupakan sunnah para anbiya`. Tidak dapat dinafikan ia juga membawa kepada kestabilan diri lelaki mahupun perempuan, terutama di zama ketenangan diri diancam oleh seribu macam fitnah  di era globalisasi ini.

Perkahwinan bukan hanya membawa erti pergabungan antara lelaki dan perempuan bahkan skop pengabunganya lebih luas lagi, ia melibatkan percantuman dua keluarga yang berbeza latar belakang. Sebenarnya, perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan sukar untuk direalisasikan sekiranya masing2 mempunyai persepsi terhadap pasangan seperti persepsi dirinya sendiri.  Lelaki dan perempuan memang berbeza, bukan sahaja perbezaan fizikal namun ia turut melibatkan perbezaan nilai ..seperti perasaan, minat, hobi dan kegemaran. Tanpa mengetahui perbezaan ini, mahkota kebahagian sukar dicapai bahkan ia mungkin meruntuhkan perhubungan yang dibina selama ini.

Apa pun, aku doakan kepada sahabat ku ini , akan kebahagian dalam kehidupan berumah tangga. Dari bumi Morocco, sekali lagi aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.

Selepas menjadi Raja Sehari, keesokan harinya, periuk belangga pasti menunggu sentuhan si Teruna. Pada detik ini, si teruna biasanya akan menunjukkan taringnya dalam membersih periuk belangga. Kalau boleh semua periuk dan pinggan mahu dibersihkanya..akhirnya Mak Mentua mesti berkata ” Inilah menantu kesayangan ku, mmg pandai anak aku membat pilihan”..sekian…Maaf dipinta sekira terlanjur bicara.

Kembali Semula Ke Morocco

Selepas bernasib baik, dapat keluar dari Mauritania sebelum lebih kurang 5 hari Rampasan Kuasa Tentera keatas Kerajaan . Aku berasa begitu bersyukur. Berita rampasan kuasa diperolehi, ketika aku berada di Majlis Bacaan AlQuran dan Doa Selamat di rumah salah seorang orang kampung di Tarudan.

Malam itu, aku dan rakan-rakan Barbar berada di satu Majlis, saling membaca AlQuran. Paling gementar buat aku apabila, Sheikh menyebut” Shakir, Tafaddal”. Dengan sedikit gementar aku membaca apa yg telah dihafal dengan Sheikh Ini.

Seminggu bersama rakan-rakan Barbar di Madrasah Atikoh, penuh dengan keceriaan dan warna-warni hidup yang berlainan. Hidup disana ala pondok di Malaysia, serba serbi ala kadar. Kemewahan dunia di Kenitra seolah2 hilang begitu sahaja. Hidup mereka punuh mencabar, terutama bagi yang tinggal dikawasan pergunungan. Cekal , sabar, semangat juang yang tinggi dan berdaya saing, itulah mereka. Namun, persahabatan aku dengan mereka tidak berpanjangan selepas aku dan Pak Lah di tangkap pihak berkuasa. disoal bertubi-tubi di dalam biliknya. Sedikitpun perasaan takut tidak berputik dihati ini, terutama apabila hati mengatakan, walau apa yang berlaku hari ini atau selepas ini , ia adalah ketentuan Ilahi, semuanya telah tertulis.

Disebabkan tidak ingin mendatangkan kesusahan dan musykil kepada Madrasah dan Rakan-rakan lain, aku dan Pak Lah dengan  linangan air mata meninggalkan tapak pertapaan kami, saat paling genting adalah ketika berpisah dengan Sheikh kesayangan kami. Oh…sukar untuk diterjemahkan akan kesedihan ini.Kami meninggalkan Tarudan dengan sarat membawa kata2 hikmah yang dikutip selama tempoh pengembaraan kami.

Meninggalkan Tarudan seolah2 membawa erti bahawa Pengembaraan kami telah berakhir. Lembaran baru dengan gerak geri berbeza sudah pasti akan menyusul selepas ini.

Tiba di Kenitra dengan dengan perasaan tidak berapa percaya pada asalnya, dalam keadaan serba tak kena dan bingun, Pak Lah mengambil keputusan untuk bertolak ke London melalui Paris. Puas Pak Lah memujuk aku supaya menjadi teman perjalanan. Tapi, aku terpaksa menolak ajakan itu, disebabkan urusan Master. Fail permohonan MASter akhirnya diserahkan kepada Mr Umar. Universiti Mohd 5 menjadi pilihanku kali ini.

Selesai urusan MASTER, sekali lagi, masalah menimpa. Terasa boring dan puas melanda diri. Terutama apabila tiada aktiviti untuk dilakukan disini. Nak belajar, waktu tu Maahad Ust Hassan Alami pun tutup. Nak berniaga, barang sudah habis.

Senang cerita, aku membeli tiket Etihad Airways ke Kuala Lumpur. Pikir punya fikir, akhirnya aku rasakan lebih elok aku mengambil tiket pergi balik (Open one Month). Kalau aku tak berbuat demikian sudah pasti kedatangan semula ke Morocco akan terlewat disebabkan kerja di Malaysia yang tidak pernah selesai.

Pulang ke Malaysia kali ini selama 31 hari, merupakan satu tempoh kursus Perniagaan bagi diri ini. Setiap kali pulang, sudah pasti ilmu baru diperolehi. Minggu terakhir di Malaysia sebelum terbang ke Morocco, aku sempat ke bumi Singapura. Ia adalah merupakan Bussiness Trip kedua bagi aku ke sana.

Dalam perjalanan pulang, Sdr Fathi mengahantar sms , wehdah MASTR  Rabat ditutup. Oh…tidak, masa musim panas hari itu, wehdah ini memang dibuka …tetapi ia tiba2 ditutup untuk tahun ini..sungguh pelik kan… Tapi usahlah berasa pelik, ini Morocco…memang begini urusan pejabatnya. Akhirnya aku terpaksa memilih Kenitra sebagai destinasi MASTER.

24 Oct, aku terbang juga ke bumi Morocco.  Terbang dalam keadaan tiada jawapan bagi permohonan MASTER. Setelah 4 tahun di sini, urusan pejabat memang leceh, lambat…aku pernah menghapinya ketika urusan tahwil dari Kuliyyah Lughah Marrakesh ke Kenitra sedikit masa dahulu. 3 Bulan aku berulang alik ke pejabat Wikalah Ta3awun Duwali. Masa itu umur masih muda, masih mentah dengan perangai arab disini. Dalam berurusan dengan arab, kalau dipejabar2 perniagaan , ia sungguh mudah…sebabnya mereka inginkan duit sesegera yang mungkin.

Kini, aku masih disini, menanti Rukhsoh MASTER. Sekiranya aku gagal mendapatkanya, ia tidak berarti aku menyerah kalah untuk tidak berMASTER, dunia ini luas, Morocco hanya salah satu daripada beratus negara di dunia ini.

Mauritania, Destinasi Dituju – 2

Mauritania, Destinasi Dituju – 2

Keesokan pagi, tanpa sempat bersarapan, cepat2 kami meninggalkan Hotel Riyad menuju ke Perhentian Teksi Nuadhibo yang terletak di pintu masuk ke Bandar Dakhla.
Sambil menunggu penumpang lain, kami berborak dengan pemandu2 teksi. Setelah mengetahu bahawa kami dari Malaysia, mereka sungguh kagum dengan Malaysia terutama disebabkan sopan santun Jemaah Haji kita di Mekkah. Sedikit sebanyak Jemaah Haji kita telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tujuan ke Mauritania terpaksa dirahsiakan daripada mereka, lantaran keadaan yang memaksa begitu. Dalam rancak berbual, salah seorang daripada mereka berkata ” Pergilan ke Mahdarah (Pondok) dan menghafal Quran & Hadis, dengan Quran & Hadis kita menguatkan diri” Aku tersentak dengan kata2 hikmah ini.

Mercedes C 190 yg kami naiki memecut dgn laju, setelah beberapa jam di dalam kereta, kami tiba di sempadan – Imegresen Ben Guedouz- . Cuaca panas terik pada tengah hari itu  menzahirkan identiti sebenar Sahara. Setelah 4 jam menunggu proses pemeriksaan, aku di benarkan untuk menyeberangi sempadan.

Tidak diduga…

Jarak antara Imegresen Morocco dan Imegresen Mauritania adalah lebih kurang 3 – 5 KM. Diantara kedua2 sempadan ini adalah kawasan yang masih lagi didalam perebutan antara Puak Pemisah Polisario dan Morocco. Oleh yang demikian, PBB mengishtiharkan bahawa kawasan ini adalah dibawah pengawasan mereka.

Di kawasan pergunungan Padang Pasir ini, jalannya tidak ber`tar`. Ia hanyalah jalan yang sedikit berbatu diselaputi dengan Pasir. Pemandu yang tidak biasa melalui jalan ini, sudah pasti tidak mampu memandu kenderaanya. Tiada penanda arah kecuali timbunan pasir dan batu-batan. Namum begitu, pemandu tidak boleh sewenang2 memandu dikawasan ini, ia cukup bahaya. Periuk Api yang masih lagi aktif tertanam di segenap penjuru kawasan ini. Sekiranya kenderaan anda keluar sejauh 50 meter dari `jalan biasa`, maka periuk api akan menjadi hidangan anda semua. Hanya Pemandu Teksi, Lori dan penduduk sekitar yang selalu keluar masuk mengetahui `jalan biasa` ini. Papan tanda PBB dan Kerajaan Mauritania sentiasa memperingati pemandu tentang bahaya periuk api di kawasan ini.

Bagimanakah perasaan anda, apabila berada dikawasan yang dikelilingi Periuk Api.?

Di Sempadan Mauritania, sekali lagi kami di siasat. Siasatan pertama dikendalikan oleh tentera Mauritania, Alhamdulillah sekejap sahaja. Manakala siasatan kedua dikendalikan oleh Pegawai Imegresen. Di sini, ia mengambil masa sedikit. Pejabat ini terdapat beberapa orang pegawai termasuk seorang ketua. 2 orang pegawai biasa duduk dengan tekun di atas kerusi manakala ketuanya dengan bangga dan seronok berbaring diatas katil yang tilamnya tidak bercadar. Bertugas sambil berbaring …wow..hebatnya dia.

Namun begitu aku tidak lepas daripada soalan bertubi2 yang keluar daripada mulut ketua ini.

Akhirnya, setelah aku berjaya menjawab semua soalan yang dilontarkan, kami diberikan kebenaran untuk masuk ke Mauritania. Ini kira ok lah…soalan biasa2 sahaja, tidak seperti Pegawai Imigresen Syira di sempadan Turki Syiria. Kalau di Syiria, soalan2 yang dilontarkan ada kalanya melambangkan kebanggangan beliau dan kebodohannya.

Paling menakjubkan ialah pegawai itu tadi bertugas di atas katil sambil berbaring dan tangan memegang erat 2 biji telefon bimbit. Fenomena ini, barangkali sudah cukup untuk mengambarkan keadaan yang terdapat di negara ini.

Rich Dad & Poor Dad

Rich Dad & Poor Dad

Semua orang benci dan takut terjerumus ke dalam krisis kewangan. Namun begitu, mereka tidak pernah meluangkan masa untuk mempelajari tentang kewangan. Mereka tidak juga membelanjakan sedikit wang mereka untuk membeli buku tentang kewangan dan cara menguruskanya.

Mereka menganggap, kursus kewangan dan pembelian buku kewangan adalah satu pembaziran dan kerugian. Inilah satu kesilapan besar telah dilakukan oleh kebanyakan orang pada hari ini. Jadilah mereka seperti orang lain yang tidak pernah keluar daripada perlumbaan hidup.

Rich Dad Poor Dad, adalah sebuah buku yang hebat. Ia mengajar anda tentang falsafah kewangan dan wang. Ia membantu anda menyelesaikan krisis kewangan yang menghantui anda sekalian.

Nasihat & Pandangan Bapa Kaya dan Bapa Miskin (Berpelajaran Tinggi), yang sering bertentangan dan berlawanan telah menjadikan Robert T. Kiyosaki dan Mike sebagai pakar kewangan dan pelaburan.

” Sebab utama orang menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka belajar di sekolah bertahun-tahun tetapi tidak mempelajari apa-apa tentang wang. Akibatnya, mereka menjadi hamba wang…tetapi tidak penah belajar supaya wang menjadi hamba mereka” ~ Robert T. Kiyosaki – Pengarang Rich Dad Poor Dad.

” Saya sayangkan anak-anak saya dan mahu memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik ! Persekolahan tradisional memang penting, namun tidak lagi mencukupi. Kita semua perlu memahami tentang wang dan cara wang bekerja” ~ Sharon L. Lechter – Pengarang bersama Rich Dad Poor Dad.

Muktamar PAS

Muktamar PAS

Muktamar PAS baru sahaja berlalu. Ia bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2008. Kali ini pertama dalan sejarah, ia diadakan di Bandaraya Ipoh, Perak, Darul Rizwan.

Setiap kali berlangsungnya muktamar, nostalgia lama semasa bertugas menjadi Bentara Muktamar 2004 datang kembali. Ia seolah2 masih segar bugar didalam ingatan.

Tahun 2004, aku diberi peluang untuk bertugas sebagai Bentara Muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan, (PUTIK). Ia merupakan satu peluang untuk aku melihat perjuangan PAS dengan lebih dekat. Perjuangan yang dikatakan bertunjangkan AlQuran & Sunnah.

Alhamdulillah selama beberapa hari sepanjang muktamar berlangsung, aku berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna. Dalam masa yang sama melihat secara dekat proses muktamar itu berjalan dari mula hingga ke akhirnya. Seterusnya melihat secara langsung pemimpin-pemimpin dari semua peringkat.

Kita menyokong sesebuah pergerakan bukan kerana pemimpinya, tetapi disebabkan Prinsip Perjuangan ataupun Ideologi yang didukung. Kita juga tidak menyokong sesebuah pergerakan disebabkan ayah kita atau datuk kita yang menjadi penyokongnya. Akan tetapi, pergerakan itu disokong selepas melihatnya menurut kasa mata ilmiyah (neraca ilmu).

Persoalanya.

Setelah Penjajah Laknatullah meninggalkan Tanah Melayu dan dalam masa yang sama meninggalkan Perlembagaan mengikut acuan mereka sebagai ikutan bagi seluruh penduduk Tanah Melayu. PAS berjuang menentang penjajah di bumi Melayu dan menentang Perlembagaan yang dijanakan oleh penjajah.

Keluarnya Penjajah daripada Tanah Melayu berarti berakhirnya penjajahan senjata terhadap Orang Melayu dan Tanah Melayu. Akan tetapi, penjajah yang sama bersama sekutu-sekutunya Amerika dan Zionis Yahudi telah mengubah taktik penjajahan daripada penjajahan bersenjata kepada penjajahan budaya, ilmu pengetahuan dan pemikiran. Media massa menjadi senjata utama bagi merealisasikan corak penjajahan baru ini.

Bentuk penjajahan baru ini secara halusnya menjajah insan (individu) secara tidak sedar sehingga meruntuhkan dan membinasakan Fitrah Insan. Seterusnya berlakunya penjajahan insan.

Sejauh manakah usaha PAS dalam memerdekakan Umat Islam di Malaysia daripada penjajahan bentuk baru ini..? dan

Sejauh manakah kesan Gerakan Politik seperti PAS dalam memastikan kesyumulan Islam benar2 disemadikan didalam dada Umat Islam Malaysia..?

Kadang-kadang pembawakan Dakwah Islamiyyah melalui Gerakan Politik yang terlalu mementingkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tanpa pemantapan penguasaan ilmu di dalam dada pendokong adalah dikira berlawanan dengan method dan cara pembawakan Dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Kos Hidup Di Maghribi @ Morocco – Pelajar

Kos Hidup Di Maghribi @ Morocco – Pelajar

Setiap kali tiba bulan Ogos dan September, ramai pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran keluar negara khususnya ke Morocco menunggu surat tawaran dengan penuh debaran dan penuh minat.

Tentunya persoalan tentang kos hidup di sini, antara persoalan utama yang bermain di minda kalian. Terutama bagi mereka yang berstatus persendirian. Bagi mereka yang bertajaan, mereka seperti anak emas bagi yayasan2 dan majlis agama tertentu. Usah dibimbangi, `anugerah` yang bakal anda perolehi lebih daripada cukup insyaAllah.

Semoga maklumat ringkas ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka yang bergelar `persendiriaan`

Mata wang Maghribi @ Morocco : DIRHAM

Tukaran berbanding Ringgit Malaysia (RM) : RM 1 = DH 2.25 (Tidak Tetap)

Rumah Sewa, Elektrik & Air

Antara DH 250 – DH 400 Sebulan.

Makan Minum

Antara DH 250 – DH 350 Sebulan

Wang Saku

± DH 250 sebulan

*Jumlah perbelanjaan berbeza berdasarkan lokasi tempat belajar.

*Perbelanjaan yang dipaparkan ini tidak masuk kos pembelian kitab.

Senarai Harga Barang Keperluan Asasi

Beras : DH 12 – DH 13 Sekilo.

Ayam : ± DH 16 Sekilo.

Daging Lembu : DH 60 – DH 70 Sekilo.

Harga Sayur – sayuran & buah-buahan lebih murah – kadang2 sama – berbanding harga di Malaysia

Mauritania, Destinasi Dituju – 1

Mauritania, Destinasi Dituju – 1

Cuti musim panas datang lagi, masing2 mempersiapkan diri dengan pelbagai rancangan dan impian. Ada yang merancang untuk pulang ke tanah air, berjalan melawat benua eropah dan ada juga yang menanam hasrat untuk terus belajar di pondok2.

Akibat teruja dengan kehebatan Pelajar2 Mauritania di sini, maka aku mengambil keputusan untuk meredah Sahara- Padang Pasir untuk menuju ke destinasi, Mauritania. Ia merupakan negara jiran bagi Morocco. Letaknya adalah disebelah selatan Morocco.

Khabarnya, musim panas, cuaca memang panas di sana. Apa tidaknya, Padang Pasir tempat kegemaran unta memang bersifat begitu. Cuacanya yang panas terik sememangnya menyukarkan kehidupan disana.

Namun begitu, semangat untuk kesana demi menghafal Al-Quran dan beberapa matan ilmu bahasa arab tetap mengunung. Tiada siapa lagi dapat menghalang. Walaupun perjalanan yang bakal ditempuhi amat membimbangkan apabila, aku dan Pak Lah mengambil keputusan untuk meredah jalan darat. Jarak perjalanan pergi dan balik daripada Kenitra ke Nuakchoot-Ibu negara Mauritania adalah sebanyak 5470 KM.

Memulakan perjalanan daripada Kenitra pada jam 2.30 pagi menuju ke Bandar Marrakech. Di sana kami bermalam selama satu malam di rumah Pak Cik Lattif. Keesokan harinya, jam 3 petang bas dijangka bertolak daripada Stesen Bas Supratour Marrakech, malangnya ia terlewat kira2 satu jam daripada waktu asal. Perjalanan ini akan menuju ke Bandar Dakhla yang terletak Western Sahara Morocco. Jaraknya daripada bandar Marrakech ialah lebih kurang 1500 KM. Dengan tambang sebanyak 440 DH kami memulakan perjalanan. Untuk pengetahuan sesiapa yang ingin ke Western Sahara, hanya 3 syarikat pengakutan sahaja yg menyediakan perkhidmatan kesana, pertama SUPRATOUR, kedua CTM dan yang ketiga SATAS. Kesemua perjalanan adalah bermula daripada Marrakech dan mengambil masa selama 25 jam.

Perjalanan dibandar Sahara Morocco, sememangnya tidak disangkakan. Kemudahan asas ditempat rehat adalah jauh lebih baik berbanding perhentian disekitar Rabat, Casa dan bandar2 lain. Tambahan pula harga makanan yang berpatutan. Hampir setiap kali bas berhenti, kami akan menikmati hidangan Tajin daging Biri2. Uh…sungguh sedap…. Kalau tahun lepas, berjalan di Eropah, terpaksa bawa roti dan coklat dijadikan santapan disebabkan harga yang mahal. Kali ini, semuanya berubah. Perjalanan juga bertambah serinya apabila perut sentiasa penuh dan ok…hehhehe

Dalam masa yang sama, perjalanan menuju ke Sahara membolehkan aku melihat bentuk muka bumi Morocco yang jelas berlainan dengan bandar2 disebelah utara dan barat Morocco. Masyarakat yang bergantung hidup dengan mengembala kambing, unta dan sebagainya. Sesetengah bandar2 di Sahara adalah berhampiran dengan pantai dan lautan Atlantik, oleh yang demikian, kebanyakan masyarakat disana terdiri daripada nelayan.

Tiba di bandar Dakhla pada jam 5 petang keesokan harinya. Dengan bantuan seorang kawan yg dikenali didalam perjalanan, kami mula mencari hotel. Alhamdulillah Hotel Riyad menjadi penginapan kami pada malam itu dengan bayaran 30 Dh setiap seorang. Sekitar jam 7 petang, kami keluar menikmati keindahan bandar Dakhla. Bandar Padang Pasir yang dikelilingi Pantai dan Lautan Atlantik. Ah…..sungguh cantik dan romantik… Udara disana tidak mengambarkan Musim Panas. Angin bertiup kencang..melontarkan kesejukan didalam diri.

Menikmati hidangan daging unta bakar pada petang itu, sungguh menyeronokkan. Kali pertama makan daging unta, rasanya boleh tahan, lebih sedap daripada daging lembu dan biri2.

Ah….malam itu, Fadhil, rakan yag kami kenal dalam bas menjemput kami untuk makan malam di rumah beliau walaupun jam dah hampir pukul 11 malam. Dalam keadaan pra demam aku mengagahkan diri ke rumah beliau. Cuaca sejuk dan berangin di Dakhla memang bahaya, sekejap sahaja boleh menyebabkan selsema dan demam.

Fadhil adalah keturunan Yaman, tetapi kini tinggal di Dakhla. Kesemua penduduk yang tinggal di kawasan Guelmin, Tan Tan, Louyun sehinggalah Dakhla dikenali masyarakat Sahara- Padang Pasir. Kehidupan mereka jelas berlainan dengan masyarakat Arab Morocco. Sampai sahaja di rumah beliau, pertama sekalai kami dihidangkan dengan syai sahara, wah….kali pertama menikmati syai sahara…sungguh menakjubkan…penuh dengan buih..lebih kurang separuh gelas kecil itu, semuanya buih..syai pula pekat sedikit..tetapi sedap..

Bersambung…

Kembali Semula

Assalamualaikum,

Setelah kemudahan internet yang selalu saya nikmati kembali semula, saya mengambil keputusan untuk terus mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog ini. Kalau sebelum ini, saya dan internet hampir terputus hubungan, sebab itulah saya rasa saya telah tidak ada masa dan peluang untuk terus menulis, maka artikel bertajuk PENAMAT dipostkan.

Tetapi, kini, keadaan seolah2 akan dan sedang berubah. Dan saya insyaAllah bersedia untuk kembali memegang pena.

Sekian,

Wassalam

Penamat

Asslamualaikum Sahabat2 Sekalian.

Blog ini sudah tiba di penghujungnya, dan sebagai penamat kepada riwayat hidup blog ini, saya sertakan sebuah syair seorang rakan yang dihadiahkan kepada aku.

Saya menyusun sepuluh jari tanpa memohon kemaafan sekiranya pandangan dan tulisan saya, sebelum ini menguris hati kalian.

بسم الله الرحمن الرحيم

سَلاَمُ اللهِ عَلَيْكُمْ يَا إِخْــــــــوَانُ    *    كُلَّمَا تَذَكّرتُ حَالَكُمْ أَتَعَجَّـــــبُ

قُلْتُ فِي نَفْسِي كَيْفَ مَعِيشَتُهُـمْ     *    فَعَاشَرْتُهُمْ حَتَّى أَصْبَحْتُ أَقْرَبُ

أَطْلَقُوا عَلَيَّ اسْمَ شَيْخِنَا الفَاضِلُ   *    وَنَحن لِلْعِلْمِ وَالتَّفَقُّهِ نَطْلُــــــــبُ

كُلّمَا طَالَ غِيَابِي عَنْ رُؤْيَتِهِــمْ     *   اشْتَقْتُ إِلَيْهِمْ وَأَنَا لَهُمْ حبيــــب

بعدرالإنتهاء من امتحان الدراسة *    فأنا أذهب إلى الجامعة أترقب

وبعد نجاحي ورسوب أحدهـم     *    لم تكتمل فرحتي فأنا غاضب

لكن جاءت البشرى بعد نجاحهم  *    ففرحت وقلت حمدا لك يــارب

سأذكر لك بعض أحوالهــــــم     *    وكل ما امتازوا به من مناقــب

فإذا تكلم شاكر في الفصـــــل      *    فالكل من حوله ينظر ويستغرب

دافع عن بلده دفاعا شديـــــدا      *   وأظنه في بعض الأمور متعصب

تعلمت منه والله أشيــــــــــاء      *    فأنا له أخ حميم وصاحـــــــب

رأيت رؤية  الفراق فبكيــت       *    عندما هو إلى ماليزيا يذهـــــب

وذاك كامل في الفصل نائـم       *      لكنه يتميز بذكاء ثاقـــــــــــب

ومجيب كلما تعطلت دراجته      *    أصلحتها حتى سماني الطبيــب

زار المسجد الحرام والنبوي      *    فعاد إلى المغرب رجلا منقلب

ومنذر كلما نطق أخرج الحكمة   *   من فمه وهو للعربية بذاك يتدرب

ومهيمن أصبح للأخوات أستاذا   *    وهو بذلك العمل مسرور ومحب

علموني استعمال الحاسوب       *     حتى أصبحت لهم كاتـــــــب

تعرفت عليهم وأحببتهم في الله    *    حتى أضحت قلوبنا قلــــــــب

كيف سأكون بعد فراقهـــم         *    والفراق بعد اللقاء صعــــــب

كل ما أتمناه أن أزورهـــم        *    وأرى ذلك البلد العجيــــــب

لو شاء الله لعشت معهــــم        *    وهاجرت هذا الذي اسمه المغرب

هناك قولة مشهورة عنـــه        *    ما دمت في المغرب فلا تستغرب

فكل شيء ممكن وإن كان        *    عند البعض شيء غريــــــب

انظر إلى الأزقة و الشوارع     *    فسترى ما يحزن ويغضـــب

Memohon Kemaafan

Assalamualaikum,

Salam sejahtera kepada semua Ahli PMMM & Shabat2 sekalian.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan daripada sahabat2 sekalian.
Sepanjang persahabatan kita di Morocco ini, sudah pasti, saya sebagai seorang insan tidak dapat lari daripada kesalahan dan kesilapan.

Kepada Mahasiswa yg masih lagi di sini, teruskan perjuangan anda di arena ilmu ini.

Kepada Graduan, selamat pulang ke Tanah Air dan Selamat Berjuang di Tanah Air.

Sekali lagi saya memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan selama ini. Halalkan makan dan minum sepanjang tempoh kita bersama.

Sekiranya saya masih lagi belum menjelaskan hutang kepada sesiapa sahaja, sila hubungi ana sebelum hari esok 19 July 2008.

Yang Benar.

Muhd Shakir Assalam Bin Ya

Muktamar Melabuh Tirai

Muktamar Melabuh Tirai.

Tanggal 14 & 15 JULY 2008, dua hari berturut2 ahli2 PMMM bermuktamar membincangkan perihal rumahtangga mereka. Ini merupakan muktamar yang kedua aku sertai semenjak berada di bumi Morocco ini. Kali pertama pada tahun pertama, dan kali kedua pada tahun terakhir disini.

Ramai pembahas mengambil bahagian untuk membahaskan beberapa topik. Gelagat para perwakilan juga yang bermacam ragam, sebenarnya telah menceriakan keadaan muktamar yang berlangsung itu.

Terima Kasih diucapkan kepada Bekas Presiden, Ust Musad dan sekalian nakhoda2 yang lain. Jasa dan budi yang anda curahkan, insyaAllah akan mendapat ganjaran disisi Allah.

Tahniah diucapkan kepada Presiden Baru, Ust Ahmad Fathi. Kemenangan anda sebenarnya hasil daripada keinginan ahli PMMM yang nyata inginkan seorang Ketua yang berintelek tinggi dan bijaksana. Selamat mengemudi Bahtera ini buat 12 purnama yang mendatang.

Belumpun mereka datang (Lepasan Diploma Malaysia), namun perbahasan mengenai mereka telah bermula. Kalau sekiranya Mesir tidak menerima pelajar2 ini demi menjaga status dan kualiti keluaran Al-Azhar, adakah relevan sekiranya mereka2 ini dicampak dibumi Morocco. Tidakkah ia akan menjatuhhkan nama dan kehebatan keluaran Morocco yang berpunca daripada kemasukan terus kepada sem-5. Ini adalah taktik perniagaan bagi kolej2 di Malaysia untuk terus mengekalkan hayat dan riwayat hidup kolej2 mereka. Kolej2 ini sebenarya bertunjangkan kepada perniagaan dalam bidang pendidikan, setelah 3 tahun pelajar2 berada di bawah jagaan dan peliharaan mereka, maka tahun terakhir pelajar2 boleh menyambung pengajian di Uni2 yang telah mementerai perjanjian sesama mereka selama satu tahun.

Kami tidak bersetuju dengan kedatangan mereka disini kecuali sekiranya mereka datang memasuki tahun satu. Bermulalah daripada kaki bukit dan bukanya dicampakkan -(dgn lastik)- ditengah2 pendakian.

Isu apartment muslim @ Darussa3adah, mendatangkan pelbagai pro dan contra. Usul ini dianggap releven terutama bagi mereka yang telah kebumi Mesir dan melihat keadaan, fenomena dan kesan daripada Bait Muslim. Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak bersetuju dan memohon supaya usul ini ditangguhkan kepada pihak AMT. Walauapapun, aku mencadangkan perkara ini untuk mahasiswa dan mahasiswi yang masih lagi bertapa di bumi Maghribi ini, dan aku yakin dan percaya bahawa kemunculanya pasti akan tiba jua, sedikit masa sahaja lagi.

Antara yang menarik ialah perbincangan diakhir sidang muktamar, Isu Konvokesyen menjadikan dewan hangat dan berlaku percangahan pendapat. Kalau anda perhatikan pada hari itu, bagi yang lelaki, terdapat 2 puak, satu yang menyokong bayaran 120 dh dan satu lagi yang menentang. Namum begitu nasib dan takdir menyebelahi penentang, dengan bayaran dikurangkan kepada 50 dh shj. Kami, penentang pada waktu itu, berasa bangga dengan kejayaan yang kami perolehi.

Buat mahasiswa baru, jadikan muktamar ini sebagai pengajaran buat muktamar2 yang mendatang. Ia adalah sebagai tapak bagi anda menyuarakan isi hati anda kepada pimpinan anda. Dalam masa yang sama, kewujudan sesetengah golongan seolah2 pembangkang didalam dewan, sebenarnya memberikan impak yang besar dalam menstabilkan dan memperbetulkan beberapa isu dan perkara.

Sekian Wassalam.

Persahabatan Sebenar

Kehidupan di Morocco penuh warna warni, terutama memori indah bersama kawan2 Maghribi. Jambatan persahabatan yang dibina diatas keikhlasan yag telus lagi murni tidak bisa dilupakan dan dipadamkan. Sehinggakan salah seorang rakan karib aku menghadiahkan syair yang menceritakan persahabatan kami selama ini. Demi Allah, syair Arab bisa memberikan kemanisan dan kepuasan diri melalui pemerhatian mendalam terhadap maknanya. Aku paparkan disini akan syairnya :

بسم الله الرحمن الرحيم

عَاشَرْتُ أَُناسًا لَمْ أَرَ مِثْلَهُمْ * فَهُمْ إِخْوَةٌ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ حَمِيمُ

كُلَّمَا رَأَيْتُهُمْ تَعَجَّبْتُ مِنْ حَالِهِمْ * وَقُلْتُ سُبْحَانَ اللهِ هَكذَا الإسْلاَمُ

يُقَالُ إِنَّهُمْ مِنْ بِلاَدِ مَالِيزْيَا * طُوبَى لِمَنْ عَرَفَهُمْ وَكَانَ صَدِيقَهُمُ

أُنَاسٌ تَشَبَّتُوا بِدِينِ رَبِّهِــمْ * فَيَاسَعَادَةً لَهُمْ بِشَفَاعَةِ حَبِيبِهِمُ

بَلَغُوا المَجْدَ وَالعُلاَ بِتَقْوَاهُمْ * وَيَالَهُ مِنْ مَجْدٍ مَعَ إِيمَانِهِمُ

أَتَوْنَا مَحَبَّةً فِينَا وَفِي لُغَتِنَا * وَاللهِ لَنْ نَبْخَلَ بِعِلْمِنَا عَلَيْهِمُ

أَراَدُوا تَعَلُّمَ لُغَةَ القُرْآنِ الكَرِيمِ * و لُغَةٍ نطقها الرسول الرحيمُ

فَهِيَ لُغَةٌ فِي مَنْزِلَةِ الإمَامِ * وَغَيرها مِنَ اللُّغَاتِ لَهَا مَأْمُومُ

أَحْبَبْنَاهُمْ وَاللهِ لاَ لِشَـــيْءٍ * إِلاَّ مَحَبَّةً فِي اللهِ الحَليمُ

اتَّخَذُوا صَدِيقًا مَغْرِبِيًّا لَهُمْ * فَهُوَ أَخُوهُمْ اسْمُهُ القَاسمُ

تَمَنّيَنْاَ أَنْ نَكُونََ مِثْلَهُـــــمْ * وهذا سَعْيُنًَا مُنْذُ عَرَفْنَاهمُ

حَدَّثُونَا عَنْ بَلدِهِمْ العَجِيبُ * فَإِذَا هُوَ صَرْح عَال مُتقدم ُ

فهاك ذكر أسماء بعضهم * ونبذة عن خلقهم وتصرفهمُ

فهذا شاكر التاجر العجيب * إسأل ما شئت في التجارة فهو به عليمُ

وآخر اسمه مجيب كل مايتمناه * أن يصبح في ماليزيا خطيب وعالم

سافر إلى ماليزيا ثلاثة أشهر * فأصبح من حب النساء متبرمُ

وآخر اسمه محمد حارث * فهو لي في لغتهم مدرب ومعلمُ

ومهيمن الوسيم المبتســــم * فكأنما حياته كلها تبسم ُ

أحب النساء وولع بهـــــن * حتى أصبح لهن رجلا مغرمُ

وإجام الكبير كلما تذكرته * جاء في ذهني ذلك الرجل العظيمُ

وهذا عبد الله الكلنتانــــي * فهو دائما في المزافير نائمُ

وهناك آخراسمه عزيــــز * فهو للغة الفرنسية يتعلمُ

وأما الطلبة الآخرون الجدد * فلم أتكيف بعد معهم ُ

والله ما وجدت مثل أخوتهم * فهنيئا لهم وسلام الله عليهمُ

Nakhoda Terpilih & Tidak Cukup Pilihan

Nakhoda Terpilih & Tidak Cukup Pilihan.

Pembuangan Undi bagi pilihanraya Presiden dan Sekutunya telah pun berakhir. 06 JULY 2008, ahli PMMM keluar membuang undi di pusat2 pengundian yang telah ditetapkan. Walaupun aku berada di Perkampungan ADEG (TIZNIT) yang terleak kira 800 km dari Kenitra, sempat juga menghantar sms kepada pegawai SPR Kenitra untuk membuang undi.

Pada pandangan peribadi, aku tidak nampak kerancakan dan kekalutan bagi ahli PMMM kali ini untuk membuat pilihan mereka tersendiri. Kalau sebelum penamaan calon tempoh hari, ada juga aku menulis artikel tentang Pilihanraya Kali ini. (Bakal Preseiden PMMM & Nakhodanya)

Namun begitu, akibat sedikit terkejut dengan keputusan Penamaan Calon. Terus aku memikirkan akan neraca apakah yang dipakai oleh ahli PMMM sehinggakan mereka mencalonkan barisan tersebut. Lalu, aku mengambil keputusan untuk menyepi tanpa kempen walaupun waktu Pilihanraya kian menjelang.

Mahasiswa dan Mahasiswi, nyata berlainan citarasnya. Hal ini dapat ku tangkap setelah senarai nama percalonan diwartakan. Mungkin terdapat sedikit kesilapan dari golongan tertentu memilih neraca pemimpin mereka. Namun, aku tidak akan nyatakan akan kesilapan tersebut di ruang ini, akan tetapi aku hanya mahu memerhatikan pilihan yang telah mereka lakukan.

Walau apa pun yang berlaku, sama2 kita tunggu 15 JULY 2008 sebagai tarikh pengumuman daripada SPR. Nampaknya, SPR kali inimengambil masa yang agak lama antara tempoh pembuangan undi dan tempoh pengumuman.

Akhirnya, yang terpilih akan, memikul tugas, dan yang tidak terpilih, nama anda telah terpahat dalam sejarah PMMM sebagai calon bagi Pilihanraya 2008.