Archive for March, 2008

Surah ArRahman Jadi Mas Kahwin

Surah ArRahman Jadi Mas Kahwin

Keputusan untuk meninggalakan Istanbul secara tergesa2 terpaksa diambil, ia disebabkan permohonan memanjangkan tempoh visa untuk memasuki Saudi Arabia (umrah) ditolak oleh Consul Saudi di Istanbul. Kami perlu memasuki Saudi Arabia melalui sempadan Jordan sebelum tarikh yang dibenarkan tamat. Ini bermakna, hasrat untuk menyaksikan pilihanraya umum Turki terpaksa dibatalkan walaupun ia akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Sedikit kekecewaan apabila hasrat untuk menyaksikan Reccep Tayyip Erdogan dianugerahkan kuasa Perdana Menteri buat kali kedua tidak kesampaian.

Ketika menaiki bas, kami duduk di belakang, tiba2 seorang penumpang duduk berdekatan dengan kami.Lantas aku memulakan bicara. Dia memang fasih berbahasa Arab. Dia menjadi teman berbual aku untuk perjalanan dari Istanbul ke Damascus yang mengambil masa 19 jam. Dia berasal dari Albania dan kini belajar di Madrasah Abu Nur Damascus. Seronak sungguh berborak dengan dia, petah bercakap sambil mengeluarkan hujjah yang kukuh. Tiba2 terkeluar topik perkahwinan, Enta dah kahwin..? Belum Lagi jawab aku. Enta pula camner..? Ye, saya dah berkahwin. Baru seminggu kami berkahwin ujar beliau. Walaupun dia hanya berumur 19 tahun, tetapi dia sungguh berani untuk memulakan rumah tangga berbanding kami yang nyata lebih tua daripada beliau.

D ia mula menceritakan satu persatu..Zaman sekarang kita kena kahwin awal walaupun kita masih belajar, masyarakat sekarang nyata tidak membantu kita untuk kita terus keseorangan. Mata semakin sukar dikawal menjadikan ia semakin liar. Beliau mengaku terdapat sedikit gesaan daripada ibunya supaya beliau kahwin. Kalau tak silap sekali sahaja ibunya memberitahunya supaya berkahwin. Lalu Berisha-namanya, terus mencari ustazah2 Malaysia dan Indonesia yang sedang belajar di Syiria. Dia memang teringin untuk mendirikan rumah tangga dengan orang nusantara. Habis ikhtiar dilakukan namun tiada jua hasilnya. 6 orang ustazah telah ditanya, tetapi seribu alasan yang beliau terima. Akhlak orang nusantara first class ujar beliau.

Lalu, beliau mengambil keputusan untuk pulang mencari rakan senegara. Beliau memberi tahu ibunya supaya mencari calon2 untuk beliau. Nanti apabila sampai di Albania beliau akan membuat satu keputusan muktamad. Seminggu mencari akhirnya beliau menjumpai.

Berapa mas kahwin yang enta kasi..? Alhamdulillah, dia (isteri beliau) hanya meminta ana menghafal dan mengajarnya surah ArRahman. Enta Mahzuz(beruntung)..Ya Berisha…Tidak disangka masih ada lagi gadis seperti ini sekarang ini.

Ana baru seminggu berkahwin, jadi sekarang ini hanya jasad berada disini tapi hati berada di Albania. Tak dapat untuk menahan senyuman dan ketawa apabila dia berkata demikian.

Advertisements

Belajar, Berpesatuan Dan Berniaga.

Bissmillahirrahmanirrahim,

Belajar, Berpesatuan Dan Berniaga.

Tiga perkara ini pernah memeningkan ramai pelajar. Mungkin ia bermula daripada sekolah menengah sehingga ke peringgkat universiti.

Berlajar merupakan satu kepastian, demi mencari dan memperolehi ilmu yang menjadi lampu penyuluh buat sekalian insan semasa hidup dan selepas kehidupan. Kegagalan manusia memperolehi lampu suluh berkualiti sudah pasti menyesatkan tuanya dalam merentasi fatrah dunia yang bersifat sementara dan hina. Tidak dinamakan Dunia itu Dunia melainkan ia bersifat Daniah (Bersifat kekurangan dan rendah, tidak bernilai).Kesimpulanya,tidak dapat tidak belajar mesti diteruskan.

Berpesatuan pula satu hal, ia menjadi satu perkara yang perlu diseiringkan dengan berlajar.Dikatakan belajar itu no 1 dan berpesatuan bukan no 2.Wah..boleh tahan juga, kata ini. Secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada kader2 dan pemimpim persatuan di semua peringkat. Tidak dinafikan, pengalaman berpesatuan mematangkan insan terutama dalam konteks menguruskan program2 dan komunikasi antara pihak atasan dan bawahan. Boleh dikatakan ia seolah2 pintu masuk ke alam politik yang diselaputi dengan seni manusia yang cukup2 halus.

Berniaga ketika belajar merupakan satu teori yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan minda Melayu. Ia seolah2 dua perkara yang tidak seiring bahkan ia meruntuhkan antara satu dengan yang lain.

Benarkan begitu..? Peniaga tidak boleh menipu akan tujuannya berniaga adalah demi mencari wang saku. Sekiranya belajar adalah untuk mencari makanan minda dan ruh, manakala berniaga pula mencari makanan perut. Kerana fitra manusia itu sememangnya perlu mengisi perutnya sama ada setitik air atau pun sedulang daging kambing.

Perjalanan hidup kita sebenarya adalah merupakan satu kajian dan keputusan bagi kajian. Benih padi ditanam, Padi jua akan dituai.

Semasa dibangku sekolah menengah, aku cuba mengabungkan ketiga elemen ini dalam kehidupan. Akulah pelajar, Akulah pemimpin, Akulah Tokey.Belajar pula dalam aliran sains tulen. Dalam masa yang sama menjadi tulang belakang Asrama Maahad Muhammdi Lelaki. Akhir sekali, sebagai agen sah Institut Yakin Pandu SDN BHD,broker bas sekolah, dan tokey pizza. Percubaan ini berakhir ketika Tingkatan Lima melabuhkan tirai.

Kesimpulan dari pada percubaan ini, keputusan SPM kecundang menyembah bumi. Satu hakikat yang perlu diakui walaupun sepahit hempedu. Masyarakat Malaysia kini lebih memandangkan keputusan peperikassan berbanding kebolehan peribadi. Kesanya, pemilik keputusan yang rendah di pandang rendah..Apakah fenomena ini benar2 berlaku…?

Lalu, hati kecil ku mengatakan teori 3 gabungan ini tidak boleh diterima lagi bagi diri ini. Ia merupakan hasil bagi percubaan selama tiga tahun bermula dari tingkatan tiga.

Oleh yang demikian, ketika memasuki peringkat universiti. 1 elemen daripada 3 elemen tersebut perlu diceraikan, walaupun hati masih mencintainya. Persatuan diceraikan, belajar dan berniaga dipeluk erat.

Tambahan pula latar belakang diri dan keluarga perlu diambil kira dalam situasi pembelajaran di Luar Negara (Morocco). Datang ke Morocco tanpa tajaan dari mana2 pihak. Aku berdiri dengan kaki sendiri. Sedikit pertolongan kewangan pun tidak ku pinta dari sesiapa selain Tuhan Yang Maha Kuasa. Mendapat 750 Dh sebulan (lebih kurang 100 Usd) dari UNESCO masih tidak mencukupi. Ia hanya menampung separuh kos kehidupan disini. Separuh lagi datang daripada tangan ,kaki, dan peluh sendiri.

Lalu, aku mengangkat tangan tanda salute kepada sesiapa yang bejaya mengemudi 3 elemen itu tadi. Tidak lupa juga, penghormatan kepada rakan yang mencampurkan belajar dan persatuan dalam satu pinggan nasi.

Berbahagialah kamu dengan keadaan kamu, dan aku bahagia dengan keadaan aku.

Ilmu adalah Harta Terbaik

إنما يخشي الله من عباده العلماء – سورة فاطر28
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambanya hanyalah ulama”
يرفع الله الذي آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات – سورة المجادلة  11
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat”
Cukuplah dengan dua ayat ini mengambarkan kelebihan dan keistimewaan golongan yang berilmu. Ia merupakan satu penghargaan oleh Allah Taala kepada golongan ini. Tidak ada lagi` Penghargaan` dan `Pangkat` yang termahal selain yang dikurniakan oleh Allah. Peghargaan kurniaan manusia hanyalah bersifat sementara, seiring dengan manusia itu sendiri yang bersifat sementara.
Begitu juga kenyataan Rasullullah Sallahualaihiwassalam yang menyeru umatnya menuntut ilmu sehingga dipermudahkan jalan menuju ke syurga bagi golongan yang menuntut ilmu itu.
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله عليه وسلم, قال : ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما, سهل الله له به طريقا الي الجنة – رواه مسلم
Daripada Abi Hurairah(Allah telah redha keatasnya), sesungguhnya Rasullah Sallahualaihiwassalam telah bersabda : “Sesiapa merentasi sesuatu jalan demi mencari ilmu, nescaya Allah Taala akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga” Riwayat Muslim.
Apakah ada lagi perkara lain yang dicari selain kemudahan perjalan ke syurga.?
Ilmu itu merupakan penguasaan sebenar (hakiki) bagi sesuatu perkara. Ilmu bisa mengangkat martabat manusia semasa hidup dan selepas kehidupan. Sudah pastilah mereka yang paling rendah martabat dan nilainya ialah golongan yang paling kurang ilmu. Begitu hebatnya peranan ilmu dalam kehidupan manusia sejagat. Namun begitu bukan semua manusia mengerti akan kelebihan dan keistimewaan ilmu. Terpesona dengan kemegahan dunia dan keegoan hawa nafsu punca utama dalam meminggirkan takhta ilmu dalam setiap sanubari insan. Menyebabkan ilmu dipinggirkan dan tidak dijadikan sebaik-baik simpanan dan harta kehidupan.
لا تدخر غير العلوم ***** فإنها نعم الدخائر
فالمرء لو ربح البقاء ***** مع الجهالة كان خاسر
Jangan kamu menyimpan selain ilmu**Sesungguhnya ilmu simpanan terbaik
Sekiranya seseorang itu kekal di dunia ini**Bersama kejahilan, sudah pasti menjadi orang yang rugi

Langkah Pertama

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menerbitkan satu blog peribadi.

Ia adalah satu peluang untuk melontarkan idea atau pun pandangan tersendiri mengenai peristiwa atau pun perkara yang dikira perlu dikongsi bersama.

Wassalam.