Belajar, Berpesatuan Dan Berniaga.

Bissmillahirrahmanirrahim,

Belajar, Berpesatuan Dan Berniaga.

Tiga perkara ini pernah memeningkan ramai pelajar. Mungkin ia bermula daripada sekolah menengah sehingga ke peringgkat universiti.

Berlajar merupakan satu kepastian, demi mencari dan memperolehi ilmu yang menjadi lampu penyuluh buat sekalian insan semasa hidup dan selepas kehidupan. Kegagalan manusia memperolehi lampu suluh berkualiti sudah pasti menyesatkan tuanya dalam merentasi fatrah dunia yang bersifat sementara dan hina. Tidak dinamakan Dunia itu Dunia melainkan ia bersifat Daniah (Bersifat kekurangan dan rendah, tidak bernilai).Kesimpulanya,tidak dapat tidak belajar mesti diteruskan.

Berpesatuan pula satu hal, ia menjadi satu perkara yang perlu diseiringkan dengan berlajar.Dikatakan belajar itu no 1 dan berpesatuan bukan no 2.Wah..boleh tahan juga, kata ini. Secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada kader2 dan pemimpim persatuan di semua peringkat. Tidak dinafikan, pengalaman berpesatuan mematangkan insan terutama dalam konteks menguruskan program2 dan komunikasi antara pihak atasan dan bawahan. Boleh dikatakan ia seolah2 pintu masuk ke alam politik yang diselaputi dengan seni manusia yang cukup2 halus.

Berniaga ketika belajar merupakan satu teori yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan minda Melayu. Ia seolah2 dua perkara yang tidak seiring bahkan ia meruntuhkan antara satu dengan yang lain.

Benarkan begitu..? Peniaga tidak boleh menipu akan tujuannya berniaga adalah demi mencari wang saku. Sekiranya belajar adalah untuk mencari makanan minda dan ruh, manakala berniaga pula mencari makanan perut. Kerana fitra manusia itu sememangnya perlu mengisi perutnya sama ada setitik air atau pun sedulang daging kambing.

Perjalanan hidup kita sebenarya adalah merupakan satu kajian dan keputusan bagi kajian. Benih padi ditanam, Padi jua akan dituai.

Semasa dibangku sekolah menengah, aku cuba mengabungkan ketiga elemen ini dalam kehidupan. Akulah pelajar, Akulah pemimpin, Akulah Tokey.Belajar pula dalam aliran sains tulen. Dalam masa yang sama menjadi tulang belakang Asrama Maahad Muhammdi Lelaki. Akhir sekali, sebagai agen sah Institut Yakin Pandu SDN BHD,broker bas sekolah, dan tokey pizza. Percubaan ini berakhir ketika Tingkatan Lima melabuhkan tirai.

Kesimpulan dari pada percubaan ini, keputusan SPM kecundang menyembah bumi. Satu hakikat yang perlu diakui walaupun sepahit hempedu. Masyarakat Malaysia kini lebih memandangkan keputusan peperikassan berbanding kebolehan peribadi. Kesanya, pemilik keputusan yang rendah di pandang rendah..Apakah fenomena ini benar2 berlaku…?

Lalu, hati kecil ku mengatakan teori 3 gabungan ini tidak boleh diterima lagi bagi diri ini. Ia merupakan hasil bagi percubaan selama tiga tahun bermula dari tingkatan tiga.

Oleh yang demikian, ketika memasuki peringkat universiti. 1 elemen daripada 3 elemen tersebut perlu diceraikan, walaupun hati masih mencintainya. Persatuan diceraikan, belajar dan berniaga dipeluk erat.

Tambahan pula latar belakang diri dan keluarga perlu diambil kira dalam situasi pembelajaran di Luar Negara (Morocco). Datang ke Morocco tanpa tajaan dari mana2 pihak. Aku berdiri dengan kaki sendiri. Sedikit pertolongan kewangan pun tidak ku pinta dari sesiapa selain Tuhan Yang Maha Kuasa. Mendapat 750 Dh sebulan (lebih kurang 100 Usd) dari UNESCO masih tidak mencukupi. Ia hanya menampung separuh kos kehidupan disini. Separuh lagi datang daripada tangan ,kaki, dan peluh sendiri.

Lalu, aku mengangkat tangan tanda salute kepada sesiapa yang bejaya mengemudi 3 elemen itu tadi. Tidak lupa juga, penghormatan kepada rakan yang mencampurkan belajar dan persatuan dalam satu pinggan nasi.

Berbahagialah kamu dengan keadaan kamu, dan aku bahagia dengan keadaan aku.

4 responses to this post.

  1. Posted by qismis87 on March 28, 2008 at 7:08 pm

    Assalamualaikum wbt. MABRUK sidi akhirnya muncul jugak saudara dlm alam blog ini. semoga Allah mempermudah kan urusan Saidara dlm berdakwah melalui alam maya ini.. Semoga berjaya dgn sukses dlm bidang yg diceburi.. wallahu3lam

  2. assalamualaikum…
    salam dari jauh!!

  3. Assalamualaikum..
    Sebagai seorang yang pernah belajar satu sekolah, kawe sememangnye kagum dengan semangat yang ade pade demo. Betul ape yang demo kate, minda melayu tidak dapat terima bile berniaga sambil belajar. Tapi demo buke setakat belajar+berniaga tetapi juga bepersatuan.Sesuatu yang tidak dapat kawe lakukan suatu masa dulu. Apa-apa pun kawe doakan semoga demo berjaya dalam apa jua bindang yang diceburi. Dan doakan kawe juga.Setahun lagi untuk habis dan melangkah kealam kerjaya.

  4. smoga usaha ust berterusan..jgn give up..idup ceria corp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: