Surah ArRahman Jadi Mas Kahwin

Surah ArRahman Jadi Mas Kahwin

Keputusan untuk meninggalakan Istanbul secara tergesa2 terpaksa diambil, ia disebabkan permohonan memanjangkan tempoh visa untuk memasuki Saudi Arabia (umrah) ditolak oleh Consul Saudi di Istanbul. Kami perlu memasuki Saudi Arabia melalui sempadan Jordan sebelum tarikh yang dibenarkan tamat. Ini bermakna, hasrat untuk menyaksikan pilihanraya umum Turki terpaksa dibatalkan walaupun ia akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Sedikit kekecewaan apabila hasrat untuk menyaksikan Reccep Tayyip Erdogan dianugerahkan kuasa Perdana Menteri buat kali kedua tidak kesampaian.

Ketika menaiki bas, kami duduk di belakang, tiba2 seorang penumpang duduk berdekatan dengan kami.Lantas aku memulakan bicara. Dia memang fasih berbahasa Arab. Dia menjadi teman berbual aku untuk perjalanan dari Istanbul ke Damascus yang mengambil masa 19 jam. Dia berasal dari Albania dan kini belajar di Madrasah Abu Nur Damascus. Seronak sungguh berborak dengan dia, petah bercakap sambil mengeluarkan hujjah yang kukuh. Tiba2 terkeluar topik perkahwinan, Enta dah kahwin..? Belum Lagi jawab aku. Enta pula camner..? Ye, saya dah berkahwin. Baru seminggu kami berkahwin ujar beliau. Walaupun dia hanya berumur 19 tahun, tetapi dia sungguh berani untuk memulakan rumah tangga berbanding kami yang nyata lebih tua daripada beliau.

D ia mula menceritakan satu persatu..Zaman sekarang kita kena kahwin awal walaupun kita masih belajar, masyarakat sekarang nyata tidak membantu kita untuk kita terus keseorangan. Mata semakin sukar dikawal menjadikan ia semakin liar. Beliau mengaku terdapat sedikit gesaan daripada ibunya supaya beliau kahwin. Kalau tak silap sekali sahaja ibunya memberitahunya supaya berkahwin. Lalu Berisha-namanya, terus mencari ustazah2 Malaysia dan Indonesia yang sedang belajar di Syiria. Dia memang teringin untuk mendirikan rumah tangga dengan orang nusantara. Habis ikhtiar dilakukan namun tiada jua hasilnya. 6 orang ustazah telah ditanya, tetapi seribu alasan yang beliau terima. Akhlak orang nusantara first class ujar beliau.

Lalu, beliau mengambil keputusan untuk pulang mencari rakan senegara. Beliau memberi tahu ibunya supaya mencari calon2 untuk beliau. Nanti apabila sampai di Albania beliau akan membuat satu keputusan muktamad. Seminggu mencari akhirnya beliau menjumpai.

Berapa mas kahwin yang enta kasi..? Alhamdulillah, dia (isteri beliau) hanya meminta ana menghafal dan mengajarnya surah ArRahman. Enta Mahzuz(beruntung)..Ya Berisha…Tidak disangka masih ada lagi gadis seperti ini sekarang ini.

Ana baru seminggu berkahwin, jadi sekarang ini hanya jasad berada disini tapi hati berada di Albania. Tak dapat untuk menahan senyuman dan ketawa apabila dia berkata demikian.

8 responses to this post.

  1. hehe..peminat setia blog abg syakir nih..kalau lah ade maliziyah gitu kan bagus..:P

  2. hehehe…kalau nak cari maliziyah..kena ader time nyer…bukan main ambil jer..tanpa sebarang perancangan dan kajian…huhuhu aper pon terima kasih kepada pemilik teratak pepatih

  3. Posted by rahmat on April 19, 2008 at 12:38 pm

    salam..adui..baru baca sekali wordpress utz shakir tertawan hati nk tggu posting yg baru..betol2.zaman sekang semua x mcm dulu..berubah semua..klu org malaysia mcm kawan albania tu..allahu akbar..takde da isu anak luar nikah dan pembuangan anak kat tong sampah..byk2 beristigfar wahai manusia..ok.good posting utz shakir..ok.ws

  4. Terima Kasih Ust Rahmat.
    Semoga Kisah Org Albania ini akan berlaku keatas ust suatu hari nnti

  5. salam ukhuwah & salam perjuangan
    sahabatku Syakir..

    sht ?
    doakan ana ye
    mudah-mudahan dikurnia
    jauzah Solehah cam citer di atas..amin ya Rabb

    Muhammad Ubaidillah Ahmad Nizal
    ex Maahad Darul Anuar

  6. Posted by Mohd on March 2, 2009 at 3:14 pm

    Salam tuan, saya ada bebrapa org nak belajar sana

    bagaimana nak contact tuan

    beri email dan yahoo smgr tuan or handphone di morocco sekali

  7. Posted by Mohd on March 2, 2009 at 3:23 pm

    silpa type, yahoo msgr

    email saya rudz57@yahoo.com

  8. Posted by Mohd on March 2, 2009 at 3:27 pm

    yahoo msgr saya rudz005

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: