Archive for April, 2008

Alkisah Sebuah Cerita

Alkisah Sebuah Cerita

Menjelang cuti musim panas 2010 Amran pulang bercuti ke Tanah Air . Amran yang kini sedang mengikuti pengajian kejuruteraan disalah sebuah universiti di Kota London terpaksa pulang untuk menziarahi emaknya yang sedang sakit. Anak sulung bagi empat orang adik beradik ini bertuah kerana berjaya menyambung pelajaranya ke Luar Negara. Walaupun mendapat tajaan salah sebuah syarikat terkemuka, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaanya disana. Tiket pulang kali ini pon hasil jualan seekor lembu milik emaknya yang dipelihara oleh bapa saudaranya Pak Leman. Amran merupakan anak yatim, ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 12 tahun lagi. Lalu Amran menjadikan Pak Leman sebagai penasihat diri.

Setelah seminggu pulang ke Tanah Air Amran dan Pak Leman berbual sakan di Kebun Durian Pak Leman.

Amran : Banyak betul durian hari nie ..ye… Pak Leman… Makin teballah saku Pak Leman kali nie..?

Pak Leman : …Rezki Tuhan begitulah….Kalau dah Allah tetapkan sekian2 kepada hambaNya, maka tak kan berkurangan rezki tersebut. Pak Leman nie di kampung,, beginilah seharian, Alhamdulillah rezki sentiasa ada…walaupun tak berapa banyak…tetapi ia cukuplah untuk menyara hidup sementara ini…Yang penting bila Pak Leman tengok ko dapat belajar tinggi…Pak Leman tumpang bahagia… Erm….ko tu kat saner aper cerita,…? seronok ker kat saner..? macam mana keadaan belajar kat sana…?

Amran : Belajar Alhamdulillah Pak Leman, tak der masalah …semua ok jer… Kehidupan disana pon ok…

Pak Leman : Kalau ok…baguslah..senang hati Pak Leman dan Mak kau di kampung nie…

Amran : Erm….cumanya…..

Pak Leman : Cuma apa…? Ko ader masalah…?

Amran : Tak der lah Pak Leman, Amran fikir dah tiba masanya untuk `memetik bunga`….maklumlah kehidupan disana tak seperti kat kampung nie… Banyak cabaran Pak Leman…. tak mampu menghadapinya keseorangan. Tambahan pula……….

Belum sempat Amran meneruskan kata2.

Pak Leman : Oppp…….cukup2 Amran…. Kau datang hari nie nak minta lesen kahwin dari aku erk…? Kau kena fikir panjang Amran. Jangan hanya fikir masa hadapan akan tetapi fikirkan juga akibat sekiranya kau berbuat demikian. Kita nie kalau time belajar kat mana sekali pun, kalau tak der duit buat cara tak der duit…jangan berlagak macam orang kaya plak…Ko tu tak der sumber pendapatan lagi…Biasiswa pon tak cukup…Nie dah nak kahwin…kalau time belajar kita tak der duit….daun kayu boleh kita makan….takkan bila ko bersama anak orang lain…kau nak kasi makan daun kayu bila tak der duit…..

Pak Leman mula serius…..langsung tidak memberi Amran peluang untuk mempertahankan diri….

Pak Leman menambah : Ko tu dah lah anak sulung, ramai lagi adik2 ko yang perlu ko bantu. Mak ko dah lah tak larat nak buat kerja berat2 sekarang…fikir Amran jangan tak fikir……AKu bukan nak halang ko kahwin…tapi sabar lah dulu….nnti bila tiba masanya …aku sendiri yang akan ketuai rombongan peminangan.

Terkedu Amran mendengar kritikan hebat Pak Leman….Akhirnya Amran diam membisu seribu bahasa….

Advertisements

Memeluk Islam

Memeluk Islam

Masjid Badar 25 April 08

Selepas selesai solat Jumaat 25 April 08 di MAsjid Badar, aku melihat semacam ada satu pejumpaan tidak rasmi dalam masjid. Aku cuba mendekati, akhirnya melalui kata2 Tok Imam yang sedang membaca doa, aku memahami bahawa ada saudara baru telah memeluk Islam. Alhamdulillah, Syukur Ya Rabbi, bertambah seorang lagi umat Muhammad di dunia ini. Acara mengucap shahadah telah selesai sebelum itu lagi- (sebelum dia datang solat Jumaat)

Selepas membaca doa, Tok Imam memberi taklimat ringkas mengenai Islam. Taklimat diberikan dalam bahasa Perancis, Boleh tahan juga Tok Imam nie bertutur Perancis. Inilah keistimewaan Morocco, bertutur pelbagai bahasa menjadi kebiasaan terutama Bahasa Perancis. Aku melihat di raut wajah Saudara Baru ini berpeluh sakan, peluh kesyukuran dan kegembiraan agaknya . Sebagai seorang Engineer yang telah lama menetap di Morocco semenjak tahun 70 an lagi, beliau akhirnya menerima pujukkan dan nasihat rakan beliau (Muslim Morocco) supaya menganut agama Islam.

Selamat Datang ke Dunia baru, Kamu sekarang ini bagaikan bayi yang baru lahir, tidak dicemari oleh apa2 dosa. Kesalahan yang kamu lakukan semasa agama lama kamu dahulu diampunkan Ilahi. Teruskan mencari kebenaran Islam, sesungguhnya ketenangan Jiwa dan Roh menjadi milik kamu sekiranya kamu berbuat demikian.

Nasihat Dr Mat

Nasihat Dr Mat

Sekiranya pemergian kami ke Fes sekadar menyaksikan Munakhosyah @ Perbahasan PhD tidak bermakna. Mutiara Nasihat perlu diambil sebiji dua. Buat penambah semangat untuk terus menimba ilmu di bumi Morocco ini.

Dr Mat menasihatkan kami supaya sentiasa bersabar, terutama dalam dugaan menuntut ilmu. Hanya dengan kesabaran yang jitu, kegemilangan berjaya digengam. Kesabaran itu mmg pahit tetapi hasilnya manis seperti madu. 14 tahun diperantauan, bukan mudah untuk dihadapi. Keperitan hidup dinegara orang memberi seribu pengalaman.

Semasa menaiki teksi di Bandar Rabat, aku sempat berborak dengan pemandu teksi, berborak dengan pemandu teksi seolah-olah menjadi hobi di bumi Morocco. Kebetulan dia telah berumur 40 lebih, (mengikut paras rupa). Setelah berkenalan, “Pak Cik berikan aku nasihat sedikit ” ujar aku. “Manusia berpusu-pusu memasuki pintu-pintu kecuali pintu kesabaran ” jawb beliau. Ungkapan ini memang bertepatan dengan realiti kehidupan hari ini, tahap kesabaran si anak muda semakin nipis, senipis kulit bawang.

Dr Mat juga mengalakkan kami merantau sejauh mungkin. Katanya, merantau ini mengajar kita sifat merendah diri. Ya lah kita di tempat orang tak leh nak tunjuk gedebe. Mahu atau tidak, sentiasa merendah diri dan mencuba untuk menyesuakan diri dengan keadaan sekitar. Kemudia dibacakan kepada kami syair Imam Syafie yang berbunyi :

تغرب عن الأوطان في طلب العلى * وسافر فإن في الأسفار خمس فوائد

تفرج هم ,واكتساب معيشة * وعلم, وآداب, وصحبة ماجد

Tinggallah Tanah Air demi Mencapai Cita2 yg Tinggi.

Bermusafirlah, Kerana ia Memberikan Kamu Lima Kebaikan.

Membebaskan Kebimbangan, Mempeolehi Kehidupan (Harta),

Ilmu, Adab Dan Berkawan dengan Orang Mulia.

Syair inilah yang terus memberi Dr Mat semangat untuk merentasi segala mehnah dan tribulasi ketika diperantauan. Apabila mendapat ujian, kepada Allah jualah tempat mengadu, Dia yang menciptakan hamba2nya dan Dia jualah yang Paling Bisa menghindarkan kesedihan dan kebimbangan hamba2nya.

Bila diungkap syair ini, aku teringat ketika menziarahi Makam Imam Syafie di Mesir pada bulan februari baru ini. Syair ini terpampang berdekatan dengan makan beliau. Terus aku perhatikan makna tersirat disebalik kata beliau. Imam Shafie juga terkenal dengan merantau. Dilahirkan di Gaza Palestin, menuntut ilmu dengan Imam Malik di Madinah , kemudia ke Iraq, kemudian ke Mesir dan meninggal di sana.

Semangat merantau dikalangan orang Melayu tidak sehebat orang2 Arab. Kita amat sukar untuk meninggalkan Tanah Air sendiri disebabkan cintakan tanah air dan takut untuk berhijrah ke bumi lain. Kita dibuai keseronokan dan kesejahteraan bumi sendiri. Bila merantau, baru mengetahui bahawa kita ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Dr Mat menambah, kalau nak belajar, belajarlah secara terus, dari B.A kemudian, MASTER akhirnya PhD. “Apabila berhenti belajar, sukar untuk disambungkan ” ujar beliau. Ya, semangat belajar membuak2 ketika kita di kandang Universiti, apabila kita keluar dari kandang tersebut, semangat semakin luntur bagai disimbah air sabun. “Ramai kawan2 saya yang habis B.A kemudian bekerja sekejap, pastu kahwin. Dulu mereka semua semangat untuk sambung belajar, tetapi apabila berkeluarga banyak masalah yang mendatang, memikirkan untuk membeli kereta dan sebagainya” ujar Dr Mat. Oleh sebab itu Ust Mat mengambil langkah ber`solo` untuk menebas hutan PhD. Akhirnya beliau berjaya jua tanpa isteri yang membakar semangat.

Jual Malu Sebelum Jual Barang

Jual Malu Sebelum Jual Barang.

Berniaga bukan semudah disangka. Sebelum duit datang bergolek pasti ada perkara terpaksa dijualkan sebelum barang jualan terjual. MALU, merupakan penghalang bagi seseorang yang mula berjinak2 dengan dunia perniagaan.

Sebelum, mengetahui tentang MALU ini, diri ini tercari2 kenapa dan mengapa apabila diajak rakan2 ketika dibangku sekolah dahulu untuk berniaga, tetapi mereka menolaknya. Ia seolah2 menolak duit yang akan datang bergolek. Tetapi setelah diperhatikan dengan mendalam, ketahuilah diri ini bahawa mereka tak mampu melawan MALU. Mereka malu kepada rakan2 apabila melihat mereka sedang menjual barangan @ makanan. Malu mejual dan berniaga merupakan sindrom yang menyebabkan individu berkerja makan gaji sepanjang hayat.

Sebelum malu anda terjual, pasti barang yang anda niagakan kekal dihadapan mata anda.

Semasa dibangku sekolah rendah, diri ini pernah membantu datuk menjual tembikai (timun cina-bhs kelantan) di pasar. Berdiri dibawah bangsal beratapkan zin di lorong pasar, diri ini melaung…aaaaa serial dua sekilo….manis2….(RM 1.20 sekilo)…ia diulang beberapa kali bagi menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. Sekiranya perasaan malu itu berkekalan, pasti laungan seperti itu tidak bisa dilakukan. Apabila melihat ramai orang yang datang terus muncul perasaan seronok dan bertambah semangat untuk terus melaung…aaaa…serial dua sekilo…..manis2…..Beginilah keadaan ketika berumur 12 tahun, budak kecil belajar melempar malu dalam diri.

Perasaan malu akan datang apabila, perniagaan ditinggalkan bagi tempoh yg lama. Pada peringkat sek menengah perasaan malu lagi bertambah, disebabkan pelbagai faktor. Ataranya, tidak berniaga kerana malu kepada teman wanita, apabila si dia tengok che abangya berniaga, akan jatuh sahamnya ..ujar si lelaki..Fenomena yang mmg berlaku dikalangan Melayu. Semasa belajar ditingkatan lima, diri ini sempat menjadi penjaja kaki lima, menjual yogurt pada hari Jumaat di Masjid Langgar & Telipot Kota Bharu. Apabila azan berkumandang gerai minuman ditinggalkan untuk mendengar khutbah. Selesai sembahyang dan sedikit berdoa, terus menuju ke gerai…aaaa yogurt serial so..(Yogurt Seringit Satu)……Tiada rakan yang membantu, hanya diri ini keseorangan…Bila ada rakan2 dan guru yang mengenali diri ini lalu dihadapan gerai, senyuman dilontarkan . Akhirnya mereka membeli yogurt . Sekiranya muka disorotkan apabila mereka lalu dihadapan gerai, sudah pasti modal pon tak dapat pada hari itu.

Pada hari itu, jualan bukan banyak sangat yang laku, tetapi yang banyak dijual adalah MALU. Semangat berniaga semakin membara. Malu seolah2 tidak wujud lagi dalam kamus diri. Paling akhir diri ini menjual malu ialah pada bulan ramadhan baru2 ini di Pasar Payang dan Stesen Bas Kuala Terengganu. Plastik besar berisi Baju Melayu dipikul ke destinasi berkenaan. Seperti Bangla menjual sejadah pada satu ketika dahulu. Nak sampai ke kedai2 kain, terpaksa melintasi orang ramai yang sedang menunggu bas. Ada yang tidak melepaskan peluang menjeling kearah orang yang memikul plastik ini. Tetapi semakin dilihat semakin gagah dibuatnya. Nak buat macam mana, orang nak pandang, biarkan mereka, mereka ada mata sendiri, mereka bebas melepaskan pandangan. Yang penting barang yang dipikul ini mesti dihabiskan. Kadang2 tebal juga muka apabila melakukan perkara sebegini.

Sebenarnya inilah MALU tidak bertempat, bahkan merugikan diri. Lihatlah orang2 Cina, tanpa segan silu menjual barang2 semenjak remaja dan ada yang bermula ketika kanak2. Ibu Bapa mereka berjaya menanam semangat berdikari dan berniaga dalam diri supaya diri hidup bebas tidak bergantung pada orang lain. Kita orang Melayu, nak jaga status konon, kerja nak yang standard, pejabat yang berhawa dingin…tetapi malangnya pendapatan tidak berapa berhawa dingin. Kadang2 mereka yang bergelar Penjaja Jalanan mempunyai pendapatan yang lebih berhawa dingin berbanding orang lain.

Peringatan & Hakikat

Peringatan & Hakikat

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين – الذاريات 55

55. Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang yang beriman.

Kehidupan sementara di dunia ini tidak boleh diceraikan dengan tazkiran dan peringatan. Ia seolah2 bergerak seiring dengan kehidupan manusia, selama mana dia berada di atas muka bumi ini.

Peringatan tidak dikhususkan kepada orang yang melakukan kesalahan semata-mata, supaya tidak melakukan kesilapan yang sama di kemudian hari. Tetapi ia juga ditujukan kepada mereka yang tidak membuat kesilapan supaya terus dengan kebaikan dan amal soleh yang dilakukan. Pentingnya tazkirah @ peringatan ini sukar dimengertikan kecuali selepas mentadabbur (pemerhatian yg mendalam) terhadap ayat di atas dan terhadap tingkah laku dan gerak geri anak adam.

Tujuan tazkirah untuk mengulangi peringatan yang telah sedia maklum sebelumnya. Supaya peringatan itu boleh dipindahkan daripada konteks ilmu pengetahuan kepada lapangan minda manusia seterusnya akan menjadi faktor dalam membuat sesuatu keputusan. Dan ingatlah, bahawa peringatan itu adalah untuk golonganh mukminin…kenapa..? Kerana mereka mempunyai persediaan dalamam untuk beriman. Keimanan itu tidak dicapai dengan kemahuan semata2 akan tetapi ia perlu diiringi dengan peringatan.

Jika diperhatikan gelagat anak adam, memang sukar diselami akan hakikat kehidupan dan tabiat mereka. Hakikat manusia itu disertakan dengan satu tabiat yang dipanggil `LUPA`. La yusamma Insanu` Insanan illa wa huwa nassaan. Tidak dinamakan insan itu sebagai insan kecuali dia itu mempunyai sifat `PELUPA`. Inilah hakikat manusia @ insan. Selalu lupa , tidak dapat menyimpam segala maklumat diperolehi selama-lamanya. Kadang2 mereka lupa bahawa mereka itu sementara sahaja didunia ini, mereka lupa bahawa disana terdapat hari pembalasan, mereka lupa bahawa diri mereka itu akan dipersoalkan akan segala aktiviti yang telah dilakukan semasa didunia ini.

Oleh yang demikian tidak dapat tidak, peringatan diperlukan bagi memastikan manusia itu sentiasa berada dilandasan yang jauh dari kesesatan tajaan syaitan. Kekurangan peringatan @ tazkirah membawa bencana kepada pembangunan insan seterusnya menzahirkan kecacatan pada keperibadian anak adam. Hidup akan jadi seperti khayalan, tidak berpijak dibumi nyata. Dunia dianggap kota yang berkekalan. Leka menjadi kelaziman, lalu mengembirakan syaitan akibat kejayaan menjauhkan anak adam daripada kebenaran.

Manusia perlu sentiasa diperingati akan hakikat kewujudan dan kedidupan mereka didunia. Ingatlah, bahwa kehidupan ini hanya sementara, segala anggota (tangan, kaki, kepala & dll) yang bercantum pada hari ini pasti akan bercerai berai suatu hari nnti. Jasad yang dilengakapi oleh anggota2 akan berpisah jua dengan roh, ia ibarat seperti satu binaan yang dicantumkan sengan sepucuk paku, apabila dicabutkan paku tersebut maka gugur dan musnahlah binaan tersebut. Menandakan hidup ada penamatnya.

Hidup bukan tamat dengan begitu sahaja, bahkan ia akan diikuti oleh satu adegan @ situasi baru yang dinamakan akhirat. Oleh yang demikian, janganlah kita menjauhkan diri dengan urusan akhirat, sekiranya kita berbuat demikian nescaya kita akan mendekatkan dan menghampirkan diri kepada dunia. Lantara itu kita akan tergopoh-gapah, berlumba-lumba mencapai perkara yang kecil (dunia), dan menjual menjual perkara yang besar (akhirat) dengan mudah (jualan lelong). Ia seperti seorang peniaga yang mempunyai stok gandum yang banyak dan seraya berkata : ” Sekiranya aku menjual gandum ini secara timbang (sikit2- sekilo, 2 kilo) nescaya aku akan mengambilmasa yang lama untuk menghabiskanya, maka dia mengambil keputusan untuk menjual secara lelong dengan harga yang murah dan dalam masa yang singkat. Inilah dia nasfu yang tersimpan didalam diri manusia itu, ia selalu meminta perkara yang mudah dan cepat dicapai. Ia sebagai racun berbisa didalam diri tetapi manusia itu leka sehingga menjadikan `Nafsu` sebagai Penasihat untuk membuat keputusan hidup. Celaka lah dia dan musnahlah kehidupanya.

Dunia ini seperti air garam, semakin diteguk semakin haus dan dahaga dibuatnya. Perhatikan sesetengah orang kaya, semakin mendapat untung semakin membuak kehendak untuk mengumpul harta, zakat tidak ditunaikan, sedekah bagaikan tidak wujud didalam minda mereka. Mereka lupa bahawa, kekenyangan dan kepuasan bukan bergantung kepada kuantiti harta yang ada tetapi bergantung kepada keberkatan yang dianugerahkan Ilahi.

Ada golongan yang mengecapi kemanisan dunia itu sehingga lupa akan hakikat kemanisan yang diminum itu. Adakah ia berkekalan atau bersifat sementara sahaja..? Kemanisan dunia itu seperti gelas yang berisi madu bercampur racun (madu diatas & racun dibawah). Apabila diminum, alangkah seronaknya mengecapi dan merasai kemanisan madu tetapi akhirnya membawa kepada kematian. Apakah ertinya kemanisan madu itu sekiranya nyawa terpaksa dikorbankan..? Apakah ertinya kemanisan dunia ini sekiranya kehidupan ukhrowi itu digadaikan…?

Kehidupan insan yang tertipu dengan kosmetik dunia boleh dikisahkan dengan kisah seorang yang lari menyelamatkan diri daripada Gajah Liar, tetapi terjatuh pula ke dalam perigi buta (lama). Nasib baik sempat berpegang pada tali yang menjuntai ke dalam perigi. lalu dilihat dibawahnya (permukaan perigi) didapati seekor naga sedang membuka mulut menanti kehadiranya, dilihat keatas pula, dan didapati ada dua ekor tikus, seekor putih dan seekor hitam. Dilihat pula disisinya lalu didapati sebuah bekas berisi madu. Tanpa berfikir panjang, terus menikmati kemanisan madu sehingga merasakan bersyukur kerana mendapat peluang menikmati madu yang tidak dinikmati oleh orang lain. Kemanisan madu itu melupakan akan keadaanya sekarang ini, dia lupa bahawa naga dengan mulut terbuka menantinya dibawah, tikus putih dan hitam terus menerus mengigit tali yang dia bergantung. Sehinggalah tali itu terputus akibat gigitan tikus dan jatuhlah dia ke dalam mulut naga….. Tikus hitam dan putih adalah diibaratkan siang dan malam yang sentiasa memamah @ memakan usia manusia, naga pula ibarat neraka yang menjadi tempat kepada sesiapa yang tidak berusaha untuk menyelamatkan diri daripada godaan tajaan syaitan. Sekiranya dia berusaha untuk membebaskan diri daripada perigi tersebut, sudah pasti, kesejahteraan abadi sebagai ganjaran.

Wallahua3lam.

p/s: penulis pernah terjatuh dan lemas di dalam perigi. Pengalaman berharga dulu, kini dan selama lamanya. Alhamdulillah …Syukur kepada Ilahi masih dipanjangkan umur ini…

Pantun & Nasihat

Pantun & nasihat

Timbang Dacing Tiang Jalan,
Bulan Mengambang Simpang Tiga,
Mendapat Rahmat Pemberian Tuhan,
Jangan Kita Bermasam Muka,

Memiliki Harta Dalam Penipuan,
Boleh Harta Kalimah Syaitan,
Terlalai ia Dalam Godaan,
Lantaran Barangan Jadi Pujaan,

Hilang Segala Perasaan Sayang,
Pasti Jiwa Akan Melayan,
Kalimah Cinta Menjadi Lupa,
Diatas Watan Bumi Tercinta,

Buah Langsat Kuning Mencelah,
Sendudut Tidak Berguna Lagi,
Sudah Dapat Gading Bertuah,
Tanduk Tidak Berguna Lagi,

Sumber: Pak Cik Dabong

MERANTAU : Penat Dalam Senyuman

MERANTAU : Penat Dalam Senyuman

Setelah perancangan dibuat kira2 lebih kurang 4 bulan sebelum bertolak, kami-(Shakir, Abdullah, Firdaus) dengan rasa penuh yakin untuk menjelajahi Eropah, Turkey, Syiria, Jordan, dan Saudi Arabia. Duit dikumpul sebanyak mungkin demi menampung perbelanjaan kami semasa merantau. Sudah menjadi adat apabila disebutkan merantau maka poket pun kena tebal skit..Erm, pastu maklumat setiap Negara perlu diketahui sebaik mungkin, supaya tidak meraba2 apabila tiba di destinasi. Perjalanan kami ini bukan sekadar berjalan kosong, kami ada tujuanya. Yang paling utama adalah menunaikan Umrah, seterusnya melawat Masjid Umawi di Damascuss, dan melawat kesan2 tamadun Islam di Turkey.

Sebagai anak muda yang berdarah politik, kami berusaha sedaya upaya untuk tiba di Istanbul sebelum Pilihan Raya Umum Turkey, sungguh seronok melihat anak buah Raccep Tayyip Erdogan berkempen di Istanbul, tidak lupa juga kepada Najmuddin Erbakan, gambarnya merata2 menghiasi bandaraya Istanbul.

Pemilihan rakan untuk mengembara merupakan faktor terpenting, pada mulanya kami berempat (Shakir,Harith, Abdullah dan Firdaus).Tetapi Harith menarik diri sebelum kami bertolak. Dia menukar destinasi untuk pulang ke Malaysia melalui Jeddah menunaikan umrah. Penarikan diri beliau tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ini. Akhirnya tinggallah kami bertiga (Shakir, Abdullah, Firdaus) kami bertiga, alhamdulillah kesemuanya anak didik Maahad Muhammadi Lelaki Kelantan.Telah lama kami bersama sebelum menjijak kaki di bumi Morocco ini. Ketiga2 mempunyai semangat jitu untuk mengembara, menerokai keindahan alam ciptaan Tuhan..

Bas dan feri menjadi pilihan utama kami, (Morocco – Mekah dengan Bas), itulah salah satu moto perjalanan kami. Biasanya perjalanan dari Morocco ke Arab Saudi dengan Kapal Terbang mengambil masa lebih kurang 7 jam. Maknanya lebih kurang 7000 Km. Tetapi sekiranya kami melalui jalan Eropah dan Turki untuk ke sana, maka jaraknya akan bertambah lagi.

Setautnya kami bertolak pada 1 July 2007 tetapi, ia tertunda selama 4 hari disebabkan masalah2 tertentu. Qada dan Qadar Tuhan menentukan segala2nya. Redha dengan ketentuan-Nya merupakan kewajipan bagi hambanya.

Perjalanan ini akan merentasi beberapa Negara bermula daripada Morocco, Sepanyol, Perancis, German, Vienna, Slovakia, Croatia, Serbia, Bulgaria, Turkey, Syiria, Jordan dan destinasi terakhir Saudi Arabia…

Bermulalah perjalanan kami daripada Kenitra, Morocco menuju Bandaraya Paris melalui Selat Gilbratar dan Sepanyol.

Alhamdulillah, semua penumpang yang didalam bas yang kami naiki adalah lelaki. Majoriti adalah dari kalangan BARBAR/SYILHAH Morocco. Dengan sedikit pengetahuan didalam Bahasa Barbar, kami memulakan perbualan.Perbualan di dalam bas sememangnya rancak apabila saling tegur menegur antara satu sama lain. Orang Barbar/Syilhah Morocco sememangnya terkenal dengan Berhijrah dan Perniagaan. Boleh di katakan semua bas ke eropah dari morocco bermula di selatan Morocco seperti Tiznit, Agadir, Marrakech dan sebagainya.Syilhah Morocco telah banyak membawa wang asing masuk ke Morocco. Hal ini dapat dibuktikan dengan fakta pendapatan utama bagi Morocco, sumber kedua kewangan Negara, adalah Penghantaran wang dari Luar Morocco ke dalam Morocco.

Syilhah, Persaudaraan & Perniagaan

Dalam aspek perniagaan, mereka merupakan orang yang paling mahir dalam perniagaan di Morocco. Salah satu contohnya ialah mereka menguasai hampir keseluruhan kedai-kedai runcit di Morocco. Bahkan terdapat syarikay Multinasional pun turut dikuasai mereka.

Setelah hampir 3 hari perjalanan, kami tiba di Clichy, Paris. Terus kami memikirkan tentang tempat untuk bermalam, mungkin sekitar Menara Tofel menjadi pilihan kami untuk bermalam.Tetapi salah seorang penumpang bersama kami menjemput kami untuk pergi ke rumah keluarga dia di Paris.Dalam kami berjalan kaki, tiba2 seorang lagi penumpang bas bersama kami, Mohd, menjemput kami semua untuk bermalam di rumah beliau.Dia bertanya aku..aina tadrus.?(hang belajar kat maner.?) kuntu adrusu fi Marrakech summa intakoltu ila kenitra (Dulu aku belajar di Marrakesh pastu aku pindah ke Kenitra)..jawab aku…Hal takrifu Ustaz Dr Ibrahim Redho.(Kau Kenal Ust Dr Ibrahin Redho.)? Naam, akrifuhu (Ya, Aku kenal dia)…Dia adik ipar aku..balas beliau…ooooooo…Dr Ibrahim Redho memang aku kenali. Lebih Kurang 2 hari sebelum berlepas ke Paris, aku di rumah beliau di Marrakech..berborak sambil mengambil nasihat …….Dr Ibrahim Redho nie, banyak memberi petunjuk dan nasihat kepada aku, bermula daripada mula2 kedatangan aku ke Morocco.

Orang Morocco mudah mesra, dan senang menjalinkan persaudaraan. Kenal semasa perjalanan pun, boleh ajak kami tidur di rumah dia. Bahkan kami nie bukan sebangsa dengan mereka. Ini bererti mereka tidak memandang perbezaan bangsa dan warna kulit, yang penting seagama dengan mereka. Sikap ini patut dipuji dan diikuti.

Pengalaman paling berharga di Paris ialah, cara pergaulan orang Syilhah Morocco di Paris. Mereka saling bantu menbantu antara satu sama lain, malah hubungan mereka sukar dipisahkan.Kejujuran mereka dalam bekerja dipuji oleh orang Islam dan Yahudi.Tokey2 Yahudi tidak mempercayai orang kristian dan yahudi untuk menjaga Kaunter Pembayaran.Tetapi beliau mempercayai akan kejujuran Syilhah Islam Morocco.Inilah satu gambaran yang mengejutkan aku apabila berada di sana.Terdapat diantara mereka berkongsi hidup dalam bilik kecil sahaja,ia adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sewa rumah dan mengumpul sebanyak mungkin wang untuk di bawa pulang ke morocco khususnya pada hari raya haji.

Apabila diperhatikan sikap dan cara hidup mereka, teringat akan gaya hidup masyarakat Cina di Malaysia. Ia seolah2 hampir serupa dengan gaya hidup Syilhah Morocco dalam aspek berhijrah dan berniaga. Kedua2 faktor ini sebenarnya menambahkan lagi semangat aku untuk terus membina jambatan persaudaraan dengan mereka, sambil mencedok Ilmu Merantau dan Perniagaan ala Cina.

Bermusafir @ Merantau memang penat, makan hanya sekadar, tidur tidak cukup. Perkataan musafir berasal daripada bahasa arab dan perkataan asalnya ialah Asfara yang memberi erti mendedahkan. Memang benar bermusafir akan mendedahkan segala sifat dan kelakuan seseorang. Nak tahu perangai seseorang yang sebenar, maka bermusafirlah bersama beliau. Di sana, akan terbukti kepada anda tingkah laku sebenar yang anda tidak terfikir sebelum ini, sama ada dia menjadi semakin baik atau sebaliknya.

Berdekatan Restoran Rehat Di Munich, German

Sebut pasal makan, jauh sekali untuk menjamu selera di Restoran Rehat, walaupun Restoran Muslim. Hanya beralaskan roti yang disapu sardine dan coklat menjadi menu utama aku, pejam mata, kunyah sikit ….terus telan…Ia mengajarkan kepada kita supaya tidak terlalu cerewet, makan dan hidup ala kadar cukuplah. Hakikatnya, merantau memerlukan kesabaran, kecekalan dan persefahaman. Ia juga sememangnya menguji kejantanan si anak jantan. Sejauh mana ketahanan fizikal & mental mereka boleh bertahan. Dalam masa yang sama pengalaman terus bertambah dan menjadi pedoman hidup.

Pepatah Morocco ada mengatakan : Li Ma Jala, Mayakrifush Bi Hakki Rijal – Orang yang tidak berjalan (merantau), dia tidak tahu Hakikat Kejantanan.

Haha….Kesimpulanya, kalau nak cari calon suami, pilihlah yang telah merantau. Luas pengalaman, cekal peribadi, hidup tidak cerewet. Hehehehe, sekadar gurauan.