Kain Pelekat dan Hakikat

Kain Pelekat dan Hakikat

Sebut sahaja kain pelekat, ia memang sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu Nusantara dan India. Kalau tengok cerita Tamil mungkin ader ternampak Si India mengenakan kain Pelekat. Namun begitu fenomena berkain pelekat semakin pudar dikikis waktu dan ego si anak melayu moden. Dulu ia simbol kehidupan masyarakat, tetapi kini bertukar menjadi pakaian tidor malam dan berkhatan sahaja. Walaupun masih ada lagi yang mengenakan kain pelekat untuk ke surau2 dan masjid2, namun realiti ini semakin berkurangan.

Pernah sewaktu ketika dahulu, semasa di Asrama Maahad Muhammadi Lelaki, pemakaian kain pelekat sewaktu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh merupakan satu akta dan undang2 asrama. Ada seorang ibu bertanyakan diri ini tentang pemakaian ketika sembahyang di asrama, erm…biasa sahaja, berkain pelekat dan berbaju melayu balas aku.Hah..sudah..camner nie anak saya tak pandai pakai kain pelekat lagi. Kebetulan anaknya akan menghuni asrama ini apabila bemulanya sesi persekolahan. Perlu diingat memasuki asrama sekolah menengah adalah bagi pelajar2 yang berumur 13 tahun keatas. Umur 13 tahun masih tak tahu nak memakai pakaian tradisi dan pahlawan melayu silam. Terkejut aku bila perkara sebegini singgah di telingga ini. Mujurlah masuk sekolah agama, boleh belajar pakai kain pelekat. Kalau tidak, kain pelekat hanya akan meniti di bibir mulutnya sahaja.

Pakai Kain Pelekat Tanda Kampung & Miskin.

Hampir pasti ungkapan ini berlegar2 dan menguasai minda kebanyakan anak melayu di zaman moden ini.Melihat Pak Cik berkain pelekat pasti persoalan seperti ini datang secepat kilat, Pak Cik Tua nie datang dari kampung mana..? Hulu Kelantan..agaknya..eiii..-tok rajin tubik bandar belah mano nie kalau peseng nie(dlm loghat kelantan)- Jarang keluar ke bandar..Benarkah ini berlaku…?

Kalau ada antara kita ternampak Pak Cik2 memakai kain pelekat di bank2, ia hanyalah di Tabung Haji, Bank Islam dan Pertanian. Tabung Haji untuk Pak Cik Mak Cik menabung untuk menunaikan umrah ataupun fardu Haji. Atas sentimen Islam Pak Cik Mak Cik menyimpan wang di Bank Islam. Disebabkan ramai golongan petani dan kebanyakan mereka adalah orang kampung dan telah berumur, maka Bank Pertanian digunakan untuk mengambil hasil jualan padi daripada pihak BERNAS. Bukankah begitu..? Jarang dan hampir tiada mereka yang berkain pelekat memasuki HSBC, MAYBANK, AMBANK. Tetapi, Cina berseluar pendek, bisa dijumpai di Bank2 sebegini.

Kadang2 diri ini berasa pelik apabila melayu sendiri memandang rendah terhadap kain Pelekat.

Pernah sekali, semasa pulang ke Malaysia sempena cuti musim panas. Aku berkain pelekat memasuki MAYBANK JERTEH, tak sangka ramai juga yang tidak melepaskan peluang menjeling kepada aku. Terus aku menuju ke kaunter khas (10,000 keatas)..Kaunter nie tak payah ambil nombor, kalau ader orang, seorang dua, beratur je lah..bila tiba giliran aku mengadap pegawai di kaunter..tiba2 barisan yang aku beratur itu tidak bergerak, ia seperti statik. Telinga aku mendengar keluhan dan sindiran Tokey2 besar dibelakang aku, ..dia buat gapo tu..? aku tahu mereka kecoh kerana seorang bekain pelekat berdiri lama di depan kaunter menyebabkan tokey2 ini menyampah menunggu. Sebenarnya pegawai bank tersebut kurang cekap dan jarang mengendalikan urusan yang aku mahukan, iaitu penghantaran duit dari Malaysia ke ke Luar Negara dalam nilai Dolar US. Ia sedikit sukar kerana pegawai tersebut perlu memasukkan semua maklumat pemegang akaun dan bank penerima di Luar Negara. Tiba2 datang seorang Tokey Cina (Kedai Gambar), kebetulan beberapa hari lepas, aku membeli kamera digital di kedai dia dan berborak panjang semasa membeli. Dia masih mengigati aku, lantas dia bertanya, demo buat gapo sini..? Tak dop eh…transfer duit ke Hong Kong skit..balas aku.. Transfer duit ke mana..? balas beliau semula..Hong Kong jawab aku..dari raut wajahnya aku mengetahui, dia terkejut mendengar jawapan itu..Lantas beliau memanjangkan soalan, tanda ingin mengetahui siapa diri yang berkain pelekat ini sebenarnya.

Kisah yang kedua juga di MAYBANK, aku masuk ke Maybank berkain pelekat untuk menjelaskan cek bernilai RM xx,000. Kemudian sebahagianya ditransfer terus ke Thailand. Terdapat sedikit keraguan pada pegawai bank untuk meluluskan permohonan aku ini. Lalu IC aku diambil untuk pengesahan dan aku menunggu di kaunter, lama menunggu lalu dia berkata Encik duduk dahulu, ingatkan dia nak kasi duit. Salah seorang pegawai cina menelefon tuan punya akaun dan menanyakan tentang sekeping cek atas nama aku. Lama juga aku menunggu, lebih kurang 20- 30 minit untuk pengesahan. Mungkin kerana penampilan berkain pelekat meragukan beliau dan mungkinkah kerana kain pelekat, aku dihukum dengan penantian sedemikian rupa. Sekiranya inilah balasanya, nescaya ia merupakan satu semangat untuk terus berkeadaan begini.

Terdapat cerita benar mengenai seorang ustaz yang berniaga. Dia selalu memakai kain pelekat dan jubah, dan dalam masa yang sama dia seorang peniaga tempatan dan import export. Pernah sekali datang seorang wanita yang hairan dan mungkin tak puas hati dengan pemakaian ustaz itu tadi, lalu berkata, ustaz nie tak boleh pakai begini (berpelekat), ustazkan orang berniaga..Mak Cik, saya berniaga bukan dengan kain pelekat, tetapi saya berniaga dengan otak (sambil menunjukkan tanganya di kepala)..Tidak terkata lagi Mak Cik tersebut bahkan mendapat malu yang tidak terhingga. Mahu menegur orang tapi diri sendiri yang kena.

Zaman sekarang semua sudah terbalik, putih nampak hitam, hitam nampak putih. ramai orang nampak pelik apabila kita berkain pelekat, tetapi tidak ramai yang rasa sedemikian apabila melihat gadis2 dan anak2 dara Melayu dan Islam yang berpakaian tidak senonoh. Tudung entah ke mana, pakai baju dan seluar paling ketat sekali, sehingga menampakkan bentuk tubuh badan seterusnya menzahirkan aurat. Seolah2 menjalankan sesi promosi diri kepada khalayak ramai. Tidakkah anak gadis yang tidak laku, harga murah dah terdesak sahaja yang akan berbuat demikian…? Umur semakin bertambah, tak der lagi yang tersangkut, maka semakin ketat dan dahsyat pakaian promosinya.. Hanya anak gadis tidak beriman dan tidak bermaruah sebegini rupa layak menjadi barang lelongan di pasar malam, pasar minggu, dan pusat beli belah. Namun, bagi perempuan solehah, mereka jauh dari pakaian promosi tajaan syarikat syaitan dan iblis, mereka selesa dengan skema pemakaian Islam yang dikehendaki Allah Taala, seterusnya melontarkan kedamaian dan kesyukuran ke dalam hati2 Lelaki2 yang beriman.Jadi, mana yang lebih baik antara lelaki berkain pelekat menutup aurat dan gadis lelongan yang berpakaian moden kononya..?

Semoga kain pelekat kembali menjadi kebanggaan dan tidak dihina dan diperlekeh oleh bangsa sendiri ataupun jaganlah menghina sesiapa berkain pelekat sekiranya kita tidak boleh bersama denganya (kain pelekat).

8 responses to this post.

  1. salam akhi…

    baca cerita ni teringat pulak hadith nabi

    ” Islam bermula dengan asing, akan kembali asing seperti mana dia bermula, berbahagia lah orang asing ” Riwayat Muslim

    Mintak izin nak add link kat blog ye.

  2. Posted by Syukur on April 15, 2008 at 11:59 am

    bila dr Mat Madani nak balik? ana nak jumpa dia di M’sia.

  3. ws…

    ye..sila2..tiada halangan untuk anda linkkan blog ini..

    Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Kayu Gaharu

  4. Salam abg syakir..truskan dengan artikel camni…thumbs up..

  5. Salam.

    Tahniah atas artikel ini. Satu ulasan yang bagus. Tetapi rasanya perlu ditambah satu lagi ulasan iaitu berkain pelikat dalam Majlis Protokol atau Majlis Kenamaan. Boleh ker?

    Bukankah ianya nanti akan menjatuhkan maruah atau dgn kata lain kita membuka pintu kepada mereka yang berkenaan dengan mengumpat atau memandang serong terhadap kita.

    Sekadar pandangan dan saranan untuk perkemaskan hujah anda.

    Wassalam.

    YB : ABCD

  6. Ws.
    Erm..Saya pernah terdengar kisah Presiden Teras Saudara Azmi Abdul Hamid berkain pelikat ke Jepun bagi menghadiri jemputan. Cara pemakaian beliau di tegur oleh orang Jepun, lalu beliau menjawab, anda jangan mengkritik pakaian tradisi bangsa saya, sekiranya anda terus mengkritik saya akan mengkritik 1000 kesalahan bangsa awak.

    Sekian

  7. Posted by farahin on April 22, 2008 at 1:00 am

    salam…
    nak minta izin untuk link blog ni jugak. boleh?
    seronok dapat baca pasal kain pelikat..
    terima kasih

  8. ws…

    ye..sila2..tiada halangan untuk anda linkkan blog ini..

    Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Kayu Gaharu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: