Hasil Pengembaraan 14 Tahun

Hasil Pengembaraan 14 Tahun.

Haniaan Laka Ya Dr Mat  Madani (Tahniah Dr Mat Madani). Itulah perkataan yang bergema di dewan Sidi Abdullah Universiti Sidi Abdullah Fes 2 April lalu. Ustaz Mat kini telah bergelar Dr, satu impian peribadi yang beliau ingin capai semenjak sekian lama.

Kisahnya agak menarik untuk dikongsi bersama.

Ustaz Mat Madani yang nama sebenarnya Madaniya Rido merupakan seorang Melayu Pattani. Beliau telah keluar daripada negara asalnya Thailand semenjak 14 tahun demi menuntut ilmu. Pengembaraan menuntut ilmu yang pertama ialah di Universiti Zaitunah, Tunisia, bersama 3 rakanya yang lain. Mereka berempat berjanji untuk menimba ilmu sehingga PhD menjadi genggaman. Dugaan menuntut ilmu memang tidak diragui, ia penuh dengan onak duri yang merentangi jalan menuju ke puncak kejayaan. Oleh yang demikian, 3 orang rakanya tadi mengaku kalah lalu pulang ke Tanah Air mereka.

Tinggalah Dr Mat ini membawa diri keseorangan  menimba ilmu dan pengalaman.  Setelah tamat  Ijazah di Universiti Zaitunah, Tunis. Beliau mengambil Kelas kelayakan master untuk bidang kemasyarakatan di universiti yang sama. Di sebabkan suka berjalan dan merantau, maka Dr Mat datang ke Morocco hanya untuk satu percutian. Tiket pergi balik sudah siap dibeli. Takdir Ilahi, Dr Mat bercuti di Morocco dengan Sijil Ijazah beliau. Biasanya, orang yang bercuti tak akan mambawa barang berharga seperti sijil ijazah. Setelah sampai di Morocco, beliau cuba mendapatkan maklumat pengajian di sini, dan sedikit minat mula berputik. Kemudia beliau cuba mendaftar diri untuk pengajian Master Di Universiti Mohd Ke-5 Rabat, Morocco. 2 Minggu kemudian jawapan diterima bahawa beliau diterima belajar di Universiti Sidi Abdullah Fes.

Sekarang Dr Mat dalam keadaan tertekan untuk membuat pilihan. Mana satu pilihan daku..? Tunisia atau pun Morocco. Terdapat berbezaan yang ketara antara pembelajaran yang ditawarkan kepada DR Mat ini. Sekiranya dia ingin menyambung Master di Tunisia maka beliau akan mempelajari Ilmu Akademik (Kemasyarakatan) dan di Fes Morocco pula adalah Ilmu Agama. Maka kepada Allah jualah tempat mengadu segala kesamaran dalam membuat keputusan.Solat Istikhoroh dilakukan, dan Alhamdulillah, Allah Taala memberi petunjuk supaya meneruskan pengajian dalam bidang agama di Morocco.

Tiket pulang ke Tunisia hangus begitu sahaja..Bermula daripada percuitan, kini menjadi destinasi menimba ilmu. 3 tahun berlalu, dengan izin Tuhan Dr Mat berjaya mendapatkan MASTER. Kemudian beliau meneruskan pengajian PhD di universiti yang sama dengan Sheikh Busyikhi. Akhirnya selepas 7 tahun beliau berjaya menamatkan Phd beliau.

Apa yang menariknya, beliau tidak pernah pulang ke Thailand semenjak 14 tahun. Hanya sekali sahaja beliau bertemu ibunya sepanjang tempoh 14 tahun. Itu pun di Arab Saudi. Cekal sungguh Dr Mat ini menuntut ilmu.

Alhamdulillah. Aku sempat menghadiri Munakhosyah Dr Mat ini pada 2 April lalu.  Semua  Pensyarah yang  membincang tesis beliau  memuji  beliau terhadap pengorbanan yang telah dilakukan selama ini. Tambahan pula dia adalah bukan orang arab dan mampu menulis tesis PhD dalam bahasa arab sebanyak 700 muka surat lebih. 3 Jilid Kesemuanya- 2 jilid tesis, 1 jilid fehris. Hampir menitiskan air mata apabila mendengar pujian2 Para pensyarah terhadap pengorbanan jitu beliau. Lantas aku teringat Ulama2 silam seperti Baki Ibn Makhlid, Abu Walid Albaji..Mereka adalah ulama andalus yang telah mengembara ke Timur untuk kesekian lama, demi menimba ilmu agama sebanyak mungkin.

Syabas Dr Mat.

Sesi terakhir perbincangan adalah pemberian pangkat kepada Tesis beliau. Para Pensyarah telah bersepakat untuk memberikan pangkat SANGAT TERPUJI (Musyarrof JIddan). Tepukan gemuruh daripada hadirin memecahkan kesunyian dewan Sidi Abdullah. Itulah hasil pemgembaraan beliau selama 14 tahun merantau meninggalkan tanah air.

Insyaallah pada kesempatan akan datang, saya akan menceritakan sedikit lagi berkaitan cerita dan pesanan DR Mat Madani ini.

6 responses to this post.

  1. Posted by Syukur on April 15, 2008 at 11:01 am

    Menarik cerita Dr Mat ni..Kebetulan ada kenalan yang sedang isi borang nak smbg PhD di Sidi Abdullah, Fes. terkejut dgr 7 tahun tu…tak boleh siap 3 tahun ke? Kalau ada email Dr Mat ni, hantar kepada ana. Ana pun boleh cdg tempat di IPTA Malaysia.

  2. Posted by Syukur on April 15, 2008 at 11:09 am

    Dr Mat ni belajar dalam bidang apa ? Siapa nama Musyrif dia ?

  3. 7 tahun itu sistem lama, sistem Phd baru hanya antara 3-5 tahun sahaja.
    Ust Mat belajar dalam jurusan Fekh Khitob Syarii`.
    Musyrif Dia Sheikh Ahmad Busyikhi.
    Nie Emel dia : raydo_pn03@yahoo.com

    Sekian,Terima Kasih.

  4. Posted by Syukur on April 16, 2008 at 11:32 am

    Senang berinteraktif dengan anta pula..PhD dalam bidang Hadith di Univesiti mana? Siapa Musyrif Hadith yang paling baik ?Maaf tanya banyak akhi.

  5. Oh..Tak per…tak der masalah.
    Cuma bagi ana sdikit masa untuk mengumpul maklumat tentang Universiti yang menawarkan Pengajian PhD. Sistem Master dan Phd tidak dibuka setiap tahun di setiap universiti, tetapi ia dibuka berdasarkan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Morocco.

    Marhaban Ke Bumi Maghrib..

  6. Salam,

    Kepada Akh Syukur.
    Sila Lawat web site kawan ana untuk maklumat lanjut.

    http://altalidi.wordpress.com

    Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: