Sedihnya Merenung Nasib Mereka

Sedihnya Merenung Nasib Mereka

Kehidupan seseorang itu memang tidak sama, walaupun mereka berada di kampung yang sama dan masing2 menghirup udara yang sama.

Amat sukar untuk direnunggi secara mendalam, apabila melihat rakan2 sekampung mengambil keputusan untuk memutuskan pertalian hidupnya dengan Alam Ilmu. Mereka mula menjarakkan diri daripada ilmu ketika tamat sekolah menengah. Lalu terus menuju ke alam pekerjaan. Ada yang bergelar Penjaja Pasar Malam, ada juga yang bergelar Pemandu Lori dan ada juga yang bergelar Tukang Rumah. Alam pekerjaan telah mula ditempuhi seawal usia diri mencecah 20 tahun.

Dengan ini, kebanyakan daripada mereka teputus dengan Keindahan Alam Ilmu Pengetahuan. Paling menyedihkan sekolah rendah & menengah tidak mampu menyuap didikan agama yang secukupnya kepada penuntutnya. Oleh yang demikian, hiduplah insan ini dengan berbekalkan sedikit ilmu sekolah rendah & menengah, melayari bahtera kehidupan sebagai seorang insan.

Inilah nasib rakan2 sekampung.

Seterusnya, berbekalkan gaji yang dikumpul, dijadikan hantaran untuk membina keluarga. Keluarga dibina dengan jayanya, tetapitanpa pendidikan agama yang secukupnya, kemanakah hala tuju keluarga itu ingin dibawa.? Apabila unsur agama itu hanya secebis di dalam diri, secara langsung faktor kebendaan akan menjadi Tok Guru dalam menentukan teraju kehidupan. Hancurlah kehidupan apabila acuan kebendaan dirajakan. Kehidupan seharian difokuskan untuk mengisi perut diri sendiri, isteri, dan anak2 semata2. Objektif hidup mereka bagaikan jarak antara Dapur dan Tandas. Tiada lagi memikirkan Kehidupan Abadi selepas ini, kerana Kehidupan Abadi itu diyakini akan kewujudanya dengan sinaran Ilmu Pengetahuan (Agama) bukan dengan Kebendaan.

Seseorang insan itu sepatutnya mengorbankan sedikit umurnya demi menuntut ilmu agama. Kerana Ilmu Agama itu tidak dapat diperolehi dengan bayaran Dinar dan Dirham, akan tetapi ia diperolehi dengan pengorbanan diri, masa, dan Dirham. Jangan tergopoh gapah mengimpikan alam pekerjaan kerana jaminan kebahagian dunia dan akhirat itu bukan terletak di situ.

Golongan Bangsawan dan Jutawan pun ada cerita

Ada juga golongan Bangsawan dan Jutawan  yang mempunyai sedikit kesedaran agama menghantar anak mereka untuk menimba ilmu agama. Dengan harapan anak2 itu tadi menjadi seorang yang Alim dan Berilmu Pengetahuan. Dinar & Dirham diberikan kepada anak2 dengan kadar lebih daripada cukup. Tetapi, malangnya mereka (Bangsawan & Jutawan) itu tadi mengambil mudah urusan dunia mereka dengan membiarkan diri dengan rasuah, dan tidak mengeluarkan zakat. Ada juga Ibu/Bapa yg terdiri daripada golongan itu tadi melanggar perintah dan hukum hakam Ilahi. Ada ibu yang tidak bertudung, tetapi anaknya di Univ………..bla..blaa…. menuntut jurusan Syariah dan sebagainya.

Duit yang diperolehi tidak benar2 suci dan dihantar pula kepada anak2 yang sedang menuntut ilmu agama. Hasilnya anak2 itu tidak berapa Alim dan berilmu pengetahuan dan sekiranya berilmu pengetahuan tetapi akhlaknya tidak senonoh dan sopan santun pelajar agama tidak melekat di dalam diri.

Ilmu Agama, Ilmu yang suci. Tidak dapat dicapai oleh sesiapa melainkan orang yang suci. Dan orang yang suci itu mestilah disuapkan dengan makanan yang dibayar dengan Dinar yang suci.

Wallahua3lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: