SALAFIYYAH, SUFI & PEMIKIR ISLAM

SALAFIYYAH, SUFI & PEMIKIR ISLAM

Kelas bersama Dr Boukili sebentar tadi memang menarik, paparan gerakan dan hala tuju Madrasah2 Islamiyyah menjadi topik utama perbincangan bagi hari ini.

Bermula dengan Konsep Pemahaman AKIDAH disisi sahabat yang menjadi tunjang & asas kepada semua perkara yang bercabang, Perkara yang bercabang ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu : 1, TAUHID 2, TARBIYAH,PENYUCIAN & PENGETAHUAN. 3, KETAMADUNAN & PEMBANGUNAN. Akidah disisi sahabat bermula dengan pemahaman Konsep Tauhid yang sebenar dan bersumberkan sumber yang sahih. Hasil daripada pemahaman Konsep Tauhid itu tadi membawa kepada Penyucian Jiwa-(Pentazkiyahan) , Pentarbiyahan & Pengetahuan. Dan akhirnya, acuan bagi 2 elemen itu tadi membuahkan Ketamadunan & Pembangunan. Inilah antara rumusan yg telah dibuat berdasarkan paparan sejarah silam. Maka muncullah satu generasi Muslim yang menyeluruh (syumul)- Merekalah yang bergelar Alim, Murabbi,dan merekalah yang bergelar Intelek-. Mereka menjadi contoh di muka bumi ini seterusnya memahat sejarah yang di sanjung sepanjang abad.

Bermula daripada penanaman aqidah didalam sanubari penduduk Mekah sehinggalah tertubuhnya Negara Islam pertama di Madinah Munawwarah, teraju Islam yg dipandu oleh Rasullah S.A.W berdasar panduan Ilahi yang mempunyai unsur2 keadilan, kesamarataan, keilmuan dan keberkatan yang tiada tolak bandingnya. Manusia hidup dalam keadaan aman damai apabila Islam yang Syumul itu tidak dipecahkan kepada beberapa pecahan dan perlu diingati bahawa, penghayatan Islam yg Syumul itu memerlukan Ilmu Pengetahuan dan Pemikiran yg tajam.

Masa sentiasa bergerak, dan setiap pergerakan masa itu diikuti dengan perubahan sikap dan arah manusia itu sendiri. Sehinggalah sampainya masa, manusia itu memecahkan 3 konsep yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Masing2 mendakwa bahawa konsep yang mereka bawalah yang terbaik dan harus diikuti, sehingga membawa kepada persepsi negatif terhadap golongan lain.

Lalu, dinamakan golongan yang membawa konsep pertama (TAUHID) sebagai SALAFIYYAH. Mereka berjuang untuk membetulkan konsep Tauhid dikalangan umat Islam dan dalam masa yang sama mengangkat senjata mengishtiharkan perang terhadap golongan syirik dan bid`ah. Usaha mereka didalam mengembalikan umat di atas landasan Tauhid sebenar adalah langkah terpuji. Ada juga diantara mereka yang bersifat fanatik melampau sehingga emosi menguasai diri dan membiarkan nas-nas Al-Quran dibelakang. Akhirnya menyebabkan letupan disana sini, seperti di Madrid, Casablanca dan banyak lagi.

Golongan kedua pula diberi nama SUFI. Mereka berusaha membawa manusia kearah Penyucian diri, Pentarbiyahan diri. Ia lebih bersifat kerohanian dan penyucian hati. Langkah ini memang terpuji, akan tetapi realiti hari ini membuktikan kepada kita bahawa aliran ini membawa kepada Mengagungkan Sheikh secara melampau. Penyucian diutamakan sehingga ada yang meminggirkan AKAL, sehingga ada tindak tanduk yang dikira tidak berakal. Tidak ada lagi bagi mereka istilah yang berbunyi seperti Politik, Parlimen, Tamadun, Pembangunan. Cukuplah Tasbih bagi mereka siang dan malam. Sehinggakan ada yang menjadi Khadam kepada Barat kerana akal tidak mampu berfungsi dan mentafsirkan masalah kenegaraan secara bijak.

Masing2 mahu mementingkan dan mengagungkan fikrah dan hala tuju tersendiri, menyebabkan perdebatan dan perbahasan demi mempertahankan fikrah masing2. Sehingga lupa terhadap matlamat utama membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel dan menyebarkan dakwah kepada golongan kafir. Bagi orang Islam yang cuba mendalami Ilmu2 Islam, mendapati perbalahan, kata mengata yang tidak sepatutnya berlaku antara perbagai golongan. Menyebabkan rasa bosan dengan Ilmu yang cuba dipelajari. Alangkah baiknya sekiranya golongan ini dapat bersatu didalam matlamat utama dan masing2 hormat menghormati pandangan dan pendirian yang berbeza. Sukar untuk perkara ini berlaku selagi Nafsu bermaharaja lela di dalam diri dan membiarkan ilmu didalam kitab2 dan buku2 tanpa diterjemahkan kepada realiti.

Golongan ketiga dinamakan dengan Pemikir Islam. mereka adalah golongan intelak @ profesional secara sukarela mahu membetulkan keadaan yang semakin teruk. Akal & Strategi diutamakan didalam gerakan mereka. Contoh bagi golongan ini ialah Malik Ben Nabi, seorang rakyat Algeria dan mendapat pendidikan kejuruteraan di Perancis. Ada diantara mereka yang lemah didalam penguasaan Keaslian Ilmu Islam. Kadang kala tafsiran mereka terhadap beberapa perkara adalah bertujuan mempertahankan Islam akan tetapi ia jauh tersasar.

Kita memerlukan seorang yang Tauhidnya benar2 mantap, hatinya benar2 bersih dan bergelar murobbi dan dalam masa yang sama mempunyai pemikiran tajam dan kritis tentang masalah Ketamadunan, Pembangunan (Keduniaan). Tauhid untuk memantapkan diri dalam konsep Ketuhanan dan Pembersihan Hati untuk menjaga diri daripada godaan dunia dan Pembangunan diperlukan demi maslahah @ keperluan manusia untuk hidup.

Oleh yang demikian, pengajian akidah yang merupakan teras, tidak sepatutnya dipelajari di salah satu madrasah @ pusat pengajian yang condong kepada salah satu elemen yang dinyatakan tadi. Akan tetapi, ia perlu dipelajari di Madrasah yang benar2 menjadikan Manhaj (Methodologi) Rasulullah S.A.W sebagai sumber.

Wallahua3lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: