Dakwah, Belajar & Harta

Nilai Harta.

Aduh…susah betul sekarang ini, masing2 memandang sudut kebendaaan untuk menghukum seseorang. Keadaan ini benar2 berlaku sama ada di Malaysia dan di sini -Morocco. Sehinggakan ia menjadi topik yang dibincangkan oleh Dr Ibrish. Sekiranya kita tidak berharta , tidak mempunyai (cth) :Mercedes E 230, C 220 dan seumpamanya. Masyarakat sukar untuk mendengar nasihat agama yang diberikan disebabkan penampilan kereta buruk, rumah sewa, pakaian selekeh. Wah…sukar sungguh untuk berdakwah di zaman Minda kebendaan sekarang ini. Dalam masa yang sama, kita melihat harta memainkan peranan didalam penyerbaran dakwah, ia sebagai kosmetik diri dan umpan supaya nasihat yang akan diberikan akan diterima.

Tidak dinafikan bahawa fenomena ini bukanlah secara keseluruhan tetapi ia hampir menjadi majoriti masyarakat hari ini.

Hatta budak sekolah rendah dan menengah pun sudah mula pandai menilai guru mereka melalui kaca mata kebendaan. Apa yang kita sampaikan akan lebih bermakna dan menusuk ke dalam hati mereka sekiranya kita bergelar Cikgu Kaya…Huhuhu…

Pelajar Mencari Makan.

Dalam situasi pengajian di universiti, penuntut tidak seharusnya membekukan minda mereka menganak tirikan pekerjaan sambilan. Tidak boleh berpuas hati dengan wang tajaan, zakat @ pinjaman. Duit ini akan habis, dan sesi universiti akan ditinggalkan. Kemudian akan dicampakkan ke alam pekerjaan secara sukarela ataupun sebaliknya. Penuntut harus mengambil peluang ketika cuti untuk mencipta wang, untuk menampung beban kehidupan harian. Walaupun begitu, pekerjaan sambilan ketika cuti bukan berobjektifkan duit semata2 tetapi apa yang menjadi matlamat utama ialah mencari pengalaman bekerja walaupun gaji tak seberapa. Saranan ini adalah lebih ditujukan kepada Lelaki, kerana tugas memikul rumah tangga , menyara anak isteri berada dibahu beliau. Kalau tak kahwin pun kena kerja juga, demi mengisi `tangki` diri sendiri.

Kita melihat pelajar2 pada hari ini sama ada dalam bidang akademik atau agama, kebanyakan mendapat biasiswa @ pinjaman dari pelbagai sumber. Sekiranya mereka belajar dengan duit hasil titik peluh sendiri adalah lebih bermakna dan terpuji. Mereka layak untuk mengangkat kepala di hadapan rakan2 mereka dan juga masyarakat. Dengan syarat pekerjaan sambilan @ perniagaan yang dijanakan itu tidak membantut pengajian mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: