MERANTAU : Penat Dalam Senyuman

MERANTAU : Penat Dalam Senyuman

Setelah perancangan dibuat kira2 lebih kurang 4 bulan sebelum bertolak, kami-(Shakir, Abdullah, Firdaus) dengan rasa penuh yakin untuk menjelajahi Eropah, Turkey, Syiria, Jordan, dan Saudi Arabia. Duit dikumpul sebanyak mungkin demi menampung perbelanjaan kami semasa merantau. Sudah menjadi adat apabila disebutkan merantau maka poket pun kena tebal skit..Erm, pastu maklumat setiap Negara perlu diketahui sebaik mungkin, supaya tidak meraba2 apabila tiba di destinasi. Perjalanan kami ini bukan sekadar berjalan kosong, kami ada tujuanya. Yang paling utama adalah menunaikan Umrah, seterusnya melawat Masjid Umawi di Damascuss, dan melawat kesan2 tamadun Islam di Turkey.

Sebagai anak muda yang berdarah politik, kami berusaha sedaya upaya untuk tiba di Istanbul sebelum Pilihan Raya Umum Turkey, sungguh seronok melihat anak buah Raccep Tayyip Erdogan berkempen di Istanbul, tidak lupa juga kepada Najmuddin Erbakan, gambarnya merata2 menghiasi bandaraya Istanbul.

Pemilihan rakan untuk mengembara merupakan faktor terpenting, pada mulanya kami berempat (Shakir,Harith, Abdullah dan Firdaus).Tetapi Harith menarik diri sebelum kami bertolak. Dia menukar destinasi untuk pulang ke Malaysia melalui Jeddah menunaikan umrah. Penarikan diri beliau tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan ini. Akhirnya tinggallah kami bertiga (Shakir, Abdullah, Firdaus) kami bertiga, alhamdulillah kesemuanya anak didik Maahad Muhammadi Lelaki Kelantan.Telah lama kami bersama sebelum menjijak kaki di bumi Morocco ini. Ketiga2 mempunyai semangat jitu untuk mengembara, menerokai keindahan alam ciptaan Tuhan..

Bas dan feri menjadi pilihan utama kami, (Morocco – Mekah dengan Bas), itulah salah satu moto perjalanan kami. Biasanya perjalanan dari Morocco ke Arab Saudi dengan Kapal Terbang mengambil masa lebih kurang 7 jam. Maknanya lebih kurang 7000 Km. Tetapi sekiranya kami melalui jalan Eropah dan Turki untuk ke sana, maka jaraknya akan bertambah lagi.

Setautnya kami bertolak pada 1 July 2007 tetapi, ia tertunda selama 4 hari disebabkan masalah2 tertentu. Qada dan Qadar Tuhan menentukan segala2nya. Redha dengan ketentuan-Nya merupakan kewajipan bagi hambanya.

Perjalanan ini akan merentasi beberapa Negara bermula daripada Morocco, Sepanyol, Perancis, German, Vienna, Slovakia, Croatia, Serbia, Bulgaria, Turkey, Syiria, Jordan dan destinasi terakhir Saudi Arabia…

Bermulalah perjalanan kami daripada Kenitra, Morocco menuju Bandaraya Paris melalui Selat Gilbratar dan Sepanyol.

Alhamdulillah, semua penumpang yang didalam bas yang kami naiki adalah lelaki. Majoriti adalah dari kalangan BARBAR/SYILHAH Morocco. Dengan sedikit pengetahuan didalam Bahasa Barbar, kami memulakan perbualan.Perbualan di dalam bas sememangnya rancak apabila saling tegur menegur antara satu sama lain. Orang Barbar/Syilhah Morocco sememangnya terkenal dengan Berhijrah dan Perniagaan. Boleh di katakan semua bas ke eropah dari morocco bermula di selatan Morocco seperti Tiznit, Agadir, Marrakech dan sebagainya.Syilhah Morocco telah banyak membawa wang asing masuk ke Morocco. Hal ini dapat dibuktikan dengan fakta pendapatan utama bagi Morocco, sumber kedua kewangan Negara, adalah Penghantaran wang dari Luar Morocco ke dalam Morocco.

Syilhah, Persaudaraan & Perniagaan

Dalam aspek perniagaan, mereka merupakan orang yang paling mahir dalam perniagaan di Morocco. Salah satu contohnya ialah mereka menguasai hampir keseluruhan kedai-kedai runcit di Morocco. Bahkan terdapat syarikay Multinasional pun turut dikuasai mereka.

Setelah hampir 3 hari perjalanan, kami tiba di Clichy, Paris. Terus kami memikirkan tentang tempat untuk bermalam, mungkin sekitar Menara Tofel menjadi pilihan kami untuk bermalam.Tetapi salah seorang penumpang bersama kami menjemput kami untuk pergi ke rumah keluarga dia di Paris.Dalam kami berjalan kaki, tiba2 seorang lagi penumpang bas bersama kami, Mohd, menjemput kami semua untuk bermalam di rumah beliau.Dia bertanya aku..aina tadrus.?(hang belajar kat maner.?) kuntu adrusu fi Marrakech summa intakoltu ila kenitra (Dulu aku belajar di Marrakesh pastu aku pindah ke Kenitra)..jawab aku…Hal takrifu Ustaz Dr Ibrahim Redho.(Kau Kenal Ust Dr Ibrahin Redho.)? Naam, akrifuhu (Ya, Aku kenal dia)…Dia adik ipar aku..balas beliau…ooooooo…Dr Ibrahim Redho memang aku kenali. Lebih Kurang 2 hari sebelum berlepas ke Paris, aku di rumah beliau di Marrakech..berborak sambil mengambil nasihat …….Dr Ibrahim Redho nie, banyak memberi petunjuk dan nasihat kepada aku, bermula daripada mula2 kedatangan aku ke Morocco.

Orang Morocco mudah mesra, dan senang menjalinkan persaudaraan. Kenal semasa perjalanan pun, boleh ajak kami tidur di rumah dia. Bahkan kami nie bukan sebangsa dengan mereka. Ini bererti mereka tidak memandang perbezaan bangsa dan warna kulit, yang penting seagama dengan mereka. Sikap ini patut dipuji dan diikuti.

Pengalaman paling berharga di Paris ialah, cara pergaulan orang Syilhah Morocco di Paris. Mereka saling bantu menbantu antara satu sama lain, malah hubungan mereka sukar dipisahkan.Kejujuran mereka dalam bekerja dipuji oleh orang Islam dan Yahudi.Tokey2 Yahudi tidak mempercayai orang kristian dan yahudi untuk menjaga Kaunter Pembayaran.Tetapi beliau mempercayai akan kejujuran Syilhah Islam Morocco.Inilah satu gambaran yang mengejutkan aku apabila berada di sana.Terdapat diantara mereka berkongsi hidup dalam bilik kecil sahaja,ia adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sewa rumah dan mengumpul sebanyak mungkin wang untuk di bawa pulang ke morocco khususnya pada hari raya haji.

Apabila diperhatikan sikap dan cara hidup mereka, teringat akan gaya hidup masyarakat Cina di Malaysia. Ia seolah2 hampir serupa dengan gaya hidup Syilhah Morocco dalam aspek berhijrah dan berniaga. Kedua2 faktor ini sebenarnya menambahkan lagi semangat aku untuk terus membina jambatan persaudaraan dengan mereka, sambil mencedok Ilmu Merantau dan Perniagaan ala Cina.

Bermusafir @ Merantau memang penat, makan hanya sekadar, tidur tidak cukup. Perkataan musafir berasal daripada bahasa arab dan perkataan asalnya ialah Asfara yang memberi erti mendedahkan. Memang benar bermusafir akan mendedahkan segala sifat dan kelakuan seseorang. Nak tahu perangai seseorang yang sebenar, maka bermusafirlah bersama beliau. Di sana, akan terbukti kepada anda tingkah laku sebenar yang anda tidak terfikir sebelum ini, sama ada dia menjadi semakin baik atau sebaliknya.

Berdekatan Restoran Rehat Di Munich, German

Sebut pasal makan, jauh sekali untuk menjamu selera di Restoran Rehat, walaupun Restoran Muslim. Hanya beralaskan roti yang disapu sardine dan coklat menjadi menu utama aku, pejam mata, kunyah sikit ….terus telan…Ia mengajarkan kepada kita supaya tidak terlalu cerewet, makan dan hidup ala kadar cukuplah. Hakikatnya, merantau memerlukan kesabaran, kecekalan dan persefahaman. Ia juga sememangnya menguji kejantanan si anak jantan. Sejauh mana ketahanan fizikal & mental mereka boleh bertahan. Dalam masa yang sama pengalaman terus bertambah dan menjadi pedoman hidup.

Pepatah Morocco ada mengatakan : Li Ma Jala, Mayakrifush Bi Hakki Rijal – Orang yang tidak berjalan (merantau), dia tidak tahu Hakikat Kejantanan.

Haha….Kesimpulanya, kalau nak cari calon suami, pilihlah yang telah merantau. Luas pengalaman, cekal peribadi, hidup tidak cerewet. Hehehehe, sekadar gurauan.

6 responses to this post.

  1. wah..bestnya…pusing satu eropah naik bas!…nanti ana nak buat skali la..menarik..boleh tengok sikap manusia yang pelbagai…

  2. Salam.

    Pembetulan.

    (1) Setautnya – Sepatutnya

    (2) Syarikay – Syarikat

    (3) Ibrahin – Ibrahim

    Wassalam.

    YB : ABCD

  3. Salam. Terima ksih atas perkongsian cerita anda. Permusafiran anda bertiga sememangnya bertepatan dengan hadis Rasulillah S.A.W.

    حَدَّثَنِي مَالِك عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَرْمَلَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّاكِبُ شَيْطَانٌ وَالرَّاكِبَانِ شَيْطَانَانِ وَالثَّلَاثَةُ رَكْبٌ – الموطأ للإمام مالك بن أنس

    Wassalam.

    YB : ABCD

  4. Posted by rahmat on April 19, 2008 at 11:51 am

    salam…hebat rehlah ibnu khaldun ni ek..tggu ade rezki,minta la map perjalanan tu ek..sertakan sekali bajet perjalanan tu ok…ade rezki berjalan la nnt.insya allah..ws.

  5. Posted by qismis87 on April 19, 2008 at 5:58 pm

    salam, ana harap ustaz akan menyambung menceritakan kisah ini. wslm.

  6. Posted by qismis87 on April 29, 2008 at 12:39 am

    salam, Saif tahun ni nk g mano pulok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: