Peringatan & Hakikat

Peringatan & Hakikat

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين – الذاريات 55

55. Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang yang beriman.

Kehidupan sementara di dunia ini tidak boleh diceraikan dengan tazkiran dan peringatan. Ia seolah2 bergerak seiring dengan kehidupan manusia, selama mana dia berada di atas muka bumi ini.

Peringatan tidak dikhususkan kepada orang yang melakukan kesalahan semata-mata, supaya tidak melakukan kesilapan yang sama di kemudian hari. Tetapi ia juga ditujukan kepada mereka yang tidak membuat kesilapan supaya terus dengan kebaikan dan amal soleh yang dilakukan. Pentingnya tazkirah @ peringatan ini sukar dimengertikan kecuali selepas mentadabbur (pemerhatian yg mendalam) terhadap ayat di atas dan terhadap tingkah laku dan gerak geri anak adam.

Tujuan tazkirah untuk mengulangi peringatan yang telah sedia maklum sebelumnya. Supaya peringatan itu boleh dipindahkan daripada konteks ilmu pengetahuan kepada lapangan minda manusia seterusnya akan menjadi faktor dalam membuat sesuatu keputusan. Dan ingatlah, bahawa peringatan itu adalah untuk golonganh mukminin…kenapa..? Kerana mereka mempunyai persediaan dalamam untuk beriman. Keimanan itu tidak dicapai dengan kemahuan semata2 akan tetapi ia perlu diiringi dengan peringatan.

Jika diperhatikan gelagat anak adam, memang sukar diselami akan hakikat kehidupan dan tabiat mereka. Hakikat manusia itu disertakan dengan satu tabiat yang dipanggil `LUPA`. La yusamma Insanu` Insanan illa wa huwa nassaan. Tidak dinamakan insan itu sebagai insan kecuali dia itu mempunyai sifat `PELUPA`. Inilah hakikat manusia @ insan. Selalu lupa , tidak dapat menyimpam segala maklumat diperolehi selama-lamanya. Kadang2 mereka lupa bahawa mereka itu sementara sahaja didunia ini, mereka lupa bahawa disana terdapat hari pembalasan, mereka lupa bahawa diri mereka itu akan dipersoalkan akan segala aktiviti yang telah dilakukan semasa didunia ini.

Oleh yang demikian tidak dapat tidak, peringatan diperlukan bagi memastikan manusia itu sentiasa berada dilandasan yang jauh dari kesesatan tajaan syaitan. Kekurangan peringatan @ tazkirah membawa bencana kepada pembangunan insan seterusnya menzahirkan kecacatan pada keperibadian anak adam. Hidup akan jadi seperti khayalan, tidak berpijak dibumi nyata. Dunia dianggap kota yang berkekalan. Leka menjadi kelaziman, lalu mengembirakan syaitan akibat kejayaan menjauhkan anak adam daripada kebenaran.

Manusia perlu sentiasa diperingati akan hakikat kewujudan dan kedidupan mereka didunia. Ingatlah, bahwa kehidupan ini hanya sementara, segala anggota (tangan, kaki, kepala & dll) yang bercantum pada hari ini pasti akan bercerai berai suatu hari nnti. Jasad yang dilengakapi oleh anggota2 akan berpisah jua dengan roh, ia ibarat seperti satu binaan yang dicantumkan sengan sepucuk paku, apabila dicabutkan paku tersebut maka gugur dan musnahlah binaan tersebut. Menandakan hidup ada penamatnya.

Hidup bukan tamat dengan begitu sahaja, bahkan ia akan diikuti oleh satu adegan @ situasi baru yang dinamakan akhirat. Oleh yang demikian, janganlah kita menjauhkan diri dengan urusan akhirat, sekiranya kita berbuat demikian nescaya kita akan mendekatkan dan menghampirkan diri kepada dunia. Lantara itu kita akan tergopoh-gapah, berlumba-lumba mencapai perkara yang kecil (dunia), dan menjual menjual perkara yang besar (akhirat) dengan mudah (jualan lelong). Ia seperti seorang peniaga yang mempunyai stok gandum yang banyak dan seraya berkata : ” Sekiranya aku menjual gandum ini secara timbang (sikit2- sekilo, 2 kilo) nescaya aku akan mengambilmasa yang lama untuk menghabiskanya, maka dia mengambil keputusan untuk menjual secara lelong dengan harga yang murah dan dalam masa yang singkat. Inilah dia nasfu yang tersimpan didalam diri manusia itu, ia selalu meminta perkara yang mudah dan cepat dicapai. Ia sebagai racun berbisa didalam diri tetapi manusia itu leka sehingga menjadikan `Nafsu` sebagai Penasihat untuk membuat keputusan hidup. Celaka lah dia dan musnahlah kehidupanya.

Dunia ini seperti air garam, semakin diteguk semakin haus dan dahaga dibuatnya. Perhatikan sesetengah orang kaya, semakin mendapat untung semakin membuak kehendak untuk mengumpul harta, zakat tidak ditunaikan, sedekah bagaikan tidak wujud didalam minda mereka. Mereka lupa bahawa, kekenyangan dan kepuasan bukan bergantung kepada kuantiti harta yang ada tetapi bergantung kepada keberkatan yang dianugerahkan Ilahi.

Ada golongan yang mengecapi kemanisan dunia itu sehingga lupa akan hakikat kemanisan yang diminum itu. Adakah ia berkekalan atau bersifat sementara sahaja..? Kemanisan dunia itu seperti gelas yang berisi madu bercampur racun (madu diatas & racun dibawah). Apabila diminum, alangkah seronaknya mengecapi dan merasai kemanisan madu tetapi akhirnya membawa kepada kematian. Apakah ertinya kemanisan madu itu sekiranya nyawa terpaksa dikorbankan..? Apakah ertinya kemanisan dunia ini sekiranya kehidupan ukhrowi itu digadaikan…?

Kehidupan insan yang tertipu dengan kosmetik dunia boleh dikisahkan dengan kisah seorang yang lari menyelamatkan diri daripada Gajah Liar, tetapi terjatuh pula ke dalam perigi buta (lama). Nasib baik sempat berpegang pada tali yang menjuntai ke dalam perigi. lalu dilihat dibawahnya (permukaan perigi) didapati seekor naga sedang membuka mulut menanti kehadiranya, dilihat keatas pula, dan didapati ada dua ekor tikus, seekor putih dan seekor hitam. Dilihat pula disisinya lalu didapati sebuah bekas berisi madu. Tanpa berfikir panjang, terus menikmati kemanisan madu sehingga merasakan bersyukur kerana mendapat peluang menikmati madu yang tidak dinikmati oleh orang lain. Kemanisan madu itu melupakan akan keadaanya sekarang ini, dia lupa bahawa naga dengan mulut terbuka menantinya dibawah, tikus putih dan hitam terus menerus mengigit tali yang dia bergantung. Sehinggalah tali itu terputus akibat gigitan tikus dan jatuhlah dia ke dalam mulut naga….. Tikus hitam dan putih adalah diibaratkan siang dan malam yang sentiasa memamah @ memakan usia manusia, naga pula ibarat neraka yang menjadi tempat kepada sesiapa yang tidak berusaha untuk menyelamatkan diri daripada godaan tajaan syaitan. Sekiranya dia berusaha untuk membebaskan diri daripada perigi tersebut, sudah pasti, kesejahteraan abadi sebagai ganjaran.

Wallahua3lam.

p/s: penulis pernah terjatuh dan lemas di dalam perigi. Pengalaman berharga dulu, kini dan selama lamanya. Alhamdulillah …Syukur kepada Ilahi masih dipanjangkan umur ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: