Jual Malu Sebelum Jual Barang

Jual Malu Sebelum Jual Barang.

Berniaga bukan semudah disangka. Sebelum duit datang bergolek pasti ada perkara terpaksa dijualkan sebelum barang jualan terjual. MALU, merupakan penghalang bagi seseorang yang mula berjinak2 dengan dunia perniagaan.

Sebelum, mengetahui tentang MALU ini, diri ini tercari2 kenapa dan mengapa apabila diajak rakan2 ketika dibangku sekolah dahulu untuk berniaga, tetapi mereka menolaknya. Ia seolah2 menolak duit yang akan datang bergolek. Tetapi setelah diperhatikan dengan mendalam, ketahuilah diri ini bahawa mereka tak mampu melawan MALU. Mereka malu kepada rakan2 apabila melihat mereka sedang menjual barangan @ makanan. Malu mejual dan berniaga merupakan sindrom yang menyebabkan individu berkerja makan gaji sepanjang hayat.

Sebelum malu anda terjual, pasti barang yang anda niagakan kekal dihadapan mata anda.

Semasa dibangku sekolah rendah, diri ini pernah membantu datuk menjual tembikai (timun cina-bhs kelantan) di pasar. Berdiri dibawah bangsal beratapkan zin di lorong pasar, diri ini melaung…aaaaa serial dua sekilo….manis2….(RM 1.20 sekilo)…ia diulang beberapa kali bagi menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. Sekiranya perasaan malu itu berkekalan, pasti laungan seperti itu tidak bisa dilakukan. Apabila melihat ramai orang yang datang terus muncul perasaan seronok dan bertambah semangat untuk terus melaung…aaaa…serial dua sekilo…..manis2…..Beginilah keadaan ketika berumur 12 tahun, budak kecil belajar melempar malu dalam diri.

Perasaan malu akan datang apabila, perniagaan ditinggalkan bagi tempoh yg lama. Pada peringkat sek menengah perasaan malu lagi bertambah, disebabkan pelbagai faktor. Ataranya, tidak berniaga kerana malu kepada teman wanita, apabila si dia tengok che abangya berniaga, akan jatuh sahamnya ..ujar si lelaki..Fenomena yang mmg berlaku dikalangan Melayu. Semasa belajar ditingkatan lima, diri ini sempat menjadi penjaja kaki lima, menjual yogurt pada hari Jumaat di Masjid Langgar & Telipot Kota Bharu. Apabila azan berkumandang gerai minuman ditinggalkan untuk mendengar khutbah. Selesai sembahyang dan sedikit berdoa, terus menuju ke gerai…aaaa yogurt serial so..(Yogurt Seringit Satu)……Tiada rakan yang membantu, hanya diri ini keseorangan…Bila ada rakan2 dan guru yang mengenali diri ini lalu dihadapan gerai, senyuman dilontarkan . Akhirnya mereka membeli yogurt . Sekiranya muka disorotkan apabila mereka lalu dihadapan gerai, sudah pasti modal pon tak dapat pada hari itu.

Pada hari itu, jualan bukan banyak sangat yang laku, tetapi yang banyak dijual adalah MALU. Semangat berniaga semakin membara. Malu seolah2 tidak wujud lagi dalam kamus diri. Paling akhir diri ini menjual malu ialah pada bulan ramadhan baru2 ini di Pasar Payang dan Stesen Bas Kuala Terengganu. Plastik besar berisi Baju Melayu dipikul ke destinasi berkenaan. Seperti Bangla menjual sejadah pada satu ketika dahulu. Nak sampai ke kedai2 kain, terpaksa melintasi orang ramai yang sedang menunggu bas. Ada yang tidak melepaskan peluang menjeling kearah orang yang memikul plastik ini. Tetapi semakin dilihat semakin gagah dibuatnya. Nak buat macam mana, orang nak pandang, biarkan mereka, mereka ada mata sendiri, mereka bebas melepaskan pandangan. Yang penting barang yang dipikul ini mesti dihabiskan. Kadang2 tebal juga muka apabila melakukan perkara sebegini.

Sebenarnya inilah MALU tidak bertempat, bahkan merugikan diri. Lihatlah orang2 Cina, tanpa segan silu menjual barang2 semenjak remaja dan ada yang bermula ketika kanak2. Ibu Bapa mereka berjaya menanam semangat berdikari dan berniaga dalam diri supaya diri hidup bebas tidak bergantung pada orang lain. Kita orang Melayu, nak jaga status konon, kerja nak yang standard, pejabat yang berhawa dingin…tetapi malangnya pendapatan tidak berapa berhawa dingin. Kadang2 mereka yang bergelar Penjaja Jalanan mempunyai pendapatan yang lebih berhawa dingin berbanding orang lain.

2 responses to this post.

  1. benar benar benar

    pengalaman mengajar erti kehidupan, dan bukan semua dapat pengalaman jual malu ni😉
    baguslah, makin mengenal dunia jadinya.
    Moga ade keberkatan, inshaAllah.

    wassalam

  2. terima kasih NMZ krn sudi bertandang ke blog ini.

    yups…jual malu itu pengalaman,
    sambil2 jual malu ego pun terjual sekali kadang2.

    huhuhu…

    ws

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: