Nasihat Dr Mat

Nasihat Dr Mat

Sekiranya pemergian kami ke Fes sekadar menyaksikan Munakhosyah @ Perbahasan PhD tidak bermakna. Mutiara Nasihat perlu diambil sebiji dua. Buat penambah semangat untuk terus menimba ilmu di bumi Morocco ini.

Dr Mat menasihatkan kami supaya sentiasa bersabar, terutama dalam dugaan menuntut ilmu. Hanya dengan kesabaran yang jitu, kegemilangan berjaya digengam. Kesabaran itu mmg pahit tetapi hasilnya manis seperti madu. 14 tahun diperantauan, bukan mudah untuk dihadapi. Keperitan hidup dinegara orang memberi seribu pengalaman.

Semasa menaiki teksi di Bandar Rabat, aku sempat berborak dengan pemandu teksi, berborak dengan pemandu teksi seolah-olah menjadi hobi di bumi Morocco. Kebetulan dia telah berumur 40 lebih, (mengikut paras rupa). Setelah berkenalan, “Pak Cik berikan aku nasihat sedikit ” ujar aku. “Manusia berpusu-pusu memasuki pintu-pintu kecuali pintu kesabaran ” jawb beliau. Ungkapan ini memang bertepatan dengan realiti kehidupan hari ini, tahap kesabaran si anak muda semakin nipis, senipis kulit bawang.

Dr Mat juga mengalakkan kami merantau sejauh mungkin. Katanya, merantau ini mengajar kita sifat merendah diri. Ya lah kita di tempat orang tak leh nak tunjuk gedebe. Mahu atau tidak, sentiasa merendah diri dan mencuba untuk menyesuakan diri dengan keadaan sekitar. Kemudia dibacakan kepada kami syair Imam Syafie yang berbunyi :

تغرب عن الأوطان في طلب العلى * وسافر فإن في الأسفار خمس فوائد

تفرج هم ,واكتساب معيشة * وعلم, وآداب, وصحبة ماجد

Tinggallah Tanah Air demi Mencapai Cita2 yg Tinggi.

Bermusafirlah, Kerana ia Memberikan Kamu Lima Kebaikan.

Membebaskan Kebimbangan, Mempeolehi Kehidupan (Harta),

Ilmu, Adab Dan Berkawan dengan Orang Mulia.

Syair inilah yang terus memberi Dr Mat semangat untuk merentasi segala mehnah dan tribulasi ketika diperantauan. Apabila mendapat ujian, kepada Allah jualah tempat mengadu, Dia yang menciptakan hamba2nya dan Dia jualah yang Paling Bisa menghindarkan kesedihan dan kebimbangan hamba2nya.

Bila diungkap syair ini, aku teringat ketika menziarahi Makam Imam Syafie di Mesir pada bulan februari baru ini. Syair ini terpampang berdekatan dengan makan beliau. Terus aku perhatikan makna tersirat disebalik kata beliau. Imam Shafie juga terkenal dengan merantau. Dilahirkan di Gaza Palestin, menuntut ilmu dengan Imam Malik di Madinah , kemudia ke Iraq, kemudian ke Mesir dan meninggal di sana.

Semangat merantau dikalangan orang Melayu tidak sehebat orang2 Arab. Kita amat sukar untuk meninggalkan Tanah Air sendiri disebabkan cintakan tanah air dan takut untuk berhijrah ke bumi lain. Kita dibuai keseronokan dan kesejahteraan bumi sendiri. Bila merantau, baru mengetahui bahawa kita ketinggalan dalam pelbagai aspek.

Dr Mat menambah, kalau nak belajar, belajarlah secara terus, dari B.A kemudian, MASTER akhirnya PhD. “Apabila berhenti belajar, sukar untuk disambungkan ” ujar beliau. Ya, semangat belajar membuak2 ketika kita di kandang Universiti, apabila kita keluar dari kandang tersebut, semangat semakin luntur bagai disimbah air sabun. “Ramai kawan2 saya yang habis B.A kemudian bekerja sekejap, pastu kahwin. Dulu mereka semua semangat untuk sambung belajar, tetapi apabila berkeluarga banyak masalah yang mendatang, memikirkan untuk membeli kereta dan sebagainya” ujar Dr Mat. Oleh sebab itu Ust Mat mengambil langkah ber`solo` untuk menebas hutan PhD. Akhirnya beliau berjaya jua tanpa isteri yang membakar semangat.

3 responses to this post.

  1. Posted by fathi fawwaz on April 26, 2008 at 9:08 pm

    hehehe…dengar tuh nasihat daripada Dr.Mat Madani. Kalau dapat sambung, sambung terus…kekeke. Sabar atas dugaan. Kalau takde nasihat lain selain nasihat Dr Mat nih pun sudah memadai untuk ahli pmmm!

  2. Ye, kalau bleh sambung , sambung terus,
    Buat macam Ust Fathi kita nie, Umur masih muda, tapi dah nak habis master. Setahun Jer lagi.

    Syukron Sheikh Fathi

  3. Salam.

    Ustaz Fathi ni saja jer nak bela dirinya dengan berselindung di sebalik nasihat Dr. Mat Madani. Ustaz Fathi ooiii..awak tu kena kahwin awal. Baru hidup terjamin. YB Adun Tendong tak sabar nak timang cucu ni. Kahwin cepat-cepat. Hehe…

    P/S : Maaf, tersalah komen kat blog ustaz Syakir plak. Huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: