Alkisah Sebuah Cerita

Alkisah Sebuah Cerita

Menjelang cuti musim panas 2010 Amran pulang bercuti ke Tanah Air . Amran yang kini sedang mengikuti pengajian kejuruteraan disalah sebuah universiti di Kota London terpaksa pulang untuk menziarahi emaknya yang sedang sakit. Anak sulung bagi empat orang adik beradik ini bertuah kerana berjaya menyambung pelajaranya ke Luar Negara. Walaupun mendapat tajaan salah sebuah syarikat terkemuka, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaanya disana. Tiket pulang kali ini pon hasil jualan seekor lembu milik emaknya yang dipelihara oleh bapa saudaranya Pak Leman. Amran  merupakan anak yatim, ayahnya meninggal dunia ketika  beliau berusia  12 tahun lagi.  Lalu Amran menjadikan Pak Leman sebagai penasihat diri.

Setelah seminggu pulang ke Tanah Air Amran dan Pak Leman berbual sakan di Kebun Durian Pak Leman.

Amran : Banyak betul durian hari nie ..ye… Pak Leman… Makin teballah saku Pak Leman kali nie..?

Pak Leman : …Rezki Tuhan begitulah….Kalau dah Allah tetapkan sekian2 kepada hambaNya, maka tak kan berkurangan rezki tersebut. Pak Leman nie di kampung,, beginilah seharian, Alhamdulillah rezki sentiasa ada…walaupun tak berapa banyak…tetapi ia cukuplah untuk menyara hidup sementara ini…Yang penting bila Pak Leman tengok ko dapat belajar tinggi…Pak Leman tumpang bahagia…  Erm….ko tu kat saner aper cerita,…? seronok ker kat saner..? macam mana keadaan belajar kat sana…?

Amran : Belajar Alhamdulillah Pak Leman,  tak der masalah …semua ok jer…  Kehidupan disana pon  ok…

Pak Leman : Kalau ok…baguslah..senang hati Pak Leman dan Mak kau di kampung nie…

Amran : Erm….cumanya…..

Pak Leman : Cuma apa…? Ko ader masalah…?

Amran : Tak der lah Pak Leman, Amran fikir dah tiba masanya untuk `memetik bunga`….maklumlah kehidupan disana tak seperti kat kampung nie… Banyak cabaran Pak Leman…. tak mampu menghadapinya keseorangan. Tambahan pula……….

Belum sempat Amran meneruskan kata2.

Pak Leman : Oppp…….cukup2 Amran…. Kau datang hari nie nak minta lesen kahwin dari aku erk…? Kau kena fikir panjang Amran. Jangan hanya fikir masa hadapan akan tetapi fikirkan juga akibat sekiranya kau berbuat demikian. Kita nie kalau time belajar kat mana sekali pun, kalau tak der duit buat cara tak der duit…jangan berlagak macam orang kaya plak…Ko tu tak der sumber pendapatan lagi…Biasiswa pon tak cukup…Nie dah nak kahwin…kalau time belajar kita tak der duit….daun kayu boleh kita makan….takkan bila ko bersama anak orang lain…kau nak kasi makan daun kayu bila tak der duit…..

Pak Leman mula serius…..langsung tidak memberi Amran peluang untuk mempertahankan diri….

Pak Leman menambah : Ko tu dah lah anak sulung, ramai lagi adik2 ko yang perlu ko bantu. Mak ko dah lah tak larat nak buat kerja berat2 sekarang…fikir Amran jangan tak fikir……AKu bukan nak halang ko kahwin…tapi sabar lah dulu….nnti bila tiba masanya …aku sendiri yang akan ketuai rombongan peminangan.

Terkedu Amran mendengar kritikan hebat Pak Leman….Akhirnya Amran diam membisu seribu bahasa….

2 responses to this post.

  1. Fuh! Every day ada entry, ini sudah bagus, perkembangan ni ustat syakir, perkembangan ni.ahaks~

    teruskan menulis.

  2. Oh Sdr AlFannani,
    Untuk pengetahuan Semua, Sdr AlAfannani nie
    merupakan Tok guru aku dalam ilmu blog.

    Terma KAsih Tok guru.

    Ws

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: