Memori Pilihanraya & Ayah Pin

Memori Pilihanraya & Ayah Pin

Tiba di rumah dalam keadaan penat. Setelah sehari lebih dalam perjalanan dari Morocco-Bangkok-Kuala Lumpur-Kota Bharu. Kebetulan hari itu merupakan hari Jumaat, oleh yang demikian bakal calon perlu memelih masjid yang strategik untuk menunaikan sembahyang jumaat seterusnya bertemu warga kampung.

Jadual harian sebagai P.A dan pemandu calon memang padat. Bermula dari pagi sekitar jam 8 atau 9, kami mula bergerak bertemu mata dengan masyarakat, memperkenalkan calon yang akan bertanding.  Bermacam2 program diaturkan demi merealisasikan cita2 menawan kembali DUN Hulu Besut kembali ke tangan PAS. Majoriti pengundi di kawasan ini adalah Melayu Luar Bandar. Agak sukar menukar persepsi mereka untuk menyokong PAS. Orang kampung yang tidak berilmu memang begitu, ilmu dan maklumat tidak dijadikan tunjang dan neraca untuk memilih wakil rakyat.

Menjadi P.A calon, bukan senang. Kalau pergi bertemu masyarakat, calon sememangnya kena meringankan tangan untuk bersalam dengan semua yang berda disitu (lelaki shj), aku pon tidak terlepas untuk terpaksa bertindak demikian, bersalam dari mula sampai akhir. Adat Melayu memang begitu, kalau bertemu tidak bersalam dianggapo sombong. Mungkin ada yang berkata, belum jadi Tok Wakil dah berlagak Sombong, tak nak bersalam. Inilah salah satu paparan seni dalam bermasyarakat. Menawan dan mempengaruhi mereka bukan sekadar dengan ideologi parti politik yang disertai tetapi dengan seni kemanusiaan, yang boleh diibaratkan senjata berbisa.

Pada malam hari, aktiviti berbeza daripada siang. Ceramah berkelompok diatur di beberapa kawasan sehingga hari pengundian. Calon terpaksa hadir ke setiap ceramah untuk memberitahu perkembangan semasa dan membentangkan menifesto parti. Dalam keadaan sibuk begini, kesabaran benar2 teruji. Tanpa kesabaran, sudah pasti jadual yang padat dan melayan kerenah manusia tidak menjadi realiti. Kebiasaanya kami akan tiba dirumah sekitar jam 2-3 pagi. Baru boleh rileks, mengcas kembali tenaga yang telah banyak kehilangan.  Keadaan sebegini berterusan sehingga  malam keputusan pilihanraya diumumkan.

Antara yang menarik, ialah berunding dengan pengikut ayah pin. Ajaran ayah pin dan pengikutnya diasaskan di Kg Batu 13, terletak dalam DUN Hulu Besut. Rundingan ini diadakan semata2 untuk menarik pengikut ayah pin supaya menyokong PAS. Pengikut ayah pin yang boleh mengundi lebih kurang 60-70 orang.Di sini kami diuji dalam melaksanakan misi dakwah kami. Bagaimanakah untuk menawan mereka untuk memangkah PAS…? Tidak dapat dinafikan bahawa objektif utama yang sepatutnya dilakukan ialah membawa mereka kepada Islam yang hakiki, tetapi realiti keadaan di Malaysia hari ini menyatakan bahawa kuasa politik itu merupakan salah satu jambatan untuk merealisasikan misi dakwah. Semasa PAS memerintah Terengganu selepass pilihanraya ke-10, ada Ustaz2 yang cuba mengembalikan mereka ke jalan yang benar dengan memberi ajaran dan didikan Islam yang sebenarnya. Tetapi umur PAS di Terengganu tidak panjang hanya sepenggal sahaja.

Bermacam2 rintihan daripada mereka dilontarkan kepada kami. Itu ini dan sebagainya. Antara yang kami jumpa pada pertemuan kali pertama ialah 2 orang isteri ayah pin dan abang nor yang dikira ketua disitu. Ayah pin entah dimana sekarang ini, melarikan diri setelah diburu pihak berkuasa. Komplekh ibadat ayah pin di kawasan itu dimusnahkan oleh kerajaan BN, kekerasan dan aksi ganas digunakan demi merobohkan kompleks ibadat mereka. Inilah punca kemarahan pengikut ayah pin kepada BN. Apa yang perlu ialah mengubah iktikod @ pegangan didalam hati mereka supaya mereka kembali menerima Islam yang syumul ini. Apabila keadaan itu terlaksana, maka kompleks peribadatan mereka juga akan dihancur musnahkan oleh mereka sendiri.

Melalui pengalaman ini, aku belajar cara orang melayu Kampung dan Bandar memikirkan hal ehwal negara mereka. Corak pemikiran orang kampung yang tidak berilmu memang sedih untuk dikongsi bersama. Satu kajian dibuat kenapa dikampung ini, setelah culaan dibuat PAS tidak pernah menang..? Akhirnya kami mendapat jawapan bahawa disitu tiada seorang pon daripada ahli kampung tersebut bergelar ustaz. Yidak ada kelas pengajian agama, oleh yang demikian Parti PAS yang bertunjangkan Agama Islam tidak mendapat tempat dalam hati mereka.

Sekian Untuk Kali Ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: