Kerana Ilmu, Dia Berjalan Kaki

Kerana Ilmu, Dia Berjalan Kaki

Sepanjang umur dunia ini, bermacam2 sejarah dan pengajaran dipahat oleh manusia, Masing2 menpunyai keistimewaan tersendiri. Akan tetapi sejarah yang dipahat oleh orang yang mengembara demi memperolehi ilmu untuk mengenal Allah Taala tidak ada tolak bandingnya. Roh Islam ilmu menguatkanya untuk terus berjalan di bumu Allah, seolah2 bumi ini bagaikan satu negara , tiada sempadan, tiada batasan yang memisahkan.

Pengembara ini, tidak lain tidak bukan, dia ialah Imam Baki Bin Makhlad Alandalusi. Beliau merupakan seorang yang sangat gigih dalam menuntut ilmu-ilmu Islam. Sejarah membuktikan bahawa beliau pernah berjalan kaki dari Andalus, Spain menuju ke Mekah, Syam(Syria, Jordan, Lubnan skrg ini), Iraq, Ramallah dan beberapa bandar di Timur Tengah. Dia memulakan perjalanan dengan merentasi selat Gilbratar menuju Perairan Sale (Morocco), kemudia terus menuju Mesir, kemudian ke Timur Tengah. Dengan penuh ketabahan dan kesabaran, merentasi desa dan kampung sehingga menuju destinasi. Destinasi yang dicari ialah, tempat adanya Alim Ulama, bukan tempat perdagangan dan perniagaan. Perjalanan biasa dengan kapal terbang dari Morocco ke Jedaah selama 6 Jam 20 Minit, ini berarti jarak perjalanan dia menjangkau lebih kurang 6000-7000 kilometer. Semua ini, direntasi secara berjalan kaki.

Bukan sekali beliau berbuat demikian, tetapi 2 kali. Tempoh pengembaraan beliau dalam menuntut ilmu selama 24 tahun. Lihatlah seorang alim menuntut ilmu dengan masa yang begitu panjang. Tiidak seperti penuntut ilmu zaman teknologi ini. 4 tahun sudah rasa berbaloi, dah rasa pandai dan alim. Jauh sekali jika dibandingkan darjat kita dan ulama silam, bagaikan bumi dan langit.

Inilah paparan sejarah islam, yang tidak diketahui ramai. Yang meniti dibibir kita ialah tokoh Barat seperti Abraham Lincon, yg dikisahkan pernah bejalan kaki sejauh 20 batu demi meminjam buku. Jasa yang di lakukan oleh tokoh barat ini jauh perbandinganya dengan Imam Baki Bin Makhlid. Tidak layak di sama tarafkan pengorbanan dan sejarah kedua2 mereka ini.

inilah, dunia pada hari ini. Selepas zaman penjajahan Barat di Asia dan Africa, sejarah Islam cuba dipadamkan dengan sedaya upaya. Sejarah mereka diwara-warakan dan diagung2kan. Sehinggakan ada di kalangan kita sebagai bangsa yang telah terjajah ini(muslim) mengagung-agungkan segala aspek yang ada pada si penjajah. Mereka lupa bahawa tokoh2 Islam dizaman silam lebih hebat daripada pengukir sejarah Barat ini. Kehidupan ini akan terus meminum air racun fitnah sekiranya kita tidak cuba mencari catatan kebenaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: