Dunia Oh Dunia

ﭧ ﭨ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭽ

ﭿ ﮀﮁﮂ

Surah Al Hadid Ayat 20

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan (hiburan), perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

ﭧ ﭨ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭽ

Surah Muhammad Ayat 36

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau(hiburan). Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

Cukuplah dengan dua potong ayat ini yang mengambarkan permainan dan hiburan dunia. Ramai manusia yang hidup di dunia, menikmati kemewahan dan keseronakan dunia, akan tetapi mereka tidak mengerti akan hakikat dunia dan permainanya. Permainan dunia sungguh mengasyikkan dan berbahaya sehingga Allah Taala sendiri merakamkan akan fenomena tersebut sebagai tanya waspada kepada maklukNya yang bernama manusia.

Ayat yang pertama, Allah Taala mengumpamakan kehidupan dunia itu dengan musim penanaman. Bermulanya dengan hujan yang menyebabkan tanam-tanaman menjadi subur, menyerikan mata memandang sehingga mempersonakan pemiliknya. Akan tetapi, keadaan yang mempesonakan itu tidak akan kekal, pasti ia akan binasa, lalu tanaman itu menjadi kering dan bertukar warnanya menjadi kekuningan seterusnya hancur binasa. Itulah dia, keseronakan dan kepuasan dunia, hanya sementara dan tiada berkekalan.

Sekiranya anda menyintai perempuan disebabkan kecantikan keayuan rupa parasnya. Anda menjadi mabuk dan begitu optimis untuk memilikinya. Pelbagai wasilah dan cara digunakan demi merealisasikan cita2 anda, siang dan malam menunggu peluang untuk menjerat dan menangkap `mangsa` . Keayuan dan kecantikan fizikalnya menjadi tapak berputiknya cinta dan menjadikan anda sanggup berjuang sedemikian rupa. Ketahuilah olehmu, bahawa kecantikan fizikal itu tiada berkekalan, ia hanya sementara. Akan tiba masanya kecantikan itu dimamah usia, maka tiadalah cinta yang dibina itu tadi apabila tapaknya (kecantikan) hancur setelah berlalunya waktu. Begitulah dunia, keseronakanya pasti akan berlalu. Barang siapa yang berfalsafahkan keduniaan (kecantikan dll), maka lontarkanlah ia sejauh mungkin, dan eratkan diri dengan ciri2 ukhrowi yang berkekalan, kerana tunjang falsafah keduniaan itu pasti akan hancur dan menghancurkan pemiliknya.

Cuba perhatikan dan mendalami erti dua perkataan (diakhir ayat yg pertama) yang memberi gambaran yang jelas tentang permainan dan hiburan dunia. Memahami maksud perkataan (bhs arab) merupakan satu kemestian dalam memahami isi kandungan AlQuran.

المتاع: Kesenangan yang bermunafaat @ berguna @ berfaedah hanya untuk seketika. Dan ia tidak berkekalan dan akan binasa.

الغرور : Penipuan, Pendustaan.

Kesenangan yang sementara dan bersifat penipu tidak dapat dipisahkan daripada Dunia. Namun begitu semua penghuni bumi tertipu dan terpedaya dengan tipu muslihat dunia. Sesiapa yang dijajah kesenangan sementara ini, dia akan menyerahkan dirinya dari semua aspek, waktu, fikiran, wang ringgit dll demi Dunia, lantaran itu dunia menjadi penjajah, menjajah dan menguasai dirinya. Kebahagiaan sejati itu pasti jauh dan sentiasa menjauhinya.

Akan tetapi orang2 bertakwa dan beriman, mereka akan mengambil daripada kesenangan dunia dengan kadar yang didizinkan oleh ALLAH TAALA, mereka mengambil dan mencapai kesenangan dunia melalui jalan kepatuhannya kepada ALLAH TAALA dan melalui kematangannya dengan hakikat dunia. Sudah pasti mereka itu tidak tertipu oleh hiasan, kilauan, dan warna-warni dunia.

Kedua-dua ayat tersebut mempunyai perkataan yang sama iaitu لعب (Permainan) dan لهو (Hiburan yg melalaikan). لعب : adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan dan tidak mendatangkan manfaat @ faedah darinya. Manakala, لهو : setiap aktiviti @ amalan yang sedikit faedahnya dan menyebabkan diri menjadi sibuk dan tertumpu padanya, seterusnya melalaikan diri daripada perkara yang lebih positif dan lebih bermanfaat unutk dilaksanakan.

Mengapa ramai dikalangan manusia begitu sinonim dengan permainan dan hiburan..? kerana disana ada persetujuan hawa nafsu mereka. Lalu diceraikan dan ditalakkan perkaran yang baik, disebabkan tiada kesamaan dan persetujuan dengan Hawa Nafsu mereka. Maka yakinlah bahawa hawa nafsu dan dunia itu satu angkatan, saling tolong menolong antara satu sama lain, demi mengurangan penghuni Syurga.

Wallahua3lam…

One response to this post.

  1. Posted by Qismis87 on May 27, 2008 at 11:07 pm

    ~~Semoga allah memberi kekuatan Iman untuk mengharungi kehidupan zaman kini yg penuh pancaroba~~ Allahumma sabbit qolbina ala di nikk..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: