Archive for May 24th, 2008

MERANTAU : Penat Dalam Senyum 02

MERANTAU : Penat Dalam Senyum 02

Akhirnya kami meninggalkan Bandaraya Paris, terus menuju ke Sofia, Bulgaria. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang dua hari untuk tiba di sana.

Alahamdulillah, lepas satu, satu negara kami memasukinya tanpa sebarang masalah. Dari paris ke Munich, German, kemudian ke Vienna, Slovakia , Croatia. Lebih kurang jam sembilan pagi kami tiba di Sempadan Croatia / Serbia. Lama kami berhenti di situ untuk pengesahan pasport dan visa. Tiba2 datang pembantu pemandu bas memanggil kami bertiga memberi isyarat supaya kami turun dari bas, seolah2 ada sesuatu yang tak kena dengan kami bertiga. Pembantu bas itu menyatakan bahawa kami bertiga tidak boleh memasuki Serbia disebabkan ketiadaan visa. Kami bertiga menujua kepada pegawai bertugas, sambil mencari maklumat kemasukan ke Serbia. Maklumat dicari berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri. Cari punya cari…terbukti bahawa, kemasukan ke Serbia memerlukan visa. Allahuakbar…tiada lagi rundingan, yang ada hanyalah persoalan….bagaimanakah kami hendak sampai ke destinasi kami Istanbul, tanpa melalui Serbia. Kami dinasihati mengambil bas ke ibu negara Croatia, Zagreb dan dari sana menuju ke Budapest, ibu kota Hungary.

Kepedihan merantau semakin terasa apabila perkara sebegini berlaku. Setelah tiba di stesen bas Zagreb, tercari2 papan tanda bas yang akan menuju ke Hungry. Sedikit masalah timbul apabila tidak semua kaunter tiket boleh bertutur dlm bhs Ingeris. Akhir sekali ada seorang perempuan yang umurnya dalam lingkungan 40 an menegur kami. Can I help you..? selepas sedikit menceritakan masalah kami, dia mengutarakan kepada kami supaya mengambil keretapi dari Zagreb ke Hungry. Dan dlm masa ynag sama dia membwa kami ke stesen keretapi. Sambil berborak dengan dia, rupanya dia nie mmg kaki berjalan. Malaysia pernah sampai, Morocco pun pernah sampai. So dia tahu kesusahan orang yang sedang melancong seperti kami ini.

Setelah tiba di stesen keretapi Zagreb, tiket dibeli. Apabila melihat jam, masih ada lagi sedikit waktu, kami mengambil keputusan untuk pusing2 sekitar taman berhampiran stesen keretapi. Setelah selesai pusing, kini tibalah masa untuk makan tengah hari, perut sudah lapar, tiba2 bila buka beg didapati roti yang dibawa dari Morocco telah berkulat. Alamak, camner nie….? Tanpa berfikir panjang, kami memilih roti yang paling sikit kesan kulatnya untuk dijadikan hidangan untuk tengah hari itu. Alhamdulillah perut berjaya diisi.

Perjalanan kami dari Zagreb ke Budapest,bersama seorang kenalan yang kami baru mengenalinya di stesen keretapi Zagreb. Dia, nie Cina dari Hong Kong dan merantau keliling Eropah seorang diri. wow..beraninya… perbualan dengan dia, menarik minat kami, apa tidaknya, dia menceritakan kisah dia dirompak semasa di Vienna. Banyak juga duit lesap…tapi dia masih mempunyai kad kredit,,kalau tak silap…duit belanjanya seolah2 telur dihujung tanduk. DIa nie mmg hebat, lulus interview untuk mendapatkan biasiswa keliling eropah.

Akhirnya kami tiba di stesen keretapi Budapest, wow….bangunan lama…era 60 -70 an… yang mengejutkan kami, ratusan anak muda sedang menantikan keretapi, kesemua mereka seolah sedang melancong sempena summer. Tanpa berlengah, kami terus membeli tiket keretapi menuju Bucarest, Romania. Perjananan dengan keretapi lebih selesa berbanding bas. Sampai disempadan pun tak payah turun dari keretapi, polis sempadan akan menaiki keretapi dan mengcop visa didalam keretapi.

Lebih kurang jam 3 petang kami tiba di Bucarest, Romania. terkapai2 kami mencari bas yang akan membawa kami ke Istanbul. Dengan bayaran 40 euro, kami menaiki bas menuju ke Istanbul. Perjalanan kami bermula jam 4 petang dan dijangka akan tiba di Istanbul jam 5 pagi. Ibu kota Romania bukanya cantik sangat, seperti bandar selepas perang. Tetapi disana terdapat bangunan terbesar di Eropah. Perjalanan kami dengan ekspress star memang menakjubkan. Kami dihidangkan air mineral, air berkarbonat, kek dan pisang…wow macam menaiki Air France, kata rakan sebelah aku yang berasal dari Romania. Perjalanan ini akan merentasi Bulgaria sebelum memasuki kota Istanbul.

Dalam sejarah hidup aku, belum pernah menaiki bas merentasi gunung dan jalanya berliku. Keadaan ini berlaku semasa kami melalui pergunungan di Bulgaria. Semua penumpang mendiamkan diri ketika di puncak gunung. Bibir mulut ini mengucap beberapa kali, tambahan pula dengan sikap pemandu bas yang agak agresif ketika merentasi pergunungan tersebut. Setelah kami berjaya menuruni gunung itu dengan selamat, kami mengucap Alhamdulillah, manakala penumpang lain bertepuk tangan, memecahkan kesunyian didalam bas.