Keadaan & Manusia

Keadaan & Manusia

Sepanjang kehidupan ini, diri ini cuba untuk memerhatikan dan meneliti sesuatu perkara mengenai kehidupan. Lalu pemerhatian ini akhirnya mengeluarkan satu natijah yang tersendiri. Semasa disekolah menengah aku memerhatikan keadaan rakan2 ku, sama ada yang tinggal diasrama dan sebaliknya. Aku dapati ada sebahagian pelajar memang rajin membaca, siang malam dengan buku. Mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah. Seolah2 perasaan seronak berinteraksi dengan buku menjadi satu kemestian harian. Dalam masa yang sama ada pula sebahagian yang lain berkelakuan sebaliknya. Kadang2 kerja rumah pun tidak mampu disiapkan. Situasi ini menyebabkan aku terfikir, apakah kekuatan yang wujud pada mereka yang suka membaca ..?

Latar Belakang Keluarga

Setelah memerhati aku dapati keadaan ataupun latar belakang keluarga memainkan peranan penting dalam membina jatidiri dan kelakuan seseorang pelajar. Mereka yang suka membaca kebanyakannya berasal daripada keluarga berlatar belakang pendidikan. Seperti ayah atau ibunya seorang guru atau kedua2nya sekali bertugad sebagai pendidik. Tidak kiralah di peringkat mana sekalipun, sama ada guru sek rendah, guru sek men, atau pensyarah diperingkat kolej dan universiti. Semenjak kecil anak ini akan memerhatikan tingkahlaku dan perbuatan kedua2 ibu bapa mereka. Kerjaya sebagai pendidik@ guru memerlukan pembacaan yang meluas dan dengan kata lain selalu bersama buku sama ada untuk pembacaan atau menyemak kertas peperiksaan anak muridnya. Situasi ini mencetuskan suasana bersama buku didalam rumah dan ia secara tidak langsung akan tertanam sikap bersama buku kedalam minda dan hati anak2 mereka. Anak2 semasa kecil memang menanam hasrat untuk menjadi seperti ibu bapa mereka. Dalam masa yang sama ibu bapa yang bekerjaya sebagai pendidik ternyata lebih berjaya mengutarakan kepentingan ilmu dan pembacaan kedalam minda dan hati anak2 mereka berbanding dengan ibu bapa yang bekerjaya dalam bidang lain.

Keadaan ini menyebabkan anak2 ini lebih mendahului pelajar2 lain dari segi penguasaan ilmu ketika disekolah rendah dan menengah. Mereka dibekalkan dengan didikan dan tarbiah mencintai buku dan ilmu melebihi mereka yang lain.

Berlainan pula dengan anak2 peniaga. Di sini aku akan cuba menceritakan sedikit keadaan hidupku yang dibesarkan dalam suasana perniagaan, walaupun sekadar perniagaan peringkat kampung. Dari kecil (sekolah rendah) aku melihat ayahku berniaga, keluar kampung, masuk kampung demi mencari sesuap nasi. Aku pun sama turut mengikuti bapa ku, masuk kampung keluar kampung. Berkomunikasi sesama pelangan dan orang ramai menjadi satu kemestian. Dalam masa yang sama juga aku disuruh untuk menjaga kedai di kampung, jadilah aku sebagai budak kecil yang berniaga. Dalam memerhatikan ayah ku berniaga dan berkomunikasi bersama pelanggan, disini aku memperolehi seni berniaga. Sekiranya ibu bapa yang berkhidmat sebagai guru mencurahkan kecintaan kepada buku dalam diri anak2, ayahku secara tak langsung telah mencurahkan seni berniaga kedalam diri aku seterusnya mencetuskan minat untuk menceburi secara langsung.

Dengan berbekalkan semangat dan pengalaman yang diperolehi daripada bapaku ini, saya mula berani untuk berniaga bermula disekolah rendah sehingga disekolah menengah.

Lihatlah dua perbezaan itu tadi, ia berpunca daripada didikan keluarga terhadap anak2 mereka. didikan ini akan membentuk corak tingkah laku dan minat dalam diri anak2. Oleh yang demikian, pengaruh terhadap anak2 semasa kecil sememangnya besar, maka terpulanglah kepada anda untuk mendidik anak2 anda selepas anda berumah tangga. Benih padi yang ditanam, Padi jua yang dituai.

Anak Kampung & Anak Bandar.

Pemerhatian ini, dibuat ketika aku di Maahad Muhammadi Lelaki dan ketika berada di Morocco. Ia melibatkan anak2 kampung dan anak2 bandar yang berjaya memasuki universiti. Anak2 kampung dengan keadaan sekelilingnya diliputi oleh keadaan semulajadi seperti hutan, sawah padi, sungai dan sebagainya. Ia nyata berlainan dengan keadaan dibandar yang dihiasi bangunan2 tinggi dan kilang2 gergasi. Anak kampung biasanya terdedah dengan aktiviti menebas hutan, menanam tanam tanaman dan bertukang. Ia seolah2 aktiviti itu tadi sebagi aktiviti utama dan sampingan. Berlainan dengan Anak2 Bandar yang mana aktiviti sampingan mereka ialah bermain game, bermain bowling dan beberapa permainan indoor yang tidak wujud dikampung2.

Semasa di Asrama Maahad dahulu, setiap tahun terdapat acara Memasak Bubur Asyura. Memasak bubur Asyura dengan Kawah Besar mengunakan kayu api, bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memastikan api sentiasa menyala. Disini kelihatan anak2 kampung lebih, terkehadapan dalam menguruskan hal ini, seperti memasukkan kayu api, mengacau bubur dan sebagainya. Semasa di Morocco, pula aku perhatikan satu situasi semasa memasang khemah sempena program2 yang dianjurkan oleh persatuan. Saya dapati anak2 bandar tidak berapa pakar dalam memasang khemah besar tersebut. Kenapa ini berlaku..? Di bandar tiada lagi khemah manual seperti dikampung2 dahulu. Sekiranya ada majlis tertentu, khemah pasang siap digunakan. Tidak mengunakan banyak tenaga dan nyata lebih mudah daripada khemah bukan pasang siap. Ia berlainan dengan keadaan dikampung. Namun begitu, apabila giliran untuk decoration, nyata anak2 bandar lebih terkedepan dan meninggalkan anak2 kampung dibelakang. Lalu aku rumuskan, kedua (anak kampung dan bandar) saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dlm menjayakan majlis dan program2

Begitu juga semasa sembelih lembu dan biri2. Semua orang boleh memotang daging menjadi kecil. Tetapi tidak semua boleh memotong tulang, mengeluarkan perut lembu, dengan cara yang betul. di sini sekali lagi, aku lihat orang kampung lebih terkedepan dalam menguruskan hal ini. Dalam bab bermain bowling di Morocco pula, nyata anak2 bandar lebih bersemangat dan terkedepan.

Dengan ini, aku yakin dan percaya keadaan sekitar itu sememangnya memainkan perana dalam membentuk jati diri, akhlak dan kebolehan seseorang. Keadaan di kampung itu lebih sukar keadaanya, menyebabkan anak2 kampung lebih berdikari dengan mereka dibandar. Hal ini dicatit oleh Ibn Khaldun 808 didalam kitabnya Mukaddimah. Disana, Ibnu Kahldun memperincikan perbezaan antara org kampung dan bandar.

Ini hanyalah sekadar, pandangan yang aku perolehi sepanjang pemerhatian saya, mungkin ia ada kebenaranya dan mungkin juga sebaliknya.

Wallahua3lam

3 responses to this post.

  1. Posted by mcmin on May 30, 2008 at 7:10 pm

    salam..apa yang ustaz shakir rumuskan dalam artikel ini sgt bertepatan dgn keadaan sekarang..mungkin ada dikalangan kita masih sedar @ tidak sedar dgn realiti yg bawakan oleh ustaz.walaupe pun ana berharap sgt lah kpd ust supaya dpt merumuskan pula mengenai realiti cinta…cinta monyet di sekolah @ cinta beruk di jamiah.memang dah diketahui ust ni memang pakar dlm bab ni….

  2. Posted by Badrulhisyam on May 31, 2008 at 1:21 am

    assalamualaikum wbt,ustaz ni org bandar ke kampung..?

  3. Posted by Bad89 on May 31, 2008 at 1:22 am

    Salam…bila ustaz nok merumuskan cadangan dr saudara mcmin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: