Bakal Presiden PMMM & Nakhodanya

Bakal Presiden PMMM dan Nakhodanya

Demam pilihanraya PMMM (Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Morocco) kian tiba, gendang pilihanraya telah dipalu oleh SPR. SPR menamakan 1 Jun 2008 sebagai tarikh penamaan calon. Walaupun diri ini dalam keadaan pra-demam, namun terpaksa mengagahkan diri untuk mencatit sepatah dua kata tentang pilihanraya ini. Keadaan sekarang dengan musim peperiksaan , sedikit sebanyak menyejukkan bahang kepanasan penamaan calon. Namum begitu ia hanya untuk seketika, selepas peperiksaan nanti, ia pasti akan membara dan nama peminat masing2 akan menjadi sasaran kempen di blog2 peribadi, PMMM group dan sms.

Empat tokoh utama yang dijangka akan menjadi perhatian ramai. Mungkin akan berlaku persaingat sengit antara mereka untuk merebut jawatan Presiden sesi akan datang. Masing2 mempunyai latar belakang berbeza dan mempunyai tarikan sendiri. Dalam keadaan ini, tidak dapat dinafikan antara keempat mereka ini mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan yang menjadi virus penghalang untuk mendaki Takhta Presiden.

Keempat2 mereka ini ialah, Ustaz Adli Shahri, Ust Aimaduddin, Ustaz Fakhruddin dan Ustaz Wan Mohd Faizee. Keempat2 mereka sekarang ini memegang jawatan penting dalam PMMM, boleh dikira sebagai tulang belakang persatuan. Mereka yang bijak meneka, pasti tahu siapakah yang paling banyak dan cekap memainkan perana sebagai tulang belakang itu tadi. Ust Adli yang kini sebagai Timb Presiden, dilihat umum sebagai calon paling layak untuk menduduki kerusi tersebut. Ia disebabkan, beliaulah individu paling kanan dalam organisasi PMMM selepas Presiden. Ust Fakhruddin pula, sebagai SU Kehormat, Ust Wan Mohd Faizee kini, sebagai Exco Rohani dan Ust Aimaduddin sebagai pengulu Kenitra. Kesemua mereka dijangka akan memasuki gelanggan pertaruhan tidak lama lagi.

Semua ahli PMMM, perlu ada kematangan yang tinggi dalam memilih pemimpin mereka untuk sesi akan datang. Setiap calon yang diumumkan SPR, perlu dinilai dalam pelbagai aspek. Mudah-mudahan dengan penelitian dan penilaian itu tadi akan membahagiakan anda pebagai penumpang bahtera bernama PMMM. Kesilapan anda dalam memilih Kapten Kapal dan barisan Nakhodanya, sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada bahtera dan semua penumpangnya. Kalian hanya diberikan sekali setahun untuk menetukan Kapten kapal, ini merupakan kuasa yang ada pada tangan kalian. Setelah pembuangan undi berlabuh tirai, kuasa yang ada pada tangan anda akan berubah kepada calon pilihan anda. Anda hanya berpeluang sebanyak satu kali untuk membuat keputusan, namun kapten kapal yang dipilih oleh kalian terpaksa membuat dan memutuskan beribu2 keputusan dan qarar, selama mana dia mengemudi bahtera tersebut.

Kalian sebenarnya memerlukan seorang presiden yang mampu menjalankan urusan pesatuan sebaik mungkin. Keadaan kalian sekalian, yang berasal daripada pelbagai negeri di Malaysia, secara tidak langsung berputiknya sedikit sifat kenegerian didalam hati. Seorang presiden yang melampaui garisan sempadan negeri diperlukan, ia memberi erti presiden kepada sekalian ahli PMMM. Bukan sekadar mementingkan kelompok tertentu. Dalam konteks ini, kebolehan berinteraksi bakal presiden dijadikan kayu pengukur.

Presiden dan kesekelian barisan exconya merupakan jambatan antara Pihak Kedutaan dan Mahasiswa. Presiden yang bertindak sebagai Ketua Jurutera dalam pembinaan jambatan ini mestilah pakar dan mahir dalam pembinaan jambatan tersebut. Barisan AMT dan exco yang lain hanyalah sekadar pembancuh simen untuk dijadikan konkrit jambatan. Akan tetapi acuan dan segala ukuran bahan, adalah mengikut mulut Ketua Jurutera. Kebolehan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan Tuan Duta dan semua kakitanganya adalah dikira satu aset untuk pemilihan Jawatan Presiden. Berkomunikasi dan berinteraksi dengan pihak kedutaan dan golongan bawahan memerlukan EQ yang tinggi, berbanding kebolehan IQ. IQ yang tinggi tidak menjamin perhubungan dan komunikasi yang berkesan. Kecacatan jambatan yang dibina disebabkan kekurangan EQ tuan presiden memberi impak negatif secara langsung kepada persatuan dan sekalian ahli2 yang bernaung dibawah naunganya. Sepanjang pengamatan saya, selaku ahli PMMM, Ust Adli lebih terkehadapan dalam hal ini. Tarian silat kata2 yang dipersembahkannya kepada pihak kedutaan berjaya menarik minat mereka sehingga terpukau akan kehebatanya. Semoga anda dapat mengekalkan tarian silat anda dengan berterusan, jangan tersilap langkah, kerana segala macam tombak, keris dan pedang menanti anda dihadapan.

Sifat berkorban juga menjadi titik penting dalam membut pilihan. Pengorbanan masa, tenaga dan kadang2 melibatkan kewangan sudah menjadi lumrah Presiden2 PMMM terdahulu. Sekiranya kalain melihat individu tersebut sukar dibawa berbincang dan sebagainya, maka saya sarankan supaya menilai kembali calon tersebut sebelum hari pengundian. Sukar dibawa berbincang merupakan kelemahan dan kekurangan pengorbanan yang ada pada individu tersebut.

Ketika mana kita berbicara perkara ini, asper pengajian tidak boleh dipandang enteng. Bahkan ia juga menjadi kayu pengukur. Jangan hanya memandang EQ semata2 sehingga kalian memejamkan mata terhadap IQ. Tindakan memejamkan mata terhadap IQ merupakan satu kezalimam yang nyata dalam membuat pilihan. Akan tetapi, jangan dipandang akan IQ itu sebagai gadis cantik yang menyebabkan anda tidak lagi menoleh pandangan kepada gadis2 lain. Lihatlah IQ sekilas pandang sahaja dan lihat lah @ perhatikanlah pada EQ dengan sepenuh perhatian seperti kalian memerhatikan isteri kalian sebelum bergelar isteri. Dengan kata lain EQ lebih diperlukan berbanding IQ didalam konteks Kepimpinan.

Kalian bebas membuat keputusan untuk mencalonkan dan memilih sesiapa sahaja, begitu juga diri ini bebas mengutarakan apa2 sahaja pandangan yang ingin dilontarkan kepada kalain. Pandangan diri ini bisa diterima dan ia juga bisa ditolak. Akan tetapi malapetaka daripada kesilapan memilih tidak bisa ditolak mahupun ditepis. Meraunglah kalian siang dan malam, akibat malapetaka. Ubat dan penawar tiada dijumpai melainkan kedatangan sesi pemilihan untuk kali yang seterusnya.

Sekian.

9 responses to this post.

  1. salam..hehe saya sebenarnya tertarik sgt dengan artikel trbaru ust ni,,tapi yer muka2 yg diketengahkan oleh utz tu kurg berkenan la..xde calon lain ker…hehe

  2. Posted by aiman_taqwa on May 31, 2008 at 10:03 am

    Cuba nilai pengamatan saya untuk beberapa kerusi PANAS AMT.

    1) Presiden : Adli Syahri (aktif, bijak mengurus, di SUKAI ramai)
    2) Setiausaha : Fakhruddin (Kemas, teratur)
    3)BENDAHARI : Tajuddin ( Orang yg bg saya berpotensi tinggi mengetuai kerusi panas bendahari)

  3. Salam.

    Muncul juga artikel ini. Tahniah atas penulisan ini. Semoga ahli-ahli PMMM yang lain akan mengikut jejak langkah ustaz Syakir.

    Hmm…ada pun saya dah tak boleh berkempen. Bak kata ustaz Muhaimin, kalau saya tak jadi AJK SPR PMMM dah lama panas Group PMMM atau yang sama waktu dengannya. Tetapi ketahuilah, itulah antara sebab kenapa saya menawarkan diri ini untuk menjadi AJK SPR PMMM.

    Antara sebabnya kerana bagi saya SPRlah yang memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan pentadbiran PMMM. Ambillah pengajaran dari SPR yang sebelum ini yang semua sedia maklum akan masalahnya.

    Doakan semoga SPR PMMM tahun ini agar dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Sesuai dengan tema “Telus, Cekap & Amanah”.

    Dan yang pasti, “Ketelusan SPR PMMM Asas Pentadbiran Cemerlang”. Insya Allah.

    Selamat membuat penamaan calon. Pilihlah calon yang komited dengan tugas dan komitmen terhadap PMMM bukan sebaliknya.

    Wassalam.

    YB : ABCD

  4. Lihat saja kepimpinannya, tanpa beliau sesuatu program pasti ada cacat celanya, tiada kenangan, tiada dokomentari.

    Beliau telah berusaha dalam pembikinan filem “Program Islam Hadhari”, melakarkan konsep sijil serta pamplet Hari Malaysia dll . Usaha ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan.

    Pilihan tepat: Aimaduddin…hehe jagan marah abg Imad yer.

  5. Posted by Tasbih Keramat on May 31, 2008 at 2:12 pm

    >> sama2 kita pakat undi saudara Fakhruddin sbg presiden bru kita <<

  6. assalamualaikum…

    allahu yajzikum bikhair ustaz syakir,bagus ust buat kempen mcm ni dlm blog ni,keempat2 insan kat dlm gambar ni mmg berkaliber,then ust tak kempen ke calon pilihan ust dlm ni?hehe,apa pun,bukan post ni je yg bagus,post2 sblom ni pon bagus gak,allahu yubarik fikum ya akhi..

  7. Posted by merparti on July 2, 2008 at 12:15 am

    Assalamualiakum wbt….

    Melalui pengamatan ana n survey ramai – Pengalaman, komitmen, amanah, idealistik…

    PRESIDEN……..FAIZI
    Timb. Pres…….NOR ADLI

    S/U Kehormat….FAKHRUDDIN
    Timb. S/U1……AIMADUDIN
    Timb. S/U2……WAJIA
    Bendhri Agung…KHAIRUDIN
    Timb. Bndhri…..HAFIZAH

    Semoga Mendapat Keredhaan Allah sesi perkhidmatan 2008/2009…
    Kecemerlangan dunia & akhirat..

    ILMU AMAL ISTIQAMAH

  8. Posted by Lestary Andalusy on July 5, 2008 at 5:46 am

    Assalamualaikum wbt

    THE BEST – keje,pengalaman,idealistik,amanah,cekap(pakej)

    PRES-faizi
    TIMBPRES-Deli
    SU-faru
    TSU1-imad
    TSU2-wajia
    BNDHRI-khai
    T.BNDHRI- fie

    Semoga pimpinan kita akn dtg.. dlm keadaan baik belaka…

  9. Posted by Al-Maghrib on July 5, 2008 at 6:09 am

    Assalamualaikum…..

    Vote Khairudin – Bendahari Agung…

    POTENSI PALING TINGGI.. NO CHALLENGE..

    ????????
    1. yg penting Tahu buat akaun & mmg akaun yg terbaik dhasilkn
    2. Akaun yg kemas
    3. Cekap, teliti dan cepat
    4. Jimat, xboros, pandai control duit pmmm (idealistik)
    5. Seorg yg pling byk pengalman Bendahri dlm persatuan sesi 2007/2008… Aym Thqfi, P Sambutan Msiswa Baru, dll
    juga program yg akan dtg…..
    6. Ketua EXCO – byk sgt program yg berjaya dilaksanakan…
    -SUKAN-REHLAH-KEBUDaYAAN…dll.. selain berjaya byk kli jadi AJK prgram dlm program persatuan yg lain.
    7. Belajar OK !.Lulus~. SPM AKAUN pun ok !
    8. diakui bendahri sesi 2007/2008 …. http://fmz-laconic.blogspot.com/2008/06/pimpinan-berwibawa-penentu-masa-depan.html#comments
    9. Pimpinan Bendahari mmg utk Khairuddin…. No Challenge..
    Komited….

    Semoga duit PMMM bertambah…insyaAllah

    p/s- Duit bukan menda leh buat main2… duit rakyat~…
    VoTE KhAi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: