Archive for May, 2008

Perjuangan Seorang Lelaki

Excerpt from The Screenplay “Fatwa Pujangga”, 1996.

Seketika kemudian, Pak Samad berjalan merapati para pelajarnya dan duduk bersila di hadapan mereka. Mereka kemudian menjadikan itu satu semi bulatan.

PAK SAMAD

Anda pernah baca novel saya…

Para pelajar itu menjawab sudah…

PAK SAMAD

Tidak enak bukan ?

Para pelajar ketawa.

PAK SAMAD

Saya hanya novelis tua yang ketandusan bakat

yang anda ada…. anda lebih hebat dari saya…

naskah Encik Zuhairi… lakonlayarnya lebih

hebat dari saya…

Zuher memerhati approach Pak Samad.

PAK SAMAD

Biar saya ceritakan kepada anda tentang hidup

saya yang serba tidak menarik dan kekurangan

ini… sudi mendengarnya…

Semua menjawab “SUDI”

PAK SAMAD

Tapi tidak menarik… saya tidak salahkan anda

jika ada yang tertidur nanti… baiklah… anda

kenal Pak Sako ?

Ada yang menjawab kenal.

PAK SAMAD

Anda kenal Ahmad Boestaman…

Begitu juga jawapan mereka.

PAK SAMAD

Pak Aminuddin Baki…

Begitu juga jawapan mereka…

PAK SAMAD

Itu semua orang muda yang hebat dan perkasa

di zaman saya anak muda seperti anda… mereka

bagus… baiklah… sekarang saya ceritakan tentang

anak muda bernama Samad… orang panggil Mad

Kontot… sebab saya dulu kecil molek…

Para pelajar ketawa.

PAK SAMAD

Pernahkah anda dengar, baca atau lihat karya

Uda Dan Dara…

Para pelajar menjawab pernah….

PAK SAMAD

Tahu pengarangnya…

Ada yang menjawab tahu dan ramai juga yang senyap.

PAK SAMAD

Baiklah… satu ketika dulu… Mad Kontot ini

ibarat Uda… pernah bertunang dengan gadis

pilihannya di sebuah perkampungan terpinggir…

Waktu itu saya muda belia… mudah jatuh cinta…

gadis itu saya katakan Dara sahaja namanya…

Beberapa purnama sebelum berkahwin… seorang

tokoh Inggeris telah tiba di Tanah Melayu membawa

sebuah dokumen penting bernama Malayan Union,

Tokoh itu bernama Harold MacMichael… beliau

telah mengadap Sultan – Sultan Melayu dan

memaksa mereka menandatangani gagasan tersebut.

Buat pertama kalinya, rakyat Melayu satu bumi

Melayu ini merasa terancam dan terhina dengan

begitu hebat sekali… maka… mereka mula berkumpul

dan berbincang dan berdemonstrasi hingga lahirlah

tokoh – tokoh Melayu yang terkemuka… Uda… waktu

itu, tiba – tiba merasakan bahawa rupa – rupanya

ada perjuangan yang lebih hebat dari perjuangan

membawa Dara ke ranjang…

Para pelajarnya gelak.

PAK SAMAD

Iaitu… perjuangan menentang Malayan Union…

di ambang pernikahannya, Uda telah mengayuh

basikalnya ke pekan terdekat dan mengikut

demonstrasi di situ dan menuju menaiki

keretapi untuk ke Kuala Lumpur… di situ

satu perhimpunan raksaksa akan di adakan…

di Padang Kelab Selangor.

Zuher dengan serius cuba menangkap tiap ayat yang dilafazkan oleh Pak Samad. Dia tahu Pak Samad mempunyai maksud yang tersirat disebalik cerita itu.

PAK SAMAD

Uda begitu taksub menyaksikan bangsanya

bersatu, Uda begitu gembira, Uda merasakan

bangsanya kini bangsa pencipta sejarah… akibatnya

Uda terabai tanggungjawab untuk pulang dihari

perkahwinannya dan terlepas peluang menikmati

Dara diranjang kerana malam itu Uda tidur kesejukan

di tepi padang itu. Uda pulang seminggu kemudian…

hati Uda berderai seketika bila dapati Dara sudah

dinikahkan oleh keluarganya dengan teman Uda… kerana

sangka mereka Uda telah lari ke Kuala Lumpur. Dara

dinikahkan juga kerana keluarganya takut malu… malu

jika – jika tanggapan masyarakat Dara sudah ditebuk

Uda dan ditinggalkan.

Pak Samad diam seketika. Semua pelajar diam. Zuher turut diam.

PAK SAMAD

Anda fikir Uda kecewa ? Tentu Uda kecewa…

tapi Uda tidak mahu menerima penyesalan… akhirnya

Uda membuat keputusan tinggalkan kampungnya,

Uda merantau ke Singapura dan bekerja dengan

sebuah syarikat akhbar kecil di sana. Uda tidak

menyesal walaupun Uda kecewa. Kata Uda… Dara

memang bukan miliknya, sebab itulah Dara tidak

mungkin dimilikinya… tetapi bumi Melayu ini

milik Uda dan Uda akan terus berusaha memilikinya

dari tangan penjajah.

Pak Samad diam. Dia menoleh ke arah Zuher.

PAK SAMAD

Uda percaya, apa yang bukan miliknya tidak

akan jadi miliknya walau puas dia mencuba,

apa yang menjadi miliknya akan tetap menjadi miliknya

walau dia terpaksa gadaikan apa sahaja yang di

milikinya, dan hari ini Uda bersyukur, kerana

sehabis – habisnya, Uda hanya mampu mendapat

20 orang anak itupun jika Uda kuat batinnya dan Dara

berupaya menghadapinya… tetapi hari ini… kekecewaan

Uda yang membawa Uda ke Singapura menjadikan

Uda seorang novelis yang karyanya dibaca setiap

hari dan masa di serantau bumi Uda ini. Habuannya

lebih dari apa yang mungkin dimilikinya bersama Dara.

Zuher termenung mendengar kata – kata Pak Samad.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Kuala Lumpur 1996

Dipetik Dari kickdefella.wordpress.com

Advertisements

Memori Pilihanraya & Ayah Pin

Memori Pilihanraya & Ayah Pin

Tiba di rumah dalam keadaan penat. Setelah sehari lebih dalam perjalanan dari Morocco-Bangkok-Kuala Lumpur-Kota Bharu. Kebetulan hari itu merupakan hari Jumaat, oleh yang demikian bakal calon perlu memelih masjid yang strategik untuk menunaikan sembahyang jumaat seterusnya bertemu warga kampung.

Jadual harian sebagai P.A dan pemandu calon memang padat. Bermula dari pagi sekitar jam 8 atau 9, kami mula bergerak bertemu mata dengan masyarakat, memperkenalkan calon yang akan bertanding.  Bermacam2 program diaturkan demi merealisasikan cita2 menawan kembali DUN Hulu Besut kembali ke tangan PAS. Majoriti pengundi di kawasan ini adalah Melayu Luar Bandar. Agak sukar menukar persepsi mereka untuk menyokong PAS. Orang kampung yang tidak berilmu memang begitu, ilmu dan maklumat tidak dijadikan tunjang dan neraca untuk memilih wakil rakyat.

Menjadi P.A calon, bukan senang. Kalau pergi bertemu masyarakat, calon sememangnya kena meringankan tangan untuk bersalam dengan semua yang berda disitu (lelaki shj), aku pon tidak terlepas untuk terpaksa bertindak demikian, bersalam dari mula sampai akhir. Adat Melayu memang begitu, kalau bertemu tidak bersalam dianggapo sombong. Mungkin ada yang berkata, belum jadi Tok Wakil dah berlagak Sombong, tak nak bersalam. Inilah salah satu paparan seni dalam bermasyarakat. Menawan dan mempengaruhi mereka bukan sekadar dengan ideologi parti politik yang disertai tetapi dengan seni kemanusiaan, yang boleh diibaratkan senjata berbisa.

Pada malam hari, aktiviti berbeza daripada siang. Ceramah berkelompok diatur di beberapa kawasan sehingga hari pengundian. Calon terpaksa hadir ke setiap ceramah untuk memberitahu perkembangan semasa dan membentangkan menifesto parti. Dalam keadaan sibuk begini, kesabaran benar2 teruji. Tanpa kesabaran, sudah pasti jadual yang padat dan melayan kerenah manusia tidak menjadi realiti. Kebiasaanya kami akan tiba dirumah sekitar jam 2-3 pagi. Baru boleh rileks, mengcas kembali tenaga yang telah banyak kehilangan.  Keadaan sebegini berterusan sehingga  malam keputusan pilihanraya diumumkan.

Antara yang menarik, ialah berunding dengan pengikut ayah pin. Ajaran ayah pin dan pengikutnya diasaskan di Kg Batu 13, terletak dalam DUN Hulu Besut. Rundingan ini diadakan semata2 untuk menarik pengikut ayah pin supaya menyokong PAS. Pengikut ayah pin yang boleh mengundi lebih kurang 60-70 orang.Di sini kami diuji dalam melaksanakan misi dakwah kami. Bagaimanakah untuk menawan mereka untuk memangkah PAS…? Tidak dapat dinafikan bahawa objektif utama yang sepatutnya dilakukan ialah membawa mereka kepada Islam yang hakiki, tetapi realiti keadaan di Malaysia hari ini menyatakan bahawa kuasa politik itu merupakan salah satu jambatan untuk merealisasikan misi dakwah. Semasa PAS memerintah Terengganu selepass pilihanraya ke-10, ada Ustaz2 yang cuba mengembalikan mereka ke jalan yang benar dengan memberi ajaran dan didikan Islam yang sebenarnya. Tetapi umur PAS di Terengganu tidak panjang hanya sepenggal sahaja.

Bermacam2 rintihan daripada mereka dilontarkan kepada kami. Itu ini dan sebagainya. Antara yang kami jumpa pada pertemuan kali pertama ialah 2 orang isteri ayah pin dan abang nor yang dikira ketua disitu. Ayah pin entah dimana sekarang ini, melarikan diri setelah diburu pihak berkuasa. Komplekh ibadat ayah pin di kawasan itu dimusnahkan oleh kerajaan BN, kekerasan dan aksi ganas digunakan demi merobohkan kompleks ibadat mereka. Inilah punca kemarahan pengikut ayah pin kepada BN. Apa yang perlu ialah mengubah iktikod @ pegangan didalam hati mereka supaya mereka kembali menerima Islam yang syumul ini. Apabila keadaan itu terlaksana, maka kompleks peribadatan mereka juga akan dihancur musnahkan oleh mereka sendiri.

Melalui pengalaman ini, aku belajar cara orang melayu Kampung dan Bandar memikirkan hal ehwal negara mereka. Corak pemikiran orang kampung yang tidak berilmu memang sedih untuk dikongsi bersama. Satu kajian dibuat kenapa dikampung ini, setelah culaan dibuat PAS tidak pernah menang..? Akhirnya kami mendapat jawapan bahawa disitu tiada seorang pon daripada ahli kampung tersebut bergelar ustaz. Yidak ada kelas pengajian agama, oleh yang demikian Parti PAS yang bertunjangkan Agama Islam tidak mendapat tempat dalam hati mereka.

Sekian Untuk Kali Ini.

Mencari Momentum

Mencari Momentum

Kebelakangan ini, hampir sukar untuk mengupdatekan blog. Masalah mendatang semakin banyak, memeningkan kepala. Fkiran semakin bercelaru, entah mengapa keadaan ini berlaku.

Akhir2 ini, sambil menyiapkan tesis akhir, banyak kerja perlu dilakukuan sebagai persiapan untuk pulang ke Tanah Air. Kemaskini akaun evoiz, urusan tiket penerbangan, proposal sayur untuk pasaran Timur Tengah dan pelbagai lagi.

Inilah akibatnya apabila memberanikan diri terjun ke lautan perniagaan dalam keadaan diri masih bergelar mahasiswa. Dapat hasil pun, bukanlah banyak sangat, hanya sekadar minum teh kosong pagi dan petang. Tapi kadang2 mampu juga menikmati teh susu. Mahu atau tidak, ia terpaksa dipikul, kalau tidak, belajar pun tak dapat diteruskan sekiranya sumber `petrol` diabaikan atau dianak tirikan.

Apabila dilanda masalah, Masjid dan bacaan Al_Quran sebagai pengubat. Ia cukup untuk memulihkan keadaan dan memberikan momentum baru dalam diri. Disamping itu, kembali merujuk kitab2 adab dalam bahasa arab yang kaya dengan syair , kata2 ulama dan kata2 nasihat para hukama` menjadi penyejuk hati. Makna isi kandungan AlQuran dan kata2 ulama mampu menjernihkan keadaan diri daripada terus dilanda kemurunggan.

Tidak cukup dengan itu, pokok-pokok dan batu-batan dijadikan teman untuk berkongsi masalah. Terasa kepuasan apabila berkongsi dengan mereka. Itulah manusia, mengatasi masalah mendatang dengan pelbagai cara. Yang paling penting pohonlan kepada Allah Taala, Dia yang menciptakan kita, dan Dialah yang paling mengetahui selok belok naluri manusia. Sesungguhnya tiada kuasa selainNya yang paling bisa mengatasi apa jua masalah melanda.

Tapi, ingat. Disebalik masalah menggunung, disana terdapat lapangan kejayaan menanti, seterusnya melupakan pahit maun ketika bergelumang dengan kerenah masalah . Disana pasti ada kedamaian dan kenikmatan yang bersifat sementara dan berkekalan.

InsyaAllah, dalam masa seminggu lagi, blog ini akan diupdatekan seperti biasa. Buat pengunjung, mohon maaf dipinta, atas kegagalan mengupdatekan blog ini.

Wassalam