Archive for June, 2008

Halangan Dari Yang Kita Sayangi

Halangan Dari Yang Kita Sayangi

Sebelum ini, aku tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku. Ada dikalangan rakan2 ku yang terhalang impianya disebabkan oleh orang yang mereka sayangi dan cintai (ibubapa). Namun begitu, halangan itu bukanlah sesuatu yang negatif pada pandangan beliau akan tetapi untuk maslahah dan kebaikan anak2nya.

Kalau dahulu, kita dipaksa supaya bersekolah, dari sekolah rendah sehinggalah sek menengah kemudian ke peringkat universiti. Semasa di sek ren dan menengah, kita sering diasuh dan disuruh oleh kedua2 ibu bapa supaya banyak membaca supaya cemerlang dalam akedemik.

Dengan kesabaran yang gigih dan kerajinan yang tiada mengenal malam dan siang, tangga universiti berjaya dipijak. Bergelumang dengan sistem university yang banyak membantu dalam mengembangkan fikiran dan maklumat sehingga menjadikan seorang yang berilmu dan berpendidikan. Tambahan pula umur ketika itu dalam lingkungan 20 an, kita mengira dan beranggapan bahawa diri sendiri sudah mempunyai lesen untuk berbuat keputusan terhadap beberapa perkara. Ketika ini, cita2 dan impian seorang pemuda begitu membara, dia nampak akan jalan yang bakal dilalui demi memetik hasil.

Namun begitu, selepas tamat peringkat Ijazah dan berjaya mendapat segulung ijazah, kini, kita disarankan supaya pulang ke tanah air. Bagi mereka 3 @ 4 tahun di perantauan sudah cukup tempohnya, sekarang ini masa untuk berbakti pada keluarga dan bangsa. Sedangkan didalam sanubari mengenggam erat cita2 untuk menyambung pelajaran, terutama apabila diri telah tercampak kedalam kemanisan ilmu.

Dengan keputusan ini, jangan sesekali kita menyalahkan ibubapa dalam menghalang cita2 murni kita. Ibubapa menasihatkan kita berdasarkan kehidupan dan pengalaman yang beliau miliki. Terutama ibubapa yang tidak mendapat pendidikan tinggi, inilah sarananya. Patuh dalam keputusanya adalah langkah paling bijak, kerana dengan itu tercapai akan keredaan ibubapa. Keredaan ibubapa sebenarnya jauh lebih besar dan bermakna berbanding cita2 murni anda.

Ada dikalangan ibu bapa yang menyatakan, kalau anakanda mahu meneruskan pelajaran, anakanda perlu menanggung sendiri, ayahanda sudah tidak mampu untuk berbuat demikian, memandangkan adik2 yang lain masih kecil dan diperingakat sek ren dan men. Oleh yang demikian, anakanda ini, yang telah melepasi peringkat ijazah, ayahanda kira, anakanda sudah bisa berdiri dengan sendiri tanpa bantuan ayahanda. Ketahuilah olehmu, wahai anakanda, kita bukan dari kalangan keluarga yang berada, dulu semasa anakanda mahu ke seberang laut, 2 hektar kebun durian telah ayananda jualkan, kini ayahanda tidak lagi mahu berbuat demikian, kerana tanah2 yang berbaki lagi, ayahanda akan jualkan sedikit masa lagi untuk adik2 yang lain. Oleh yang demikian ayahanda memohon maaf, kiranya ia kurang menyenangkan anakanda.

Pedih sungguh terasa di lubuk hati. Apabila mengenangkan pengembaraan ulama silam yang menuntut ilmu selama bertahun2 lamanya, diri terasa ingin mencuba, namun keadaan tidak mengizinkan.

Sedikit Kesilapan Melayu

Masih ada minda Melayu yang menaruh harapan kepada anak2nya yang telah mencapai ijazah, supaya terus menjawat jawatan kerajaan. Diri terasa megah dan bangga apabila anak2 bekerja makan gaji dengan kerajaan. Oleh yang demikian, demi mencapai kebanggaan ini, anaknya yang baru habis B.A dipaksa pulang supaya boleh bergelar pegawai kerajaan. Sedangkan, dengan membiarkan anak2nya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah lebih bermakna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Hasilnya, anak ini terperangkap dengan keadaan, keadaan yang menentukan hala tuju hidupnya. Ia seolah2 seperti sabuk @ kulit kelapa yang dibawa arus. Tidak mampu melakukan apa sahaja melainkan mengikuti arus dan keadaan.

Berhikmahlah.

Dalam menghadapi situasi ini, anda perlu bijak sekiranya, anda masih lagi mengengam impian. Cara alternatif yang penuh hikmah perlu dilaksanakan. Dengan ini, hati org tua pasti akan terjaga dan impian anda terbentang luas dihadapan mata.

Masalah yang sebegini jangan dipikul sebagai satu kekecewaan bahkan ia perlu dipikul sebagai satu anugerah untuk mematangkan lagi diri sendiri sebelum menjadi dewasa. Jadikan ia sebagai satu pedoman dan pengajaran hidup, dan janganlah diulangi kembali apabila anda bergelar bapa atau ibu, suatu hari kelak.

Peluang Terbuka.

Bagi mereka yang tiada menghadapi kesukaran ini, syabas diucapkan dan teruskan pengembaraan ilmu anda. Tiada lagi alasan dan halangan untuk anda mengejar cita2 dalam bidang ilmu demi mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Terutama bagi pelajar2 agama, 3 @ 4 tahun belajar dalam bidang agama belum cukup untuk anda keluar sebagai pendakwah berbisa, belum cukup untuk anda bergelar murabbi berwibawa. Ilmu itu jauh destinasinya dan berduri lurahnya. Tempoh 3 @ 4 tahun ini, baru sekadar mengenal tokoh ulama silam dan tidak lagi menyentuh akan kehebatan dan keagungan ilmunya.

Bagi mereka yang ingin mendalami bahasa arab, sudah tentu 3 @ 4 Tahun bukan merupakan tempoh matang dan boleh dipetik akan hasilnya. Subhanallah, bahasa arab cukup berseni dan menusuk jiwa. Syair arab yang unik dan memberi kesan kepada jiwa menyebabkan diri seolah2 mabuk akanya. Syair arab yang merangkumi pelbagai skop dan topik menjadikan sastera arab tiada tolak bandingnya. Berlainan pula dengan nasyid dalam Bahasa Melayu, aku perhatikan kebanyakan lagu nasyid berkisarkan perhubungan @ cinta antara anak adam. Tiada menyeluruh akan skop dan topiknya seperti syair bahasa arab.

Tambahan pula, penasyid Melayu rata2 tergolong daripada golongan remaja dan pemuda/pemudi. Kebanyakan mereka tiada penguasaan dalam bahasa melayu dan tatabahasanya, ia nyata berlainan dengan syair arab, yang mana ia merupakan rujukan bahasa dan hasil ciptaan pakar2 bahasa.

Ops,…dah terlanjur dan dah terkeluar daripada topik, bagi mengakhiri artikel ini, marilah sama2 kita menilai sejauh manakah kebenaran bagi mereka yang menyatakan kata2 ini:

إن حلاوة اللغة العربية تنسي ليلة العرس

Sesungguhnya, Kemanisan Bahasa Arab Melupakan (keindahan) Malam Pertama.

Advertisements

Dunia Selepas Ijazah

Dunia Selepas Ijazah

Selepas dipinta oleh seorang rakan supaya menulis mengenai topik ini. Aku mencapai pena, memerah minda demi melakarkan sedikit pandangan yang membeku di benak kepala ini.

Dunia selepas Ijazah, secara jujur aku nyatakan, topik ini terlalu penting dan aku kira tidak bisa bagi diri ini membicarakanya. Akan tetapi tidak salah kiranya, aku coretkan sepatah dua kalimah buat tatapan diri dan rakan.

Terus Belajar.

Meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi merupakan langkah yang paling bijaksana. Umur masih muda (20-30),tenaga masih kuat, semangat masih membara, akal masih tajam, jauh daripada kesibukan.

Ketika mana, umur manusia antara 20 – 30 tahun adalah merupakan fatrah emas bagi anak adam. Kebijaksanaan dalam mengatur langkah dan pilihan ketika fatrah ini sungguh bermakna. Alangkah eloknya sekiranya fatrah ini digunakan demi menimba ilmu sebanyak mungkin.

Ulama silam telah melakarkan peta kehidupan dengan penuh bijaksana. Umur muda mereka disedekahkan untuk menuntut ilmu dan mengembara demi memperolehinya. Mengumpul harta dunia pada masa muda dan berkahwin seawal mungkin bukan syiar dan kebanggaan mereka. Akan tetapi, ilmu pengetahuan dijadikan tujuan dan impian.

Kegagalan anak adam menuntut ilmu semasa muda adalah malapetaka bagi dirinya. Imam Syafie telah menyebut dalam syairnya :

اصبر على مر الجفا من معلمٍ @ فإن رسوب العلم في نفراتـه

ومن لم يذق مر التعلم ساعـة @ تجرع ذل الجهل طول حياتـه

ومن فاته التعلم وقت شبابـه @ فكبـر عليـه اربعـاً لوفاتـه

Maknanya:
Bersabarlah terhadap keperitan akan kekasaran daripada Mahaguru@
Sesungguhnya kegagalan memperolehi ilmu itu pada melarikan diri daripadanya
.
Dan sesiapa yang tidak merasai kepahitan belajar satu jam @
Dia akan meneguk kehinaan akan kejahilan sepanjang hidupnya
.
Sesiapa yang terlepas belajar pada waktu mudanya @
Maka angkatlah takbir keatasnya sebanyak empat kali untuk kematianya (solat jenazah)
.
Awasilah diri daripada mempelajari ilmu ketika diri sudah dimamah usia (tua) kerana ia diibaratkan seperti menulis diatas air. Tiada berbekas akan tulisan itu, tiada pula dilihat hasil daripada tulisanya diatas air tersebut. Akhirnya umur dihabiskan demi menulis dia atas air yang tiada kunjung tiba akan hasilnya. Inilah nasihat dan peringatan yang dilakarkan oleh Sheikh Ahmad Bamba yang saya petik daripada blog rakan saya Ust Daud. Kata Sheikh Tersebut dalam rangkap syairnya:

واعلم بأن من أبى التعلّما *** وقت صباه سيلا قي ندما

إذ كل من لم يتبادر للعلوم *** مع تفرغ لها قبل الهموم

فلا ينال غالبا مطلوبه *** منه وليس يحتوي مرغوبه

إذ مدحوا تعلّم الصغار *** بكونه كالنقش في الأحجار

وشبهوا تعلم الكبار *** بالكتب فوق الماء في الأثار

Maka ketahuilah barangsiapa yang tidak mahu belajar….pada waktu mudanya maka dia akan menyesal

Jika siapa yang tidak mempercepatkan diri untuk belajar….bersama mengosongkan fikiran dari selain belajar sebelum memberikan perhatian (terhadap pelajaran)

Maka tiadalah dia bakal mendapat apa yang diingininya….darinya(menuntut ilmu) dan bukanlah jua dia mempunyai keinginan padanya (menuntut ilmu)

Dan mereka (para a’lim) memuji pada belajar ketika masa mudanya belia…seperti keadaanya ukiran pada batu

Dan mereka menyamakan belajar ketika diri hampir tua….seperti keadaanya menulis diatas air

Bekerja

Tiada disangkal akan fenomena hari ini, setelah memperolehi ijazah, ramai yang akan mencari2 peluang pekerjaan. Ya, ini juga satu langkah yang baik. Langkah ini menjadikan diri bergantung hidup dengan diri sendiri. Dalam masa yang sama, mematangkan diri apabila menjejakkan kaki ke alam yang penuh persaingan dan tekanan.
.
Mungkin, waktu belajar dahulu, memperolehi pinjaman dan biasiswa daripada badan2 tertentu. Soal mencari duit dan wang saku tidak pernah berputik didalam minda. Namun keadaanya nyata berbeza setelah anda mencapai sekeping ijazah dan ingin menceburkan diri ke alam pekerjaan. Segala-galanya tentang diri anda perlu anda fikirkan, kini anda telah berdiri diatas kaki sendiri, tiada lagi berteduh dibawah payung ibubapa dan badan pemberi pinjaman dan biasiswa.
.
Pekerjaan yang dicapai perlu dijadikan sebagai medan dakwah kearah menyebarkan ilmu dan memberi nasihat kepada masyarakat yang dahagakan ilmu ukhrowi. Perkerjaan yang dicapai bukan hanya untuk mengisi perut bahkan perlu juga mendapat saham akhirat yang berkekalan.
.
Berkahwin
.
Bagi sesetengah mahasiswa, apabila mendapat sekeping ijazah bererti mendapat rukhsoh @ lesen untuk berumah tangga. Ia bermakna 2 dalam 1. Sekiranay inilah yang anda dapat, teruskan misi anda untuk menamatkan zaman bujang anda. Berkahwin merupakan sunnah Rasulullah, dan dengan berkahwin itu, keturunan anda terjaga seterusnya meramaikan umat Muhammad.
.
Terutama bagi mereka yang tidak ingin menyambung pelajaran dan mahu terus bekerja. Alam pekerjaan sungguh mencabar dan memberi tekanan pada diri. Boleh jadi anda tidak mampu lagi bersendirian melayari bahtera kehidupan yang bergelora dan tidak pernah tenang. Oleh yang demikian, seorang teman hidup perlu dicari dan perkahwinan itu sebagai pengubat diri.
.
Bagi yang ingin menyambung pelajaran, bukan bererti anda tidak boleh berumah tangga. Terpulanglah kepada diri, lihatlah pada situasi dan kemampuan, tepuk dada tanya selera.
.
Kesimpulanya
.
Waktu muda hanya sekali sahaja dihidangkan kepada manusia, pada ketika itu, tenaga, semangat dan kemahuan berada di puncak. Gunakanlah fatrah tersebut demi mencari kemuliaan. Kemuliaan didunia adalah ilmu, ia merupakan simbol kemegahan, dan kemuncak keseronakan. Keseronakan dunia dan kemuliaannya bukan terletak pada mengumpul wang dan harta dunia, tidak juga pada isteri dan bilangan isteri yang anda miliki.
.
Disini, aku menasihatkan diri sendiri dan sekalian rakan, supaya terus berjuang didalam medan ilmu, mengutip mutiara2 dunia dan akhirat di mulut2 ulama dan hukama. Dengan merekalah, hakikat kehidupan, hakikat duina, dan hakikat perjalanan selepas binasanya dunia bisa diketahui dan dimiliki.
.
~JANGAN SESEKALI MEMISAHKAN DIRI DARI BUKU DAN PENA~
.
Sekian.

Forum Remaja: Pengorbanan & Kejayaan

Forum Remaja: Pengorbanan & Kejayaan

Setelah selesai peperiksaan, dan Alhamdulillah berjaya mendapatkan sekeping Ijazah. Dalam tempoh menunggu masa dan ketika untuk meninggalkan bumi Morocco, teringat akan kisah2 lama, suka dan duka semasa di MML, Kelantan. Salah satu acara yang disertai ialah Pertandingan Forum Remaja. Pertandingan ini adalah untuk meggalakkan percakapan bahasa melayu baku seterusnya menjaga bahasa tersebut.

Bermula bulan februari 2003, sesi pemilihan diadakan, betapa sengit dan ramai pelajar yang berminat untuk menyertai barisan ahli panel untuk menyertai pertandingan itu. Semua asperk diambil kira daridapa kepetahan bertutur dalam bahasa melayu baku, memek muka dan gerakan badan semasa bercakap.

Selepas sesi pemilihan, kami terus melakukan latihan forum bagi mencari keserasian antara kami. Antara yang terpilih ialah, Abdul Malik sebagai Pengerusi Forum, Husni sebagai Ahli Panel 1, Shakir sebagai Ahli Panel 2, Ammar Arafat sebagai Ahli Panel 3 dan Firdaus sebagai Simpanan. 2 orang daripada kami adalah bekas naib Johan Forum Remaja Kebangsaan 2002.

Dibawah bimbingan Cikgu Shafie yang mengatur strategi dan taktik berforum diajar. Cikgu Shafie sungguh dihormati didalam MML, selaku SU sekolah dan seorang pendidik yang begitu komited terhadap pendidikan anak bangsa. Kami berlima menjadi begitu rapat dengan beliau, setiap hari pasti, akan ada maklumat dan berita yang kami akan kongsi bersama. Cara beliau menjalankan tugas dan cara beliau befikir sedikit sebanyak mempengaruhi kami berlima. Terima Kasih Cikgu…

Pada tahun 2002 dan 2003, wabak SARS (Sistem Pernafasan Akut Yang Teruk) telah melanda beberapa negara Asia terutama China dan Hong Kong. Oleh yang demikian dibawah bimbingan Cikgu Shafie, kami diberi amanah untuk berforum dibawah skop Sains Dan Teknologi, dan bertajuk Wabak Sars Pembunuh Abad Ini.

Pemilihan tajuk merupakan foktor penting untuk mana2 pasukan forum yang ingin menjulang Piala Kejuaraan di peringkat Nasional. Kebanyakan pasukan membicarakan topik berkaitan remaja, dan pendidikan dalam skop nasional. Jarang sekali mereka membicarakan mengenai topik yang bersifat global.

Pusingan pertama, peringkat Zon. Kami dari MML terpaksa berentap dengan 4 buah sekolah yang mewakili sekolah masing2. Salah satu daripada sekolah tersebut ialah MRSM Kota Bharu. MRSM Kota Bharu merupakan MRSM yang `top` di Malaysia, mana tidaknya, keseluruhan pelajarnya adalah terdiri daripada mereka yang full `A` dalam PMR. Daripada pusingan pertama lagi, kami terpaksa berentap dgn lawan yang cukup hebat. Baki lagi, sekolah2 sekitar Kota Bharu, Kami tidak berasa gusar dan tertekan dengan mereka disebabkan kegagalan mereka bertutur dalam bahasa melayu baku.

Di Kelantan, memang sukar untuk menjumpai individu dan pelajar yang boleh berbahasa melayu baku. Ini disebabkan keadaan budaya dan corak kehidupan harian mereka yang bertutur dalam bahasa melayu dailek kelantan @ loghat kelantan. Dalam masa yang sama, keadaan tidak membantu mereka, contohnya apabila ada seorang pelajar bertutur dalam bahasa melayu baku, pasti akan ada rakan dikalanganya yang menyampuk seraya mengatakan bahawa `oooo…pade2…. bau budu weh` tak cukup dengan itu ada juga yang mengatakan` berkocok kile budu`(kilang budu bergegar). Itulah keadaan dan fenomena bahasa dan budu di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Pasukan kami yang terdiri daripada 5 orang ini, bukan semuanya menetap di Kelantan, 3 menetap di Selangor, 1 Terenggau dan 1 Kelantan. Oleh yang demikian Bahasa Melayu Baku bukan penghalang utama bagi kami.

Alhamdulillah, Kami menjadi juara pada pusingan pertama ini.

Latihan diperhebatkan untuk menghadapi peringkat seterusnya. Pertandingan pada peringkat ini adalah untuk mencari juara Daerah Kota Bharu seterusnya mewakili Daerah tersebut ke peringkat Negeri yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Machang. Alhamdulillah kami berjaya mempersembahkan gaya dan penampilan forum yang menarik sehingga kami sekali lagi bergelar juara.

Sejurus selepas itu, Latihan diperhebatkan ketahap maksima yang mungkin. Waktu petang selepas sesi persekolahan, kami berlatih untuk memperbaiki mutu forum kami. Begitu juga diwaktu malam. Selepas solat Isyak, kami mempersembahkan forum kami kepada adik2 junior di dewan Asrama MML. Hampir setiap hari, inilah ruitn kami.

Berlaku Perkara Yang Tidak Diduga.

Sebelum pertandingan peringkat negeri. Kami dihidangkan dengan cuti persekolan sempena hari Yayasan Islam Kelantan selama 2 3 hari kalau tak silap. Pada ketika ini,aku memohon pengecualian dari berlatih kerana saya terpaksa ke Kuala Lumpur bersama Tokey Kantin Asrama. Hubungan aku dengan dia sungguh rapat. Tujuan ke Kuala Lumpur adalah sebagai teman kepadanya, kerana beliau akan menjalani kursus mengenai Tender Asrama secara Online berdekatan MID VELLY.

Disebabkan keputusan aku ini, untuk ke Kuala Lumpur, maka Ammar Arafat pula mengambil keputusan untuk pulang ke Gombak Selangor. Akan tetapi kami berjanji untuk bertemu dan berlatih bersama pada malam sebelum pertandingan.

Malam tidak berbau. Malam pertandingan, kami (Shakir, Husni dan Malik) ke Airport Pengkalan Chepa untuk mengambil Ammar yang tiba dari KLIA. Kami kesana dengan 2 buah motor. Sambil menuggu beliau keluar dari balai ketibaan, hujan turun secara tiba2. Ammar menyerahkan begnya pada kami dan dia pula menuju ketandas. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke MML dengan husni dengan kadar segera, takut hutan semakin lebat. Abdul Malik menanti Ammar dengan penuh tekun. Aku menaiki motosikal dengan keadaan yang hujan, keadaan kami yang berserban dan tidak bertopi keledar sedikit sebanyak menghalang penglihatan ketika bermotosikal.

Alhamdulillah aku dan husni berjaya sampai di MML. Sambil menunggu ketibaan Ammar dan Abdul Malik, kami berborak dengan Abdul Muin. Abdul Muin merupakan salah seorang tok guru kami dalam syarahan dan forum. Kehebatanya terserlah apabila berjaya memenangi banyak pertandingan syarahan di negeri Kelantan.

Tungu2 punya tunggu, mereka berdua tidak juga tiba. Sehinggan jam 12 Malam masih lagi tidak tiba. Ini bermakna lebih kurang 2 jam kami menunggu, sedangkan jarak airport dan MML hanya 7 @ 8 Km sahaja.

Hampa dengan mereka berdua yang tidak sampai. Kami besurai dan aku menaiki tanggan menuju dorm dan bersedia untuk tidur. Masalahnya kami tidak berlatih sedangkan pertandingan pada pagi esok. Jam 1.30 pagi aku dikejutkan Husni, kalau tak silap. Shakir2 Ammar dan Abdul Malik kat hospital, mereka kemalangan. OHHH…aku terun bagun dan mencapai kunci motor dan terus ke hospital.

Tiba di hospital, kami main masuk sahaja ke wad. walaupun waktu sekitar jam 2 pagi. Waktu dilarang Melawat. Astaghfirullah halll azimmm….Ammar Dan Abdul Malik terlantar di katil pesakit. Abdul Malik patah kaki kiri, dan tidak boleh bergerak dan berjalan. Ammar pula mengalami cedera di tangan dan muka.

Kami tidak tahu untuk berbuat apa. Pertandingan esok pagi, berlatih tidak, bahkan dua daripda kami telah cedera akibat kemalangan. Kami (Shakir, Husni, dan Firdaus) pulang keasrama. Waktu itu sekitar jam 2.30 pagi. Semangat untuk bertanding dan berentap telah pudar. Namun begitu, Firdaus mengambil langkah bijaksana mengahafal teks pengerusi forum (Abdul Malik) untuk persediaan esok hari.

ESOK HARI

Cikgu Shafie dimaklumkan mengenai kemalangan itu. Secara Langsung, dia mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan kami pada hari itu. Seawal pagi dia ke hospital untuk menziarahi Ammar dan Abdul Malik.

Sungguh tidak disanggka, Ammar bertanyakan tentang pertandingan dan mendesak Cikgu Shafie untuk terus menyertai pertandingan. Walaupun keadaanya yang cedera, nyata semangatnya tidak tercedera. Alangkah bertuahnya kami disebabkan penyelia wad itu ialah DR Othman dan dia memang rapat dengan kami. Dia memberi keizinan untuk keluar wad dalam keadaan pesakitnya masih memerlukan rawatan.

Pagi itu wajah ustaz2 dan guru MML sedih mengenangkan nasib kami berlima. Sebelum ini, sebelum pertandingan semuanya ceria dan mengucapkan selamat berforum kepada kami. Tetapi pagi itu, keadaan benar2 berubah.

Kami menaiki kereta Cikgu Shafie ke Sek Men Sains Machang dengan perasaan sedih, dan fikiran yang tidak tenteram. Namun begitu masing2 berdoa supaya kami boleh mendaki pentas peringkat nasional.

Takdir Allah Taala, kami mendapat tempat terakhir dalam undian berforum. Ada…lah sedikit masa untuk kami buat persiapan demi kelancaran pengerusi kami. Bila tiba giliran, kami mula berforum secara biasa, aku sedikit terkejut dengan kebolehan Firdaus yang bisa menghafal dalam masa yang singkat teks pengerusi, dan boleh berlakon dan mempersembakan gaya pengerusi forum sebenar. Hebat sungguh pengerusi kami ini.

Pengadil mengumumkan juara pertandingan. Alangkah terkejutnya kami, apabila kami mendengar ` Juara Forum Peringkat Negeri Kelantan Jatuh Kepada Maahad Muhammdi Lelaki`. Terkejut, terkedu, tidak sanggka ini akan berlaku. Semuanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah Taala. Firdaus pula dinobatkan sebagai Pegerusi Forum terbaik Kelantan.

Peringkat Kebangsaan.

Satu perbincangan telah diadakan untuk mencari penganti bagi mencukupkan ahli forum kami kepada 5 org. Kami sebulat suara memilih Fathi sebagai ganti. Dia mendapat durian runtuh.

Lokasi pejuangan terakhir kami ialah Kuantan, Pahang dan Hotel Vistana sebagai tempat penginapan. Kami mendapat nasib yang agak kurang baik kerana bersama tuan rumah, Sek Men Agama Tengu Ampuan Hafzan (TAHAP) di dalam kumpulam A.

Pusingan pertama bagi kum A diadakan di Sek. Men. Abdul Rahman Talib. TAHAP merupakan pengahang utama kami, tuan rumah biasanya mendapat suntikan semangat yang padu daripada penyokongnya.

Semasa sek lain mempersembahkan forum kami, tidak dibenarkan menonton bahkan kami dikuarantinkan di perpustakaan sekolah.

Semasa kami di atas pentas ingin memulakan forum, aku muncuba microfone dengan perkataan `Cubaan Suara…….` lantas aku diketawa penonton…Suara yang agak kasar mungkin mengelakkan mereka..

Setelah selesai kesemua persembahan. Tiba giliran pengadil memberi komen dan mengumumkan juara kumpulan. Juara Kumpulan A jatuh kepada Sek. Men Agama MML, Kelantan…Alhamdullah…yeahhhh…kami jauara lagi.Tuan rumah Pahang (TAHAP) berjaya kami tamatkan riwayatnya.

Pusingan Akhir

Peringkat paling getir, kerana kami terpaksa berhadapan Juara 2 tahun berturut2 iaitu Sek Men Tawau, Sabah.Antara sekolah lain yang berjaya ialah Sek Men Dato Penggawa Barat mewakili negeri Johor, Sek Men Sains Kuala Lumpur dan kami Sek Men Maahad Muhammadi Lelaki mewakili Kelantan.

Pertandingan berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan berdekatan Rumah MB Pahang. Ia juga turut di sertai oleh MB Pahang Dato Adnan Yaacob sebagai tetamu kehormat.

Dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi kami, mempersembahkan forum didepan MB, Pegawai2 DBP dan kerajaan yang lain. Termasuk juga dihadapan ratusan pelajar sek men. Kami menpersembahkan forum seolah2 barisan forum yang dibarisi oleh pakar2 dalam bidang tertentu. Husni bertindak seolah2 seorang Saintis dan aku pula bertindak sebagai Pakar Ekonomi. Husni banyak menceritakan perkembangan virus SARS menurut pandangan Sains.

Kelebihan yang ada pada kami ialah, kesemua ahli panel dan pengerusi adalah lelaki, berbanding pasukan lain yang kesemuanya terdiri daripada barisan campuran lelaki dan perempuan. Dengan berkot hitam dan bertali leher, penampilan segak ini sedikit sebanyak mengerunkan lawan. Mana tidaknya, ada dikalangan peserta lain mengenakan kot berwarna biru laut dan hijau petronas. Ada juga yang mengenakan baju Melayu dan baju Kurung yang melambangkan tradisi melayu. Kami dari Kelantan membicarakan topik antarabangsa dan global, oleh yang demikian kami harus berpakaian melambangkan ciri2 global, dan baju melayu nyata tidak sesuai pada keadaan kami ini.

Diakhir acara, masa dan detik yang dinanti nantikan setiap individu didalam dewan tersebut, terutama pasukan yang bertanding. Hakim dengan tenagn mengumumkan, (kami sepasukan, pada waktu ini berdoa2 untuk menjadi johan) tempat keempat jatuh kepada Sek Men Tawau, dari Negeri Sabah. Alhamdulillah…kami mengurut dada…tanda bersyukur, Pasukan Sabah menaiki pentas untuk mengambil hadiah. Tempat ketiga jatuh kepada Sek Men Sains Kuala Lumpur daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami sekali lagi mengurut dada ..tanda bersyukur kerana…kami kini antara dua darjat ,sama ada johan atau naib johan.

Hakim meneruskan pengumuman selepas pasukan Kuala Lumpur selesai mengambil hadiah. Kami semakin berdebar2 …degupan jantung semakin kencang. Johan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2003 jatuh kepada Sek Men Agama Maahad Muhammadi Lelaki dari negeri Kelantan. Alhamdulillah x3….tepukan gemuruh penonton menggamatkan suasana dan ia sebagai tanda tahniah dan penghormatan kepada kami sepasukan. Kami berlima menaiki pentas dan disertai pembantu Cikgu Shafie iaitu Cikgu Sabiha. Cikgu Shafie pada waktu itu, sedikit pening, mungkinpening juara kot..hehehe….

Akhirnya, kami dijulang sebagi jura 2003. Semua pertandingan yg disertai tidak pernah kalah. Syukur pada-Mu Ya Allah…dengan kurniaan dan kejayaan-Mu ini, Sek Men Agama MML semakin disegani dan dihormati. Ini lah satu pengorbanan kami demi menaikan nama sek agama kelantan. Ini juga merupakan kali pertama Negeri Kelantan menjuarai Pertandingan Forum Remaja, seluruh pelajar dan guru2 MML bergembira, seluruh pegawai ppd juga tumpang gembira. Ibu Bapa kami (ahli forum), sudah layak untuk menarik senyuman menceriakan wajah.

Pengorbanan, yang begitu tinggi telah kami lakukan, sehingga seorang daripada kami patah kaki, terpaksa bertongkat buat seketika. Peperiksaan percubaan SPM pon kami tidak duduki sepenuhnya, disebabkan pertandingan peringkat kebangsaaan bertindan dgn peperiksaan percubaan spm.

Aku menulis artikel ini, hanya untuk mengenang kembali memori 5 tahun lampau. Semasa menulis artikel ini, bermacam2 ada, kadang2 aku senyum apabila menulis perkataan `juara`, berdebar apabila menulis perkataan `hakim mengumumkan keputusan`, sedih apabila menulis perkataan `kemalangan dan patah kaki`. Ia hanyalah sebagai kenangan dan pengalaman abadi untuk kami berlima.

Terima Kasih Cikgu Shafie,

Terima Kasih Cikgu Sabiha,

Terima Kasih Ustaz2 dan Guru MML,

Terima Kasih Dr Othman,

Terima Kasih Abg Muin,

Terima Kasih Rakan2 MML.

Terima Kasih Semua.

Sekian.

MERANTAU: Penat Dalam Senyuman (Siri 3- Terakhir)

MERANTAU: Penat Dalam Senyuman 03

Istanbul

Alhamdulillah, kami tiba di Bandaraya Istanbul sekitar jam 5 pagi. Menghirup udara pagi yang nyaman, sambil memerhatikan deretan kedai2 di sekitar kawasan Benyazid. Setelah hari mula cerah, kami mula bergerak untuk mencari hostel murah sebagai penginapan. Dalam keadaan penat begini, semua bermuka masam, tanda keletihan. Holetl sekitar kawasan ini, boleh tahan mahal bermula sekitar 20 usd sehingga ada yang mencapai 30 usd sehari. Akhirnya keputusan diambil untuk bersarapan pagi terlebih dahulu, menikmati sup turki dan roti serta air kosong diwaktu pagi. Bila tiba masa bayar alangkah terkejutnya kami, jumlahnya 18 Lira(6 lira seorang= RM16.50)..wah…mahalnya…..

Akhirnya aku berjaya mendapatkan hotel dengan bayaran 10 usd seorang untuk sehari. Alhamdulillah, walaupun bilik tersebut hanya sekadar katil dan meja kecil didalamnya, tandas pula terpaksa berkongsi dengan penghuni bilik lain. Akibat kepenatan yang melampau, aku hanya tidur sepanjang malam.

Keesokan harinya, aku cuba menghubungi Dr Abdul Latif untuk mendapatkan maklumat hotel kawan aku dari Morocco, -Abdullah- yang turut sama melawat Istanbul. Dia ke Istanbul dengan menaiki pesawat, berbeza dengan kami. Segala perancangan untuk bertemu telah dirancang di Morocco, iaitu sebelum kami bertolak. Sedikit kelewatan berlaku pada masa ketibaan kami di Istanbul, kami tertunda selama 2 hari disebabkan masalah yang berlaku kepada kami disempadan SERBIA.

Satu pertemuan diatur untuk bertemu dengan DR Abdul Latiif, dia berasal dari Morocco dan telah menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di Turkey, kini beliau berkhidmat disana. Sebelum memulakan perjalanan ini, aku telahpun melihat Dr Abdul Lattif dalam siaran AlJazeera mengenai Negara Turkey. Topik perbualan kami berkisarkan, kehidupan beliau di Turkey dan cara gerak kerja orang Turkey sehinggalah kepada kos hidup di Turkey. Tidak lupa juga tentang Pilihanraya Umum Turkey yang bakal berlangsung bebepara hari sahaja lagi. Kemudia dia membawa aku ke Ibu Pejabat Persatuan Pelajar2 Asing di Turkey. Disini aku sempat berkenalan dengan beberapa orang kenalan baru, paling menarik ialah dia memulakan topik perbincangan kami dengan kebijaksanaan Mahathir menguruskan ekonomi Malaysia, kemudian berterusan kepada kerja2 kebajikan disisi orang Turkey.

Keesokan Hari,berbekalkan peta bandaraya Istanbul ditangan, aku mula mencari Hotel yang didiami Abdullah. Aku berjalan ke hulu dan ke hilir demi mencari hotel beliau. Akhirnya pada hari kedua aku baru menjumpai hotelnya, tapi malangnya dia tiada di hotel. Keesokan harinya kami berjaya berjumpa dengan Abdullah. Beritu gembira dia, apabila melihat wajah kami. Dia sangkakan kami tidak akan mengotakan janji kami untuk bertemu di Istanbul.

Bandaraya Istanbul memang cantik, penuh romantik. Dihiasi dengan senibina Islam zaman Empayar Uthmaniah bermula 1300 sehingga kejatuhan Empayar ditangan Mustafa kamal Atartuk 1924.

Muzium Aya sofia, Masjid Sultan Ahmad, Masjid Sultan Sulaiman, dan banyak lagi. Ia sungguh menarik. Aya Sofia yang dahulunya dibina sebagai sebuah gereja kemudian bertukar menjadi masjid dan akhir sekali di zaman pemerintahan Kamal Atartuk menukar masjid menjadi muzium, dan ia kekal sehingga hari ini.

Keunikan senibina masjid di Bandaraya Istanbul melambangkan kemajuan pemikiran manusia pada waktu tersebut. Waktu dimana Islam menjadi sanjungan dan ikutan. Inilah salah satu tanda daripada kemajuan dan ketamadunan Islam yang masih menjadi kebanggaan Umat Islam sehingga hari ini.

Keadaan Bandaraya Istanbul yang terletak disebelah benua eropah dan dikelilingi pemandangan lautan yang begitu cantik. Kami berhasrat untuk merentasi jambatan antara benua (Istanbul eropah dan Asia), dengan memulakan perjalanan dari Benyazid kira2 pada jam 9 pagi. Kami berjalan sehinggalah kami sampai dijambatan tersebut pada jam 4 petang. Paling mendukacitakan, pejalan kaki tidak dibenarkan merentasi jambatan tersebut. Berjam-jam kami berjalan, namun hasrat tiada dicapai. Dalam perjalanan tersebut, sempat kami bertukar2 fikiran dengan beberapa orang pemuda Turki dan seorang pemuda dari Amerika, semua adalah muslim. Pemuda dari Amerika ini begitu semangat mengikuti perkembangan dunia politik Turkey, terutama Reccep Tayyip Erdogan. Dia ke Turkie semata2 bagi memerhati situasi pilihanraya kedua pagi AK parti.

Perjumpaan kami dengan pemuda2 tersebut adalah didalam sebuah masjid setelah selesai sembahyang zohor. Pada masa yang sama terdapat seorang rakyat Syiria bersama kami, ia bermakna perjumpaan secara tak langsung itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Morocco, Turkey, Amerika dan Syiria.

Menuju Dimasq

Keputusan untuk meninggalkan Istanbul dibuat secara tergesa2, kerana visa Umrah kami tidak boleh dipanjangkan tempohnya. Oleh yang demikian kami bersepakat untuk meneruskan perjalanan ke Damascus ibu negara Syiria. Akhirnya kami terpaksa meninggalkan Abdullah, rakan kami dari Morocco keseoranagn di Istanbul. Namun begitu sebelum kami berpisah Amir, seorang rakyat Malaysia yang belajar di UK datang untuk menginap di hotel yang kami duduki, dan Abdullah pula secara tak langsung telah mengenali beliau.

Perjalanan dengan bas dari Istanbul menuju Dimasq mengambil masa 19 jam. 15 Jam dari Istanbul ke Antakya dan 4 jam dari Antakya ke Dimasq. Semasa perlajanan inilah, aku mengenali seorang pemuda Albania, Berisha namanya. Kisahnya yang berkahwin dengan bermaskahwinkan surah ArRahman telah ku ceritakan didalam artikel sebelum ini.

Pahit Untuk Diterima

Setelah sampai di sempadan Turkey – Syiria. Kami menyerahkan passport kami kepada pegawai Imegresen untuk mendapatkan visa. Tiba2 passport kami dibawa kepada pegawai yg lebih tinggi…Kenapa..? Tidak disanggka…Kami disoal bertalu2 seolah2 kami salah seorang penganas antara bangsa. Habis semua barang dalam beg terpaksa dikeluarkan. Pemandu Bas telah tidak tahan dengan kelambatan dan kelewatan ini, meninggalkan kami di sempadan bersama pegawai2 pemeriksa. Tetapi pegawai tersebut berjanji untuk memberi kelepasan kepada kami selepas pemeriksaan. Habis maklumat kami diambil, hatta semua duit kami pon diambil catatan akan jumlahnya. Tak kira mata wang apa pon..asalkan kami memberikan jumlah secara tepat.

Akhirnya, dengan muka bengis pegawai tersebut memutusakan bahawa kami tidak dibenarkan memasuki Syiria dan kami terpaksa dihalau dari Tanah Syiria, tanpa sebab. Inilah dugaan paling perit dalam perjalanan kami. Semasa aku menulis kisah ini, dengan tiba2 perasaan marah dan geram datang secara tiba2. Marah kerana mengalang kami memasuki Syiria sedangkan semua dokumen yang diperlukan bersama dengan kami. Marah kerana, pegawai2 Arab ini, mengisi perut mereka dengan tahi2 rasuah (wang). Semasa didalam bilik [pemeriksaan, aku nampak pegawai2 membahagi2kan duyit antara mereka. Barang kali, sekiranya duit dihulurkan sudah tentu kami bisa sahaja berjaya sampai ke Dimasq.

Hasil daripada halangan tersebut, kami terpaksa berpatah balik ke Imegresyen Turkey yang terletak kira 2 hingga 4 kilometer daripada Imegresyen Syiria. Kenderaan tidak ada, menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki walaupun diri sudah terasa keletihan dan kekecewaan yang amat sangat. Dengan kawasan yang berbukit dan cuaca yang panas kami berjalan kaki kembali ke arah Istanbul. Sambil berjalan, kami disekat oleh Askar Sempadan Turkey, yang bertugas disepanjang jalan menuju pintu masuk Turkey. DIa lengkap beruniform dan bersenjata. Dengan bantuan seorang pemandu lori yang sedang berehat ditepi jalan, beliau menayakan kami, kemana kami nak pergi. Dia bertutur dalam bahasa Arab dialek Syiria. Dan apabila kami menjawab, dia terpaksa menterjemah kata2 kami kepada bahasa Turkey supaya maklumat itu sampai kepada Askar tadi.

Dia kata, duduk bersama kami, nnti kalau ader kenderaan ke pintu masuk, dia akan tahan dan kami akan dibawa dengan kenderaaan berkenaan ke Pintu Masuk.

AK Parti

Setelah tiba di pintu masuk Turkey, kami menghadapi masalah untuk menerusakn perjalanan kami ke Antakya seterusnya ke Istanbul. Bas tiada, Teksi pon tiada. Suasana pada petang itu, cukup membingunkan kami. Selesai sembahyang asar, tiba2 terdapat van AK parti yang berkempen sehingga ke kawasan sempadan. Abdullah dan Firdaus cepat memohon pertolongan daripada pemandu van tersebut, supaya menghantar kami ke stesen bas Antakya. Alhamdulillah dia bersetuju untuk membawa kami ke stesen bas berdekatan, bukan ke stesen bas antakya. Aper pon terima kasih sekali lagi Pak Cik.

Pulang Ke Malaysia

Alhamdulillah kami sampai ke Istanbul, dengan perasaan yang bercampur dengan kesedihan . Aku memutusakan untuk kembali ke Malaysia, Pok LAh memutuskan untuk ke Cairo, dan Firdaus memutuskan untuk pulang ke Morocco semula melalui jalan darat. Inilah bibit2 perpecahan perjalanan kami. Masing2 membawa diri.

Malangnya tiket ke Kuala Lumpur untuk esok hari telah habis. Oleh yang demikian aku terpaksa membeli tiket menuju Bangkok. Pak Lah bernasib baik kerana tiket ke Cairo masih kekosongan.

Tiba di Bangkok, terpaksa menunggu penerbangas MAS selepas 13 jam. Selama waktu ini, sedikit pon aku tidak menjamah makanan, hanya cukup dengan air paip di airport tersebut. Tiba di KLIA dengan kepenatan dan terus menuju KL Sentral dan Hentian Putra untuk menaiki bas pada Jam 9 malam menuju Jerteh Terengganu.

Tidak ku sangga, perjalanan ku kali ini berakhir di tanah air sendiri. Inilah yang dikatakan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, wajib bagi kta meredhai akan ketentuan-Nya, bergembira dan berlapang dada dengan ketentuan-Nya merupakan simbol keredaan.

Sekian.

Tahniah, Graduan Morocco 2008.

Tahniah, Graduan Morocco 2008.

Minggu ini, keputusan peperiksaan semester akhir telah keluar. Masing2 mengurut dada tanda gembira mendapat keputusan peperiksaan. Tidak kurang juga ada yang terpaksa menduduki peperiksaan untuk pusingan kedua (Istidrok).

Sujud syukur perlu segera dilaksanakan, tanda berterima kasih dan syukur kepada-Nya, kerana keputusan lulus dan sebaliknya adalah atas kehendak-Nya.

Tahniah & Mabrouk diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dalam peperiksaan sem 2 ,4 dan 6. Pada tahun ini, dianggarkan 18 orang mahasiswa dan mahasiswi dari universiti2 Morocco akan mendapat segulung ijazah. Ia adalah merupakan angka tertinggi berbanding tahun2 sebelum ini.

Memperolehi ijazah bukan merupakan, anda telah memperolehi lesen untuk bersara daripada menuntut ilmu. Jangan sesekali memisahkan diri dari ilmu dan pena. Ilmu dan pena perlu digenggam erat sehingga diri menemui liang lahad. Inilah manhaj dan cara ulama menuntut ilmu.

Ijazah yang diperolehi hanyalah sekadar lesen untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Dunia hari ini, rata2 dan kebanyakan menjeling kepada sijil dan pengiktirafan. Akan tetapi hakikat menuntut ilmu adalah untuk memperolehi khasyah, sehinggalah menjadikan diri semakin berabdi dan dekat kepada Allah Taala. Itulah dia Ilmu, berupaya mendekatkan diri insan dengan Pencipta. Sekiranya perkara ini tidak berjaya direalisasikan, sudah pasti terdapat kecacatan dan kekurangan pada diri.

Awasilah diri daripada belajar semata2 ingin memperolehi segulung ijazah. Ia adalah bertujuan mendapatkan pekerjaan dengan menjadikan ijazah sebagai batu loncatan. Bersusah payah siang dan malam, mengulangkaji, memenatkan diri demi memperolehi pekerjaaan apabila pulang ke Tanah Air. Pekerjaan yang diperolehi bertujuan untuk memukat wang ringgit. Wang ringgi digenggam dan dibelanjakan demi memenuhi perut dan mengembirakan hawa nafsu. Apakah hasilnya setelah perut diisi penuh, sudah pasti tandas sebagai destinasi dan pelabuhan terakhir. Akhirnya jadilah matlamat hidupnya antara dapur dan tandas.

Alangkah eloknya sekiranya, para graduan ini, meneruskan pengembaraan dalam menuntut ilmu. Meneruskan pencarian mutiara2 hidup daripada para alim ulama dan hukama`. Tak kira dimana, sama ada di Malaysia, Morocco, ataupun negara2 timur tengah yang lain.

Pengembaraan menuntut ilmu di negara orang pasti lebih bermakna berbanding di neraga sendiri. Melihat kepelbagaian ciptaan Tuhan menimbulkan keinsafan pada diri, dan merasakan diri sememangnya kerdil dan senentiasa berhajat akan pertolongan-Nya.

Apa pun, Tahniah dan Mabrouk sekali lagi, kepada lepasan ijazah Morocco pada tahun ini. Mungkin kita mempunyai sedikit masa sahaja lagi untuk bersua dan beramah mesra sebelum masing2 membawa diri mengejar cita2 dan impian tersendiri.

MOROCCO: Bakal Destinasi Pelajar Melayu

MOROCCO: Bakal Destinasi Pelajar Melayu

Satu perubahan dan keputusan mengejut telah berlaku antara pihak AlAzhar dan Kerajaan Malaysia. Bermula Tahun akan datang pemilik diploma dari Malaysia (Jurusan Agama) tidak dibenarkan menyambung pengajian mereka di AlAzhar. Kita sedia maklum bahawa pemilik diploma ini menyambung pengajian mereka di AlAzhar secara muadalah. Iaitu, sama ada masuk tahun 4 atau tahun 3 universiti.

Persoalannya, Kemanakah halatuju dan nasib pelajar2 yang sedang menuntut di kolej2 seperti, KUIS, KIAST, dan pelbagai lagi…?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Morocco akan menjadi destinasi baru bagi pemegang diploma untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah (B.A). Kelebihannya adalah universiti2 di Morocco diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat lebih kurang 10 universiti yang diiktiraf. Berbanding dengan negara lain, seperti Syiria yang dikatakan hanya Universiti Damshik sahaja yang diiktiraf, begitu juga dengan Yaman, tiada universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Lalu, Morocco besar kemungkinan akan menjadi pilihan kolej2 berkenaan unutk menjalinkan usahasama pendidikan. Ia dapat dibuktikan apabila, ura2 menyatakan bermula minggu hadapan terdapat rombongan daripada rektor2 yang mewakili kolej2 tertentu akan cuba untuk membuat perundingan dua hala bagi membolehkan pelajar2 mereka meneruskan pengajian dibumi Morocco ini. Pada akhir tahun 2007, KUIS telah menghantar sekumpulan pelajarnya ke Rabat, Morocco untuk mengikuti kursus bahasa selama 2 hingga 3 bulan. Ia dianggap sebagai umpan untuk terus bertapak dibumi Morocco.

Berita yang sama juga diperolehi daripada seorang sahabat di Mesir, Dr Johari Mat Pengarah KIAST, Kelantan juga ada menyebut tentang kemungkinan penghantaran pelajarnya ke Morocco. Kini pengajian di Morocco menjadi buah mulut ramai. Hal ini diutarakan oleh beliau semasa sesi penerangan yang diadakan di Rumah Kelantan Baru di Hayyi Sabi3, Kaherah, minggu lepas.

Kalau dahulu, jarang kedengaran tentang pelajar yang akan menyambung pengajian ke Morocco. Semasa saya datang ke bumi Moroco pada tahun 2004, jumlah pelajar Malaysia di sini hanya berjumlah 37 Orang. Bilangan yang begitu sedikit. Pada tahun tersebut hanya, 13 orang datang sebagai pelajar baru, 1 dari Sabah, 3 dari Yayasan Pahang dan kami seramai 9 Orang daripada Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Darul Anuar, Kelantan. Ia adalah tahun terakhir permohonan kemasukan ke Morocco dipohon terus melalui Kedutaan Beasr Malaysia Di Morocco.

Tetapi selepas tahun 2004, semakain ramai yang datang ke Morocco, JAIS, YIK, MAINS mula menghantar pelajarnya ke Morocco.

Kini jumlah pelajar Melayu di Morocco seramai seratus lebih. Tahun yang akan datang pasti akan bertambah lagi. Apabila kolej2 ini berjaya dalam mementerai MOU. Cumanya apa yang sedikit menimbulkan kebimbangan, ada khabar angin bahawa pemilik diploma ini akan terus menyambung pengajian mereka bermula semester 5. Ia bermakna setahun sahaja di Universiti. Peringkat Ijazah di Morocco hanya 3 Tahun @ 6 Sem.

Sekiranya ini yang berlaku, pada pandangan penulis, ia adalah satu cabaran yang berat kepada mereka, terutama dalam konteks Bahasa Arab. Walaupun mereka disajikan dengan pengajian bahasa Arab di Malaysia, namun begitu, ia masih lagi belum mencukupi untuk berlayar di Bumi Morocco ini. Tambahan pula sistem dan silibus pelajaran yang berlainan.

Satu fenomena baru pasti akan berlaku sekiranya MOU ini berjaya, kebanjiran pelajar2 Melayu di sini akan menyebabkan penguasaan Bahasa Arab semakin kurang bermutu. Sikap suka bergaul sesama Melayu secara berterusan merupakan virus penghalang untuk menguasai Bahasa Arab.

Harga Beras, Minyak & Anda

Harga Beras, Minyak & Anda

BERAS

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan mendadak harga minyak, iaitu sebanyak 0.78 sen seliter. Ia merupakan kenaikan paling tinggi semenjak Malaysia Mencapai kemerdekaan. Kenaikan harga minyak adalah kunci kepada kenaikan barangan keperluan harian, seterusnya menambahkan beban kewangan kepada rakyat jelata terutama yang berpendapatan rendah. Rakyat masih lagi terkejut dengan kenaikan harga beras, ia adalah disebabkan tindakan India dan Vietnam yang tidak lagi mengeskport berasnya untuk pasaran antarabangsa. Tindakan ini meningkatkan harga beras dipasaran Global.

Harga beras dipasaran dunia melambung sehingga melebihi usd 1000.00 untuk 1 metrik tan. Ramai yang tidak mengetahui bahawa keluaran beras tempatan adalah tidak mencukupi untuk penduduk Malaysia, menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada negara lain terutama Thailand untuk mengisi perut rakyat Malaysia. Perniagaan beras di Malaysia dimonopoli oleh satu syarikat bernama BERNAS, ia dutubuhkan semasa Tun Dr Mahathir masih lagi berada di singgah sana. Kalau dahulu, Lembaga Padi Negara (LPN) merupakan tunjang dalam menyediakan bekalan beras di seluruh negara. Pada waktu itu, saya masih ingat gred beras dikelaskan mengikut A1, A2, B1, B2, Hancur dan sebagainya. Kemudia akibat ghairah dengan dasar penswastaan, maka LPN diswastakan menjadi BERNAS.

Badan atau pihak yang mengendalikan makanan asasi kepada rakyat tidak sepatutnya diswastakan demi menjamin keseimbangan harga kepada rakyat jelata. Lebih parah lagi, hanya BERNAS diberi lesen mengimport beras, ini bermakna ia merupakan syarikat tunggal dalam membeli beras dari pasaran luar negara. Ia menjadikan Bernas memonopoli pasaran beras negara, sistem ini nyata tidak memberi keuntungan kepada rakyat jelata, kerana harga pasaran beras ditentukan oleh Bernas, tiada syarikat lain yg mampu bersaing. Semasa LPN wujud, pemborong2 beras boleh menarik nafas lega disebabkan kemudahan mendapatkan sumber beras, namun selepas itu keadaan menjadi sebaliknya. Apabila Bernas ditubuhkan, selepas itu, ditubuhkan pula anak2 syarikat bernas yang akan mengedar beras diseluruh pasaran negara. Langkah ini menyebabkan pemborong2 beras mengulung tikar.

Kerajaan sekarang, nampaknya sudah mula memandang serius tentang penanaman padi negara, setelah negara menghadapi krisis kenaikan harga beras baru2 ini. Langkah kerajaan sebelum ini yang terlalu mementingkan aspek teknologi, dan seolah2 meminggirkan aspek pertanian perlu dikaji semula. Sekiranya negara kita berlaku peperangan, sudah pasti sumber makanan dari luar sukar untuk diperolehi. Kesimpulanya, kita tidak boleh bergantung secara langsung dengan pihak luar dalam memperolehi makanan asasi negara.

Rakyat jelata pada hari ini, tidak boleh lagi bermimpi untuk mendapatkan beras bernilai 1.70 atau 1.90 sekilo. Bermula daripada beras gred Super Tempatan 15 % (ST 5%) sehinggalah Super Import atau Thai White Rice (TWR). Saya yakin dan percaya , pelajar diperingkat universiti pada hari ini, masih lagi tidak arif dengan gred beras yang mereka makan. Asalkan jadi nasi cukup. Kegagalan anda untuk mengenal pasti gred beras menyebabkan anda kadang tertipu semasa pembelian. Hari ini, anda boleh beranggapan untuk tidak mengambil tahu tentang perkara ini, tetapi hari esok, setelah berumah tangga, mahu atau tidak anda akan mula membeli beras dikedai2. Disitu anda akan merasai keperitan harga yang melambung setiap masa.

Walaupun mahal sekalipun, beras terpaksa dibeli juga demi mengisi perut.

MINYAK

Sungguh malang bagi rakyat disebuah negara asia tenggara, bernama Malaysia. Allah Taala telah mengurniakan kepadanya Hasil Mahsul berharga seperti Minyak. Akan tetapi, walaupun adanya hasil mahsul tersebut, harga minyak dipasaran negara masih melambung dan semakin melambung. Tidak pernah turun harga minyak dalam sejarah negara. Kenaikan terbaru sebanyak 0.78 sen adalah kemuncak kenaikan abad ini. Dalam masa yang sama negara pengeluar minyak lain masih lagi mengekalkan harga minyak dinegara mereka walaupun harga minyak dipasaran dunia sekarang ini mencecah usd 130 lebih untuk satu tong .Apabila kenaikan harga minyak dinaikkan, maka kerajaan seringkali memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang dipasaran. Ini adalah langklah yang tidak masuk akal, ia seperti seorang lelaki merogol seorang wanita dan memberitahu wanita tersebut supaya jangan mengandung. Logik atau tidak..? Lihat perbandingan ini:

Harga Minyak Di Negara Pengeluar Minyak

Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Malaysia RM2.70

Persoalanya, kenapa negara kita yang paling tinggi berbanding negara lain. Pada pandangan saya sebagai seorang warganegara Malaysia. Pertama, kita memiliki seoarang Perdana Menteri yang lembab dalam menguruskan ekonomi negara. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memang bukan seorang yang sesuai berada di kerusi PM disebabkan kegagalan menguruskan ekonomi negara, sehingga menyebabkan rakyat jelata terjerumus kedalam krisi kewangan. Dalam hal ini ternyata Menteri kewangan sebelum ini seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir lebih berjaya berbanding Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Semasa pemerintahan beliau (Pak Lah), harga minyak seolah2 berada diluar kawalan. Lihat graf ini.

Sebab yang kedua, adalah kerana Rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling baik didunia. Tiada tolak banding. Ikut dan patuh akan suruhan pemerintah. Takut untuk berdemontrasi, takut untuk menghukum kerajaan. Inilah jiwa Melayu yang baik tidak bertempat. Namun begitu tidak dinafikan bahwa, kini telah mula bibit2 ataupun tanda2 bahawa Melayu sudah mula memberanikan diri untuk membantah keputusan kerajaan. Tetapi bangsa Cina dan India lebih terkehadapan dalam menghukum kerajaan. Ini lah kesanya apabila kematangan berpolitik didalam minda Melayu sangat lemah. Kadang2 pemerintah menjadikan lembu yang dicucuk hidungnya, boleh dibawa kemana2 tanpa dibantah. Sikap yang sebegini, patut dihentikan.

Hari ini, Pak Lah berani berbuat demikian adalah disebabkan kita lemah. Kalau kita kuat, sudah pasti Pak Lah tidak berani membuka mulut mengishtiharkan kenaikan harga minyak.

Saya kadang2 hairan dengan sikap sesetengah ustaz2 dan ustazah yang masih menuntut di Universiti. Ada dikalangan mereka yang tidak mengambil tahu dengan keadaan semasa terutama kenaikan minyak dan sebagainya. Dan ada juga yang tidak mengambil tahu tentang politik. Ini adalah langkah yang silap sebagai seorang yang bergelar pelajar universiti. Sebagai seorang pelajar, sedikit sebanyak kita perlu mengambil tahu ilmu politik dan bukanya politik kepartian. Kegagalan dalam menguasai ilmu politik menyebabkan kita kurang araif dengan punca dan impak kepada perubahan yang berlaku pada waktu ini. Dan kita layak digelar orang yang ketinggalan zaman.

Bagi mereka yang mendapat pinjaman dan biasiswa mungkin tidak terasa dengan beban kenaikan harga minyak. Namun bagi mereka yang tidak berbiasiswa dan tidak berpinjaman, situasi mereka akan berubah mengikut perubahan yang berlaku di tanah air. Mungkin sebelum ini sekiranya seorang rakyat dalam golongan pertengahan mampu menghantar duit bulanan sebanyak 300 RM kepada anaknya yang belajar di AlAzhar atau di Morocco, tetapi selepas kenaikan harga minyak mungkin 200 rm pun sukar untuk dihantar. Tidakkah ini akan menyebabkan tergangunya proses pembelajaran anak beliau…? Tugas anda sekrang ini adalah kena bijak mentafsir perkara yang berlaku ditanah air dan jangan takut untuk melakukan perubahan.