Islam Dan Hikmah Sebaliknya

Pemahaman sebenar berkaitan konsep beragama di kalangan masyarakat Melayu masih kurang memuaskan. Majoriti bangsa Melayu Muslim di Malaysia pada hari ini menganut Islam secara Keturunan. Oleh yang demikian, kegagalan umat Melayu Muslim di Malaysia mendalami Islam, konsep beragama dan kepentingan melaksanakan hukum-hakam yang terkandung merupakan salah satu faktor yang melahirkan pandangan yang menyatakan Islam hanya sembahyang di Masjid, berpuasa , menunai haji dan sebagainya. Ini adalah pandangan sempit yang telah menzalimi Islam . Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, otak2 Melayu Muslim masih ramai terikut2 Penjajah British yang telah menanam racun pemikiran didalam benak kepala Melayu.

Golongan yang memperlekehkan Islam adalah disebabkan benci kepada Islam, walaupun segala perkara dan urusan didalam Islam selari dengan logik akal, dan dalam masa yang sama menjaga hak asasi manusia sebagai seorang Insan. Dengan berbekalkan sumber yang satu, Allah Taala, kitab-Nya yang satu AlQuran dan Rasul-Nya yang satu Muhammad S.A.W, Islam sebenarnya menjangkau pemikiran manusia, dan dengan kitabNya (AlQuran) itu menjadi pendorong dan pencetus kepada perkembangan pemikiran.

PENYEMBELIHAN

Kita ambil contoh penyembelihan. Islam mewajibkan penganutnya menyembelih haiwan(lembu, ayam, kerbau dll) sebelum dimasak. Ia berbeza dengan kaedah orang Barat yang mematikan haiwan dengan cara kejutan elektrik dan sebagainya. Kedua2 cara ini akan mematikan haiwan tersebut. Apa yang berbeza ialah, dengan cara Islam darah akan dikeluarkan. Darah sebenarnya akan bertukar menjadi virus perosak kepada daging haiwan apabila haiwan tersebut telah mati, dengan kata lain, daging haiwan yang disembelih secara Islam lebih berkhasiat dan lebih segar berbanding daging haiwan yang dimatikan secara Barat.

Perkara ini telah dibuktikan oleh seorang Dr dari London dan membuat kajian ini di German. dua ekor biri (kalau tak silap) telah dimatikan. Satu disembelih secara Islam dan satu lagi dikenakan kejutan elektrik (CARA BARAT). keduaa ekor biri2 ini dibiarkan dan digantung dagingnya di tempat terbuka. Daging biri2 yang dimatikan melalui elektrik lebih cepat berbau busuk dan rosak berbanding daging biri2 yang disembelih secara Islam. Apabila dilanjutkan lagi kajian, dia mendapati darah yang terkandung didalam biri yang disembelih secara KEJUTAN ELEKTRIK (BARAT) bertindak sebagai perosak kepada daging tersebut.

Betapa seriusnya Islam itu menjaga Kesihatan Manusia melalui aspek pemakanan. Tidakkah semua manusia bercita2 untuk memiliki tubuh badan yang sihat, cergas dan kuat..? Tetapi, bagaimanakah untuk mencapai impian tersebut sekiranya makanan yang dimakan mempunyai kualiti dan khasiat yang rendah, bahkan mempunyai kandungan virus…

Telah 14 kurun lebih Islam mewajibkan sembelihan binatang kepada Umatnya. Akan tetapi penemuan kepada hikmah perkara ini baru diketahui pada zaman yang penuh dengan teknologi ini. Tidakkah ajaran Islam itu lebih terkehadapan dan lebih saintifik dari dulu sampai sekarang…?

Eddah bagi Perempuan yang suaminya meninggal.

Eddah adalah satu tempoh masa yang dikenakan keatas wanita yang dicerai atau kematian suami. Dalam tempoh masa tersebut wanita tersebut tidak boleh berkahwin kecuali setelah tamat eddah tersebut. Eddah bagi wanita yang dicerai dan yang kematian suami adalah berbeza.

Bagi wanita yang kematian suami, eddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari. Ia berdasarkan firman Allah Taala.

ﭧ ﭨ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭽ ﭕﭖ

البقرة: ٢٣٤ – ٢٨٦

234. Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka (1) menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

Sepanjang eddah ini, wanita tersebut akan mengetahui sama ada dia mengandung atau sebaliknya. Sekiranya dia mengandung maka dia terpaksa menunggu sehingga melahirkan anak tersebut, sekiranya sebaliknya, dia perlu menghabiskan tempoh 4 bulan 10 hari. Waktu 4 bulan 10 hari membolehkan wanita mengenal pasti status dirinya, seterusnya mengelakkan daripada percampuran benih antara suami lama dan baru seterusnya mengelakkan kesamaran tentang anak yang akan dilahirkan itu.

Al Quran telah menyatakan tentang perkembangan manusia didalam kandungan ibu. Firman Allah Taala

ﭧ ﭨ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭽ

المؤمنون: ١٢ – ١١٨

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Dalam tempoh 4 bulan janin dalam kandungan telah cukup sifat seperti tangan kepala kaki dan sebagainya, berbaki lagi 10 hari adalah merupakan masa untuk ditiupkan roh kepadanya. Lihatlah betapa saintifiknya Islam dalam perkara ini.

Disebalik hukum Allah itu, pasti ada perkara yang tersirat yang telah diketahui dan belum diketahui oleh manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: