Harga Beras, Minyak & Anda

Harga Beras, Minyak & Anda

BERAS

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan mendadak harga minyak, iaitu sebanyak 0.78 sen seliter. Ia merupakan kenaikan paling tinggi semenjak Malaysia Mencapai kemerdekaan. Kenaikan harga minyak adalah kunci kepada kenaikan barangan keperluan harian, seterusnya menambahkan beban kewangan kepada rakyat jelata terutama yang berpendapatan rendah. Rakyat masih lagi terkejut dengan kenaikan harga beras, ia adalah disebabkan tindakan India dan Vietnam yang tidak lagi mengeskport berasnya untuk pasaran antarabangsa. Tindakan ini meningkatkan harga beras dipasaran Global.

Harga beras dipasaran dunia melambung sehingga melebihi usd 1000.00 untuk 1 metrik tan. Ramai yang tidak mengetahui bahawa keluaran beras tempatan adalah tidak mencukupi untuk penduduk Malaysia, menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada negara lain terutama Thailand untuk mengisi perut rakyat Malaysia. Perniagaan beras di Malaysia dimonopoli oleh satu syarikat bernama BERNAS, ia dutubuhkan semasa Tun Dr Mahathir masih lagi berada di singgah sana. Kalau dahulu, Lembaga Padi Negara (LPN) merupakan tunjang dalam menyediakan bekalan beras di seluruh negara. Pada waktu itu, saya masih ingat gred beras dikelaskan mengikut A1, A2, B1, B2, Hancur dan sebagainya. Kemudia akibat ghairah dengan dasar penswastaan, maka LPN diswastakan menjadi BERNAS.

Badan atau pihak yang mengendalikan makanan asasi kepada rakyat tidak sepatutnya diswastakan demi menjamin keseimbangan harga kepada rakyat jelata. Lebih parah lagi, hanya BERNAS diberi lesen mengimport beras, ini bermakna ia merupakan syarikat tunggal dalam membeli beras dari pasaran luar negara. Ia menjadikan Bernas memonopoli pasaran beras negara, sistem ini nyata tidak memberi keuntungan kepada rakyat jelata, kerana harga pasaran beras ditentukan oleh Bernas, tiada syarikat lain yg mampu bersaing. Semasa LPN wujud, pemborong2 beras boleh menarik nafas lega disebabkan kemudahan mendapatkan sumber beras, namun selepas itu keadaan menjadi sebaliknya. Apabila Bernas ditubuhkan, selepas itu, ditubuhkan pula anak2 syarikat bernas yang akan mengedar beras diseluruh pasaran negara. Langkah ini menyebabkan pemborong2 beras mengulung tikar.

Kerajaan sekarang, nampaknya sudah mula memandang serius tentang penanaman padi negara, setelah negara menghadapi krisis kenaikan harga beras baru2 ini. Langkah kerajaan sebelum ini yang terlalu mementingkan aspek teknologi, dan seolah2 meminggirkan aspek pertanian perlu dikaji semula. Sekiranya negara kita berlaku peperangan, sudah pasti sumber makanan dari luar sukar untuk diperolehi. Kesimpulanya, kita tidak boleh bergantung secara langsung dengan pihak luar dalam memperolehi makanan asasi negara.

Rakyat jelata pada hari ini, tidak boleh lagi bermimpi untuk mendapatkan beras bernilai 1.70 atau 1.90 sekilo. Bermula daripada beras gred Super Tempatan 15 % (ST 5%) sehinggalah Super Import atau Thai White Rice (TWR). Saya yakin dan percaya , pelajar diperingkat universiti pada hari ini, masih lagi tidak arif dengan gred beras yang mereka makan. Asalkan jadi nasi cukup. Kegagalan anda untuk mengenal pasti gred beras menyebabkan anda kadang tertipu semasa pembelian. Hari ini, anda boleh beranggapan untuk tidak mengambil tahu tentang perkara ini, tetapi hari esok, setelah berumah tangga, mahu atau tidak anda akan mula membeli beras dikedai2. Disitu anda akan merasai keperitan harga yang melambung setiap masa.

Walaupun mahal sekalipun, beras terpaksa dibeli juga demi mengisi perut.

MINYAK

Sungguh malang bagi rakyat disebuah negara asia tenggara, bernama Malaysia. Allah Taala telah mengurniakan kepadanya Hasil Mahsul berharga seperti Minyak. Akan tetapi, walaupun adanya hasil mahsul tersebut, harga minyak dipasaran negara masih melambung dan semakin melambung. Tidak pernah turun harga minyak dalam sejarah negara. Kenaikan terbaru sebanyak 0.78 sen adalah kemuncak kenaikan abad ini. Dalam masa yang sama negara pengeluar minyak lain masih lagi mengekalkan harga minyak dinegara mereka walaupun harga minyak dipasaran dunia sekarang ini mencecah usd 130 lebih untuk satu tong .Apabila kenaikan harga minyak dinaikkan, maka kerajaan seringkali memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang dipasaran. Ini adalah langklah yang tidak masuk akal, ia seperti seorang lelaki merogol seorang wanita dan memberitahu wanita tersebut supaya jangan mengandung. Logik atau tidak..? Lihat perbandingan ini:

Harga Minyak Di Negara Pengeluar Minyak

Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Malaysia RM2.70

Persoalanya, kenapa negara kita yang paling tinggi berbanding negara lain. Pada pandangan saya sebagai seorang warganegara Malaysia. Pertama, kita memiliki seoarang Perdana Menteri yang lembab dalam menguruskan ekonomi negara. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memang bukan seorang yang sesuai berada di kerusi PM disebabkan kegagalan menguruskan ekonomi negara, sehingga menyebabkan rakyat jelata terjerumus kedalam krisi kewangan. Dalam hal ini ternyata Menteri kewangan sebelum ini seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir lebih berjaya berbanding Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Semasa pemerintahan beliau (Pak Lah), harga minyak seolah2 berada diluar kawalan. Lihat graf ini.

Sebab yang kedua, adalah kerana Rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling baik didunia. Tiada tolak banding. Ikut dan patuh akan suruhan pemerintah. Takut untuk berdemontrasi, takut untuk menghukum kerajaan. Inilah jiwa Melayu yang baik tidak bertempat. Namun begitu tidak dinafikan bahwa, kini telah mula bibit2 ataupun tanda2 bahawa Melayu sudah mula memberanikan diri untuk membantah keputusan kerajaan. Tetapi bangsa Cina dan India lebih terkehadapan dalam menghukum kerajaan. Ini lah kesanya apabila kematangan berpolitik didalam minda Melayu sangat lemah. Kadang2 pemerintah menjadikan lembu yang dicucuk hidungnya, boleh dibawa kemana2 tanpa dibantah. Sikap yang sebegini, patut dihentikan.

Hari ini, Pak Lah berani berbuat demikian adalah disebabkan kita lemah. Kalau kita kuat, sudah pasti Pak Lah tidak berani membuka mulut mengishtiharkan kenaikan harga minyak.

Saya kadang2 hairan dengan sikap sesetengah ustaz2 dan ustazah yang masih menuntut di Universiti. Ada dikalangan mereka yang tidak mengambil tahu dengan keadaan semasa terutama kenaikan minyak dan sebagainya. Dan ada juga yang tidak mengambil tahu tentang politik. Ini adalah langkah yang silap sebagai seorang yang bergelar pelajar universiti. Sebagai seorang pelajar, sedikit sebanyak kita perlu mengambil tahu ilmu politik dan bukanya politik kepartian. Kegagalan dalam menguasai ilmu politik menyebabkan kita kurang araif dengan punca dan impak kepada perubahan yang berlaku pada waktu ini. Dan kita layak digelar orang yang ketinggalan zaman.

Bagi mereka yang mendapat pinjaman dan biasiswa mungkin tidak terasa dengan beban kenaikan harga minyak. Namun bagi mereka yang tidak berbiasiswa dan tidak berpinjaman, situasi mereka akan berubah mengikut perubahan yang berlaku di tanah air. Mungkin sebelum ini sekiranya seorang rakyat dalam golongan pertengahan mampu menghantar duit bulanan sebanyak 300 RM kepada anaknya yang belajar di AlAzhar atau di Morocco, tetapi selepas kenaikan harga minyak mungkin 200 rm pun sukar untuk dihantar. Tidakkah ini akan menyebabkan tergangunya proses pembelajaran anak beliau…? Tugas anda sekrang ini adalah kena bijak mentafsir perkara yang berlaku ditanah air dan jangan takut untuk melakukan perubahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: