MERANTAU: Penat Dalam Senyuman (Siri 3- Terakhir)

MERANTAU: Penat Dalam Senyuman 03

Istanbul

Alhamdulillah, kami tiba di Bandaraya Istanbul sekitar jam 5 pagi. Menghirup udara pagi yang nyaman, sambil memerhatikan deretan kedai2 di sekitar kawasan Benyazid. Setelah hari mula cerah, kami mula bergerak untuk mencari hostel murah sebagai penginapan. Dalam keadaan penat begini, semua bermuka masam, tanda keletihan. Holetl sekitar kawasan ini, boleh tahan mahal bermula sekitar 20 usd sehingga ada yang mencapai 30 usd sehari. Akhirnya keputusan diambil untuk bersarapan pagi terlebih dahulu, menikmati sup turki dan roti serta air kosong diwaktu pagi. Bila tiba masa bayar alangkah terkejutnya kami, jumlahnya 18 Lira(6 lira seorang= RM16.50)..wah…mahalnya…..

Akhirnya aku berjaya mendapatkan hotel dengan bayaran 10 usd seorang untuk sehari. Alhamdulillah, walaupun bilik tersebut hanya sekadar katil dan meja kecil didalamnya, tandas pula terpaksa berkongsi dengan penghuni bilik lain. Akibat kepenatan yang melampau, aku hanya tidur sepanjang malam.

Keesokan harinya, aku cuba menghubungi Dr Abdul Latif untuk mendapatkan maklumat hotel kawan aku dari Morocco, -Abdullah- yang turut sama melawat Istanbul. Dia ke Istanbul dengan menaiki pesawat, berbeza dengan kami. Segala perancangan untuk bertemu telah dirancang di Morocco, iaitu sebelum kami bertolak. Sedikit kelewatan berlaku pada masa ketibaan kami di Istanbul, kami tertunda selama 2 hari disebabkan masalah yang berlaku kepada kami disempadan SERBIA.

Satu pertemuan diatur untuk bertemu dengan DR Abdul Latiif, dia berasal dari Morocco dan telah menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di Turkey, kini beliau berkhidmat disana. Sebelum memulakan perjalanan ini, aku telahpun melihat Dr Abdul Lattif dalam siaran AlJazeera mengenai Negara Turkey. Topik perbualan kami berkisarkan, kehidupan beliau di Turkey dan cara gerak kerja orang Turkey sehinggalah kepada kos hidup di Turkey. Tidak lupa juga tentang Pilihanraya Umum Turkey yang bakal berlangsung bebepara hari sahaja lagi. Kemudia dia membawa aku ke Ibu Pejabat Persatuan Pelajar2 Asing di Turkey. Disini aku sempat berkenalan dengan beberapa orang kenalan baru, paling menarik ialah dia memulakan topik perbincangan kami dengan kebijaksanaan Mahathir menguruskan ekonomi Malaysia, kemudian berterusan kepada kerja2 kebajikan disisi orang Turkey.

Keesokan Hari,berbekalkan peta bandaraya Istanbul ditangan, aku mula mencari Hotel yang didiami Abdullah. Aku berjalan ke hulu dan ke hilir demi mencari hotel beliau. Akhirnya pada hari kedua aku baru menjumpai hotelnya, tapi malangnya dia tiada di hotel. Keesokan harinya kami berjaya berjumpa dengan Abdullah. Beritu gembira dia, apabila melihat wajah kami. Dia sangkakan kami tidak akan mengotakan janji kami untuk bertemu di Istanbul.

Bandaraya Istanbul memang cantik, penuh romantik. Dihiasi dengan senibina Islam zaman Empayar Uthmaniah bermula 1300 sehingga kejatuhan Empayar ditangan Mustafa kamal Atartuk 1924.

Muzium Aya sofia, Masjid Sultan Ahmad, Masjid Sultan Sulaiman, dan banyak lagi. Ia sungguh menarik. Aya Sofia yang dahulunya dibina sebagai sebuah gereja kemudian bertukar menjadi masjid dan akhir sekali di zaman pemerintahan Kamal Atartuk menukar masjid menjadi muzium, dan ia kekal sehingga hari ini.

Keunikan senibina masjid di Bandaraya Istanbul melambangkan kemajuan pemikiran manusia pada waktu tersebut. Waktu dimana Islam menjadi sanjungan dan ikutan. Inilah salah satu tanda daripada kemajuan dan ketamadunan Islam yang masih menjadi kebanggaan Umat Islam sehingga hari ini.

Keadaan Bandaraya Istanbul yang terletak disebelah benua eropah dan dikelilingi pemandangan lautan yang begitu cantik. Kami berhasrat untuk merentasi jambatan antara benua (Istanbul eropah dan Asia), dengan memulakan perjalanan dari Benyazid kira2 pada jam 9 pagi. Kami berjalan sehinggalah kami sampai dijambatan tersebut pada jam 4 petang. Paling mendukacitakan, pejalan kaki tidak dibenarkan merentasi jambatan tersebut. Berjam-jam kami berjalan, namun hasrat tiada dicapai. Dalam perjalanan tersebut, sempat kami bertukar2 fikiran dengan beberapa orang pemuda Turki dan seorang pemuda dari Amerika, semua adalah muslim. Pemuda dari Amerika ini begitu semangat mengikuti perkembangan dunia politik Turkey, terutama Reccep Tayyip Erdogan. Dia ke Turkie semata2 bagi memerhati situasi pilihanraya kedua pagi AK parti.

Perjumpaan kami dengan pemuda2 tersebut adalah didalam sebuah masjid setelah selesai sembahyang zohor. Pada masa yang sama terdapat seorang rakyat Syiria bersama kami, ia bermakna perjumpaan secara tak langsung itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Morocco, Turkey, Amerika dan Syiria.

Menuju Dimasq

Keputusan untuk meninggalkan Istanbul dibuat secara tergesa2, kerana visa Umrah kami tidak boleh dipanjangkan tempohnya. Oleh yang demikian kami bersepakat untuk meneruskan perjalanan ke Damascus ibu negara Syiria. Akhirnya kami terpaksa meninggalkan Abdullah, rakan kami dari Morocco keseoranagn di Istanbul. Namun begitu sebelum kami berpisah Amir, seorang rakyat Malaysia yang belajar di UK datang untuk menginap di hotel yang kami duduki, dan Abdullah pula secara tak langsung telah mengenali beliau.

Perjalanan dengan bas dari Istanbul menuju Dimasq mengambil masa 19 jam. 15 Jam dari Istanbul ke Antakya dan 4 jam dari Antakya ke Dimasq. Semasa perlajanan inilah, aku mengenali seorang pemuda Albania, Berisha namanya. Kisahnya yang berkahwin dengan bermaskahwinkan surah ArRahman telah ku ceritakan didalam artikel sebelum ini.

Pahit Untuk Diterima

Setelah sampai di sempadan Turkey – Syiria. Kami menyerahkan passport kami kepada pegawai Imegresen untuk mendapatkan visa. Tiba2 passport kami dibawa kepada pegawai yg lebih tinggi…Kenapa..? Tidak disanggka…Kami disoal bertalu2 seolah2 kami salah seorang penganas antara bangsa. Habis semua barang dalam beg terpaksa dikeluarkan. Pemandu Bas telah tidak tahan dengan kelambatan dan kelewatan ini, meninggalkan kami di sempadan bersama pegawai2 pemeriksa. Tetapi pegawai tersebut berjanji untuk memberi kelepasan kepada kami selepas pemeriksaan. Habis maklumat kami diambil, hatta semua duit kami pon diambil catatan akan jumlahnya. Tak kira mata wang apa pon..asalkan kami memberikan jumlah secara tepat.

Akhirnya, dengan muka bengis pegawai tersebut memutusakan bahawa kami tidak dibenarkan memasuki Syiria dan kami terpaksa dihalau dari Tanah Syiria, tanpa sebab. Inilah dugaan paling perit dalam perjalanan kami. Semasa aku menulis kisah ini, dengan tiba2 perasaan marah dan geram datang secara tiba2. Marah kerana mengalang kami memasuki Syiria sedangkan semua dokumen yang diperlukan bersama dengan kami. Marah kerana, pegawai2 Arab ini, mengisi perut mereka dengan tahi2 rasuah (wang). Semasa didalam bilik [pemeriksaan, aku nampak pegawai2 membahagi2kan duyit antara mereka. Barang kali, sekiranya duit dihulurkan sudah tentu kami bisa sahaja berjaya sampai ke Dimasq.

Hasil daripada halangan tersebut, kami terpaksa berpatah balik ke Imegresyen Turkey yang terletak kira 2 hingga 4 kilometer daripada Imegresyen Syiria. Kenderaan tidak ada, menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki walaupun diri sudah terasa keletihan dan kekecewaan yang amat sangat. Dengan kawasan yang berbukit dan cuaca yang panas kami berjalan kaki kembali ke arah Istanbul. Sambil berjalan, kami disekat oleh Askar Sempadan Turkey, yang bertugas disepanjang jalan menuju pintu masuk Turkey. DIa lengkap beruniform dan bersenjata. Dengan bantuan seorang pemandu lori yang sedang berehat ditepi jalan, beliau menayakan kami, kemana kami nak pergi. Dia bertutur dalam bahasa Arab dialek Syiria. Dan apabila kami menjawab, dia terpaksa menterjemah kata2 kami kepada bahasa Turkey supaya maklumat itu sampai kepada Askar tadi.

Dia kata, duduk bersama kami, nnti kalau ader kenderaan ke pintu masuk, dia akan tahan dan kami akan dibawa dengan kenderaaan berkenaan ke Pintu Masuk.

AK Parti

Setelah tiba di pintu masuk Turkey, kami menghadapi masalah untuk menerusakn perjalanan kami ke Antakya seterusnya ke Istanbul. Bas tiada, Teksi pon tiada. Suasana pada petang itu, cukup membingunkan kami. Selesai sembahyang asar, tiba2 terdapat van AK parti yang berkempen sehingga ke kawasan sempadan. Abdullah dan Firdaus cepat memohon pertolongan daripada pemandu van tersebut, supaya menghantar kami ke stesen bas Antakya. Alhamdulillah dia bersetuju untuk membawa kami ke stesen bas berdekatan, bukan ke stesen bas antakya. Aper pon terima kasih sekali lagi Pak Cik.

Pulang Ke Malaysia

Alhamdulillah kami sampai ke Istanbul, dengan perasaan yang bercampur dengan kesedihan . Aku memutusakan untuk kembali ke Malaysia, Pok LAh memutuskan untuk ke Cairo, dan Firdaus memutuskan untuk pulang ke Morocco semula melalui jalan darat. Inilah bibit2 perpecahan perjalanan kami. Masing2 membawa diri.

Malangnya tiket ke Kuala Lumpur untuk esok hari telah habis. Oleh yang demikian aku terpaksa membeli tiket menuju Bangkok. Pak Lah bernasib baik kerana tiket ke Cairo masih kekosongan.

Tiba di Bangkok, terpaksa menunggu penerbangas MAS selepas 13 jam. Selama waktu ini, sedikit pon aku tidak menjamah makanan, hanya cukup dengan air paip di airport tersebut. Tiba di KLIA dengan kepenatan dan terus menuju KL Sentral dan Hentian Putra untuk menaiki bas pada Jam 9 malam menuju Jerteh Terengganu.

Tidak ku sangga, perjalanan ku kali ini berakhir di tanah air sendiri. Inilah yang dikatakan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, wajib bagi kta meredhai akan ketentuan-Nya, bergembira dan berlapang dada dengan ketentuan-Nya merupakan simbol keredaan.

Sekian.

5 responses to this post.

  1. subhanallah..best…
    memang terasa nak berjalan sangat kaki ni..
    mungkin begitulah seadanya, mungkin bukan masa lagi untuk kita jadi tetamu Allah.. mungkin lain kali.

    entry ni menarik, seronok dengan jiwa remaja ni.
    cabaran , pengalaman , semuanya menyeronokkan..

    turkey…tunggulah satu masa nanti…

  2. InsyaAllah Umar Alfateh

    Summer tahun nie, enta bleh terus ke Turkey. Kemudian terus memasui Syria, Jordan dan Terus memasuki Mekah Menunaikan Umrah.

    Ana doakan supaya enta dipermudahkan

  3. Posted by faizndaud on June 23, 2008 at 3:00 pm

    salam…

    banyak benda boleh belajar dengan ust shakir ni…nanti dah xde kat bumi morocco ni, boleh jumpa kat malaysia pula insyallah.

  4. “SEKIAN”?

    Drastiknya penutup. Goreng la sdp2 sblm tulis perkataan ‘sekian’ tu. ambo enjoy baco posting tu. Haha

  5. oho… dengarnya pasal demo tak dpt visa masuk syria – tu bkn cerita baru. ramai dah pelajar-pelajar agama (al-Azhar terutamanya) dinafikan untuk masuk ke Syria dari Jordan. Pelajar perubatan tak ada masalah sgt. Pelik. Tak pelik sebenarnya kalau demo marah. Itulah, nak tengok Islam jgn tengok umatnya. Negara paling teruk amalan demokrasi, pencabulan hak asasi, rasuah, korupsi – semuanya negara-negara umat Islam. Yalah, kita bolehlah kata ‘itu label Barat sengaja nk burukkan kita,’ tetapi itulah HAKIKAT yg sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: