Tahniah, Graduan Morocco 2008.

Tahniah, Graduan Morocco 2008.

Minggu ini, keputusan peperiksaan semester akhir telah keluar. Masing2 mengurut dada tanda gembira mendapat keputusan peperiksaan. Tidak kurang juga ada yang terpaksa menduduki peperiksaan untuk pusingan kedua (Istidrok).

Sujud syukur perlu segera dilaksanakan, tanda berterima kasih dan syukur kepada-Nya, kerana keputusan lulus dan sebaliknya adalah atas kehendak-Nya.

Tahniah & Mabrouk diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dalam peperiksaan sem 2 ,4 dan 6. Pada tahun ini, dianggarkan 18 orang mahasiswa dan mahasiswi dari universiti2 Morocco akan mendapat segulung ijazah. Ia adalah merupakan angka tertinggi berbanding tahun2 sebelum ini.

Memperolehi ijazah bukan merupakan, anda telah memperolehi lesen untuk bersara daripada menuntut ilmu. Jangan sesekali memisahkan diri dari ilmu dan pena. Ilmu dan pena perlu digenggam erat sehingga diri menemui liang lahad. Inilah manhaj dan cara ulama menuntut ilmu.

Ijazah yang diperolehi hanyalah sekadar lesen untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Dunia hari ini, rata2 dan kebanyakan menjeling kepada sijil dan pengiktirafan. Akan tetapi hakikat menuntut ilmu adalah untuk memperolehi khasyah, sehinggalah menjadikan diri semakin berabdi dan dekat kepada Allah Taala. Itulah dia Ilmu, berupaya mendekatkan diri insan dengan Pencipta. Sekiranya perkara ini tidak berjaya direalisasikan, sudah pasti terdapat kecacatan dan kekurangan pada diri.

Awasilah diri daripada belajar semata2 ingin memperolehi segulung ijazah. Ia adalah bertujuan mendapatkan pekerjaan dengan menjadikan ijazah sebagai batu loncatan. Bersusah payah siang dan malam, mengulangkaji, memenatkan diri demi memperolehi pekerjaaan apabila pulang ke Tanah Air. Pekerjaan yang diperolehi bertujuan untuk memukat wang ringgit. Wang ringgi digenggam dan dibelanjakan demi memenuhi perut dan mengembirakan hawa nafsu. Apakah hasilnya setelah perut diisi penuh, sudah pasti tandas sebagai destinasi dan pelabuhan terakhir. Akhirnya jadilah matlamat hidupnya antara dapur dan tandas.

Alangkah eloknya sekiranya, para graduan ini, meneruskan pengembaraan dalam menuntut ilmu. Meneruskan pencarian mutiara2 hidup daripada para alim ulama dan hukama`. Tak kira dimana, sama ada di Malaysia, Morocco, ataupun negara2 timur tengah yang lain.

Pengembaraan menuntut ilmu di negara orang pasti lebih bermakna berbanding di neraga sendiri. Melihat kepelbagaian ciptaan Tuhan menimbulkan keinsafan pada diri, dan merasakan diri sememangnya kerdil dan senentiasa berhajat akan pertolongan-Nya.

Apa pun, Tahniah dan Mabrouk sekali lagi, kepada lepasan ijazah Morocco pada tahun ini. Mungkin kita mempunyai sedikit masa sahaja lagi untuk bersua dan beramah mesra sebelum masing2 membawa diri mengejar cita2 dan impian tersendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: