Dunia Selepas Ijazah

Dunia Selepas Ijazah

Selepas dipinta oleh seorang rakan supaya menulis mengenai topik ini. Aku mencapai pena, memerah minda demi melakarkan sedikit pandangan yang membeku di benak kepala ini.

Dunia selepas Ijazah, secara jujur aku nyatakan, topik ini terlalu penting dan aku kira tidak bisa bagi diri ini membicarakanya. Akan tetapi tidak salah kiranya, aku coretkan sepatah dua kalimah buat tatapan diri dan rakan.

Terus Belajar.

Meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi merupakan langkah yang paling bijaksana. Umur masih muda (20-30),tenaga masih kuat, semangat masih membara, akal masih tajam, jauh daripada kesibukan.

Ketika mana, umur manusia antara 20 – 30 tahun adalah merupakan fatrah emas bagi anak adam. Kebijaksanaan dalam mengatur langkah dan pilihan ketika fatrah ini sungguh bermakna. Alangkah eloknya sekiranya fatrah ini digunakan demi menimba ilmu sebanyak mungkin.

Ulama silam telah melakarkan peta kehidupan dengan penuh bijaksana. Umur muda mereka disedekahkan untuk menuntut ilmu dan mengembara demi memperolehinya. Mengumpul harta dunia pada masa muda dan berkahwin seawal mungkin bukan syiar dan kebanggaan mereka. Akan tetapi, ilmu pengetahuan dijadikan tujuan dan impian.

Kegagalan anak adam menuntut ilmu semasa muda adalah malapetaka bagi dirinya. Imam Syafie telah menyebut dalam syairnya :

اصبر على مر الجفا من معلمٍ @ فإن رسوب العلم في نفراتـه

ومن لم يذق مر التعلم ساعـة @ تجرع ذل الجهل طول حياتـه

ومن فاته التعلم وقت شبابـه @ فكبـر عليـه اربعـاً لوفاتـه

Maknanya:
Bersabarlah terhadap keperitan akan kekasaran daripada Mahaguru@
Sesungguhnya kegagalan memperolehi ilmu itu pada melarikan diri daripadanya
.
Dan sesiapa yang tidak merasai kepahitan belajar satu jam @
Dia akan meneguk kehinaan akan kejahilan sepanjang hidupnya
.
Sesiapa yang terlepas belajar pada waktu mudanya @
Maka angkatlah takbir keatasnya sebanyak empat kali untuk kematianya (solat jenazah)
.
Awasilah diri daripada mempelajari ilmu ketika diri sudah dimamah usia (tua) kerana ia diibaratkan seperti menulis diatas air. Tiada berbekas akan tulisan itu, tiada pula dilihat hasil daripada tulisanya diatas air tersebut. Akhirnya umur dihabiskan demi menulis dia atas air yang tiada kunjung tiba akan hasilnya. Inilah nasihat dan peringatan yang dilakarkan oleh Sheikh Ahmad Bamba yang saya petik daripada blog rakan saya Ust Daud. Kata Sheikh Tersebut dalam rangkap syairnya:

واعلم بأن من أبى التعلّما *** وقت صباه سيلا قي ندما

إذ كل من لم يتبادر للعلوم *** مع تفرغ لها قبل الهموم

فلا ينال غالبا مطلوبه *** منه وليس يحتوي مرغوبه

إذ مدحوا تعلّم الصغار *** بكونه كالنقش في الأحجار

وشبهوا تعلم الكبار *** بالكتب فوق الماء في الأثار

Maka ketahuilah barangsiapa yang tidak mahu belajar….pada waktu mudanya maka dia akan menyesal

Jika siapa yang tidak mempercepatkan diri untuk belajar….bersama mengosongkan fikiran dari selain belajar sebelum memberikan perhatian (terhadap pelajaran)

Maka tiadalah dia bakal mendapat apa yang diingininya….darinya(menuntut ilmu) dan bukanlah jua dia mempunyai keinginan padanya (menuntut ilmu)

Dan mereka (para a’lim) memuji pada belajar ketika masa mudanya belia…seperti keadaanya ukiran pada batu

Dan mereka menyamakan belajar ketika diri hampir tua….seperti keadaanya menulis diatas air

Bekerja

Tiada disangkal akan fenomena hari ini, setelah memperolehi ijazah, ramai yang akan mencari2 peluang pekerjaan. Ya, ini juga satu langkah yang baik. Langkah ini menjadikan diri bergantung hidup dengan diri sendiri. Dalam masa yang sama, mematangkan diri apabila menjejakkan kaki ke alam yang penuh persaingan dan tekanan.
.
Mungkin, waktu belajar dahulu, memperolehi pinjaman dan biasiswa daripada badan2 tertentu. Soal mencari duit dan wang saku tidak pernah berputik didalam minda. Namun keadaanya nyata berbeza setelah anda mencapai sekeping ijazah dan ingin menceburkan diri ke alam pekerjaan. Segala-galanya tentang diri anda perlu anda fikirkan, kini anda telah berdiri diatas kaki sendiri, tiada lagi berteduh dibawah payung ibubapa dan badan pemberi pinjaman dan biasiswa.
.
Pekerjaan yang dicapai perlu dijadikan sebagai medan dakwah kearah menyebarkan ilmu dan memberi nasihat kepada masyarakat yang dahagakan ilmu ukhrowi. Perkerjaan yang dicapai bukan hanya untuk mengisi perut bahkan perlu juga mendapat saham akhirat yang berkekalan.
.
Berkahwin
.
Bagi sesetengah mahasiswa, apabila mendapat sekeping ijazah bererti mendapat rukhsoh @ lesen untuk berumah tangga. Ia bermakna 2 dalam 1. Sekiranay inilah yang anda dapat, teruskan misi anda untuk menamatkan zaman bujang anda. Berkahwin merupakan sunnah Rasulullah, dan dengan berkahwin itu, keturunan anda terjaga seterusnya meramaikan umat Muhammad.
.
Terutama bagi mereka yang tidak ingin menyambung pelajaran dan mahu terus bekerja. Alam pekerjaan sungguh mencabar dan memberi tekanan pada diri. Boleh jadi anda tidak mampu lagi bersendirian melayari bahtera kehidupan yang bergelora dan tidak pernah tenang. Oleh yang demikian, seorang teman hidup perlu dicari dan perkahwinan itu sebagai pengubat diri.
.
Bagi yang ingin menyambung pelajaran, bukan bererti anda tidak boleh berumah tangga. Terpulanglah kepada diri, lihatlah pada situasi dan kemampuan, tepuk dada tanya selera.
.
Kesimpulanya
.
Waktu muda hanya sekali sahaja dihidangkan kepada manusia, pada ketika itu, tenaga, semangat dan kemahuan berada di puncak. Gunakanlah fatrah tersebut demi mencari kemuliaan. Kemuliaan didunia adalah ilmu, ia merupakan simbol kemegahan, dan kemuncak keseronakan. Keseronakan dunia dan kemuliaannya bukan terletak pada mengumpul wang dan harta dunia, tidak juga pada isteri dan bilangan isteri yang anda miliki.
.
Disini, aku menasihatkan diri sendiri dan sekalian rakan, supaya terus berjuang didalam medan ilmu, mengutip mutiara2 dunia dan akhirat di mulut2 ulama dan hukama. Dengan merekalah, hakikat kehidupan, hakikat duina, dan hakikat perjalanan selepas binasanya dunia bisa diketahui dan dimiliki.
.
~JANGAN SESEKALI MEMISAHKAN DIRI DARI BUKU DAN PENA~
.
Sekian.

One response to this post.

  1. Posted by Syazwan Akmal on July 1, 2008 at 12:53 am

    seperti bisa ku knal berspek dua dr kanan…apekah beliau awet muda??kerna seperti nya sama tika di kampus MML dulu2… =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: