Halangan Dari Yang Kita Sayangi

Halangan Dari Yang Kita Sayangi

Sebelum ini, aku tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku. Ada dikalangan rakan2 ku yang terhalang impianya disebabkan oleh orang yang mereka sayangi dan cintai (ibubapa). Namun begitu, halangan itu bukanlah sesuatu yang negatif pada pandangan beliau akan tetapi untuk maslahah dan kebaikan anak2nya.

Kalau dahulu, kita dipaksa supaya bersekolah, dari sekolah rendah sehinggalah sek menengah kemudian ke peringkat universiti. Semasa di sek ren dan menengah, kita sering diasuh dan disuruh oleh kedua2 ibu bapa supaya banyak membaca supaya cemerlang dalam akedemik.

Dengan kesabaran yang gigih dan kerajinan yang tiada mengenal malam dan siang, tangga universiti berjaya dipijak. Bergelumang dengan sistem university yang banyak membantu dalam mengembangkan fikiran dan maklumat sehingga menjadikan seorang yang berilmu dan berpendidikan. Tambahan pula umur ketika itu dalam lingkungan 20 an, kita mengira dan beranggapan bahawa diri sendiri sudah mempunyai lesen untuk berbuat keputusan terhadap beberapa perkara. Ketika ini, cita2 dan impian seorang pemuda begitu membara, dia nampak akan jalan yang bakal dilalui demi memetik hasil.

Namun begitu, selepas tamat peringkat Ijazah dan berjaya mendapat segulung ijazah, kini, kita disarankan supaya pulang ke tanah air. Bagi mereka 3 @ 4 tahun di perantauan sudah cukup tempohnya, sekarang ini masa untuk berbakti pada keluarga dan bangsa. Sedangkan didalam sanubari mengenggam erat cita2 untuk menyambung pelajaran, terutama apabila diri telah tercampak kedalam kemanisan ilmu.

Dengan keputusan ini, jangan sesekali kita menyalahkan ibubapa dalam menghalang cita2 murni kita. Ibubapa menasihatkan kita berdasarkan kehidupan dan pengalaman yang beliau miliki. Terutama ibubapa yang tidak mendapat pendidikan tinggi, inilah sarananya. Patuh dalam keputusanya adalah langkah paling bijak, kerana dengan itu tercapai akan keredaan ibubapa. Keredaan ibubapa sebenarnya jauh lebih besar dan bermakna berbanding cita2 murni anda.

Ada dikalangan ibu bapa yang menyatakan, kalau anakanda mahu meneruskan pelajaran, anakanda perlu menanggung sendiri, ayahanda sudah tidak mampu untuk berbuat demikian, memandangkan adik2 yang lain masih kecil dan diperingakat sek ren dan men. Oleh yang demikian, anakanda ini, yang telah melepasi peringkat ijazah, ayahanda kira, anakanda sudah bisa berdiri dengan sendiri tanpa bantuan ayahanda. Ketahuilah olehmu, wahai anakanda, kita bukan dari kalangan keluarga yang berada, dulu semasa anakanda mahu ke seberang laut, 2 hektar kebun durian telah ayananda jualkan, kini ayahanda tidak lagi mahu berbuat demikian, kerana tanah2 yang berbaki lagi, ayahanda akan jualkan sedikit masa lagi untuk adik2 yang lain. Oleh yang demikian ayahanda memohon maaf, kiranya ia kurang menyenangkan anakanda.

Pedih sungguh terasa di lubuk hati. Apabila mengenangkan pengembaraan ulama silam yang menuntut ilmu selama bertahun2 lamanya, diri terasa ingin mencuba, namun keadaan tidak mengizinkan.

Sedikit Kesilapan Melayu

Masih ada minda Melayu yang menaruh harapan kepada anak2nya yang telah mencapai ijazah, supaya terus menjawat jawatan kerajaan. Diri terasa megah dan bangga apabila anak2 bekerja makan gaji dengan kerajaan. Oleh yang demikian, demi mencapai kebanggaan ini, anaknya yang baru habis B.A dipaksa pulang supaya boleh bergelar pegawai kerajaan. Sedangkan, dengan membiarkan anak2nya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah lebih bermakna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Hasilnya, anak ini terperangkap dengan keadaan, keadaan yang menentukan hala tuju hidupnya. Ia seolah2 seperti sabuk @ kulit kelapa yang dibawa arus. Tidak mampu melakukan apa sahaja melainkan mengikuti arus dan keadaan.

Berhikmahlah.

Dalam menghadapi situasi ini, anda perlu bijak sekiranya, anda masih lagi mengengam impian. Cara alternatif yang penuh hikmah perlu dilaksanakan. Dengan ini, hati org tua pasti akan terjaga dan impian anda terbentang luas dihadapan mata.

Masalah yang sebegini jangan dipikul sebagai satu kekecewaan bahkan ia perlu dipikul sebagai satu anugerah untuk mematangkan lagi diri sendiri sebelum menjadi dewasa. Jadikan ia sebagai satu pedoman dan pengajaran hidup, dan janganlah diulangi kembali apabila anda bergelar bapa atau ibu, suatu hari kelak.

Peluang Terbuka.

Bagi mereka yang tiada menghadapi kesukaran ini, syabas diucapkan dan teruskan pengembaraan ilmu anda. Tiada lagi alasan dan halangan untuk anda mengejar cita2 dalam bidang ilmu demi mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Terutama bagi pelajar2 agama, 3 @ 4 tahun belajar dalam bidang agama belum cukup untuk anda keluar sebagai pendakwah berbisa, belum cukup untuk anda bergelar murabbi berwibawa. Ilmu itu jauh destinasinya dan berduri lurahnya. Tempoh 3 @ 4 tahun ini, baru sekadar mengenal tokoh ulama silam dan tidak lagi menyentuh akan kehebatan dan keagungan ilmunya.

Bagi mereka yang ingin mendalami bahasa arab, sudah tentu 3 @ 4 Tahun bukan merupakan tempoh matang dan boleh dipetik akan hasilnya. Subhanallah, bahasa arab cukup berseni dan menusuk jiwa. Syair arab yang unik dan memberi kesan kepada jiwa menyebabkan diri seolah2 mabuk akanya. Syair arab yang merangkumi pelbagai skop dan topik menjadikan sastera arab tiada tolak bandingnya. Berlainan pula dengan nasyid dalam Bahasa Melayu, aku perhatikan kebanyakan lagu nasyid berkisarkan perhubungan @ cinta antara anak adam. Tiada menyeluruh akan skop dan topiknya seperti syair bahasa arab.

Tambahan pula, penasyid Melayu rata2 tergolong daripada golongan remaja dan pemuda/pemudi. Kebanyakan mereka tiada penguasaan dalam bahasa melayu dan tatabahasanya, ia nyata berlainan dengan syair arab, yang mana ia merupakan rujukan bahasa dan hasil ciptaan pakar2 bahasa.

Ops,…dah terlanjur dan dah terkeluar daripada topik, bagi mengakhiri artikel ini, marilah sama2 kita menilai sejauh manakah kebenaran bagi mereka yang menyatakan kata2 ini:

إن حلاوة اللغة العربية تنسي ليلة العرس

Sesungguhnya, Kemanisan Bahasa Arab Melupakan (keindahan) Malam Pertama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: