Kampung & Kedamaian

Kampung & Kedamaian

Ketenangan dan kedamaian hati, sesuatu yang dihargai insan. Kampung merupakan tempat yang sinonim dengan kedamaian dan ketenangan. Tabiat alam semulajadi ciptaan Tuhan menyejukkan hati, menambah kekuatan diri.

Kehidupan dibandar, kebanyakan adalah lebih bersifat kepada terpaksa. Terpaksa tinggal dibandar disebabkan lokasi bekerja disitu, dan pelbagai lagi. Sukar untuk mencari ketenangan dan kedamaian ditengah2 bandar. Bunyi bising kenderaan dan bangunan pencakar langit dan pelbagai lagi, menjauhkan insan daripada ketenangan sejati.

Dahulunya, aku tidak pernah menghargai akan nilai dan tabiat alam semula jadi di kampung. Akan tetapi, apabila berada di Morocco, penghargaan itu mula berputik setelah kehidupan dibandar ini kadang2 membosankan diri.

Begitulah manusia, apabila hilangnya sesuatu, baru dia mula merasai akan nilai dan penghargaan akan sesuatu yg dia pernah miliki dahulu.

Sepetang di Perkampungan Asni (Marrakech), sungguh bermakna. Atas jemputan Sheikh Dr Taufik dan Pak Cik Latif, aku ke sana demi menikmati udara yang segar di kaki bukit Asni. Kawasan ini merupakan tempat penanaman Epal, Khukh, dan pelbagai lagi. Wah…hari ini kami masuk kebun….sungguh seronok

Pelajar Melayu dahulu pernah sampai di tempat ini, antaranya Ust Shahri, Ust Halim Naam dan beberapa orang lagi. Pak Cik Ibrahim, pemilik kebun ini, telah lama menjalinkan hubungan dengan Pelajar2 Melayu dengan bantuan Pak Cik Lattif.

Akhirnya, Alhamdulillah setelah 4 tahun di Morocco inilah, kali pertama memasuki kebun Epal, dan Khukh. Kalau di Malaysia, jangan bermimpi untuk mendapati pokok Epal dan Khukh. Bukan setakat melihat sahaja, bahkan kami terus memilih dan memetik khukh yang telah masak untuk dimakan.

Udara yang nyaman pada petang itu, tambahan pula pemandangan menarik dikaki bukit menceriakan kami semua. Ia seolah2 melupakan akan kesibukan selama ini, melupakan masalah yang memeningkan kepala, mendamaikan hati yang resah. Seterusnya memberikan satu kekuatan dalamam kepada diri.

Sekali sekala, seeloknya kita meninggalkan tempat kita dibandar, dan melawat kawasan kampung dan pedalaman. Dengan cara ini, sedikit sebanyak mampu memberi satu momentum baru kepada diri seterusnya meningkatkan mutu kerja dan belajar apabila pulang ke bandar.

2 responses to this post.

  1. huhu..bestnya kampung…kawe kelek mesia esok be…shah alam walaupun bandar tapi masih kekal kampung sebab kawasan umah saya jauh dari bunyi bising kereta..hihihi…

    meninggalkan bandar moscow yang tak pernah sunyi dari bunyi entah apa2…moga2 sebulan setengah ni mendapat kedamaian dan ketenangan dalam suasana…

    caiyok…abe berapa lamo lagi duk morocco tu?

  2. Selamat Pulang ke Malaysia Sdr UmarAlfateh, dan selamat berehat disana, moga2 anda berjaya mendapatkan kesunyian dan ketenangan yang diimpikan.

    Owhhh, tntg dop Morocco.Kalau ikutkan, sebenarnya Ijazah telah diperolehi, tapi, Merantau lebih dekat dihati berbanding kampung halaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: