Muktamar Melabuh Tirai

Muktamar Melabuh Tirai.

Tanggal 14 & 15 JULY 2008, dua hari berturut2 ahli2 PMMM bermuktamar membincangkan perihal rumahtangga mereka. Ini merupakan muktamar yang kedua aku sertai semenjak berada di bumi Morocco ini. Kali pertama pada tahun pertama, dan kali kedua pada tahun terakhir disini.

Ramai pembahas mengambil bahagian untuk membahaskan beberapa topik. Gelagat para perwakilan juga yang bermacam ragam, sebenarnya telah menceriakan keadaan muktamar yang berlangsung itu.

Terima Kasih diucapkan kepada Bekas Presiden, Ust Musad dan sekalian nakhoda2 yang lain. Jasa dan budi yang anda curahkan, insyaAllah akan mendapat ganjaran disisi Allah.

Tahniah diucapkan kepada Presiden Baru, Ust Ahmad Fathi. Kemenangan anda sebenarnya hasil daripada keinginan ahli PMMM yang nyata inginkan seorang Ketua yang berintelek tinggi dan bijaksana. Selamat mengemudi Bahtera ini buat 12 purnama yang mendatang.

Belumpun mereka datang (Lepasan Diploma Malaysia), namun perbahasan mengenai mereka telah bermula. Kalau sekiranya Mesir tidak menerima pelajar2 ini demi menjaga status dan kualiti keluaran Al-Azhar, adakah relevan sekiranya mereka2 ini dicampak dibumi Morocco. Tidakkah ia akan menjatuhhkan nama dan kehebatan keluaran Morocco yang berpunca daripada kemasukan terus kepada sem-5. Ini adalah taktik perniagaan bagi kolej2 di Malaysia untuk terus mengekalkan hayat dan riwayat hidup kolej2 mereka. Kolej2 ini sebenarya bertunjangkan kepada perniagaan dalam bidang pendidikan, setelah 3 tahun pelajar2 berada di bawah jagaan dan peliharaan mereka, maka tahun terakhir pelajar2 boleh menyambung pengajian di Uni2 yang telah mementerai perjanjian sesama mereka selama satu tahun.

Kami tidak bersetuju dengan kedatangan mereka disini kecuali sekiranya mereka datang memasuki tahun satu. Bermulalah daripada kaki bukit dan bukanya dicampakkan -(dgn lastik)- ditengah2 pendakian.

Isu apartment muslim @ Darussa3adah, mendatangkan pelbagai pro dan contra. Usul ini dianggap releven terutama bagi mereka yang telah kebumi Mesir dan melihat keadaan, fenomena dan kesan daripada Bait Muslim. Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak bersetuju dan memohon supaya usul ini ditangguhkan kepada pihak AMT. Walauapapun, aku mencadangkan perkara ini untuk mahasiswa dan mahasiswi yang masih lagi bertapa di bumi Maghribi ini, dan aku yakin dan percaya bahawa kemunculanya pasti akan tiba jua, sedikit masa sahaja lagi.

Antara yang menarik ialah perbincangan diakhir sidang muktamar, Isu Konvokesyen menjadikan dewan hangat dan berlaku percangahan pendapat. Kalau anda perhatikan pada hari itu, bagi yang lelaki, terdapat 2 puak, satu yang menyokong bayaran 120 dh dan satu lagi yang menentang. Namum begitu nasib dan takdir menyebelahi penentang, dengan bayaran dikurangkan kepada 50 dh shj. Kami, penentang pada waktu itu, berasa bangga dengan kejayaan yang kami perolehi.

Buat mahasiswa baru, jadikan muktamar ini sebagai pengajaran buat muktamar2 yang mendatang. Ia adalah sebagai tapak bagi anda menyuarakan isi hati anda kepada pimpinan anda. Dalam masa yang sama, kewujudan sesetengah golongan seolah2 pembangkang didalam dewan, sebenarnya memberikan impak yang besar dalam menstabilkan dan memperbetulkan beberapa isu dan perkara.

Sekian Wassalam.

2 responses to this post.

  1. Posted by yang mengambil pengajaran.. on July 18, 2008 at 12:31 am

    pertama sekali..tahniah kerana berjaya menghabiskan pengajian dalam peringkat ijazah.semua nampaknya bergaya dgn jubah konvo yg berharga 50dh @ RM25 itu..mana nak dapat ye mcm tu kat malaysia?di saat melihat wajah2 pihak penganjur..wujud satu perasaan di hati ini..penganjur yg telah bertungkus lumus unt menjayakan program..yg sakit2 kerana program itu..tetapi sanggup bertolak ansur dgn graduan2 yg menganggap dirinya telah menang sebagai penentang berkaliber.. perasaan unt menghargai sebagai yg dirai itu perlu seiring dengan ilmu kita.. program yg berbentuk keduniaan ini jugalah yg dipahatkan dalam kamera masing2..yg bergaya dan seakan2 tidak mahu menanggalkan jubah..ini hanya utk menjadikan medan komen ini sebagai tapak utk menyuarakan isi hati ini walaupun bukan kepada pimpinan..saling bermaaf-maafan la kita bagi menjamin kesepakatan dan mengekalkan kualiti persatuan dlm mmbntuk generasi yg intelek..salam maaf dan salam keterbukaan..

  2. Terima Kasih atas komen yg membina ini.

    Ya, memang semua bergaya dengan jubah tersebut, yang hensem bertambah hensem, dan yag kurang hensem menjadi hensem.

    Oleh kerana kami bertolak ansur, maka kami bersetuju dengan 50 dh @ 25 rm. Anda melihat usaha penganjur bertungkus lumus menjayakan program,sehingga anda melihat kami seolah2 tidak menghargai pengorbanan mereka.Dan seterusnya meletakkan kami-(penentang)- di kandang orang yang bersalah. Bukan begini sebenarnya. Pengorbanan mereka mamang kami hargai.

    Tetapi, adakah dengan kami membayar 120 dh, barulah kami digelar orang yang menghargai usaha mereka…?

    Tidak berapa tepat kiranya, anda melihat semua mahasiswa dan graduan di Morocco ini kaya raya. Seakan2 semuanya mendapat RM 10,000.00 pnjaman dan zakat dari Malaysia. Ada diantara mereka yang membanting tulang dan memerah keringat demi mengisi isi perut mereka. Mereka hidup tanpa bantuan dan pinjaman yayasan tertentu.

    Apa pon, saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana berani mengkritik dan memberi komen kepada kami, khususnya kepada tuan blog ini. Boleh jadi kebenaran adalah milik anda , dan boleh jadi ia menjadi milik kami.

    Sekian Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: