Archive for August, 2008

Mauritania, Destinasi Dituju – 2

Mauritania, Destinasi Dituju – 2

Keesokan pagi, tanpa sempat bersarapan, cepat2 kami meninggalkan Hotel Riyad menuju ke Perhentian Teksi Nuadhibo yang terletak di pintu masuk ke Bandar Dakhla.
Sambil menunggu penumpang lain, kami berborak dengan pemandu2 teksi. Setelah mengetahu bahawa kami dari Malaysia, mereka sungguh kagum dengan Malaysia terutama disebabkan sopan santun Jemaah Haji kita di Mekkah. Sedikit sebanyak Jemaah Haji kita telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tujuan ke Mauritania terpaksa dirahsiakan daripada mereka, lantaran keadaan yang memaksa begitu. Dalam rancak berbual, salah seorang daripada mereka berkata ” Pergilan ke Mahdarah (Pondok) dan menghafal Quran & Hadis, dengan Quran & Hadis kita menguatkan diri” Aku tersentak dengan kata2 hikmah ini.

Mercedes C 190 yg kami naiki memecut dgn laju, setelah beberapa jam di dalam kereta, kami tiba di sempadan – Imegresen Ben Guedouz- . Cuaca panas terik pada tengah hari itu menzahirkan identiti sebenar Sahara. Setelah 4 jam menunggu proses pemeriksaan, aku di benarkan untuk menyeberangi sempadan.

Tidak diduga…

Jarak antara Imegresen Morocco dan Imegresen Mauritania adalah lebih kurang 3 – 5 KM. Diantara kedua2 sempadan ini adalah kawasan yang masih lagi didalam perebutan antara Puak Pemisah Polisario dan Morocco. Oleh yang demikian, PBB mengishtiharkan bahawa kawasan ini adalah dibawah pengawasan mereka.

Di kawasan pergunungan Padang Pasir ini, jalannya tidak ber`tar`. Ia hanyalah jalan yang sedikit berbatu diselaputi dengan Pasir. Pemandu yang tidak biasa melalui jalan ini, sudah pasti tidak mampu memandu kenderaanya. Tiada penanda arah kecuali timbunan pasir dan batu-batan. Namum begitu, pemandu tidak boleh sewenang2 memandu dikawasan ini, ia cukup bahaya. Periuk Api yang masih lagi aktif tertanam di segenap penjuru kawasan ini. Sekiranya kenderaan anda keluar sejauh 50 meter dari `jalan biasa`, maka periuk api akan menjadi hidangan anda semua. Hanya Pemandu Teksi, Lori dan penduduk sekitar yang selalu keluar masuk mengetahui `jalan biasa` ini. Papan tanda PBB dan Kerajaan Mauritania sentiasa memperingati pemandu tentang bahaya periuk api di kawasan ini.

Bagimanakah perasaan anda, apabila berada dikawasan yang dikelilingi Periuk Api.?

Di Sempadan Mauritania, sekali lagi kami di siasat. Siasatan pertama dikendalikan oleh tentera Mauritania, Alhamdulillah sekejap sahaja. Manakala siasatan kedua dikendalikan oleh Pegawai Imegresen. Di sini, ia mengambil masa sedikit. Pejabat ini terdapat beberapa orang pegawai termasuk seorang ketua. 2 orang pegawai biasa duduk dengan tekun di atas kerusi manakala ketuanya dengan bangga dan seronok berbaring diatas katil yang tilamnya tidak bercadar. Bertugas sambil berbaring …wow..hebatnya dia.

Namun begitu aku tidak lepas daripada soalan bertubi2 yang keluar daripada mulut ketua ini.

Akhirnya, setelah aku berjaya menjawab semua soalan yang dilontarkan, kami diberikan kebenaran untuk masuk ke Mauritania. Ini kira ok lah…soalan biasa2 sahaja, tidak seperti Pegawai Imigresen Syira di sempadan Turki Syiria. Kalau di Syiria, soalan2 yang dilontarkan ada kalanya melambangkan kebanggangan beliau dan kebodohannya.

Paling menakjubkan ialah pegawai itu tadi bertugas di atas katil sambil berbaring dan tangan memegang erat 2 biji telefon bimbit. Fenomena ini, barangkali sudah cukup untuk mengambarkan keadaan yang terdapat di negara ini.

Rich Dad & Poor Dad

Rich Dad & Poor Dad

Semua orang benci dan takut terjerumus ke dalam krisis kewangan. Namun begitu, mereka tidak pernah meluangkan masa untuk mempelajari tentang kewangan. Mereka tidak juga membelanjakan sedikit wang mereka untuk membeli buku tentang kewangan dan cara menguruskanya.

Mereka menganggap, kursus kewangan dan pembelian buku kewangan adalah satu pembaziran dan kerugian. Inilah satu kesilapan besar telah dilakukan oleh kebanyakan orang pada hari ini. Jadilah mereka seperti orang lain yang tidak pernah keluar daripada perlumbaan hidup.

Rich Dad Poor Dad, adalah sebuah buku yang hebat. Ia mengajar anda tentang falsafah kewangan dan wang. Ia membantu anda menyelesaikan krisis kewangan yang menghantui anda sekalian.

Nasihat & Pandangan Bapa Kaya dan Bapa Miskin (Berpelajaran Tinggi), yang sering bertentangan dan berlawanan telah menjadikan Robert T. Kiyosaki dan Mike sebagai pakar kewangan dan pelaburan.

” Sebab utama orang menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka belajar di sekolah bertahun-tahun tetapi tidak mempelajari apa-apa tentang wang. Akibatnya, mereka menjadi hamba wang…tetapi tidak penah belajar supaya wang menjadi hamba mereka” ~ Robert T. Kiyosaki – Pengarang Rich Dad Poor Dad.

” Saya sayangkan anak-anak saya dan mahu memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik ! Persekolahan tradisional memang penting, namun tidak lagi mencukupi. Kita semua perlu memahami tentang wang dan cara wang bekerja” ~ Sharon L. Lechter – Pengarang bersama Rich Dad Poor Dad.

Kos Hidup Di Maghribi @ Morocco – Pelajar

Kos Hidup Di Maghribi @ Morocco – Pelajar

Setiap kali tiba bulan Ogos dan September, ramai pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran keluar negara khususnya ke Morocco menunggu surat tawaran dengan penuh debaran dan penuh minat.

Tentunya persoalan tentang kos hidup di sini, antara persoalan utama yang bermain di minda kalian. Terutama bagi mereka yang berstatus persendirian. Bagi mereka yang bertajaan, mereka seperti anak emas bagi yayasan2 dan majlis agama tertentu. Usah dibimbangi, `anugerah` yang bakal anda perolehi lebih daripada cukup insyaAllah.

Semoga maklumat ringkas ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka yang bergelar `persendiriaan`

Mata wang Maghribi @ Morocco : DIRHAM

Tukaran berbanding Ringgit Malaysia (RM) : RM 1 = DH 2.25 (Tidak Tetap)

Rumah Sewa, Elektrik & Air

Antara DH 250 – DH 400 Sebulan.

Makan Minum

Antara DH 250 – DH 350 Sebulan

Wang Saku

DH 250 sebulan

*Jumlah perbelanjaan berbeza berdasarkan lokasi tempat belajar.

*Perbelanjaan yang dipaparkan ini tidak masuk kos pembelian kitab.

Senarai Harga Barang Keperluan Asasi

Beras : DH 12 – DH 13 Sekilo.

Ayam : DH 16 Sekilo.

Daging Lembu : DH 60 – DH 70 Sekilo.

Harga Sayur – sayuran & buah-buahan lebih murah – kadang2 sama – berbanding harga di Malaysia

Mauritania, Destinasi Dituju – 1

Mauritania, Destinasi Dituju – 1

Cuti musim panas datang lagi, masing2 mempersiapkan diri dengan pelbagai rancangan dan impian. Ada yang merancang untuk pulang ke tanah air, berjalan melawat benua eropah dan ada juga yang menanam hasrat untuk terus belajar di pondok2.

Akibat teruja dengan kehebatan Pelajar2 Mauritania di sini, maka aku mengambil keputusan untuk meredah Sahara- Padang Pasir untuk menuju ke destinasi, Mauritania. Ia merupakan negara jiran bagi Morocco. Letaknya adalah disebelah selatan Morocco.

Khabarnya, musim panas, cuaca memang panas di sana. Apa tidaknya, Padang Pasir tempat kegemaran unta memang bersifat begitu. Cuacanya yang panas terik sememangnya menyukarkan kehidupan disana.

Namun begitu, semangat untuk kesana demi menghafal Al-Quran dan beberapa matan ilmu bahasa arab tetap mengunung. Tiada siapa lagi dapat menghalang. Walaupun perjalanan yang bakal ditempuhi amat membimbangkan apabila, aku dan Pak Lah mengambil keputusan untuk meredah jalan darat. Jarak perjalanan pergi dan balik daripada Kenitra ke Nuakchoot-Ibu negara Mauritania adalah sebanyak 5470 KM.

Memulakan perjalanan daripada Kenitra pada jam 2.30 pagi menuju ke Bandar Marrakech. Di sana kami bermalam selama satu malam di rumah Pak Cik Lattif. Keesokan harinya, jam 3 petang bas dijangka bertolak daripada Stesen Bas Supratour Marrakech, malangnya ia terlewat kira2 satu jam daripada waktu asal. Perjalanan ini akan menuju ke Bandar Dakhla yang terletak Western Sahara Morocco. Jaraknya daripada bandar Marrakech ialah lebih kurang 1500 KM. Dengan tambang sebanyak 440 DH kami memulakan perjalanan. Untuk pengetahuan sesiapa yang ingin ke Western Sahara, hanya 3 syarikat pengakutan sahaja yg menyediakan perkhidmatan kesana, pertama SUPRATOUR, kedua CTM dan yang ketiga SATAS. Kesemua perjalanan adalah bermula daripada Marrakech dan mengambil masa selama 25 jam.

Perjalanan dibandar Sahara Morocco, sememangnya tidak disangkakan. Kemudahan asas ditempat rehat adalah jauh lebih baik berbanding perhentian disekitar Rabat, Casa dan bandar2 lain. Tambahan pula harga makanan yang berpatutan. Hampir setiap kali bas berhenti, kami akan menikmati hidangan Tajin daging Biri2. Uh…sungguh sedap…. Kalau tahun lepas, berjalan di Eropah, terpaksa bawa roti dan coklat dijadikan santapan disebabkan harga yang mahal. Kali ini, semuanya berubah. Perjalanan juga bertambah serinya apabila perut sentiasa penuh dan ok…hehhehe

Dalam masa yang sama, perjalanan menuju ke Sahara membolehkan aku melihat bentuk muka bumi Morocco yang jelas berlainan dengan bandar2 disebelah utara dan barat Morocco. Masyarakat yang bergantung hidup dengan mengembala kambing, unta dan sebagainya. Sesetengah bandar2 di Sahara adalah berhampiran dengan pantai dan lautan Atlantik, oleh yang demikian, kebanyakan masyarakat disana terdiri daripada nelayan.

Tiba di bandar Dakhla pada jam 5 petang keesokan harinya. Dengan bantuan seorang kawan yg dikenali didalam perjalanan, kami mula mencari hotel. Alhamdulillah Hotel Riyad menjadi penginapan kami pada malam itu dengan bayaran 30 Dh setiap seorang. Sekitar jam 7 petang, kami keluar menikmati keindahan bandar Dakhla. Bandar Padang Pasir yang dikelilingi Pantai dan Lautan Atlantik. Ah…..sungguh cantik dan romantik… Udara disana tidak mengambarkan Musim Panas. Angin bertiup kencang..melontarkan kesejukan didalam diri.

Menikmati hidangan daging unta bakar pada petang itu, sungguh menyeronokkan. Kali pertama makan daging unta, rasanya boleh tahan, lebih sedap daripada daging lembu dan biri2.

Ah….malam itu, Fadhil, rakan yag kami kenal dalam bas menjemput kami untuk makan malam di rumah beliau walaupun jam dah hampir pukul 11 malam. Dalam keadaan pra demam aku mengagahkan diri ke rumah beliau. Cuaca sejuk dan berangin di Dakhla memang bahaya, sekejap sahaja boleh menyebabkan selsema dan demam.

Fadhil adalah keturunan Yaman, tetapi kini tinggal di Dakhla. Kesemua penduduk yang tinggal di kawasan Guelmin, Tan Tan, Louyun sehinggalah Dakhla dikenali masyarakat Sahara- Padang Pasir. Kehidupan mereka jelas berlainan dengan masyarakat Arab Morocco. Sampai sahaja di rumah beliau, pertama sekalai kami dihidangkan dengan syai sahara, wah….kali pertama menikmati syai sahara…sungguh menakjubkan…penuh dengan buih..lebih kurang separuh gelas kecil itu, semuanya buih..syai pula pekat sedikit..tetapi sedap..

Bersambung…

Kembali Semula

Assalamualaikum,

Setelah kemudahan internet yang selalu saya nikmati kembali semula, saya mengambil keputusan untuk terus mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog ini. Kalau sebelum ini, saya dan internet hampir terputus hubungan, sebab itulah saya rasa saya telah tidak ada masa dan peluang untuk terus menulis, maka artikel bertajuk PENAMAT dipostkan.

Tetapi, kini, keadaan seolah2 akan dan sedang berubah. Dan saya insyaAllah bersedia untuk kembali memegang pena.

Sekian,

Wassalam