Mauritania, Destinasi Dituju – 1

Mauritania, Destinasi Dituju – 1

Cuti musim panas datang lagi, masing2 mempersiapkan diri dengan pelbagai rancangan dan impian. Ada yang merancang untuk pulang ke tanah air, berjalan melawat benua eropah dan ada juga yang menanam hasrat untuk terus belajar di pondok2.

Akibat teruja dengan kehebatan Pelajar2 Mauritania di sini, maka aku mengambil keputusan untuk meredah Sahara- Padang Pasir untuk menuju ke destinasi, Mauritania. Ia merupakan negara jiran bagi Morocco. Letaknya adalah disebelah selatan Morocco.

Khabarnya, musim panas, cuaca memang panas di sana. Apa tidaknya, Padang Pasir tempat kegemaran unta memang bersifat begitu. Cuacanya yang panas terik sememangnya menyukarkan kehidupan disana.

Namun begitu, semangat untuk kesana demi menghafal Al-Quran dan beberapa matan ilmu bahasa arab tetap mengunung. Tiada siapa lagi dapat menghalang. Walaupun perjalanan yang bakal ditempuhi amat membimbangkan apabila, aku dan Pak Lah mengambil keputusan untuk meredah jalan darat. Jarak perjalanan pergi dan balik daripada Kenitra ke Nuakchoot-Ibu negara Mauritania adalah sebanyak 5470 KM.

Memulakan perjalanan daripada Kenitra pada jam 2.30 pagi menuju ke Bandar Marrakech. Di sana kami bermalam selama satu malam di rumah Pak Cik Lattif. Keesokan harinya, jam 3 petang bas dijangka bertolak daripada Stesen Bas Supratour Marrakech, malangnya ia terlewat kira2 satu jam daripada waktu asal. Perjalanan ini akan menuju ke Bandar Dakhla yang terletak Western Sahara Morocco. Jaraknya daripada bandar Marrakech ialah lebih kurang 1500 KM. Dengan tambang sebanyak 440 DH kami memulakan perjalanan. Untuk pengetahuan sesiapa yang ingin ke Western Sahara, hanya 3 syarikat pengakutan sahaja yg menyediakan perkhidmatan kesana, pertama SUPRATOUR, kedua CTM dan yang ketiga SATAS. Kesemua perjalanan adalah bermula daripada Marrakech dan mengambil masa selama 25 jam.

Perjalanan dibandar Sahara Morocco, sememangnya tidak disangkakan. Kemudahan asas ditempat rehat adalah jauh lebih baik berbanding perhentian disekitar Rabat, Casa dan bandar2 lain. Tambahan pula harga makanan yang berpatutan. Hampir setiap kali bas berhenti, kami akan menikmati hidangan Tajin daging Biri2. Uh…sungguh sedap…. Kalau tahun lepas, berjalan di Eropah, terpaksa bawa roti dan coklat dijadikan santapan disebabkan harga yang mahal. Kali ini, semuanya berubah. Perjalanan juga bertambah serinya apabila perut sentiasa penuh dan ok…hehhehe

Dalam masa yang sama, perjalanan menuju ke Sahara membolehkan aku melihat bentuk muka bumi Morocco yang jelas berlainan dengan bandar2 disebelah utara dan barat Morocco. Masyarakat yang bergantung hidup dengan mengembala kambing, unta dan sebagainya. Sesetengah bandar2 di Sahara adalah berhampiran dengan pantai dan lautan Atlantik, oleh yang demikian, kebanyakan masyarakat disana terdiri daripada nelayan.

Tiba di bandar Dakhla pada jam 5 petang keesokan harinya. Dengan bantuan seorang kawan yg dikenali didalam perjalanan, kami mula mencari hotel. Alhamdulillah Hotel Riyad menjadi penginapan kami pada malam itu dengan bayaran 30 Dh setiap seorang. Sekitar jam 7 petang, kami keluar menikmati keindahan bandar Dakhla. Bandar Padang Pasir yang dikelilingi Pantai dan Lautan Atlantik. Ah…..sungguh cantik dan romantik… Udara disana tidak mengambarkan Musim Panas. Angin bertiup kencang..melontarkan kesejukan didalam diri.

Menikmati hidangan daging unta bakar pada petang itu, sungguh menyeronokkan. Kali pertama makan daging unta, rasanya boleh tahan, lebih sedap daripada daging lembu dan biri2.

Ah….malam itu, Fadhil, rakan yag kami kenal dalam bas menjemput kami untuk makan malam di rumah beliau walaupun jam dah hampir pukul 11 malam. Dalam keadaan pra demam aku mengagahkan diri ke rumah beliau. Cuaca sejuk dan berangin di Dakhla memang bahaya, sekejap sahaja boleh menyebabkan selsema dan demam.

Fadhil adalah keturunan Yaman, tetapi kini tinggal di Dakhla. Kesemua penduduk yang tinggal di kawasan Guelmin, Tan Tan, Louyun sehinggalah Dakhla dikenali masyarakat Sahara- Padang Pasir. Kehidupan mereka jelas berlainan dengan masyarakat Arab Morocco. Sampai sahaja di rumah beliau, pertama sekalai kami dihidangkan dengan syai sahara, wah….kali pertama menikmati syai sahara…sungguh menakjubkan…penuh dengan buih..lebih kurang separuh gelas kecil itu, semuanya buih..syai pula pekat sedikit..tetapi sedap..

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: