Rich Dad & Poor Dad

Rich Dad & Poor Dad

Semua orang benci dan takut terjerumus ke dalam krisis kewangan. Namun begitu, mereka tidak pernah meluangkan masa untuk mempelajari tentang kewangan. Mereka tidak juga membelanjakan sedikit wang mereka untuk membeli buku tentang kewangan dan cara menguruskanya.

Mereka menganggap, kursus kewangan dan pembelian buku kewangan adalah satu pembaziran dan kerugian. Inilah satu kesilapan besar telah dilakukan oleh kebanyakan orang pada hari ini. Jadilah mereka seperti orang lain yang tidak pernah keluar daripada perlumbaan hidup.

Rich Dad Poor Dad, adalah sebuah buku yang hebat. Ia mengajar anda tentang falsafah kewangan dan wang. Ia membantu anda menyelesaikan krisis kewangan yang menghantui anda sekalian.

Nasihat & Pandangan Bapa Kaya dan Bapa Miskin (Berpelajaran Tinggi), yang sering bertentangan dan berlawanan telah menjadikan Robert T. Kiyosaki dan Mike sebagai pakar kewangan dan pelaburan.

” Sebab utama orang menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka belajar di sekolah bertahun-tahun tetapi tidak mempelajari apa-apa tentang wang. Akibatnya, mereka menjadi hamba wang…tetapi tidak penah belajar supaya wang menjadi hamba mereka” ~ Robert T. Kiyosaki – Pengarang Rich Dad Poor Dad.

” Saya sayangkan anak-anak saya dan mahu memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik ! Persekolahan tradisional memang penting, namun tidak lagi mencukupi. Kita semua perlu memahami tentang wang dan cara wang bekerja” ~ Sharon L. Lechter – Pengarang bersama Rich Dad Poor Dad.

3 responses to this post.

  1. salam ziarah…;)

  2. Kita perlu uruskan wang, bukan wang uruskan kita.

  3. Yups, terima kasih Nick, wang mengurusakan kita apabila kita bekerja kerana wang dan kita menguruskan wang apabila wang bekerja untuk kita..ok sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: