Mauritania, Destinasi Dituju – 2

Mauritania, Destinasi Dituju – 2

Keesokan pagi, tanpa sempat bersarapan, cepat2 kami meninggalkan Hotel Riyad menuju ke Perhentian Teksi Nuadhibo yang terletak di pintu masuk ke Bandar Dakhla.
Sambil menunggu penumpang lain, kami berborak dengan pemandu2 teksi. Setelah mengetahu bahawa kami dari Malaysia, mereka sungguh kagum dengan Malaysia terutama disebabkan sopan santun Jemaah Haji kita di Mekkah. Sedikit sebanyak Jemaah Haji kita telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tujuan ke Mauritania terpaksa dirahsiakan daripada mereka, lantaran keadaan yang memaksa begitu. Dalam rancak berbual, salah seorang daripada mereka berkata ” Pergilan ke Mahdarah (Pondok) dan menghafal Quran & Hadis, dengan Quran & Hadis kita menguatkan diri” Aku tersentak dengan kata2 hikmah ini.

Mercedes C 190 yg kami naiki memecut dgn laju, setelah beberapa jam di dalam kereta, kami tiba di sempadan – Imegresen Ben Guedouz- . Cuaca panas terik pada tengah hari itu  menzahirkan identiti sebenar Sahara. Setelah 4 jam menunggu proses pemeriksaan, aku di benarkan untuk menyeberangi sempadan.

Tidak diduga…

Jarak antara Imegresen Morocco dan Imegresen Mauritania adalah lebih kurang 3 – 5 KM. Diantara kedua2 sempadan ini adalah kawasan yang masih lagi didalam perebutan antara Puak Pemisah Polisario dan Morocco. Oleh yang demikian, PBB mengishtiharkan bahawa kawasan ini adalah dibawah pengawasan mereka.

Di kawasan pergunungan Padang Pasir ini, jalannya tidak ber`tar`. Ia hanyalah jalan yang sedikit berbatu diselaputi dengan Pasir. Pemandu yang tidak biasa melalui jalan ini, sudah pasti tidak mampu memandu kenderaanya. Tiada penanda arah kecuali timbunan pasir dan batu-batan. Namum begitu, pemandu tidak boleh sewenang2 memandu dikawasan ini, ia cukup bahaya. Periuk Api yang masih lagi aktif tertanam di segenap penjuru kawasan ini. Sekiranya kenderaan anda keluar sejauh 50 meter dari `jalan biasa`, maka periuk api akan menjadi hidangan anda semua. Hanya Pemandu Teksi, Lori dan penduduk sekitar yang selalu keluar masuk mengetahui `jalan biasa` ini. Papan tanda PBB dan Kerajaan Mauritania sentiasa memperingati pemandu tentang bahaya periuk api di kawasan ini.

Bagimanakah perasaan anda, apabila berada dikawasan yang dikelilingi Periuk Api.?

Di Sempadan Mauritania, sekali lagi kami di siasat. Siasatan pertama dikendalikan oleh tentera Mauritania, Alhamdulillah sekejap sahaja. Manakala siasatan kedua dikendalikan oleh Pegawai Imegresen. Di sini, ia mengambil masa sedikit. Pejabat ini terdapat beberapa orang pegawai termasuk seorang ketua. 2 orang pegawai biasa duduk dengan tekun di atas kerusi manakala ketuanya dengan bangga dan seronok berbaring diatas katil yang tilamnya tidak bercadar. Bertugas sambil berbaring …wow..hebatnya dia.

Namun begitu aku tidak lepas daripada soalan bertubi2 yang keluar daripada mulut ketua ini.

Akhirnya, setelah aku berjaya menjawab semua soalan yang dilontarkan, kami diberikan kebenaran untuk masuk ke Mauritania. Ini kira ok lah…soalan biasa2 sahaja, tidak seperti Pegawai Imigresen Syira di sempadan Turki Syiria. Kalau di Syiria, soalan2 yang dilontarkan ada kalanya melambangkan kebanggangan beliau dan kebodohannya.

Paling menakjubkan ialah pegawai itu tadi bertugas di atas katil sambil berbaring dan tangan memegang erat 2 biji telefon bimbit. Fenomena ini, barangkali sudah cukup untuk mengambarkan keadaan yang terdapat di negara ini.

6 responses to this post.

  1. Posted by Dakwat Fikir on September 13, 2008 at 5:15 pm

    salam, ust…seriously jeles ana….melihat kebesaran di bumi Mauritania,besh2!

  2. Posted by hasifmuslim on October 23, 2008 at 10:41 am

    salam ya sahabat. moga2 dapat betemu enta nanti. salam ziarah.ada masa jemput ke blog ana. http://hasifmuslim.wordpress.com.
    syukran

  3. salam ziarah. lama sudah tidak bertemu enta. moga dalam redha Allah sentiasa. jemput ke blog ana. syukran

  4. assalamualaikum ustz..
    lama x dgr kaba, ingt lagi ko dok ko ana… ape pun selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi. ada maso, lawatlah blog ana :
    http://kasturi89.wordpress.com

  5. Posted by Hassan on November 3, 2008 at 1:27 am

    Kalau ada masalah di sana,cuba hubungi pegawai-pegawai tentera Malaysia yg bertugas dengan PBB. Mereka ditempatkan di Western sahara untuk memantau pergolakan antara polisario dan Morocco.

  6. Kpd En Hassan Said, Terima KAsih atas nasihat dan maklumat.

    Kpd Hasif Muslim dan Kasturi Um, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

    Kpd Dakwat Fikir, Anda masih lama d morocco, dan masih berpeluang untuk ke sana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: