Archive for November, 2008

Kenali Diri Anda

Kenali Diri Anda

Mengenali diri sendiri berarti mengenal pasti anugerah (kelebihan) kurniaan Allah Taala kepada diri sendiri. Kemudian melaksanakan dan menggunakan anugerah (kelebihan) yang ada pada diri sendiri dengan cara yang terbaik.

Anugerah itu mungkin berbentuk keilmuan atau pun mungkin berbentuk kemahiran. Sesungguhnya setiap bidang ilmu dan pekerjaan dikenali dengan tokoh-tokohnya melalui kemahiran yang tertentu. Begitulah manusia, dianugerahkan dengan pelbagai kemahiran dan keistimewaan yang berbeza.

Keperluan kita untuk mengenal pasti kelebihan diri sendiri amatlah mustahak. Apatah lagi ia mampu menjulang individu ke puncak kejayaan. Dan dalam masa yang sama, kelebihan itu bisa berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Sahabat Rasulullah S.A.W Khalid Alwalid yang terkenal dengan kepahlawanan yang tidak mengenal erti takut. Begitu juga Ibu Abbas yang terkenal dengan ketajaman fikiran dalam mentafsirkan AlQuran.

Kehebatan Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik dalam berdakwah melalui ilmu perbandingan agama tiada tolak bandingnya.

Mereka menjadi hebat dan pakar rujuk dalam bidang mereka disebabkan mereka memfokuskan tindakan kepada anugerah (kelebihan) yang telah dikurnuiakan oleh Allah Taala.

Berusahalah sedaya upaya demi mencari kelebihan yang dianugerahkan kepada anda. Melalui ilmu yang ada pada diri, kemahiran, percubaan dan pengalaman hidup, anda pasti akan menjumpainya..InsyaAllah.

MENTOR HIDUP.

Seorang anak muda tidak patut mendabik dada menyatakan bahawa dia lebih berilmu dan lebih hebat daripada orang yang lebih tua dari mereka. Pengalaman hidup orang tua adalah aset yang cukup bernilai untuk dijadikan modal kehidupan.

Dalam kehidupan seorang mahasiswa, sepatutnya kita mempunyai Mentor untuk membolehkan kita mendapat tunjuk ajar seterusnya merancang dan mengatur langkah untuk terus maju kehadapan sebelum menjadi dewasa.

Kehidupan adalah gabungan daripada beberapa aspek. Oleh yang demikian, merasa cukup dengan seorang mentor sahaja adalah satu kesilapan. Mungkin kita memerlukan 3,4,5 (atau lebih) orang mentor. Dengan ini kita adalah orang yang bertuah kerana mempunyai mentor (penasihat) dalam pelbagai bidang dan aspek.

BUKU SAHAJA TIDAK CUKUP.

Buku adalah khazanah ilmu dan hikmah. Tetapi ia keseorangan tidak mampu mengeluarkan ilmuan dan cendikiawan dalam bidang tertentu. Tokoh-tokoh ilmuan dan cendiakawan dalam pelbagai seni ilmu dan bidang tidak hanya belajar di sekolah dan universiti, akan tetapi mereka belajar di Madrasah Kehidupan. Kehidupan adalah satu perlumbaan dan ia sendiri bertindak sebagai madrasah dalam melahirkan mereka yang benar-benar bermutu dan menang dalam perlumbaan kehidupan.

Pemidato yang hebat, tidak akan hebat sekiranya dia hanya membaca beribu-ribu buku teori berpidato. Kehebatan terserlah setelah diri memanjat mimbar dan pentas, diri menjadi hebat setelah percubaan demi percubaan dilakukan,diri menjadi hebat setelah melalui kepahitan kegagalan dan kemanisan kejayaan. Akhirnya kehebatan berpidato menjadi miliknya.

Begitu juga seorang jutawan tidak akan menjadi jutawan dengan membaca buku panduan menjadi jutawan. Buku hanyalah teori, dan teori ini sedia dipraktikkan oleh sesiapa sahaja di lapangan kehidupan.

APA YANG PERLU DALAM KEHIDUPAN.

Kita memerlukan satu gambaran dan lakaran mengenai kehidupan diri sendiri. Ia adalah Catatan Misi Kehidupan yang mengandungi semua perkara yang penting dalam kehidupan. Kita perlu melakarkan matlamat kehidupan supaya kehidupan harian dan segala tingkah laku meniti di atas titian menuju matlamat.

Ingatlah bahawa, berusaha dan bersusah payah dalam menjadikan matlamat sebagai satu kenyataan memberikan keyakinan dan kepuasan kepada diri.

قال الله تعالى

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

Firman Allah Taala:

Dan  Aku (Allah Taala) tidak menciptakan Jin & Manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (beribadah).

Konsep beribadat dalam firman Allah Taala itu tidak terhad terhadap sembahyang, puasa dan haji semata-mata. Bahkan konsep beribadah itu jauh lebih luas daripada itu. Ia secara totalnya merangkumi semua aktiviti manusia, baik secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Seorang penulis yang berani mempertahan Islam dengan mata penanya dan mengkritik pihak yang mengancam Islam adalah dikira ibadat.

Seorang pengarah filem yang menciptakan filem-filem keIslaman, memaparkan keadilan dan toleransi dalam Islam adalah dikira ibadah.

Semua ini akan memberatkan mizan (timbangan pahala) di Hari Akhirat yang mendatang.

Advertisements

Lelaki & Perempuan Jauh Berbeza

Hakikatnya Lelaki & Perempuan memang berbeza dari segi fizikal, namun perbezaan itu tidak terhenti di situ sahaja, ia turut melibatkan perasaan, kesukaan (Hobi), dan sebagainya. Lelaki tersilap andaian apabila berpendapat lelaki & perempuan itu sama sahaja, perempuan juga silap sekiranya ia turut beranggapan demikian.

Dari sudut agama, banyak hukum-hakam yang dikhaskan kepada perempuan sahaja dan ada juga yang dikhaskan kepada lelaki sahaja. Kenapa ia berlaku..? Kerana mereka tidak serupa dan memang BERBEZA. Kesempatan kali ini bukan bertujuan untuk mengulas perbezaan dari sudut agama, akan tetapi saya akan cuba mengulas dalam sudut yg lain.

Lelaki

Fokus seorang lelaki biasanya tertumpu kepada beberapa perkara @ nilai antaranya: Kekuasaan, Kecekapan dan Pencapaian. Boleh dikatakan corak kehidupan dan pemikiran mereka bersandarkan kepada nilai2 yang disebutkan tadi.

Gaya pemakaian mereka adalah merupakan tindak balas terhadap kemahiran dan kecekapan dalam sesuatu bidang. Disebabkan bekerja sebagai ustaz, maka gaya pemakaiannya ialah berkopiah atau bersongkok. Begitu juga dengan tentera, walaupun telah bersara, baju tetap dimasukkan kedalam seluar supaya menampakkan kekemasan. Dengan kata lain, gaya pemakaian lelaki boleh menterjemahkan bentuk kerjaya mereka.

Kegiatan outdoor merupakan kegemaran lelaki,seperti memancing, bermain bola, takraw…dll. Dalam masa yang sama mereka juga amar gemar mengambil cakna mengenai berita antarabangsa, sukan dan cuaca. Akan tetapi mereka tidak menghiraukan tentang majalah atau bahan bacaan mengenai kekeluargaan.

– Angan-angan si Lelaki

Angan2 dan khayalan seorang lelaki lebih menekankan nilai kebendaan berbanding nilai2 pehubungan dan kekeluargaan. Kereta mewah, rumah besar, lap top tercanggih, handset terbaru, semua ini adalah khyalan dan angan yang berlegar dalam minda lelaki. Ia sedikit sebanyak mengambarkan bahawa lelaki `dijajah` oleh “kebendaan”.

Dahulu aku ingatkan hanya lelaki yang tidak belajar agama dan berpangkat besar sahaja yang sukakan kereta mewah seperti Mercedes, dan BMW. Akan tetapi sanggakan aku ini tidak menemui realiti, hari ini sangkaan itu telah luput dan terkubur. Aku pernah berkawan dengan seorang yang selalu berserban dan selalu mengajai kitab di pondok, tetapi dia berkereta Mercedes E230 (Lampu Bulat).

Sewaktu kedatangan MB Terengganu ke Morocco, ada 2 orang ustaz yang turut serta. Aku sempat berborak dengan mereka berdua mengenai topik kereta mewah. Kedua2 memasang cita2 untuk memiliki E 230. Ini semua membenarkan lagi dakwaan bahawa `semua` lelaki berangan2 memiliki kereta mewah. Ada yang menjadi realiti dan ada yang menjadi mimpi.

– Mencapai Matlamat

Lebih penting dari kereta mewah dan rumah besar ialah, mencapai matlamat. Mencapai matlamat adalah misi tersirat didalam hari, ia adalah impian yang agung bagi lelaki. Pada anggapan mereka,: `Berjaya mencapai matlamat adalah bukti kepada kecekapan diri seterusnya ia memberikan kepuasan yang tidak berbelah bagi kepada diri`. Untuk merasakan kepuasan diri sendiri, dia mesti mencapai matlamat dan impian secara solo, dan tidak meminta akan bantuan orang lain. Autonomi adalah simbol kekuasaan dan kecekapan.

Pantang bagi seorang lelaki apabila ada `kuasa lain` yang cuba mengugat kekuasaan dan kecekapan mereka.  Lelaki akan cuba bertindak secepat kilat mengeluarkan pedang dan memancung `kuasa lain` tersebut. Aku telah membuat seolah2 eksperimen bagi perkara ini. Demi maslahah dan kebaikan golongan tertentu, aku cuba menganjurkan `sesuatu`, dalam masa yang sama aku telah mengagak bahawa dari kaca mata `Penguasa Tertinggi` ia seakan mengugat kecekapan dan kekuasaan beliau. Lantas aku di marah dan disisih oleh `Penguasa Tertinggi`. Akhirnya, kesimpulan eksperimen aku bertepatan dengan teori yang dilakarkan.

Perempuan

Alam perempuan secara totalnya berbeza berbanding alam lelaki. Teras kehidupan mereka disandarkan kepada beberapa perkara @ nilai: Kasih Sayang, Kecantikan, Berkomunikasi dan Menjalinkan Hubungan. Kepuasan diri mereka amat bergantung kepada perasaan dan mutu perhubungan mereka.

Kereta mewah, bangunan tinggi, seolah2 langsung tidak mendapat tempat dalam hati mereka. Hati @ Jiwa perempuan lebih tertumpu kepada keharmonian rumah tangga dan kasih sayang bersama. Topik kebahagian dalam kekeluargaan dan kasih sayang adalah fokus utama dalam kehidupan perempuan, dulu, kini, dan selama-lamanya.

Cerita mengenai gaya @ corak pemakaian perempuan terlalu banyak banyak riwayatnya. Ada yang sahih(Benar) dan ada juga yang maudu3 (Palsu).  Sebenarnya, pemakaian mereka adalah bergantung kepada perasaan pada hari itu. Ada dikalangan mereka menukar pakaian @ tudung berkali2 pada hari yang sama, ini semua bergantung kepada perasaan mereka yang sentiasa berubah2.

Sepanjang menjadi Jurujual di Kedai Butik (Pakaian), disini aku dapati perempuan tidak lagi sayang kepada wang apabila pakaian berada dihadapan. Tambahan pula sekiranya pakaian tersebut merupakan `pattern` baru. Bukan sehelai dibelinya, bahkan 2,3 helai. Kadang2 ada yang telah habis `cash` ketika membeli, lalu dikeluarkan pula kad kredit sebagai bayaran kepada pakaian yang lain.

– Tidak Solo

Bagi kebanyakan lelaki, kerja dibuat secara solo walaupun berhadapan dengan masalah kecuali masalah rumit (x mampu dia selesaikan). Memohon pertolongan mengugat kecekapanya dan merupakan simbol kelemahan. Bagi perempuan, ia tidak begitu. Memohon bantuan bukan bererti lemah dan memberi bantuan yang tidak dipinta adalah bukan perkara yang menyakitkan hati, tetapi ia adalah simbol kasih sayang (cinta).

– Cakap Banyak

Cakap banyak sudah sinonim dengan perempuan. Mereka bercakap banyak bukan kerana suka bercakap, akan tetapi melalui bercakap mereka sebenarnya mahu berkongsi perasaan dengan `orang lain`, seterusnya melahirkan keceriaan dalam diri mereka.

Hatta, kalau perempuan membebel mengenai sesuatu masalah kepada `pihak lain`, mereka bukanya ingin mendapatkan jalan penyelesaian dan cadangan daripada `pihak lain` itu. Akan tetapi mereka hanya mahukan `pihak lain` itu dengar akan celoteh dan percakapanya. Mendengar celoteh perempuan adalah salah satu tanda `take care` disisi mereka.

– Pelik dan Terkecuali.

Semasa pulang ke Tanah Air baru ini, Aku dan ayahnda ke Kilang Padi PPK di Pasir Mas, Kelantan. Sampai di kilang, kami terus berborak dengan Bos kilang di kedai kopi berhampiran pintu pagar kilang. Sedang rancak berborak, Bos kilang nampak Mercedes E 230 datang kearah kami, lalu dia berkata …tu Kak Ani mari dah tu… Aku sedikit terkejut. Seorang Tokey Beras Perempuan dan memiliki kereta Mercedes E 230. Setahu aku perempuan tiada minat sangat terhadap kereta2 mewah. Kak Ani memberhentikan kereta dan duduk di meja sebelah kami. Kak Ani yang berbaju kurung dan bertudung bawal itu rancak berbual bersama kami.

Keadaan Kak Ani ini berbeza dengan kenyataan diatas tadi, tetapi perempuan seperti Kak Ani ini sukar ditemui.

Kesimpulanya.

Perbezaan antara lelakai dan perempuan adalah benar2 wujud. Keagagalan memahami perbezaan ini adalah punca keretakan hubangan antara lelaki dan perempuan. Saling mengenali akan perbezaan antara satu sama lain, sudah pasti akan menimbulkan perasaan tolak ansur dan saling faham memahami.

Mengenal pasti perbezaan adalah dengan memerhatikan apa yang berlaku. Pepatah Arab ada mengatakan: Kullu Syai in 3lamah (Setiap Sesuatu itu Alamat @ Tanda). Perhatikan sahaja dan gunakan sedikit akal, pasti ana akan melihat perbezaan ini.

Setakat inilah dahulu artikel saya yang pertama mengenai topik `Kekeluargaan`.


Tahun Pertama Di Morocco

Keputusan ke Morocco diketahui melalui faks yang dihantar oleh Pihak Kedutaan Malaysia Morocco kepada Ust Mat Hassan. Alhamdulilah…hasrat untuk keluar dari Malaysia hampir terlaksana. Lama sudah memasang niat nak keluar negara, akhirnya tercapai jua, kini Morocco menjadi destinasi.

Morocco, nama yang tidak begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama dalam aspek Pengajian Agama. Mereka hanya ingatkan Astora Jabat apabila dikaitkan dengan Morocco. Tidakkah ini satu persepsi negatif telah berputik dalam minda masyarakat kita. Apa tidaknya, takut2 terjadinya Astora Jabat kedua, nahas Malaysia dibuatnya.

Tawaran belajar yang diperolehi bertempat di Universiti Qurawiyyin, Fakulti Bahasa Arab, Marrakech. Apabila tiba di Morocco, ketika itu di akhir Ramadhan, senior menyatakan bahawa tiada seorang pon Pelajar Malaysia di universiti berkenaan, bahkan tiada seorang pon Pelajar Melayu di bandar tersebut. Maknanya..segalanya kena pandai2..disebabkan ketiadaan senior. Aku, Fathi, dan Bahruddin tiba di Marrakech. Malam pertama kami bermalam dirumah Dr Ibrahim Redho, salah seorang kenalan Dr Muhammad (Ayah Fathi dan Bahruddin).

Kali pertama makan di rumah Dr Ibahim Redho sungguh sukar bagi aku, tidak bisa bertutur dalam baasa arab, tidak pula memahami soalan yang dituju kepada aku. Nasib baik Fathi dan Bahruddin telah mampu bertutur sedikit sebanyak menceriakan majlis makan kami hari itu. Kami datang ke Morocco tanpa sebarang kursus bahasa dan tanpa tajaan mana2 pihak. Fathi dan Bahruddin mempunyai kredit yang lebih dari aku, mereka berdua telah 3 tahun di Morocco ketika sekolah rendah dahulu. Oleh yang demikian, Bahasa Arab dan loghat Morocco bukan suatu yang pelik bagi mereka berdua.

Proses pertama adalah mencari rumah sewa. Memang susah untuk menjumpai rumah sewa khususnya yang sepadan dengan keadaan ekonomi pelajar. Hampir seminggu kami berjalan kaki bersama Ust Harmie, Ust Azlan dan Ust Boy, pusing sana pusing sini, mencari rumah sewa. Memang letih dan membosankan, terutama dalam bulan ramadhan. Kadang2 bila malam sudah tiba, kami menumpang di Masjid Qaru Badi`, kebetulan kawan Ust Harmie merupakan imam disitu (Ust Ansari-dulu, skrg Dr Ansari). Menumpang semalam dua di bilik khas beliau dalam masjid tersebut. Inilah kesusahan kami dalam mencari rumah sewa, akan tetapi kesusahan ini tidak langsung kami mengeluh tetapi ia adalah asam garam kehidupan seorang pelajar di perantauan. Tidak seperti seglintir pelajar sekarang ini, kadang2 senior telah membantu mencari rumah sebelum kedatangan mereka. Sampai sini, terus boleh masuk rumah, tetapi malangnya, kritikan dijadikan balasanya.

Menikmati hidangan bersama Ust Ansari merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. “Shakir, zid, kul..kul.” ujar beliau (Shakir, tambah2, makan2) . “Ana Sya`ban” balas aku, (Aku Bulan Sya`ban)….Semua tergelak, termasuk Ust Ansari, Ust Harmie, Bahruddin, Fathi…terbahak2 lagi..oo… baru perasan aku tersilap cakap. Sebenarnya aku perlu katakan “Ana Syab`aan”,(Ana telah kenyang). Semua ketawakan aku ..malam itu. Begitulah proses pembelajaran, kesilapan menjadi batu loncatan untuk terus mara kehadapan.

Bilik Sewa

Bilik pertama yang kami sewa adalah sebanyak 800 DH. Bilik kerdil ini hanya cukup2 untuk 3 orang penghuni. Bilik yang terletak bertentangan dengan bilik kami dihuni oleh mahasiswa Morocco dan sedang belajar dalam bidang Ekonomi. Kami berkongsi dapur, tandas dan sebagainya.

Hayat kami dibilik itu tidak berapa lama, kemudian kami berpindah pula ke kawasan sekitannya dan tinggal serumah dengan Pelajar Pattani dan Morocco. Hidup dengan pelajar Morocco, serba sedikit boleh mempraktikkan dan memajukan bahasa arab. Dalam masa yang sama hidup dengan pelajar Pattani membawa sesuatu yang baru kepada kami, terdapat sedikit perbezaan antara bahasa melayu mereka dan kita. Kain Bulu merupakan nama bagi tuala, kereta Bomoh adalah ambulan.

Percubaaan Tahwil

Percubaan untul menukar fakulti telah menemui kegagalan, maka terpaksalah aku dan bahruddin menunggu tahun hadapan untuk mengemukakan proses tahwil ke Fakulti Pengajian Islam. Oleh yang demikian, kami kadang2 pergi mendengar kuliah di Uni Qadi Iad apabila ada ustaz yang power2 mengajar seperti Sheikh Kharsyi.

Aktiviti Harian.

Kehidupan di Marrakech sememangnya membawa kepada satu keperitan, terutama dalam aspek berkawan. Tiada rakan2 Malaysia disini. Tetapi, sebaliknya ia memberi peluang untuk mempraktikkan Bhs Arab. Kebetulan dihadapan rumah aku, merupakan tempat pakcik2 lepak selepas pulang bekerja. Mereka ini adalah org kampung dan sentiasa bermain dam ketika berkumpul. Tanpa segan dan silu, aku turut sama bermain dam dengan mereka.

Pernah juga sekali dua, berjaya mengalahkan pak cik2 ini. Bermain dam bukan niat untuk menjadi juara pon, tetapi sekadar bergaul dengan masyarakat sekitar dan mengetahui serba sedikit tentang corak kehidupan mereka.

Ada seorang kawan penjual Kurma berdekatang dengan kawasan rumah kami, disinilah tempat aku dan dia menghabiskan masa2 kosong di waktu petang. Waktu itu lidah masih keras lagi berbahasa Arab. Mahu atau tidak, aku mesti bercakap, biar salah sekalipon. Salah satu kesilapan pelajar Malaysia sekarang ini, ada yang beranggapan bahawa Bahasa Arab boleh dikuasai dengan hanya pergi ke Kuliah. Ini silap sebenarnya, kita sepatutnya mencari kawan2 arab diluar kuliah yang boleh menjadikan teman untuk kita mempraktikkan bahasa arab. Bahasa itu diperolehi dengan bergaul dan latihan yang tidak mengenal jemu.

Beginah kehidupan aku diluar waktu kuliah di Marrakech.

Internet

Waktu yang dihabiskan untuk melayari internet di cyber adalah sekitar 2-3 jam seminggu. Waktu itu tiada lagi internet dirumah, dan kami terpaksa membayar DH 5 untuk sejam. Mahu atau tidak 50 Dh sebulan terpaksa dihabiskan kerana Internet.

Sekarang ini , internet di rumah menjadi satu tradisi mahasiswa di sini. Banyak masa dihabiskan kerana internet, terutama pelajar baru yang baru mengenali dunia internet. Tahun pertama sepatutnya dijadikan tapak yang kukuh sebagai permulaan yang mantap dalam melayari kehidupan dengan masyarakat arab di sini. Akan tetapi kadang2, aku melihat internet berjaya memesongkan objektif kedatangan mereka di sini.

Kewangan & Hutang

Kewangan atau Finance, merupakan satu ilmu pengetahuan yang amat sukar diperolehi di bangku sekolah dan universiti. Bahkan ia seakan2 tidak diajar ilmu ini kepada murid2 sekolah dan penuntt mahasiswa. Inilah hakikat yang kita alami semenjak sekian lama, visi dan misi pendidikan negara kita, hatta Amerika pun sama, ia kearah menjadikan manusia sebagai pekerja sepenuh masa.

Dalam masa yang sama, lebih menyedihkan lagi ibu bapa kita tidak mampu menterjemahkan realiti kewangan kepada anak2nya. Apa yang sering diperkatakan ialah” Berlajar elok2 supaya mendapat keputusan yang tinggi dan seterusnya akan memperolehi jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan” . Saya tidak menafikan bahawa, ini merupakan persepsi dan andaian bagi kebanyakan Bangsa Melayu. Persepsi ini sebenarnya merugikan bangsa dalam aspek ekonomi bangsa dan negara. Dalam masa yang sama saya tidak menolak akan kepentingan ilmu dan akademik dalam membina kehidupan bahkan ia merupakan elemen yang sangat penting disebabkan fenomena hari ini manusia diukur dengan neraca maklumat dan ilmu. Namun, tanpa pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan, mungkin seorang pemilik PhD da sewaktu dengannya terhumban dalam krisis kewangan. Kenapa ia berlaku sedangkan dia merupakan seorang ahli akademik dan berintelektual tinggi..? Ya..memang dia pakar dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi dia tidak mengetahui dan menguasai ilmu kewangan.

Disinilah bermulanya kesilapan, apabila seseorang gagal dalam menggenal pasti punca sebenar terhadap krisis kewangan yang dihadapi oleh mereka. Tidakkah seorang yang sedang sakit lebih malang apabila sumber dan punca penyakit tidak dikenal pasti.

Fenomena Hari ini.

Semenjak di bangku sekolah rendah kita diajar sebelum pergi sekolah, ayah atau ibu akan memberikan wang saku untuk perbelanjaan disekolah. Perkara ini berulang sehingga kita tamat sekolah rendah. Sepanjang 6 tahun disana, sedikit sebanyak ia telah membina persepsi didalam minda kita bahawa sumber wang adalah papa dan mama.

Dibangku sekolah menengah merupakan lebih mencabar bagi sesiapa yang tinggal dirumah asrama atau rumah sewa. Disebabkan keadaan di asrama membenarkan pelajar pulang sebulan sekali atau sebulan 2 kali, maka ibu bapa secara langsung akan memberikan duit poket lebih daripada sekolah rendah. Mungkin antara RM 50 – 100 adalah merupakan angka yang popular yang berikan kepada pelajar. Kita mula memiliki duit didalam saku dan duit ini perlu dibajet dengan secukupnya demi mengelakkan diri dari terjerumus dalam krisis ekonomi. Beginilah setiap bulan dan setiap tahun, perkara yang sama asyik berulang dan perlu diingat sumbernya adalah Ibu Bapa, namun ada juga yang beruntung diberi biasiswa oleh kerajaan dan sebagainya. Persepsi tentang sumber duit dari ibu bapa semakin mendapat tempat didalam minda disamping mendapat idea baru untuk mendapatkan duit iaitu daripada kerajaan.

Keadaan ini aku perhatikan dengan penuh minat ketika di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu Kelantan. Sekolah yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia, dan mempunyai pelajar di seluruh pelusuk tanah air hatta Sabah dan Sarawak. Disini juga tempat berhimpunya pelajar daripada keluarga kaya, sederhana dan miskin. Keluarga yang kaya majoritinya dari ibu negara dan mempunyai duit poket yang lebih dari pelajar yang lain. Nyata, mereka tidak terlepas daripada krisis kewangan..walaupun poket lebih tebal dari yang lain. Oleh yang demikian, hutang menguhutang menjadi tradisi.Seminggu dua berhutang sebelum awal bulan hadapan tiba.Kenapa ini berlaku..? Sebab mereka tidak celik kewangan.

Alam Universiti

Keadaan ini berubah hampir keseluruhanya, apabila memasuki alam universiti. Alam dimana pelajar dibebankan dengan hutang dan lebih perit lagi, hutang itu dirasakan madu ketika di universiti, dan dan ia dirasakan seperti hempedu setelah segulung ijazah berada ditangan.

Sebagai contoh, (tetapi ia adalah realiti). Apa yang berlaku di kalangan Mahasiswa Malaysia di Morocco, terutama mereka yang berpinjaman. Yang mendapat zakat 100% seperti Pelajar Selangor dikira beruntung kerana tiada bayaran balik, namun rakan mereka daripada negeri Pahang adalah sebaliknya. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan sekiranya ia kurang disenangi, tetapi realiti tiada bisa dinafikan.

Dengan bebekalkan pinjaman atau zakat 10,000 RM setahun adalah merupakan nilai yang lebih dari cukup untuk sara hidup seorang pelajar di Morocco. 10,000 RM bermakna lebih kurang 22,000-23,000 Dirham. Purata 1800 Dh sebulan sudah mampu mengeluarkan seorang pelajar daripada krisis kewangan di Morocco. Realiti yang berlaku, ada juga dikalangan mereka yang bermasalah sehingga terpaksa berhutang terlebih dahulu, dan akan dibayar setelah pinjaman atau zakat dibahagikan. Beginilah kitaranya bagi sesetengah pelajar sehingga tamat pengajian. Kurang pengetahuan dalam kewangan sekali lagi menyebabkan orang kaya tiba2 jadi miskin kemudian kaya balik, kemudian miskin balik.

Kembali kepada persepsi `sumber` tadi. Secara tidak sedar pelajar2 akan beranggapan bahawa kerajaan adalah sumber duit @ kewangan. Nak belajar, mesti pohon pinjaman kerajaan, nak sara hidup selepas belajar kena kerja dengan kerajaan. Saya cukup sedih sekiranya seorang pelajar berumur 18 tahun menandatangani pinjaman sebanyak RM 35,000 atau lebih. Sedangkan beliau tiada pengetahuan tentang menguruskan duit dan kewangan. Ilmu mengurus duit & kewangan dengan tepat tidak diajar di sekolah rendah dan menengah dan kini pelajar itu dibebankan dengan pinjaman sebanyak itu. Dalam waktu yang semuda ini, pelajar ini tidak mampu lagi membezakan antara aset dan liabiliti tidak juga mengetahui kesan negatif daripada pinjaman tersebut. Akhirnya berlakulah seperti yang saya ceritakan tadi..hutang menghutang.. Kalau orang yang tiada pinjaman dan bantuan berhutang, tak apa ..tapi kalau org kaya yang berhutang..itu yang pelik dan ajaib.

Selesai Belajar, Masuk Kerja

Saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang potongan yang akan diberikan setelah tamat belajar. Cuba kita andaikan bahawa pelajar yang telah tamat belajar dan baru bekerja terpaksa membayar balik pinjaman dengan jumlah sebanyak RM 50 – 100 sebulan. Katakan RM 100 sebulan. Maka seorang pelajar akan mengambil masa 350 bulan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM 35,000. Tidak kah begitu..? 350 Bulan bersamaan 29 Tahun 2 Bulan. Sekiranya mula bekerja pada umur 22 tahun, maka (22 tahun + 29 Tahun 2 Bulan), pada umur 51 Tahun 2 bulan barulah selesai proses pembayaran. Anda sudah tua, dan hampir nak bersara, mungkin dah dapat cucu, barulah hutang itu selesai. Oh…begini rupanya.

Inilah kitaran hidup dan fenomena hari ini, hari ini ia berlaku mungkin kepada kita, dan kita sepatutnya tidak lagi membiarkan krisis kewangan yang menimpa disebabkan kekurangan ilmu kewangan menimpa generasi selepas kita.

Mungkin selepas ini, artikel mengenai kewangan akan menyusul.

Selamat Pengantin Baru

Seminggu sudah berlalau, Mohd Asyraf Bin Sulaiman Selamat Diijab Kabulkan dengan Siti Noraihan Binti Abdul Rahim. Agak terlewat sedikit bagi aku mencoretkan seba sedikit mengenai kawanku ini. Setelah kembali dari Bumi Morocco pada Ogos 2007, nyata …Asyraf tidak menunggu lama untuk bergelar suami, seterusnya menamatkan zaman bujang yang mungkin tidak akan berulang lagi. Asyraf mungkin boleh dikatakan bertuah, kepulangannya ke Tanah Air tidak seperti rakan2 lain, ada yang terpaksa menanam anggur, tetapi dalam masa yang singkat,kerusi Ketua Fakulti di salah sebuah kolej di tanah air telah beliau duduki..Tahniah…

Agaknya, disebabkan status sebagai Ketua Fakulti, temannya (kini Isterinya) melihat `sesuatu` perlu disegerakan, kalau tidak mungkin dia akan berputih mata. Sebagai tenaga pengajar di Kolej, tentu sekali ramai anak2 murid dikalangan kaum hawa yang menaruh simpati dan menunggu peluang mendapatkan Pensyarah mereka yang hensem ini sebagai teman hidup. Oleh yang demikian, langkah mesti diatur demi memastikan graduan lepasan Morocco ini menjadi miliknya. Akhirnya, perancangan yang diatur bersertakan taufik dari Allah Taala, kedua-dua mereka selamat bergelar suami dan isteri.

Persahabatan dengan Asyraf

Kami mula mengenali antara satu sama lain, apabila membuat urusan permohonan belajar di Morocco. Ketika itu aku di Tingkatan Enam di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, dan Asyraf di Tingkatan Enam di Maahad Darul Anwar Pulau Melaka. Kami datang ke Morocco di bawah nasuhat dan dorongan Ust Mat Hassan yang dikira memberi sedikit taklimat kepada kami. Disinilah persahabatan kami mula berputik.

Dalam kesusahan melakuakan permohonan ke Morocco, akhirnya kami diterima jua untuk mengecapi warna – warni alam universiti di bumi kelahiran Ibn Batuta. Beliau ditempatkan di Uni Ain Shok Casablanca dan aku di Uni Qurawiyyin Marrakech. Persahabatan kami semakin lama semakin erat atas dasar datang sekapal dan sama belajar di Kelantan.

Jumlah Kumpulan kami adalah seramai 9 org kesemuanya, Shakir, Fathi, Bahruddin, Azri, Asyraf, Hadi, Radhi, Faies dan Hafiz. Kini Alhamdulillah kesemua telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Bermulanya Perbezaan.

Tahun 2007, 6 dari kami telah berjaya menamatkan pengajian. 4 dari mereka pulang berbakti di Tanah Air. Tinggal lagi 5 yang masih menuntut di Tahun Akhir Ijazah dan Tahun pertama Master. Hadi, dengan pernuh bergaya dan semangat masuk meminang gadis Arab, kami semua menobatkan Hadi sebagai ketua dalam misi berumah Tangga. Seterusnya , Hadi terus melangkah kehadapan dan akhirnya gadis arab itu berada dalam denggamanya..Kini mereka bergelar suami isteri.

Langkah Hadi tidak berhenti disitu sahaja, Asyraf dengan penuh yakin dan berani menjejaki langkah Hadi. Mungkin, langkah Hadi berumah Tangga merangsangkan teman2 sekapal untuk turut sama kemanisan berumah tangga. Asyraf ..nyata tidak ..mampu bersabar lagi…dia terus mara kehadapan dan meninggalkan kami dibelakang, membiarkan kami melayari dunia ini secara solo.

Perkahwinan

Perkahwinan sememangya membawa seribu ketenangan untuk si Lelaki dan si Perempuan. Dalam masa yang sama ia ibarat serampang dua mata. Ia boleh membawa kepada kebaikan dan sebaliknya. Perkahwinan merupakan sunnah para anbiya`. Tidak dapat dinafikan ia juga membawa kepada kestabilan diri lelaki mahupun perempuan, terutama di zama ketenangan diri diancam oleh seribu macam fitnah  di era globalisasi ini.

Perkahwinan bukan hanya membawa erti pergabungan antara lelaki dan perempuan bahkan skop pengabunganya lebih luas lagi, ia melibatkan percantuman dua keluarga yang berbeza latar belakang. Sebenarnya, perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan sukar untuk direalisasikan sekiranya masing2 mempunyai persepsi terhadap pasangan seperti persepsi dirinya sendiri.  Lelaki dan perempuan memang berbeza, bukan sahaja perbezaan fizikal namun ia turut melibatkan perbezaan nilai ..seperti perasaan, minat, hobi dan kegemaran. Tanpa mengetahui perbezaan ini, mahkota kebahagian sukar dicapai bahkan ia mungkin meruntuhkan perhubungan yang dibina selama ini.

Apa pun, aku doakan kepada sahabat ku ini , akan kebahagian dalam kehidupan berumah tangga. Dari bumi Morocco, sekali lagi aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.

Selepas menjadi Raja Sehari, keesokan harinya, periuk belangga pasti menunggu sentuhan si Teruna. Pada detik ini, si teruna biasanya akan menunjukkan taringnya dalam membersih periuk belangga. Kalau boleh semua periuk dan pinggan mahu dibersihkanya..akhirnya Mak Mentua mesti berkata ” Inilah menantu kesayangan ku, mmg pandai anak aku membat pilihan”..sekian…Maaf dipinta sekira terlanjur bicara.

Kembali Semula Ke Morocco

Selepas bernasib baik, dapat keluar dari Mauritania sebelum lebih kurang 5 hari Rampasan Kuasa Tentera keatas Kerajaan . Aku berasa begitu bersyukur. Berita rampasan kuasa diperolehi, ketika aku berada di Majlis Bacaan AlQuran dan Doa Selamat di rumah salah seorang orang kampung di Tarudan.

Malam itu, aku dan rakan-rakan Barbar berada di satu Majlis, saling membaca AlQuran. Paling gementar buat aku apabila, Sheikh menyebut” Shakir, Tafaddal”. Dengan sedikit gementar aku membaca apa yg telah dihafal dengan Sheikh Ini.

Seminggu bersama rakan-rakan Barbar di Madrasah Atikoh, penuh dengan keceriaan dan warna-warni hidup yang berlainan. Hidup disana ala pondok di Malaysia, serba serbi ala kadar. Kemewahan dunia di Kenitra seolah2 hilang begitu sahaja. Hidup mereka punuh mencabar, terutama bagi yang tinggal dikawasan pergunungan. Cekal , sabar, semangat juang yang tinggi dan berdaya saing, itulah mereka. Namun, persahabatan aku dengan mereka tidak berpanjangan selepas aku dan Pak Lah di tangkap pihak berkuasa. disoal bertubi-tubi di dalam biliknya. Sedikitpun perasaan takut tidak berputik dihati ini, terutama apabila hati mengatakan, walau apa yang berlaku hari ini atau selepas ini , ia adalah ketentuan Ilahi, semuanya telah tertulis.

Disebabkan tidak ingin mendatangkan kesusahan dan musykil kepada Madrasah dan Rakan-rakan lain, aku dan Pak Lah dengan  linangan air mata meninggalkan tapak pertapaan kami, saat paling genting adalah ketika berpisah dengan Sheikh kesayangan kami. Oh…sukar untuk diterjemahkan akan kesedihan ini.Kami meninggalkan Tarudan dengan sarat membawa kata2 hikmah yang dikutip selama tempoh pengembaraan kami.

Meninggalkan Tarudan seolah2 membawa erti bahawa Pengembaraan kami telah berakhir. Lembaran baru dengan gerak geri berbeza sudah pasti akan menyusul selepas ini.

Tiba di Kenitra dengan dengan perasaan tidak berapa percaya pada asalnya, dalam keadaan serba tak kena dan bingun, Pak Lah mengambil keputusan untuk bertolak ke London melalui Paris. Puas Pak Lah memujuk aku supaya menjadi teman perjalanan. Tapi, aku terpaksa menolak ajakan itu, disebabkan urusan Master. Fail permohonan MASter akhirnya diserahkan kepada Mr Umar. Universiti Mohd 5 menjadi pilihanku kali ini.

Selesai urusan MASTER, sekali lagi, masalah menimpa. Terasa boring dan puas melanda diri. Terutama apabila tiada aktiviti untuk dilakukan disini. Nak belajar, waktu tu Maahad Ust Hassan Alami pun tutup. Nak berniaga, barang sudah habis.

Senang cerita, aku membeli tiket Etihad Airways ke Kuala Lumpur. Pikir punya fikir, akhirnya aku rasakan lebih elok aku mengambil tiket pergi balik (Open one Month). Kalau aku tak berbuat demikian sudah pasti kedatangan semula ke Morocco akan terlewat disebabkan kerja di Malaysia yang tidak pernah selesai.

Pulang ke Malaysia kali ini selama 31 hari, merupakan satu tempoh kursus Perniagaan bagi diri ini. Setiap kali pulang, sudah pasti ilmu baru diperolehi. Minggu terakhir di Malaysia sebelum terbang ke Morocco, aku sempat ke bumi Singapura. Ia adalah merupakan Bussiness Trip kedua bagi aku ke sana.

Dalam perjalanan pulang, Sdr Fathi mengahantar sms , wehdah MASTR  Rabat ditutup. Oh…tidak, masa musim panas hari itu, wehdah ini memang dibuka …tetapi ia tiba2 ditutup untuk tahun ini..sungguh pelik kan… Tapi usahlah berasa pelik, ini Morocco…memang begini urusan pejabatnya. Akhirnya aku terpaksa memilih Kenitra sebagai destinasi MASTER.

24 Oct, aku terbang juga ke bumi Morocco.  Terbang dalam keadaan tiada jawapan bagi permohonan MASTER. Setelah 4 tahun di sini, urusan pejabat memang leceh, lambat…aku pernah menghapinya ketika urusan tahwil dari Kuliyyah Lughah Marrakesh ke Kenitra sedikit masa dahulu. 3 Bulan aku berulang alik ke pejabat Wikalah Ta3awun Duwali. Masa itu umur masih muda, masih mentah dengan perangai arab disini. Dalam berurusan dengan arab, kalau dipejabar2 perniagaan , ia sungguh mudah…sebabnya mereka inginkan duit sesegera yang mungkin.

Kini, aku masih disini, menanti Rukhsoh MASTER. Sekiranya aku gagal mendapatkanya, ia tidak berarti aku menyerah kalah untuk tidak berMASTER, dunia ini luas, Morocco hanya salah satu daripada beratus negara di dunia ini.