Archive for November 15th, 2008

Kewangan & Hutang

Kewangan atau Finance, merupakan satu ilmu pengetahuan yang amat sukar diperolehi di bangku sekolah dan universiti. Bahkan ia seakan2 tidak diajar ilmu ini kepada murid2 sekolah dan penuntt mahasiswa. Inilah hakikat yang kita alami semenjak sekian lama, visi dan misi pendidikan negara kita, hatta Amerika pun sama, ia kearah menjadikan manusia sebagai pekerja sepenuh masa.

Dalam masa yang sama, lebih menyedihkan lagi ibu bapa kita tidak mampu menterjemahkan realiti kewangan kepada anak2nya. Apa yang sering diperkatakan ialah” Berlajar elok2 supaya mendapat keputusan yang tinggi dan seterusnya akan memperolehi jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan” . Saya tidak menafikan bahawa, ini merupakan persepsi dan andaian bagi kebanyakan Bangsa Melayu. Persepsi ini sebenarnya merugikan bangsa dalam aspek ekonomi bangsa dan negara. Dalam masa yang sama saya tidak menolak akan kepentingan ilmu dan akademik dalam membina kehidupan bahkan ia merupakan elemen yang sangat penting disebabkan fenomena hari ini manusia diukur dengan neraca maklumat dan ilmu. Namun, tanpa pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan, mungkin seorang pemilik PhD da sewaktu dengannya terhumban dalam krisis kewangan. Kenapa ia berlaku sedangkan dia merupakan seorang ahli akademik dan berintelektual tinggi..? Ya..memang dia pakar dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi dia tidak mengetahui dan menguasai ilmu kewangan.

Disinilah bermulanya kesilapan, apabila seseorang gagal dalam menggenal pasti punca sebenar terhadap krisis kewangan yang dihadapi oleh mereka. Tidakkah seorang yang sedang sakit lebih malang apabila sumber dan punca penyakit tidak dikenal pasti.

Fenomena Hari ini.

Semenjak di bangku sekolah rendah kita diajar sebelum pergi sekolah, ayah atau ibu akan memberikan wang saku untuk perbelanjaan disekolah. Perkara ini berulang sehingga kita tamat sekolah rendah. Sepanjang 6 tahun disana, sedikit sebanyak ia telah membina persepsi didalam minda kita bahawa sumber wang adalah papa dan mama.

Dibangku sekolah menengah merupakan lebih mencabar bagi sesiapa yang tinggal dirumah asrama atau rumah sewa. Disebabkan keadaan di asrama membenarkan pelajar pulang sebulan sekali atau sebulan 2 kali, maka ibu bapa secara langsung akan memberikan duit poket lebih daripada sekolah rendah. Mungkin antara RM 50 – 100 adalah merupakan angka yang popular yang berikan kepada pelajar. Kita mula memiliki duit didalam saku dan duit ini perlu dibajet dengan secukupnya demi mengelakkan diri dari terjerumus dalam krisis ekonomi. Beginilah setiap bulan dan setiap tahun, perkara yang sama asyik berulang dan perlu diingat sumbernya adalah Ibu Bapa, namun ada juga yang beruntung diberi biasiswa oleh kerajaan dan sebagainya. Persepsi tentang sumber duit dari ibu bapa semakin mendapat tempat didalam minda disamping mendapat idea baru untuk mendapatkan duit iaitu daripada kerajaan.

Keadaan ini aku perhatikan dengan penuh minat ketika di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu Kelantan. Sekolah yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia, dan mempunyai pelajar di seluruh pelusuk tanah air hatta Sabah dan Sarawak. Disini juga tempat berhimpunya pelajar daripada keluarga kaya, sederhana dan miskin. Keluarga yang kaya majoritinya dari ibu negara dan mempunyai duit poket yang lebih dari pelajar yang lain. Nyata, mereka tidak terlepas daripada krisis kewangan..walaupun poket lebih tebal dari yang lain. Oleh yang demikian, hutang menguhutang menjadi tradisi.Seminggu dua berhutang sebelum awal bulan hadapan tiba.Kenapa ini berlaku..? Sebab mereka tidak celik kewangan.

Alam Universiti

Keadaan ini berubah hampir keseluruhanya, apabila memasuki alam universiti. Alam dimana pelajar dibebankan dengan hutang dan lebih perit lagi, hutang itu dirasakan madu ketika di universiti, dan dan ia dirasakan seperti hempedu setelah segulung ijazah berada ditangan.

Sebagai contoh, (tetapi ia adalah realiti). Apa yang berlaku di kalangan Mahasiswa Malaysia di Morocco, terutama mereka yang berpinjaman. Yang mendapat zakat 100% seperti Pelajar Selangor dikira beruntung kerana tiada bayaran balik, namun rakan mereka daripada negeri Pahang adalah sebaliknya. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan sekiranya ia kurang disenangi, tetapi realiti tiada bisa dinafikan.

Dengan bebekalkan pinjaman atau zakat 10,000 RM setahun adalah merupakan nilai yang lebih dari cukup untuk sara hidup seorang pelajar di Morocco. 10,000 RM bermakna lebih kurang 22,000-23,000 Dirham. Purata 1800 Dh sebulan sudah mampu mengeluarkan seorang pelajar daripada krisis kewangan di Morocco. Realiti yang berlaku, ada juga dikalangan mereka yang bermasalah sehingga terpaksa berhutang terlebih dahulu, dan akan dibayar setelah pinjaman atau zakat dibahagikan. Beginilah kitaranya bagi sesetengah pelajar sehingga tamat pengajian. Kurang pengetahuan dalam kewangan sekali lagi menyebabkan orang kaya tiba2 jadi miskin kemudian kaya balik, kemudian miskin balik.

Kembali kepada persepsi `sumber` tadi. Secara tidak sedar pelajar2 akan beranggapan bahawa kerajaan adalah sumber duit @ kewangan. Nak belajar, mesti pohon pinjaman kerajaan, nak sara hidup selepas belajar kena kerja dengan kerajaan. Saya cukup sedih sekiranya seorang pelajar berumur 18 tahun menandatangani pinjaman sebanyak RM 35,000 atau lebih. Sedangkan beliau tiada pengetahuan tentang menguruskan duit dan kewangan. Ilmu mengurus duit & kewangan dengan tepat tidak diajar di sekolah rendah dan menengah dan kini pelajar itu dibebankan dengan pinjaman sebanyak itu. Dalam waktu yang semuda ini, pelajar ini tidak mampu lagi membezakan antara aset dan liabiliti tidak juga mengetahui kesan negatif daripada pinjaman tersebut. Akhirnya berlakulah seperti yang saya ceritakan tadi..hutang menghutang.. Kalau orang yang tiada pinjaman dan bantuan berhutang, tak apa ..tapi kalau org kaya yang berhutang..itu yang pelik dan ajaib.

Selesai Belajar, Masuk Kerja

Saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang potongan yang akan diberikan setelah tamat belajar. Cuba kita andaikan bahawa pelajar yang telah tamat belajar dan baru bekerja terpaksa membayar balik pinjaman dengan jumlah sebanyak RM 50 – 100 sebulan. Katakan RM 100 sebulan. Maka seorang pelajar akan mengambil masa 350 bulan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM 35,000. Tidak kah begitu..? 350 Bulan bersamaan 29 Tahun 2 Bulan. Sekiranya mula bekerja pada umur 22 tahun, maka (22 tahun + 29 Tahun 2 Bulan), pada umur 51 Tahun 2 bulan barulah selesai proses pembayaran. Anda sudah tua, dan hampir nak bersara, mungkin dah dapat cucu, barulah hutang itu selesai. Oh…begini rupanya.

Inilah kitaran hidup dan fenomena hari ini, hari ini ia berlaku mungkin kepada kita, dan kita sepatutnya tidak lagi membiarkan krisis kewangan yang menimpa disebabkan kekurangan ilmu kewangan menimpa generasi selepas kita.

Mungkin selepas ini, artikel mengenai kewangan akan menyusul.

Selamat Pengantin Baru

Seminggu sudah berlalau, Mohd Asyraf Bin Sulaiman Selamat Diijab Kabulkan dengan Siti Noraihan Binti Abdul Rahim. Agak terlewat sedikit bagi aku mencoretkan seba sedikit mengenai kawanku ini. Setelah kembali dari Bumi Morocco pada Ogos 2007, nyata …Asyraf tidak menunggu lama untuk bergelar suami, seterusnya menamatkan zaman bujang yang mungkin tidak akan berulang lagi. Asyraf mungkin boleh dikatakan bertuah, kepulangannya ke Tanah Air tidak seperti rakan2 lain, ada yang terpaksa menanam anggur, tetapi dalam masa yang singkat,kerusi Ketua Fakulti di salah sebuah kolej di tanah air telah beliau duduki..Tahniah…

Agaknya, disebabkan status sebagai Ketua Fakulti, temannya (kini Isterinya) melihat `sesuatu` perlu disegerakan, kalau tidak mungkin dia akan berputih mata. Sebagai tenaga pengajar di Kolej, tentu sekali ramai anak2 murid dikalangan kaum hawa yang menaruh simpati dan menunggu peluang mendapatkan Pensyarah mereka yang hensem ini sebagai teman hidup. Oleh yang demikian, langkah mesti diatur demi memastikan graduan lepasan Morocco ini menjadi miliknya. Akhirnya, perancangan yang diatur bersertakan taufik dari Allah Taala, kedua-dua mereka selamat bergelar suami dan isteri.

Persahabatan dengan Asyraf

Kami mula mengenali antara satu sama lain, apabila membuat urusan permohonan belajar di Morocco. Ketika itu aku di Tingkatan Enam di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, dan Asyraf di Tingkatan Enam di Maahad Darul Anwar Pulau Melaka. Kami datang ke Morocco di bawah nasuhat dan dorongan Ust Mat Hassan yang dikira memberi sedikit taklimat kepada kami. Disinilah persahabatan kami mula berputik.

Dalam kesusahan melakuakan permohonan ke Morocco, akhirnya kami diterima jua untuk mengecapi warna – warni alam universiti di bumi kelahiran Ibn Batuta. Beliau ditempatkan di Uni Ain Shok Casablanca dan aku di Uni Qurawiyyin Marrakech. Persahabatan kami semakin lama semakin erat atas dasar datang sekapal dan sama belajar di Kelantan.

Jumlah Kumpulan kami adalah seramai 9 org kesemuanya, Shakir, Fathi, Bahruddin, Azri, Asyraf, Hadi, Radhi, Faies dan Hafiz. Kini Alhamdulillah kesemua telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Bermulanya Perbezaan.

Tahun 2007, 6 dari kami telah berjaya menamatkan pengajian. 4 dari mereka pulang berbakti di Tanah Air. Tinggal lagi 5 yang masih menuntut di Tahun Akhir Ijazah dan Tahun pertama Master. Hadi, dengan pernuh bergaya dan semangat masuk meminang gadis Arab, kami semua menobatkan Hadi sebagai ketua dalam misi berumah Tangga. Seterusnya , Hadi terus melangkah kehadapan dan akhirnya gadis arab itu berada dalam denggamanya..Kini mereka bergelar suami isteri.

Langkah Hadi tidak berhenti disitu sahaja, Asyraf dengan penuh yakin dan berani menjejaki langkah Hadi. Mungkin, langkah Hadi berumah Tangga merangsangkan teman2 sekapal untuk turut sama kemanisan berumah tangga. Asyraf ..nyata tidak ..mampu bersabar lagi…dia terus mara kehadapan dan meninggalkan kami dibelakang, membiarkan kami melayari dunia ini secara solo.

Perkahwinan

Perkahwinan sememangya membawa seribu ketenangan untuk si Lelaki dan si Perempuan. Dalam masa yang sama ia ibarat serampang dua mata. Ia boleh membawa kepada kebaikan dan sebaliknya. Perkahwinan merupakan sunnah para anbiya`. Tidak dapat dinafikan ia juga membawa kepada kestabilan diri lelaki mahupun perempuan, terutama di zama ketenangan diri diancam oleh seribu macam fitnah  di era globalisasi ini.

Perkahwinan bukan hanya membawa erti pergabungan antara lelaki dan perempuan bahkan skop pengabunganya lebih luas lagi, ia melibatkan percantuman dua keluarga yang berbeza latar belakang. Sebenarnya, perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan sukar untuk direalisasikan sekiranya masing2 mempunyai persepsi terhadap pasangan seperti persepsi dirinya sendiri.  Lelaki dan perempuan memang berbeza, bukan sahaja perbezaan fizikal namun ia turut melibatkan perbezaan nilai ..seperti perasaan, minat, hobi dan kegemaran. Tanpa mengetahui perbezaan ini, mahkota kebahagian sukar dicapai bahkan ia mungkin meruntuhkan perhubungan yang dibina selama ini.

Apa pun, aku doakan kepada sahabat ku ini , akan kebahagian dalam kehidupan berumah tangga. Dari bumi Morocco, sekali lagi aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.

Selepas menjadi Raja Sehari, keesokan harinya, periuk belangga pasti menunggu sentuhan si Teruna. Pada detik ini, si teruna biasanya akan menunjukkan taringnya dalam membersih periuk belangga. Kalau boleh semua periuk dan pinggan mahu dibersihkanya..akhirnya Mak Mentua mesti berkata ” Inilah menantu kesayangan ku, mmg pandai anak aku membat pilihan”..sekian…Maaf dipinta sekira terlanjur bicara.