Tahun Pertama Di Morocco

Keputusan ke Morocco diketahui melalui faks yang dihantar oleh Pihak Kedutaan Malaysia Morocco kepada Ust Mat Hassan. Alhamdulilah…hasrat untuk keluar dari Malaysia hampir terlaksana. Lama sudah memasang niat nak keluar negara, akhirnya tercapai jua, kini Morocco menjadi destinasi.

Morocco, nama yang tidak begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama dalam aspek Pengajian Agama. Mereka hanya ingatkan Astora Jabat apabila dikaitkan dengan Morocco. Tidakkah ini satu persepsi negatif telah berputik dalam minda masyarakat kita. Apa tidaknya, takut2 terjadinya Astora Jabat kedua, nahas Malaysia dibuatnya.

Tawaran belajar yang diperolehi bertempat di Universiti Qurawiyyin, Fakulti Bahasa Arab, Marrakech. Apabila tiba di Morocco, ketika itu di akhir Ramadhan, senior menyatakan bahawa tiada seorang pon Pelajar Malaysia di universiti berkenaan, bahkan tiada seorang pon Pelajar Melayu di bandar tersebut. Maknanya..segalanya kena pandai2..disebabkan ketiadaan senior. Aku, Fathi, dan Bahruddin tiba di Marrakech. Malam pertama kami bermalam dirumah Dr Ibrahim Redho, salah seorang kenalan Dr Muhammad (Ayah Fathi dan Bahruddin).

Kali pertama makan di rumah Dr Ibahim Redho sungguh sukar bagi aku, tidak bisa bertutur dalam baasa arab, tidak pula memahami soalan yang dituju kepada aku. Nasib baik Fathi dan Bahruddin telah mampu bertutur sedikit sebanyak menceriakan majlis makan kami hari itu. Kami datang ke Morocco tanpa sebarang kursus bahasa dan tanpa tajaan mana2 pihak. Fathi dan Bahruddin mempunyai kredit yang lebih dari aku, mereka berdua telah 3 tahun di Morocco ketika sekolah rendah dahulu. Oleh yang demikian, Bahasa Arab dan loghat Morocco bukan suatu yang pelik bagi mereka berdua.

Proses pertama adalah mencari rumah sewa. Memang susah untuk menjumpai rumah sewa khususnya yang sepadan dengan keadaan ekonomi pelajar. Hampir seminggu kami berjalan kaki bersama Ust Harmie, Ust Azlan dan Ust Boy, pusing sana pusing sini, mencari rumah sewa. Memang letih dan membosankan, terutama dalam bulan ramadhan. Kadang2 bila malam sudah tiba, kami menumpang di Masjid Qaru Badi`, kebetulan kawan Ust Harmie merupakan imam disitu (Ust Ansari-dulu, skrg Dr Ansari). Menumpang semalam dua di bilik khas beliau dalam masjid tersebut. Inilah kesusahan kami dalam mencari rumah sewa, akan tetapi kesusahan ini tidak langsung kami mengeluh tetapi ia adalah asam garam kehidupan seorang pelajar di perantauan. Tidak seperti seglintir pelajar sekarang ini, kadang2 senior telah membantu mencari rumah sebelum kedatangan mereka. Sampai sini, terus boleh masuk rumah, tetapi malangnya, kritikan dijadikan balasanya.

Menikmati hidangan bersama Ust Ansari merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. “Shakir, zid, kul..kul.” ujar beliau (Shakir, tambah2, makan2) . “Ana Sya`ban” balas aku, (Aku Bulan Sya`ban)….Semua tergelak, termasuk Ust Ansari, Ust Harmie, Bahruddin, Fathi…terbahak2 lagi..oo… baru perasan aku tersilap cakap. Sebenarnya aku perlu katakan “Ana Syab`aan”,(Ana telah kenyang). Semua ketawakan aku ..malam itu. Begitulah proses pembelajaran, kesilapan menjadi batu loncatan untuk terus mara kehadapan.

Bilik Sewa

Bilik pertama yang kami sewa adalah sebanyak 800 DH. Bilik kerdil ini hanya cukup2 untuk 3 orang penghuni. Bilik yang terletak bertentangan dengan bilik kami dihuni oleh mahasiswa Morocco dan sedang belajar dalam bidang Ekonomi. Kami berkongsi dapur, tandas dan sebagainya.

Hayat kami dibilik itu tidak berapa lama, kemudian kami berpindah pula ke kawasan sekitannya dan tinggal serumah dengan Pelajar Pattani dan Morocco. Hidup dengan pelajar Morocco, serba sedikit boleh mempraktikkan dan memajukan bahasa arab. Dalam masa yang sama hidup dengan pelajar Pattani membawa sesuatu yang baru kepada kami, terdapat sedikit perbezaan antara bahasa melayu mereka dan kita. Kain Bulu merupakan nama bagi tuala, kereta Bomoh adalah ambulan.

Percubaaan Tahwil

Percubaan untul menukar fakulti telah menemui kegagalan, maka terpaksalah aku dan bahruddin menunggu tahun hadapan untuk mengemukakan proses tahwil ke Fakulti Pengajian Islam. Oleh yang demikian, kami kadang2 pergi mendengar kuliah di Uni Qadi Iad apabila ada ustaz yang power2 mengajar seperti Sheikh Kharsyi.

Aktiviti Harian.

Kehidupan di Marrakech sememangnya membawa kepada satu keperitan, terutama dalam aspek berkawan. Tiada rakan2 Malaysia disini. Tetapi, sebaliknya ia memberi peluang untuk mempraktikkan Bhs Arab. Kebetulan dihadapan rumah aku, merupakan tempat pakcik2 lepak selepas pulang bekerja. Mereka ini adalah org kampung dan sentiasa bermain dam ketika berkumpul. Tanpa segan dan silu, aku turut sama bermain dam dengan mereka.

Pernah juga sekali dua, berjaya mengalahkan pak cik2 ini. Bermain dam bukan niat untuk menjadi juara pon, tetapi sekadar bergaul dengan masyarakat sekitar dan mengetahui serba sedikit tentang corak kehidupan mereka.

Ada seorang kawan penjual Kurma berdekatang dengan kawasan rumah kami, disinilah tempat aku dan dia menghabiskan masa2 kosong di waktu petang. Waktu itu lidah masih keras lagi berbahasa Arab. Mahu atau tidak, aku mesti bercakap, biar salah sekalipon. Salah satu kesilapan pelajar Malaysia sekarang ini, ada yang beranggapan bahawa Bahasa Arab boleh dikuasai dengan hanya pergi ke Kuliah. Ini silap sebenarnya, kita sepatutnya mencari kawan2 arab diluar kuliah yang boleh menjadikan teman untuk kita mempraktikkan bahasa arab. Bahasa itu diperolehi dengan bergaul dan latihan yang tidak mengenal jemu.

Beginah kehidupan aku diluar waktu kuliah di Marrakech.

Internet

Waktu yang dihabiskan untuk melayari internet di cyber adalah sekitar 2-3 jam seminggu. Waktu itu tiada lagi internet dirumah, dan kami terpaksa membayar DH 5 untuk sejam. Mahu atau tidak 50 Dh sebulan terpaksa dihabiskan kerana Internet.

Sekarang ini , internet di rumah menjadi satu tradisi mahasiswa di sini. Banyak masa dihabiskan kerana internet, terutama pelajar baru yang baru mengenali dunia internet. Tahun pertama sepatutnya dijadikan tapak yang kukuh sebagai permulaan yang mantap dalam melayari kehidupan dengan masyarakat arab di sini. Akan tetapi kadang2, aku melihat internet berjaya memesongkan objektif kedatangan mereka di sini.

3 responses to this post.

  1. Posted by ARNI on September 30, 2009 at 10:47 pm

    Bagus sangat pengalaman belajar bahasa Arab diluar negara. Ana amat kagum dengan lulusan dari Maghribi.Penguasaan bahasa Arab kemas..

  2. Untungnya dpt ke morocco…teringin nak ke sana.
    terima kasih berkongsi pengalaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: