Lelaki & Perempuan Jauh Berbeza

Hakikatnya Lelaki & Perempuan memang berbeza dari segi fizikal, namun perbezaan itu tidak terhenti di situ sahaja, ia turut melibatkan perasaan, kesukaan (Hobi), dan sebagainya. Lelaki tersilap andaian apabila berpendapat lelaki & perempuan itu sama sahaja, perempuan juga silap sekiranya ia turut beranggapan demikian.

Dari sudut agama, banyak hukum-hakam yang dikhaskan kepada perempuan sahaja dan ada juga yang dikhaskan kepada lelaki sahaja. Kenapa ia berlaku..? Kerana mereka tidak serupa dan memang BERBEZA. Kesempatan kali ini bukan bertujuan untuk mengulas perbezaan dari sudut agama, akan tetapi saya akan cuba mengulas dalam sudut yg lain.

Lelaki

Fokus seorang lelaki biasanya tertumpu kepada beberapa perkara @ nilai antaranya: Kekuasaan, Kecekapan dan Pencapaian. Boleh dikatakan corak kehidupan dan pemikiran mereka bersandarkan kepada nilai2 yang disebutkan tadi.

Gaya pemakaian mereka adalah merupakan tindak balas terhadap kemahiran dan kecekapan dalam sesuatu bidang. Disebabkan bekerja sebagai ustaz, maka gaya pemakaiannya ialah berkopiah atau bersongkok. Begitu juga dengan tentera, walaupun telah bersara, baju tetap dimasukkan kedalam seluar supaya menampakkan kekemasan. Dengan kata lain, gaya pemakaian lelaki boleh menterjemahkan bentuk kerjaya mereka.

Kegiatan outdoor merupakan kegemaran lelaki,seperti memancing, bermain bola, takraw…dll. Dalam masa yang sama mereka juga amar gemar mengambil cakna mengenai berita antarabangsa, sukan dan cuaca. Akan tetapi mereka tidak menghiraukan tentang majalah atau bahan bacaan mengenai kekeluargaan.

– Angan-angan si Lelaki

Angan2 dan khayalan seorang lelaki lebih menekankan nilai kebendaan berbanding nilai2 pehubungan dan kekeluargaan. Kereta mewah, rumah besar, lap top tercanggih, handset terbaru, semua ini adalah khyalan dan angan yang berlegar dalam minda lelaki. Ia sedikit sebanyak mengambarkan bahawa lelaki `dijajah` oleh “kebendaan”.

Dahulu aku ingatkan hanya lelaki yang tidak belajar agama dan berpangkat besar sahaja yang sukakan kereta mewah seperti Mercedes, dan BMW. Akan tetapi sanggakan aku ini tidak menemui realiti, hari ini sangkaan itu telah luput dan terkubur. Aku pernah berkawan dengan seorang yang selalu berserban dan selalu mengajai kitab di pondok, tetapi dia berkereta Mercedes E230 (Lampu Bulat).

Sewaktu kedatangan MB Terengganu ke Morocco, ada 2 orang ustaz yang turut serta. Aku sempat berborak dengan mereka berdua mengenai topik kereta mewah. Kedua2 memasang cita2 untuk memiliki E 230. Ini semua membenarkan lagi dakwaan bahawa `semua` lelaki berangan2 memiliki kereta mewah. Ada yang menjadi realiti dan ada yang menjadi mimpi.

– Mencapai Matlamat

Lebih penting dari kereta mewah dan rumah besar ialah, mencapai matlamat. Mencapai matlamat adalah misi tersirat didalam hari, ia adalah impian yang agung bagi lelaki. Pada anggapan mereka,: `Berjaya mencapai matlamat adalah bukti kepada kecekapan diri seterusnya ia memberikan kepuasan yang tidak berbelah bagi kepada diri`. Untuk merasakan kepuasan diri sendiri, dia mesti mencapai matlamat dan impian secara solo, dan tidak meminta akan bantuan orang lain. Autonomi adalah simbol kekuasaan dan kecekapan.

Pantang bagi seorang lelaki apabila ada `kuasa lain` yang cuba mengugat kekuasaan dan kecekapan mereka.  Lelaki akan cuba bertindak secepat kilat mengeluarkan pedang dan memancung `kuasa lain` tersebut. Aku telah membuat seolah2 eksperimen bagi perkara ini. Demi maslahah dan kebaikan golongan tertentu, aku cuba menganjurkan `sesuatu`, dalam masa yang sama aku telah mengagak bahawa dari kaca mata `Penguasa Tertinggi` ia seakan mengugat kecekapan dan kekuasaan beliau. Lantas aku di marah dan disisih oleh `Penguasa Tertinggi`. Akhirnya, kesimpulan eksperimen aku bertepatan dengan teori yang dilakarkan.

Perempuan

Alam perempuan secara totalnya berbeza berbanding alam lelaki. Teras kehidupan mereka disandarkan kepada beberapa perkara @ nilai: Kasih Sayang, Kecantikan, Berkomunikasi dan Menjalinkan Hubungan. Kepuasan diri mereka amat bergantung kepada perasaan dan mutu perhubungan mereka.

Kereta mewah, bangunan tinggi, seolah2 langsung tidak mendapat tempat dalam hati mereka. Hati @ Jiwa perempuan lebih tertumpu kepada keharmonian rumah tangga dan kasih sayang bersama. Topik kebahagian dalam kekeluargaan dan kasih sayang adalah fokus utama dalam kehidupan perempuan, dulu, kini, dan selama-lamanya.

Cerita mengenai gaya @ corak pemakaian perempuan terlalu banyak banyak riwayatnya. Ada yang sahih(Benar) dan ada juga yang maudu3 (Palsu).  Sebenarnya, pemakaian mereka adalah bergantung kepada perasaan pada hari itu. Ada dikalangan mereka menukar pakaian @ tudung berkali2 pada hari yang sama, ini semua bergantung kepada perasaan mereka yang sentiasa berubah2.

Sepanjang menjadi Jurujual di Kedai Butik (Pakaian), disini aku dapati perempuan tidak lagi sayang kepada wang apabila pakaian berada dihadapan. Tambahan pula sekiranya pakaian tersebut merupakan `pattern` baru. Bukan sehelai dibelinya, bahkan 2,3 helai. Kadang2 ada yang telah habis `cash` ketika membeli, lalu dikeluarkan pula kad kredit sebagai bayaran kepada pakaian yang lain.

– Tidak Solo

Bagi kebanyakan lelaki, kerja dibuat secara solo walaupun berhadapan dengan masalah kecuali masalah rumit (x mampu dia selesaikan). Memohon pertolongan mengugat kecekapanya dan merupakan simbol kelemahan. Bagi perempuan, ia tidak begitu. Memohon bantuan bukan bererti lemah dan memberi bantuan yang tidak dipinta adalah bukan perkara yang menyakitkan hati, tetapi ia adalah simbol kasih sayang (cinta).

– Cakap Banyak

Cakap banyak sudah sinonim dengan perempuan. Mereka bercakap banyak bukan kerana suka bercakap, akan tetapi melalui bercakap mereka sebenarnya mahu berkongsi perasaan dengan `orang lain`, seterusnya melahirkan keceriaan dalam diri mereka.

Hatta, kalau perempuan membebel mengenai sesuatu masalah kepada `pihak lain`, mereka bukanya ingin mendapatkan jalan penyelesaian dan cadangan daripada `pihak lain` itu. Akan tetapi mereka hanya mahukan `pihak lain` itu dengar akan celoteh dan percakapanya. Mendengar celoteh perempuan adalah salah satu tanda `take care` disisi mereka.

– Pelik dan Terkecuali.

Semasa pulang ke Tanah Air baru ini, Aku dan ayahnda ke Kilang Padi PPK di Pasir Mas, Kelantan. Sampai di kilang, kami terus berborak dengan Bos kilang di kedai kopi berhampiran pintu pagar kilang. Sedang rancak berborak, Bos kilang nampak Mercedes E 230 datang kearah kami, lalu dia berkata …tu Kak Ani mari dah tu… Aku sedikit terkejut. Seorang Tokey Beras Perempuan dan memiliki kereta Mercedes E 230. Setahu aku perempuan tiada minat sangat terhadap kereta2 mewah. Kak Ani memberhentikan kereta dan duduk di meja sebelah kami. Kak Ani yang berbaju kurung dan bertudung bawal itu rancak berbual bersama kami.

Keadaan Kak Ani ini berbeza dengan kenyataan diatas tadi, tetapi perempuan seperti Kak Ani ini sukar ditemui.

Kesimpulanya.

Perbezaan antara lelakai dan perempuan adalah benar2 wujud. Keagagalan memahami perbezaan ini adalah punca keretakan hubangan antara lelaki dan perempuan. Saling mengenali akan perbezaan antara satu sama lain, sudah pasti akan menimbulkan perasaan tolak ansur dan saling faham memahami.

Mengenal pasti perbezaan adalah dengan memerhatikan apa yang berlaku. Pepatah Arab ada mengatakan: Kullu Syai in 3lamah (Setiap Sesuatu itu Alamat @ Tanda). Perhatikan sahaja dan gunakan sedikit akal, pasti ana akan melihat perbezaan ini.

Setakat inilah dahulu artikel saya yang pertama mengenai topik `Kekeluargaan`.


6 responses to this post.

  1. Posted by pelangi petang.. on November 22, 2008 at 11:26 am

    Salam..menarik pos kali n…huhu..

  2. Posted by ~Terfikir~ on November 22, 2008 at 9:12 pm

    Assalamualaikum..
    Hanya terfikir..adakah lelaki blh bekerja secara solo selama2nya?
    Disini berpandangan.. hidup manusia perlu kepada jemaah.. jadi mgkn kadang2 mmg kite perlukan pertolongan.
    Perempuan..
    Perempuan mempunyai 99 nafsu..menunjukkan kehendak seorang perempuan bercabang2.Perempuan juga adalah insan yg berkehendak. dari segi barangan kemas, barang elektronik, rumah2 mewah@indah dan juga kenderaan.tidak peliklah jika dilihat..perempuan selalu bertukar ganti handphonenya..
    Setiap insan mmpunyai pandangannya yg tersendiri..
    Sekadar melontarkan pemerhatian dari sudut diri =)

  3. Posted by fadma on November 22, 2008 at 10:32 pm

    semua manusia kehendaknya adlh berbeza tak kiralah lelaki atau prpn..dan dr situ kita sndri boleh fikir dan ambil iktibar..wallahu ‘alam

  4. Terima kasih atas lawatan..erm..Alhamdulillah, moga penulisan akan dtg sama berkesan juga untk ummah.. publish ke PMMM? owh, kalau saudara Gaharu Emas rasa perlu..saudara publishkanlah..saya rasa masih banyak perlu diperbaiki terima kasih atas sokongan..

  5. Assalamualaikum Semua.

    To:
    Pelangi Petang, Terima Kasih atas pengahargaan.

    To: ~Terfikir~,
    Terima Kasih atas persoalan dan maklumat tambahan mengenai perempuan. Lelaki boleh melakukan beberapa perkara secara solo bagi sesetengah perkara selama-lamanya, dan lelaki tidak mampu melakukan sesetengah perkara secara solo apabila sampai pada tahap umur tertentu. almuhim…berkerja secara solo bagi lelaki adalah topik yg panjang pebincangannya..

    To: Fadma
    Terima kasih atas komen, untuk mengenali perbezaan kita perlu tahu kedua sifat dan kecenderungan lelaki dan perempuan, kemudia baru boleh buat eksperimen perbezaan..hehhe

  6. Posted by pak de on January 28, 2009 at 7:59 am

    agak berpengalaman saudara syakir..
    junior in mml spm’05
    -mansurah,mesir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: