Kenali Diri Anda

Kenali Diri Anda

Mengenali diri sendiri berarti mengenal pasti anugerah (kelebihan) kurniaan Allah Taala kepada diri sendiri. Kemudian melaksanakan dan menggunakan anugerah (kelebihan) yang ada pada diri sendiri dengan cara yang terbaik.

Anugerah itu mungkin berbentuk keilmuan atau pun mungkin berbentuk kemahiran. Sesungguhnya setiap bidang ilmu dan pekerjaan dikenali dengan tokoh-tokohnya melalui kemahiran yang tertentu. Begitulah manusia, dianugerahkan dengan pelbagai kemahiran dan keistimewaan yang berbeza.

Keperluan kita untuk mengenal pasti kelebihan diri sendiri amatlah mustahak. Apatah lagi ia mampu menjulang individu ke puncak kejayaan. Dan dalam masa yang sama, kelebihan itu bisa berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Sahabat Rasulullah S.A.W Khalid Alwalid yang terkenal dengan kepahlawanan yang tidak mengenal erti takut. Begitu juga Ibu Abbas yang terkenal dengan ketajaman fikiran dalam mentafsirkan AlQuran.

Kehebatan Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik dalam berdakwah melalui ilmu perbandingan agama tiada tolak bandingnya.

Mereka menjadi hebat dan pakar rujuk dalam bidang mereka disebabkan mereka memfokuskan tindakan kepada anugerah (kelebihan) yang telah dikurnuiakan oleh Allah Taala.

Berusahalah sedaya upaya demi mencari kelebihan yang dianugerahkan kepada anda. Melalui ilmu yang ada pada diri, kemahiran, percubaan dan pengalaman hidup, anda pasti akan menjumpainya..InsyaAllah.

MENTOR HIDUP.

Seorang anak muda tidak patut mendabik dada menyatakan bahawa dia lebih berilmu dan lebih hebat daripada orang yang lebih tua dari mereka. Pengalaman hidup orang tua adalah aset yang cukup bernilai untuk dijadikan modal kehidupan.

Dalam kehidupan seorang mahasiswa, sepatutnya kita mempunyai Mentor untuk membolehkan kita mendapat tunjuk ajar seterusnya merancang dan mengatur langkah untuk terus maju kehadapan sebelum menjadi dewasa.

Kehidupan adalah gabungan daripada beberapa aspek. Oleh yang demikian, merasa cukup dengan seorang mentor sahaja adalah satu kesilapan. Mungkin kita memerlukan 3,4,5 (atau lebih) orang mentor. Dengan ini kita adalah orang yang bertuah kerana mempunyai mentor (penasihat) dalam pelbagai bidang dan aspek.

BUKU SAHAJA TIDAK CUKUP.

Buku adalah khazanah ilmu dan hikmah. Tetapi ia keseorangan tidak mampu mengeluarkan ilmuan dan cendikiawan dalam bidang tertentu. Tokoh-tokoh ilmuan dan cendiakawan dalam pelbagai seni ilmu dan bidang tidak hanya belajar di sekolah dan universiti, akan tetapi mereka belajar di Madrasah Kehidupan. Kehidupan adalah satu perlumbaan dan ia sendiri bertindak sebagai madrasah dalam melahirkan mereka yang benar-benar bermutu dan menang dalam perlumbaan kehidupan.

Pemidato yang hebat, tidak akan hebat sekiranya dia hanya membaca beribu-ribu buku teori berpidato. Kehebatan terserlah setelah diri memanjat mimbar dan pentas, diri menjadi hebat setelah percubaan demi percubaan dilakukan,diri menjadi hebat setelah melalui kepahitan kegagalan dan kemanisan kejayaan. Akhirnya kehebatan berpidato menjadi miliknya.

Begitu juga seorang jutawan tidak akan menjadi jutawan dengan membaca buku panduan menjadi jutawan. Buku hanyalah teori, dan teori ini sedia dipraktikkan oleh sesiapa sahaja di lapangan kehidupan.

APA YANG PERLU DALAM KEHIDUPAN.

Kita memerlukan satu gambaran dan lakaran mengenai kehidupan diri sendiri. Ia adalah Catatan Misi Kehidupan yang mengandungi semua perkara yang penting dalam kehidupan. Kita perlu melakarkan matlamat kehidupan supaya kehidupan harian dan segala tingkah laku meniti di atas titian menuju matlamat.

Ingatlah bahawa, berusaha dan bersusah payah dalam menjadikan matlamat sebagai satu kenyataan memberikan keyakinan dan kepuasan kepada diri.

قال الله تعالى

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

Firman Allah Taala:

Dan  Aku (Allah Taala) tidak menciptakan Jin & Manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (beribadah).

Konsep beribadat dalam firman Allah Taala itu tidak terhad terhadap sembahyang, puasa dan haji semata-mata. Bahkan konsep beribadah itu jauh lebih luas daripada itu. Ia secara totalnya merangkumi semua aktiviti manusia, baik secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Seorang penulis yang berani mempertahan Islam dengan mata penanya dan mengkritik pihak yang mengancam Islam adalah dikira ibadat.

Seorang pengarah filem yang menciptakan filem-filem keIslaman, memaparkan keadilan dan toleransi dalam Islam adalah dikira ibadah.

Semua ini akan memberatkan mizan (timbangan pahala) di Hari Akhirat yang mendatang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: