Seminggu di UK

SEMINGGU DI UK

Hampir 3 minggu tidak `memegang senjata` menulis sesuatu di ruang ini. Kesibukan Hari Raya Aidiladha dan bermusafir ke UK selama seminggu menyebabkan ruang ini kesepian. Seminggu di UK sudah pasti terdapat sesuatu untuk dikongsi bersama.

Dorongan untuk ke UK mula berputik apabila tiga permohonan Master yang dikemukakan ditolak oleh Kementerian Pengajian Tinggi Morocco. Permohonan pertema ke Uni Mohd 5 Rabat, permohonan kedua ke Uni Ibn Tofail, Kenitra dan permohonan terakhir ke Uni Qadi Iyad Marrakech. Kita hanya memohon, akan tetapi segala keputusan ditangan Ilahi. `Kebaikan itu sentiasa pada pilihan Ilahi`.

Gesaan untuk ke sana bertambah lagi apabila rakan2 serumah yang berada di UK pada musim panas yang lalu sedikit demi sedikit meracuni pemikiran aku untuk belajar disana. Demi mendapatkan kepastian mengenai sistem pembelajaran disana, ia cukup baik sekiranya aku sendiri yang bertandang ke sana. Pemergian kesana menjadi lebih menarik apabila Harith, rakan sebilik turut sama mengikuti.

Alhamdulillah kami mendapat tiket Ryan Air, dengan DH 312 sahaja untuk seorang, pergi dan balik (Morocco-UK). Sekitar 27 Euro seorang. Ia cukup murah dan berbaloi. Bukan setakat itu sahaja, kami terus membeli tiket bas (fun-fare) National Express sebelum keberangkatan kami ke sana.

Hari pertama di Bristol, kami disambut oleh Amir, pelajar Master di Bristol. Hanya satu malam sahaja sempat bertemu mata dengan beliau, berborak dan bertukar fikiran. Mula berkenalan dengan beliau ketika kami bertemu di Jamiyyah Annur, Istanbul 2007. Sedikit pandangan dan pengalaman beliau diambil demi memenuhi misi ke sana.

Hari kedua, kami terus ke Leicester melalui London. Sistem pengakutan sangat memberangsangkan dan memuaskan. Bas akan bertolak mengikut waktu, on time katakan…ia sungguh berbeza dengan keadaan di Morocco. Bila dibandingkan antara sana dan sini, aku menjadi ketawa sendirian.

Di Leicester, kami disambut oleh Ustaz Muis, pelajar MA di MIHE dalam bidang Islamic Banking, Finance and Management. Dia orang Kelantan, dan telah lama menetap di sana. Oleh yang demikian, senanglah untuk bertutur dengan beliau dengan mengunakan bahasa `kelate`. Sampai di UK pun, bahasa `kelate` masih relevan..hehehhe

Beliau tinggal dengan sorang pelajar Syiria- Yusof, ah..langkah ini sungguh bijak. dengan ini, mereka terpaksa berbahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi, dan secara tidak langsung akan meningkatkan penguasaan BI mereka. Sampai2 sahaja terus berborak mengenai MIHE dan bidang Islamic Finance bersama Ustaz Muis, Yusof , dan Taufik dari Bangladesh. Perbincangan sungguh menarik dan maklumat yang diambil boleh tahan banyaknya.

Belajar memang seronok tetapi apabila memikirkan kos yuran pembelajaran di UK, ia sungguh mahal. Inilah yang memeningkan kepala bagi setiap pelajar bukan tajaan. Disini terujinya keberanian dan keseungguhan seorang lelaki. Ustaz Muis sungguh cekal dan tabah. Beliau sendiri menyara hidup dan beliau sendiri membayar yuran pengajian. Tajribah atau percubaan yang dilakukan oleh beliau sukar untuk ditiru dan dilakukan.

Terima Kasih diucapkan kpd Ustaz Muis atas pertolongan dan penerangan yang diberikan.

MIHE


Lokasinya terletak berdekatan bandar Leicester, dan MIHE adalah kepunyaan Islamic Foundation. Suasana di MIHE sedikit sunyi dan amat sesuai untuk belajar. Pelajarnya datang dari pelbagai negara dan ini memberi satu kebaikan kepada para pelajar untuk mencipta `worldwide network`.

MIHE sebenarnya dikenali dengan Islamic Banking, perpustakaanya adalah yang terbaik di UK bagi kategori Islamic Banking. Dengan erti kata lain, rujukan untuk Islamic Banking amat mudah didapati disitu. Profesornya pun boleh tahan, ramai yang hebat2 dan pakar dalam bidang tertentu.

Yuran disini agak murah berbanding tempat lain, bagi kos MA Islamic Banking ia hanyalah 6200 GBP @ 73,780.00 DH @ 31,600  RM +-. Wow, kalau tidak ada tajaan, ia sungguh menyakitkan.

LAMPETER, DR MAZA & USTAZ ZAHARUDDIN


Kami ke Lampeter untuk menziarahi Ustaz Halim Mohd Naam yang kini dalam proses menyiapkan tesis PhD beliau dalam bidang berkaitan dengan Linguistik Bahasa Arab. Ustaz Halim adalah antara bekas pelajar Morocco di Uni Mohd 5 pada zaman 90-an. Beliau dengan baik hati membawa kami berjalan sekitar bandar Caredigon, dalam masa yang sama kami sempat mempelajari sesuatu dengan beliau. Ilmu ini sungguh bernilai bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar di UK.

Tidak disangka, rupaya Dr Maza juga menumpang dirumah beliau. Dr Maza, bekas Mufti Perlis menumpang dirumah beliau sementara menunggu masa untuk masuk ke rumah baru beliau di Lampeter. Beliau kesana untuk program sabatikal di Uni of Wales, Lampeter.

Perbualan dengan Dr Maza sungguh rancak dan mencakupi pelbagai isu, agama, politik, kepimpinan dan pelbagai lagi. Hampir setiap kali apabila tiba waktu makan, kami akan bersembang di ruang tamu rumah Ustaz Halim.

Kami juga berpeluang berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin yang kini sedang dalam proses PhD dalam Islamic Banking. Perjumpaan ini diatur oleh Ustaz Halim. Ustaz Zaharuddin melontarkan persoalan kepada kami berdua, kenapa nak ambil Islamic Banking dan nak jadi apa lepas nie.? Persoalan ini memerlukan jawapan yang jelas bagi sesiapa sahaja yang ingin menjejaki kaki ke bidang Islamic Banking.

Alangkah elok dan beruntung sekiranya PMMM dapat merangka satu seminar atau program dan menjemput Ustaz Halim dan Ustaz Zaharuddin bertandang ke Morocco.

Kami berasa sungguh bertuah dapat berjumpa dengan golongan Malaysia di Lampeter, terutama demi berkongsi pengalaman di perantauan. Terima kasih Ustaz Halim.

LONDON


Sebelum berleas pulang semula ke Morocco, sempat juga berjalan2 sekitar London dengan ditemani oleh rakan sekolah Maahad Muhammadi (L) dahulu, Saudara Asyraf. Dia adalah antara pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan 2003. dan kini sedang belajar dalam bidang kedoktoran di London. Sudah 4 tahun tidak bertemu mata dengan beliau, namun begitu beliau tidak banyak berubah, masih Asyraf dulu lagi.

Terima kasih banyak2 Dr Asyraf.

Makan di London boleh tahan juga harganya, nak kata mahal pun tidak juga. Nasi beriani sepingan 4.50 Pound @ 53.50 DH @ 23 RM. Ok lah.tidak terlalu mahal, kerana nasi beriani tu boleh dimakan untuk 2 orang Melayu (perut Melayu saiz kecil kot).

Kami sempat menunaikan solat Jumaat di Central Mosque, London. Malihat kepada wajah Tok Khatib, aku jangkakan ia berasal daripada Bangladesh atau kawasan sekitarnya. Khutbah pertama dalam bahasa arab fushah dan khutbah yang kedua dalam bahasa Inggeris. Setiap minggu, disinilah berkumpulnya Muslim Asia, Muslim Afrika, Muslim Eropah, Muslim Arab, Muslim Cina dan pelbagai lagi, demi menunaikan kewajipan Jumaat.

Keesokan hari, kami berdua terus pulang Morocco, dengan membawa satu harapan baru, membawa satu idea baru, membawa pulang semangat mengunung untuk menyambung pelayaran kehidupan disana buat beberapa detik dan ketika sebelum berakhirnya zaman muda. Ketika zaman muda inilah, seseorang berada dipuncak kekuatan tenaga, ketika inilah kehidupan menolak insan mencari seribu pengalaman baru tentang kehidupan, ketika inilah masa untuk menimba adab dan akhlak sebelum menjadi dewasa dan berumahtangga.

6 responses to this post.

  1. aduss..semangat ini telah membuak2…eheh..~

  2. jauhnya dia berjalan…

    semua ceruk dijelajahnya..

    bagus2..

    moga dilapangkan nikmat, dimurahkan rezeki, diberkati umur.

  3. Posted by izzuddin on February 18, 2009 at 9:42 am

    salam akhi…

    wahh….pergi ke UK…

    nanti ke nottingham pula!!

    saya di notts…tapi teringin ke morocco nanti…dah le murah…mungkin nak pergi masa cuti april ni kut..

    boleh minta ctct details?

    tenkiu!!

    yg teringin nk melawat pelajar2 morocoo!!

    Wassalam..

  4. Posted by imran on May 29, 2009 at 6:26 am

    salam

    boleh minta email student2 postgrad atau undergrad tahun 3 ke atas di London ?

    jzkkk

  5. salam, akh..
    saya berminat untuk menyambung pelajaran ke oversea, tapi tak punya tajaan.
    harap boleh dapat detail mengenai prosedur dan cara2 ke sana..mohon pertolongannya..jazakallahu khairan (^_^)

  6. Posted by rihana on March 21, 2010 at 4:54 pm

    salam….nice blog..emmm bleh saya jadikan sbg semangat nak teruskan belajar?? xceli sekarang dah semester 5…part time study….hope we can be a friend…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: