Archive for June, 2009

Turun Naik Emas

Turun Naik Emas

Sebut sahaja ‘Pelaburan’, sudah pasti terlintas difikiran kita aspek keuntungan. Ramai orang suka melabur, tetapi bukan semua pelabur berjaya dalam pelaburan. Kadang2 kita tersilap dalam membuat pelaburan. Akibat tidak mengetahui Konsep Pelaburan secara meluas, saya menjadi pening dan terus pening dengan persoalan yang bermacam2.

Alhamdulillah dalam keadaan pening dengan ‘Pelaburan’, pada tahun 2007 saya telah mendapat sebuah buku yang cukup berharga. Tajuknya ialah “Rich Dad Poor Dad”. Setelah selesai membaca buku tersebut sebanyak 2 kali, saya terus mencari buku2 yang ditulis oleh pengarang yang sama, akhirnya saya menjumpai buku “Retire Young, Retire Rich” oleh Roert T. Kiyosaki.

Kini, saya sedang mencari rahsia Pelaburan Emas. Ilmu Emas adalah cukup kompleks. Sebagai mukoddimahnya saya menjumpai graf harga emas dunia. Saya juga telah membeli 2 buah buku tentang “Gold Investment” daripada amazon.com. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian tentang harga emas dunia. Berikut adalah naik turun harga emas dunia.

30 Day Gold Price History in USD per Ounce.

60 Day Gold Price History in USD per Ounce.

6 month Gold Price History in USD per Ounce.

1 year gold price history in US Dollars per ounce.

2 year gold price history in US Dollars per ounce.

5 year gold price history in US Dollars per ounce

10 year gold price history in US Dollars per ounce

15 year gold price history in US Dollars per ounce.

20 year gold price history in US Dollars per ounce

36 year gold price history in US Dollars per ounce

WANITA & EMAS

Lelaki sememangnya mengetahui akan minat dan kehendak Wanita terhadap emas begitu tinggi menggunung. Tetapi sejauh manakah kecintaaan dan kegilaan Wanita terhadap emas sukar diukur dengan andaian dan tekaaan. Bagi golongan Lelaki Muslim, cukup bagi mereka sekadar melihat kilauan dan sinaran emas di tangan , leher dan kaki Wanita. Mereka dilarang sama sekali memakainya, tetapi tiada dosa dicatitkan sekiranya sekadar melihat perhisan emas itu. Mereka sekadar diberi kelonggaran untuk menyarung Perak, kayu kokka dan besi sahaja.

“Tidak cantik perempuan tanpa emas, kecantikan perempuan itu pada terletak pada emas”(lbh krg) begitulah ungkapan dan kata2 yang ditutur oleh seorang rakan.

Disebabkan mempercayai falsafah ini ramai Wanita berpusu-pusu menuju kedai2 emas, mencari tali tangan , leher dan cincin paling sesuai untuk mereka. Mereka mempercayai akan kecantikan dan keayuan akan bertambah setelah menyarung cincin atau tali tangan bentuk baru. Demi kecantikan dan keayuan diri, ribuan ringgit terpaksa dihabiskan, tiada sedikit pun penyesalan dilakarkan.

Sudah genap seminggu saya menjadi penjual emas di Kedai Emas Sri Ayu Sdn Bhd. Pasir Mas Kelantan. Pelbagai kerenah dan perangai wanita diperhatikan. Wanita Kelantan sememangnya terkenal dengan Emas, suka memakai emas dan suka membeli emas. Fenomena ini melambangkan Wanita Kelantan sedikit beduit berbanding negeri lain. Ya, fakta ini memang tepat sikiranya kita memerhatikan mak cik2 di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu memakai emas 20, 30, riyal berat. Ribuan harta berada di tangan dan leher mak cik2 ini. Di sebabkan sifat suka berniaga menjadikan mereka sedikit senang daripada orang lain.

“Orang Kelantan banyak pakai Emas, kaya kaya” ujar seorang mak cik dari Baling Kedah bertandang ke kedai. Lama juga saya berborak dengan mak cik ini, daripada perbualan kami, saya dapati dia kurang arif tentang emas, tidak seperti mak cik2 Kelantan yang cukup arif tentang emas. Kadang – kadang nak ambil untung pun susah disebabkan pembeli mengetahui selok belok emas yang cukup tinggi.

Jangan terkejut sekiranya emas yang dipakai oleh seorang wanita melebihi RM 10,000.00 atau 20, 000.00. Mereka bangga dan bahagia dengan perhiasan emas yang ada pada diri.

Kadang- Kadang kehendak perempuan terhadap emas melebihi kehendak lelaki yang  inginkan kereta mewah. Kalau lelaki berbangga dengan kereta mewah, perempuan juga berbangga dengan emas.

Dalam dunia ini, Orang Islam (Muslimat) merupakan kelompok tertinggi membeli emas berbanding orang lain. Jualan emas pasti meningkat ketika menjelangnya Syawal. Kedatangan Syawal disambut dengan pakaian baru dan emas baru oleh umat Islam. Fenomena yang sama juga berlaku di Malaysia.

Harga Emas sentiasa meningkat, semalam saya menjual dengan harga Rm 285 bagi satu riyal berat. Orang kelantan menggunakan istilah Riayal, Orang Terengganu akan mengunakan Istilah Amah dan Orang Kuala Lumpur Dan Selangor akan menggunakan istilah Gram dalam urusan penjualan dan pembelian emas.

Inilah sedikit sebanyak kisah yang dapat dicatatkan selama seminggu berada di gedung emas.

“Jangan lupa kawan-kawan, kalau hendak bertunang dan berkahwin, datang jumpa saya di Pasir Mas, potongan hebat menanti anda.”