Kitab & Kargo: Satu Memori.

Kitab & Kargo: Satu Memori.



“Kami akan usahakan kargo disebabkan ‘batch’ kami ramai yang akan tamat” begitulah lebih kurang, satu ungkapan daripada seorang senior ketika saya berumur setahun jagung di Morocco.

Oh..sungguh hebat senior ini, kata hatiku. Lalu, bertambahlah ‘respect’ saya kepada senior ini. Bukan calang2 orang yang mempunyai idea sebegini. Sudah belasan tahun pelajar Malaysia di sini, namun tiada satu pun kargo milik pelajar Malaysia dihantar ke Tanah Air.

Pada tahun 2006, senior ini pualng ke tanah air. Namun tiada kedengaran akan usaha senior ini untuk mengkargokan kitab para pelajar. Bila sudah pulang, sudah pasti idea itu tadi kekal sebagai ‘idea’ dan ia tidak diterjemahkan ke alam nyata.

Menjadi kebiasaan dan kelaziman pelajar Malasyia di Morocco menumpang mana2 kargo milik Pegawai Kedutaan yang akan pulang ke Malaysia setelah tamatnya tempoh perkhidmatan di sana. Pegawai2 ini lah secara sukarela membantu pelajar-pelajar dan menyelamatkan kitab kesayangan para pelajar.

SIKAP TIDAK RELEVAN

Ada juga dikalangan pelajar yang menjual hampir keseluruhan kitab2 mereka kepada pelajar2 Melayu lain, bahkan ada juga yang menjual kitab kepada pelajar Arab. Alasan diberi, disebabkan susah nak bawa balik kitab ke Malaysia, lebih baik jual sahaja.

Kitab merupakan nilai yang amat berharga, apatah lagi ia merupakan bahan rujukan bagi mereka yang mempelajari bidang agama. Ia amat bernilai dan boleh diwarisi sehingga anak cucu, berbanding dengan duit yang diperolehi hasil jualan kitab, ia boleh lesap sekelip mata.

BERMULANYA LANGKAH

Bermula pada tahun 2006, saya mula mengumpul maklumat sedikit demi sedikit. Akhirnya pada awal tahun 2008, gerakan dan langkah saya menjadi semakin agresif disebabkan masa berada dibumi Morocco dijanggka sudah tiba dipenghujung.

Kadang-kadang hampir setiap hari terpaksa berulang alik dari Kenitra ke Casablanca demi mencari jalan untuk proses penghantaran kargo. Lokasi sekitar Stesen keretapi Casa Port menjadi tumpuan utama saya. Naik tangga, turun tangga pejabat sudah menjadi kelaziman pada ketika itu.

Betapa perit dan sukarnya saya pada ketika itu. Berjalan kaki seorang diri, bertanyakan sesiapa sahaja. Pemandu Lori kontena yang berkeliaran sekitar Pelabuhan Casablanca juga menjadi sasaran saya untuk bertanya. Apabila bertanya kan 3 atau 4 oarang pemandu Lori Kontena, sudah pasti keempat mereka mempunyai mazhab yang berbeza. Yang pertama cakap begini, yang kedua cakap begitu, begitulah yang ketiga dan keempat.

Apayang pasti, saya tidak membantah sedikit , tetapi terus peka dengan arahan mereka itu. Semua maklumat saya installkan secepat mungkin dan akan dikaji apabila pulang ke rumah nanti. Begitu juga dengan kerenah pejabat2 logistik dan kontena. Pejabat ini cakap begini dan yang itu cakap begitu. Pada keadaan ini, saya memerlukan EQ yang tinggi untuk melayan semua arahan berbeza yang dikeluarkan pihak pejabat2 berkenaan.

Rakan2 yang ke Casablanca sudah pasti pernah terlihat Kontena yang tertulis CMG. Ini adalah syarikat kontena bertaraf dunia dan beroperasi dimana sahaja. Saya memberanikan diri memasuki syarikat gergasi ini. Oh..syarikat sebegini sukar untuk menerima seorang customer asing tetapi berbahasa arab. Mereka lebih selesa dan suka berbahasa Perancis dan Inggeris. Hasil daripada perbincangan ini, saya mendapat satu lagi ilmu berharga dalam bidang kontena.

Perlu diingati, syarikat2 kontena sememangnya sukar untuk berurusan dengan customer berstatus pelajar. Maklumlah, pelajar hanya berurusan sekali sahaja. Selepas pulang ke Tanah Air sudah pasti dia tidak berurusan lagi dengan syarikat dan tiada lagi keuntungan dan manfaat kepada syarikat. Oleh yang demikian, sikap acuh tidak acuh mereka terhadap customer sebegini dizahirkan dengan jelas sekali.

Dalam keadaan ini, terdetik dihati untuk memasuki sebuah lagi syarikat yang berada disekitar Casa Port. Kali pertama bertemu dengan seorang Lelaki yang begitu segak dan peramah orangnya. Saya memulakan bicara dengan memperkenalkan diri. Lantas saya terus bertanya, Kamu dari mana ..? Dia menyatakan bahawa dia dari selatan Morocco. Terus saya keluarkan beberapa ayat dalam bahasa† Amazigh. Man za kin..? Labas Dark..? Dia terus terkejut mendengar bahasanya dituturkan oleh seorang warga Malaysia. Saya berjaya mencipta jambatan walaupun beberapa minit baru bertemu. Saya menambahkan lagi kekaguman beliau terhadap saya apabila saya mula membilang 1,2,3,4,5 dalam bahasa Amazigh. Yan, Sin, Krat, Coz, Semus, dan bla bla….

Kami berborak panjang pada hari pertama pertemuan kami. Kemudian, satu persatu dia membongkar rahsia kargo. Sebenarnya saya telah mempunyai maklumat tentang istilah usrusan kargo tetapi ia belum sampai ke peringkat sempurna. Lelaki ini menambahkan lagi maklumat berkaitan kargo.

Kali kedua, saya berkunjung ke pejabat yang sama. Tetapi nasib malang diperolehi, lelaki itu tadi telah berhenti bekerja di situ, dia kini di syarikat lain. Pemilik syarikat itu adalah seorang perempuan, dia meluahkan segala kekecewaanya terhadap rakan lelaki aku itu, lepas satu ,satu di perkatakan. Saya menjadi serba salah. Mungkin ada sesuatu yang tak kena antara mereka berdua, tetapi saya tidak mengetahui akan keadaan sebenarnya. Dan saya memang tidak mahu mengetahui perkara sebenar, saya hanya mahukan projek kargo saya berjaya.

Walaupun saya gagal menemui lelaki tadi, tetapi nombar telefon dan email beliau tersimpan rapi.

Dalam mencari jalan untuk menghantar cargo, saya bertemu dengan seorang arab. Dia adalah broker cargo. Saya pernah bermusyuarat dengan beliu dipejabatnya. Dalam berniaga sambil bercakap dan berunding, saya memerhatikan mata dan gerak geri beliau. Kadang2 memalui mata dan gerak geri sudah cukup untuk kita mengenali seseorang, sama ada dia jujur dan sebaliknya. Disamping itu maklumat diambil dan persoalan yang sama kadang2 saya sengaja ulangi demi mengetahu akan jawapanya. Kadang2 jawapan yang diberi adalah berbeza, disini sudah menzahirkan ketidak telusan dan kekurangan seni berniaga. Apa yang selalu berubah adalah mengenai harga kargo.

Kalau hantar memalui beliau, Insyaallah kargo akan sampai, tetapi kekurangan sikap profesional dalam berniaga menyebabkan aku memutuskan ikatan perniagaan dengan beliau. Terutama apabila saya berjaya mendapatkan syarikat yang lebih berwibawa dan lebih dipercayai.

Setelah selesai mencari syarikat cargo, saya mula mempelajari teknik berurusan dengan kastam Morocco. Kali pertama saya cuba memasuki Pelabuhan Casablanca, saya di sekat dan dihalau oleh polis yang menjaga pintu masuk. Apabila dihalau, sedikit pun saya tidak merasa kecewa, bahkan sudah tertanam dalam hati bahawa kejayaan semakin dihampiri, cabaran yang diperolehi bagaikan anak duri yang mengangu perjalanan menuju kejayaan.

Dalam masa yang sama urusan ‘packing’ kotak adalah menjadi satu kemestian. Kotak dibalut dengan “WhiteTape” lutsinar secara keseluruhanya. Ilmu ini saya pelajari dan saya ambil ketika mana menziarahi Mesir pada tahun 2008 yang lalu. Semasa di Mesir saya cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang cargo daripada† seorang Tokey Melayu. Amat malang nasib saya ketika itu, apabila dia sengaja mengambarkan urusan cargo adalan satu benda yang rumit dan sukar.

Saya menetapkan harga 300 DH sekotak bagi kos perjalanan Kenitra – Port Klang. Dan 30 RM sekotan bagi Port Klang ke semua destinasi kecuali Sabah dan Sarawak. Saiz kotak adalah Kotak Marlboro di Morocco. Proses mencari kotak sudah memakan masa berminggu-minggu. Harga ini jauh lebih murah berbanding dengan perkhidmatan yang dilakukan oleh generasi kargo ke-2. Saya mendapat tahu saiz kotak yang sama hampir mencecah 600 DH. Harga ini cukup2 mahal. Saya sukar untuk mempercayai, kenapa ia menjadi terlalu tinggi.

Matlamat utama menguruskan kargo adalah untuk menghantar kitab peribadi dan kitab2 rakan2 ke Tanah Air. Dalam masa yang sama saya memasang niat untuk mempelajari selok belok perkhidmatan kargo dan pelabuhan. Mana tahu suatu hari nanti saya akan membeli atau menghantar barang ke luar negara melalui kapal. Oleh yang demikian, urusan kargo di Pelabuhan Casablanca dan Pelabuhan Klang akan menjadi panduan.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yang menghantar kitab melalui saya. Anda telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya dalam mengendalikan urusan ini. Alhamdulillah dengan izin Allah Taala urusan ini telah selamat dan berjaya. Tidak lupa juga kepada semua rakan (terutama abou temmam) yang telah membantu dalam urusan kargo ini. Jazakumullah hu khairan jaza.

Disebabkan saya kehilangan semua gambar2 kitab dan kontena semasa saya berada di Morocco, maka saya kongsikan 2 gambar ini sahaja.

Mengangkat kitab di Port Klang

Sebelum dihantar ke destinasi, ia disimpan di Jerteh Terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: